Rina Zul

Info tentang Perniagaan, Kewangan, Penulisan. Review, Copywriting dan lain-lain.

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 9 Oktober 2018

Zaman Nakal, Chat Dulu-Dulu | Kampung Chat



Kalau bercakap pasal Chat ni, teringat pula zaman chat dulu-dulu. Budak-budak zaman 90 an pasti pernah chat dekat laman chat Kampung Chat kan? Kampungchat.com.my dulu. Sekarang masih ada lagi weyh. Cuma mungkin dah tukar nama sikit. Lebih kurang dengan laman chat MiRC la. Bahaya ni. Korang jangan pergi chat pulak!

Image result for kampung chat

First time Rina chat dengan laman web kampung chat tu, waktu tu rina dekat asrama tau tak! Zaman sekolah menengah. Biasalah budak skema pergi CC. Kawan Rina ni yang ajar. Dia kata kalau masuk kampung chat tu memang seronok nak chat, sebab boleh jujur, boleh menyamar jadi orang lain, boleh cari pakwe, chat dengan suami orang, chat menggatal dan macam-macam! Mak Oiiiii! 

Aku tak sangka la pula sampai macam tu rupanya golongan-golongan yang boleh kita temui di situ. Tapi bila dah masuk situ, sebenarnya, ada juga lelaki-lelaki baik yang jujur dan boleh percaya la depa ni tak menyamar dan tak menggatal. haha. Apa-apapun Rina tetap tak percaya laman web kampung chat ni. Sebab mostly lelaki tak boleh pakai. kehkeh.

Bukan nak kata, kata seriusly kalau dah mula chat dalam ni akan jadi ketagih nak chat sini.  Sebab seronok nak kenakan orang (Bukan Aku), nak hilangkan rasa bosan dan sebagainya.  Rina suka sembang dekat Room je. Kalau orang Pm, rina kadang-kadang tak balas, rasa rimas tau. nak sembang 1 1 . 


Image result for kampung chat

Hai buat ape tu....
xwtpe.
nama pe
asl ne
leh knal
umo bper
dh de pkwe ke


hahaha. Agak-agak korang suka tak chat macam tu, rasa rimas kan? Dah macam budak wechat tuh. Tapi tak apa la.. Bila difikirkan balik, apa benda la yang aku layan zaman sekolah menengah dulu. isk isk.  

Orang kata, Kampung Chat ni legend. Ya, memang legend, daripada kita semua sekolah , dari zaman mak bapak kita lagi..sampailah anak kita sekarang ni..Wuwuwuwu tak sangka la pula. Mungkin sambutannya masih hangat.  Tapi percaya tak, kebanyakan yang chat di Kampung Chat ni memang tak hensem bai!

Macam mana Rina tahu? Yes, mestilah. Aku pernah jumpa seorang yang chat dari sini. Kitorang rupanya dekat daerah yang sama. Rina bagitau rina chat dekat CC sebab buat asignment. Without give my phone number, cuma bagitau dekat cc sekian-sekian, dia pun offline. Tiba-tiba after setengah jam, seorang mamat ni masuk dalam cc tu.. Cc tu memang kecil tau. Boleh nampak kita tengah buka laman web apa. Orang lain pun duduk sebelah-sebelah dan belakang dan berdepan kita. Lelaki yang baru masuk tadi pun tegur rina dan tanya, "Awak tadi yang chat tu ke? Nickname !@$%&" HAHA Rina gelak jela. Time tu memang masih belum tutup website tu walaupun tengah buat kerja lain.

So memang tak hensem maamat tu. Tapi kalau hensem pun tak de masalah pun, sebab dia just tegur dan ajak lepak. Rina tipu cakap "Banyak lagi kerja saya"... Kemudian rina risau dia tanya number fon, nasib baik dia yang minta rina misskol, sampai sekarang aku tak misskol. Jahatnya.

Image result for kampung chat

Bukan apa. Taknak kawan dengan lelaki time tu. Sekadar saja chat-chat je. Tak baik tau menghukum orang. Macam la korang tak pernah larikan diri dari lelaki. hehe.

Terkenangkan kisah chat situ. Sampai sekarang , aku dah tak chat lagi dekat situ sebab tak dapat apa-apa faedah . Kebanyakan kat situ 90% memang fake identiti.

By the way, Rina bertemu Jodoh dengan suami sebab Chat di laman web lain yang rahsia dan mesra pengguna.. Wah tetibaaaaaaaaaa.  


Tiada ulasan:

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!

Freelance writer atau penulis bebas adalah golongan yang boleh menulis beberapa karya penulisan yang penting dalam industri Malaysia teru...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages