Rina Zul

Info tentang Perniagaan, Kewangan, Penulisan. Review, Copywriting dan lain-lain.

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 24 November 2018

7 Sebab Anda Perlu Iklankan Bisnes Di Facebook

Dizaman yang serba canggih ini, kita semua pasti telah mempunyai gadjet-gadjet seperti android phone, ios phone (pasti anda biasa mendengarnya dengan nama iphone 7, iphone 8 dan sebagainya yang dilengkapi dengan sistem ios) pc tablet, komputer riba dan banyak lagi gadjet-gadjet canggih yang sememangnya mempunyai applikasi Facebook. Jadi tidak hairan la boleh dikatakan 80% rakyat di malaysia ini pasti menghabiskan masa mereka dengan applikasi ini. Jadi bagi mereka yang merupakan pengeluar produk, ataupun pembeli produk, pasti iklan bisnes di facebook ni amat penting kepada anda. Okey, sekarang jom kita ketahui 7 sebab anda perlu iklankan bisnes di facebook.



1. Trend Membeli di Facebook Semakin Ramai

Tahukah anda, dari tahun 2013 sehingga sekarang, ramai pengguna facebook telah menjual produk mereka melalui facebook, sehingga pada tahun ini tak silap saya, facebook telah melancarkan satu “ruang” dimana para pengguna facebook ini boleh melakukan urusan jual beli mereka melalui facebook yang dikenali sebagai “marketplace”.
Contoh “facebook marketplace” yang amat popular pada masa sekarang. Ia juga dilengkapi dengan sistem “kawasan terdekat” yang bagi memudahkan urusan jual beli di facebook.

2. Proses Cepat Diuruskan

Perkara yang paling disukai ramai adalah “fast bussiness” .. Betul tak? Hehe.. saya juga amat menyukai proses jual beli yang amat pantas. Bayangkan dimana ketika anda sedang menonton movie kegemaran di ruang tamu. Anda juga boleh melakukan pekerjaan bisnes anda. Tak percaya ya? Okey, saya akan kongsi sedikit fakta “facebook” dengan korang. Melalui facebook, anda boleh cipta iklan anda dan post di wall atau page facebook anda dalam masa yang cepat. Beribu-ribu pelawat pasti akan mengunjungi page jualan anda dalam masa 2-3 jam sahaja… Fuh… Pantas bukan?


Contoh page iklan di facebook.

Shopify merupakan group iklan jual beli yang amat popular di kalangan pengguna facebook. Hanya cipta iklan dan post, pasti akan dapat ramai pengunjung dalam masa yang singkat.

(Group Shopify Malaysia)


3. Mungkin Bisnes Anda Akan Viral.. Siapa tahu kan?

Dengan adanya butang “share”, “like” serta ruangan komen di facebook, pasti tidak langsung akan membuatkan pengguna lain turut mengetahui tentang bisnes anda. Katakan satu kejiranan anda amat berpuas hati dengan produk anda dan terus “share” kepada pengguna yang lain, pastinya bisnes anda akan cepat tersebar di seluruh tempat dalam masa yang singkat. Betul tak? Mana tahu esok harinya, produk korang dah viral dan mendapat permintaaan yang tinggi.



4. Sistem Demographic Data Yang Lebih Tertumpu dan Memudahkan Pemasaran

Bagi yang ingin menumpukan bisnes mereka kepada individu-indivdu tertentu, cara ini lah yang paling sesuai. Anda tahu tak kenapa? Dengan sistem demographic data ini, anda boleh iklankan produk anda mengikut kesesuaian. Sebagai contoh umur, jantina, tempat tinggal dan banyak lagi. Pilihlah ikut kemahuan anda dalam kesesuaian mempromosikan produk anda. Ia juga dapat mengelakkan dari pengguna bawahan umur membeli produk yang tidak bersesuain dengan umur mereka.



5. Kos Iklan Yang Murah

Tahukah anda Fb ads adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan yang diciptakan oleh Mark Zuckerberg. Dengan modal serendah RM3 sehari, anda mampu mengiklankanya kepada lebih 1 ribu pengguna dalam masa 1 hari. Jika dibandingkan dengan iklan yang offline yang memakan waktu yang lama, serta risiko keuntungan yang rendah. Melalui Fb Ads, segala pengiklanan pasti dapat diuruskan dengan kos yang rendah. Jadi berterima kasihlah kepada Mark Zuckerberg yang memperkenalkan sistem Fb Ads ini kepada pengguna facebook.

Karikatur Mark Zuckerberg yang telah dilukis oleh peminatnya. Lucu kan?


6. Pasaran Tempatan Yang Semakin Meningkat

Pada tahun 2011, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu pusat pengumpulan data melaporkan bahawa pengguna facebook di Malaysia adalah seramai 12 juta lebih pengguna. Cuba anda tengok, berkemungkinan dengan angka ini pasti terdapat prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda. Sekarang pula kita hampir memasuki tahun 2019, pasti angka pengguna di Malaysia adalah lebih tinggi. Mana tau, satu iklan anda di facebook mampu memberikan hasil yang tidak pernah anda bayangkan.



7. Berpotensi Dapat Menjalankan Urusan Bisnes di Seluruh Dunia

Sebagai contoh, anda adalah pengeluar produk kecantikan termurah di dunia lah katakan.. Haha.. Siapa tahu kan? Selepas itu terdapat pengguna-pengguna facebook di luar negara mahu membelinya. Pasti produk anda akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Betul tak? Mana tahu lepas ni, satu produk kecantikkan anda telah menjadi kegilaan para modelling top di dunia.. Kalau rezeki tak kemana kan?


Kesimpulannya.. Iklan bisnes di facebook adalah sangat simple, mudah serta menjimatkan masa. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk iklan-iklan yang anda mahu. Yang penting adalah fokus anda dalam menjalankan bisnes anda melalui facebook. Dalam bisnes adalah menjadi adat jika bisnes anda adakalanya turun naik.. Yang paling penting usaha anda. Betul tak?


NAK COPYWRITING SERENDAH RM5?
Perlukan Ayat Iklan untuk Perniagaan Anda?


Tiada ulasan:

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!

Freelance writer atau penulis bebas adalah golongan yang boleh menulis beberapa karya penulisan yang penting dalam industri Malaysia teru...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages