Kenali Bisnes Paling Sesuai Untuk Perniagaan Anda - Rina Zul

Khamis, 11 Oktober 2018

Kenali Bisnes Paling Sesuai Untuk Perniagaan Anda



Image result for bisnes


Ramai dalam kalangan anda berminat untuk memulakan bisnes tetapi tidak tahu bisnes apa yang boleh anda lakukan dan sesuai dengan anda.  Ya, takut salah pilih bisnes nanti lingkup pulak. Takut tak reti, Takut rugi. Dan macam-macamlah yang korang takut. Adakah begitu? Aishhh. Jangan negatif derrrr. Kalau tak negatif pun, itulah kenyataannya kan?

Sebenarnya, memulakan bisnes merupakan perancangan permulaan yang perlu anda fokus betul-betul. Banyak peniaga di luar sana yang sering berubah-ubah produk. Hari ini jual emas, esok jual baju, lusa jual mekap. Sampai bila balik raya, saudara mara pun tanya, tahun ini jual apa pulak? Malunyaaaaaaa. Haha. Malu sebab orang dah judge kita ni sering bertukar produk!

Related image
Nak buat sesuatu perkara, anda kena fokus. Saya tahu anda ni ramai jenis yang multitasking. Semua benda boleh buat dan semua benda boleh jual. Tapi dalam bisnes, kalau nak jadi seseorang yang pakar dalam bisnes, adalah lebih baik fokus 1 perkara. Yang lain-lain boleh buat sebagai side income, pelaburan atau pasif income. Utamanya, fokus pada produk atau bisnes utama anda. Mudah sahaja konsepnya.

Anda harus kenali bisnes apa yang paling sesuai dengan anda. Terdapat beberapa cara untuk mengetahui apakah bisnes yang paling sesuai dengan anda dan bisnes yang boleh anda lakukan. Mari kita lihat cara-cara kenali bisnes yang paling sesuai dengan anda.


1.  KENALI MINAT ANDA

Minat yang mendalam tentang sesuatu perkara juga sebenarnya ada kena mengena dengan bisnes anda. Anda boleh memulakan bisnes yang berkaitan dengan minat anda. Tahukah anda lebih 70% bisnes cenderung untuk lingkup akibat semua peniaga tidak meminati produk masing-masing. Ha Bahaya sangat kan. Tak tahu la nak menangis atau nak ketawa. Adalah lebih baik kita buat bisnes benda yang kita minat. 

Kalau minat mekap-mekap orang, semua orang kita nak mekap, lebih baik kita buat duit dengan minat kita kan? Jadilah MUA atau jurumekap orang kahwin dan sebagainya.  Kalau minat memasak, jom jual salah satu produk makanan yang anda suka atau anda masak. Senang je nak tentukan bisnes apa paling sesuai dari segi minat korang.


2.  CARI KEPAKARAN

Ada orang yang minat sesuatu dan nak jual sesuatu, tapi tiada kepakaran. Contohnya Rina minat sangat nak bisnes aiskrim, tapi tak reti langsung buat aiskrim. hehe. Acaner tu, memang boleh pi kursus tapi lebih baik cari benda yang kita lebih pakar 200%. Kalau korang pandai menulis atau translate, korang boleh buat bisnes servis translate dokument. Kalau pandai selesaikan masalah wanita berkenaan kecantikan atau kesihatan, bolehla jual produk wanita. Asalkan korang pakar, okey? Mudah je, nak tak beli makanan dekat orang yang tak reti masak langsung? Kau rasa?

3.  SIASAT JENIS PRODUK | BANYAK PERMINTAAN DAN KURANG DI PASARAN

Anda boleh menyiasat jenis produk atau bisnes yang anda mahukan. Siasatan boleh dibuat dan bertujuan untuk melihat sama ada jenis produk atau bisnes tersebut sudah banyak di pasaran atau masih belum banyak. Anda harus memilih produk yang mendapat banyak permintaan tetapi kurang berada di pasaran sekarang. Apabila anda masuk ke pasaran nanti, komfirm produk anda akan meletup!

Image result for bisnes


4.  BISNES BERSESUAIAN DENGAN BAJET ANDA

Kalau minat dan pakar tetapi tidak ada bajet juga tiada gunanya.  Anda harus memulakan bisnes yang bersesuaian dengan bajet anda.  Dengan bajet yang mencukupi, semua urusan anda akan menjadi mudah dan senang. Anda harus membuat pelan anggaran bajet dengan menyenaraikan segala keperluan, barang dari suplier, kos itu ini dan sebagainya untuk memastikan kos kewangan bisnes anda dan kos sebenar anda adalah mencukupi. Sekiranya cukup dan mempunyai wang lebihan dari bajet anda, ia amat sesuai untuk anda memulakan bisnes tersebut.

5.  BISNES TIDAK DIBANNED ATAU DIREPORT

Bisnes yang anda pilih haruslah bisnes yang boleh diterima ramai, diterima oleh sistem dan juga diterima oleh laman marketing . Kelakar bunyinya kan. Tapi inilah kenyataan jika anda tak mahu berlaku masalah bila anda pasarkannya nanti. Contohnya produk berkenaan seks atau barangan larangan seperti pistol, dadah, DVD cetak rompak dan sebagainya memang tak boleh la anda jualkan. Facebook pun akan banned produk anda. Nak iklan di mana-mana secara online pun susah! Silap-silap anda pula yang akan direport oleh pengguna.

Cuba anda fikirkan sekarang, apakah produk atau bisnes yang paling sesuai untuk perniagaan anda?


Tiada ulasan: