Rina Zul

Info tentang Perniagaan, Kewangan, Penulisan. Review, Copywriting dan lain-lain.

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 18 November 2018

Jenis-Jenis Pengiklanan di Internet | Medium Pengiklanan Wajib Anda Tahu


Tahukah anda apa itu pengiklanan di internet? Hmm… mesti ramai yang terbayangkan laman
sesawang (website) Mudah.my kan? Betul… Tetapi iklan yang anda lihat di laman sesawang
(website) tersebut adalah salah satu contoh cara pengiklanan di internet.. Baiklah.. Sekarang
saya akan terangkan apa itu maksud pengiklanan di internet serta jenis-jenis pengiklanan
di internet.


Mudah.my merupakan salah satu laman sesawang (website) yang memaparkan iklan-iklan
yang didaftarkan oleh pengguna di Malaysia dalam mengiklankan produk mereka secara
percuma ataupun berbayar.

Sumber :  http://www.mudah.my/


Pengiklanan di internet bermaksud memaparkan ataupun memasarkan segala jenis
pemasaran produk tidak kiralah apa jua barangan ataupun produk seperti jamu kecantikan,
makanan ringan, pakaian, serta banyak lagi barangan secara talian terbuka ataupun disebut
online dalam masyarakat kita pada hari ini melalui search engine dengan secara percuma
ataupun berbayar.

Biasanya bayaran yang dikenakan tertakluk kepada terma dan syarat tertentu oleh
pihak-pihak tertentu dalam menguruskan urusan pengiklanan tersebut. Iklan di internet juga
biasanya digambarkan sebagai kegiatan memasang iklan untuk menawarkan produk secara
di alam maya selepas modul pemasaran melalui akhbar, majalah, flyer dan sebagainya. Ia
bertujuan untuk memudahkan penjual  mempercepatkan proses penjualan, menjimatkan kos
serta tidak memerlukan waktu yang lama untuk memaparkan iklan.

Antara Jenis-Jenis Medium Pengiklanan Mudah
Di Internet:

  1. Direct Advertising   




Direct Advertising adalah dimana pemasang iklan dan pemilik media berhubungan secara
langsung dan menandatangani kontrak untuk menampilkan iklan atau inisiatif promosi lainnya.
Wah macam menarik bukan? Akan tetapi sistem pengiklanan secara ini mempunyai kelebihan
serta kekurangannya…. Hhhmmmm…. Jom kita ketahui apa kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan dalam direct advertising adalah prosesnya amat cepat dan memerlukan tajuk
produk iklan, detail produk secara ringkas dan gambar produk tersebut..

“ibarat korang tengok series “The Flash” kat television tu… zuppp…. Pantas… dalam masa beberapa minit je iklan dah siap dipaparkan”

Akan tetapi kekurangannya adalah kos biaya berdasarkan saiz gambar yang akan diiklankan
sesuai dengan kontrak harga yang ditetapkan si pemasang iklan tersebut. Biasanya semakin
mahal harga kontrak yang diberikan, semakin tinggilah iklan tersebut untuk dipaparkan
berbanding iklan pengguna-penguna yang lain.




Contoh Direct Advertising yang dikeluarkan oleh laman sesawang (website) adalah yang
berkaitan produk pakaian sukan.


2. Ad Networks



Ad Networks adalah dimana iklan tersebut diletakkan dalam sebuah jaringan iklan yang dimana menghubungkan antara pemasang iklan dengan pemilik laman web tersebut. Jaringan iklan seperti ini biasanya mahu mendapatkan sebanyak mungkin orang yang melihat iklan dengan kos yang lebih kecil tetapi tidak mempunyai target pengunjung yang khusus.

Kelebihan kos pemasangan iklan jenis ini adalah sangat rendah biasanya… Lumayan kan??
Tapi kena ingat... kekurangan dalam pengiklanan jenis ini adalah sekiranya terlalu banyak
iklan lain yang turut dipaparkan memberi saingan serta sekiranya tidak banyak pengunjung
yang mengunjungi laman sesawang (website) tersebut.


Contoh salah satu laman web yang menawarkan Ad Networks di Malaysia.
Sumber : http://www.majalah.com/





3. Twitter Advertising


Pengiklanan jenis ini adalah dimana iklan yang berfungsi sebagai tweet dari pemasang iklan
yang menggunakan keyword yang dikhaskan kepada pengguna yang membaca kandungan
yang bersesuaian dengan keyword yang diinginkan. Antara biasa yang di“keyword”kan adalah
nama produk, sample produk, dan banyak lagi yang boleh dikaitkan dengan sesuatu iklan
yang ingin dipaparkan oleh pengiklan kepada pemasang iklan tersebut.

Kelebihannya adalah iklan jenis ini biasanya memperolehi pengunjung tweeter yang amat
banyak serta twitter merupakan media sosial yang biasanya digunakan semua orang. Wah…
makin ramai yang taip keyword tu… makin ramai lah ye yang akan lihat produk kita? Tetapi
kekurangannya dimana setiap tweets awal yang muncul, tweets yang lama yang dimasukkan
oleh pemasang iklan ini akan bergeser turun kebawah, serta karakter aksaranya sahaja
hanya 140 patah perkataan. Makin unik “keyword” iklan korang tu.. makin lama la tweets
korang tu akan muncul diatas..

Contoh twitter advertising







4. Social Advertising

Social Advertising amat popular dikalangan masyarakat kita.. Betul tak? Haa… sebut jer social
advertising mesti korang terbayang iklan-iklan yang korang share kat media sosial korang tu
kan? Untuk pengetahuan korang, format untuk iklan ini adalah memanfaatkan viral marketing,
pengaruh sosial serta banyak lagi la.

Kelebihannya adalah tidak memerlukan kos yang banyak dan hanya memerlukan perkongsian
dari pengguna internet yang lain. Kekurangannya adalah korang memerlukan akaun media
sosial bagi memudahkan proses promosi iklan anda. Ia juga melibatkan kos yang besar
sekiranya anda ingin mengambil iklan melalui facebook ads dan sebagainya.


Contoh Social Advertising melalui laman media sosial.
Sumber : http://www.facebook.com/






Sekarang korang dah tau kan antara Jenis-Jenis Pengiklanan Di Internet kan?
Kesimpulannya, walau apa pun jenis pengiklanan yang korang buat. Korang kena ingat.
Setiap salah satunya pasti ada kelebihan serta kekurangan masing-masing. Jadi..
Buatlah perancangan dengan sebaik-baiknya sebelum memulakan sebarang apapun iklan di
internet. Usaha tangga kejayaan.





“Dari Miqdam RA. dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak seorang pun yang makan
lebih baik daripada makan hasil usahanya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud AS. makan
hasil usahanya”  - Hadis Riwayat Bukhari.

Tiada ulasan:

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!

Freelance writer atau penulis bebas adalah golongan yang boleh menulis beberapa karya penulisan yang penting dalam industri Malaysia teru...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages