Rina Zul

Info tentang Perniagaan, Kewangan, Penulisan. Review, Copywriting dan lain-lain.

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 11 Disember 2018

10 Tips Mula Perniagaan Wajib Anda Tahu


Pada zaman sekarang, ramai orang yang mempunyai impian dan keinginan untuk mempunyai sesebuah perniagaan bagi menambah pendapatan, disamping bekerja dalam sesebuah organisasi. Betul tak? Tambah-tambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, mata wang negara yang masih rendah di mata dunia dan banyak lagi faktor yang mendorong kita untuk mencari wang. Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu memahami perjalanan perniagaan anda. Jangan terus laburkan duit untuk perniagaan anda tanpa mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perniagaan anda.

Image result for mula bisnes

Jom kita ikuti antara 10 tips mula perniagaan wajib anda tahu.

1. Menilai Diri Sendiri

Setiap individu mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jika anda tidak mempunyai ataupun kekurangan ciri-ciri yang diperlukan sebagai seorang usahawan, jangan risau, itu adalah hal yang amat kecil dan tiada masalah. Seperti yang anda tahu, sekarang terdapat banyak seminar yang disediakan oleh usahawan-usahawan tempatan dalam membantu usahawan yang “baru nak up ni”. Selain itu rajin-rajinkanlah membaca ataupun mencari maklumat berkaitan dengan perniagaan yang anda minati. Jangan lupa cari mentor untuk dijadikan panduan.

Image result for mentor bisnes

2. Cari Idea Dan Buat Penyelidikan

Jangan terus memulakan perniagaan kerana trend di zaman sekarang seperti yang anda lihat, ramai yang terus memulakan perniagaan apabila melihat seolah-olah ia dapat memberi pulangan yang besar kepada mereka tetapi tiada pengalaman terhadap perniagaan terbabit. Sebelum memulakan perniagaan, cari dulu idea-idea yang dapat membantu anda serta anda mempunyai sedikit sebanyak pengalaman terhadap perniagaan terbabit.

Anda mesti nak tahu kan kenapa kita kena cari idea dulu? Sebabnya ia dapat memudahkan kerja anda jika anda sudah memiliki ilmu dan idea untuk mengkormesialkannya. Barulah bisnes berjalan lancar. Selepas anda dah dapat idea, anda kena cari pula bagaimana nak “merealisasikan perniagaan anda” dan buat ia jadi kenyataan.

Kenalpasti sama ada produk yang anda ingin komersialkan itu menjadi keperluan orang ramai, serta kenalpasti jumlah keuntungan yang diperolehi. Jika banyak “positif vibe” dalam penyelidikan anda, maka “teruskan dan jangan tunggu lagi”.





3. Mengenalpasti Sasaran Pasaran

Ini merupakan aspek yang paling penting didalam sebuah perniagaan, kerana ia dapat mengenalpasti keuntungan dan kerugian perniagaan yang anda jalankan. Walaupun ada telah berjaya mengesan beberapa sasaran yang dapat memberi keuntungan terhadap perniagaan anda, jangan pernah berhenti dan terus mengenalpasti sasaran baru. Ini bagi membolehkan perniagaan dapat berdaya saing dengan kukuh.


4- Wujudkan Pelan Pemasaran

Selepas anda mengetahui segala kos, keuntungan serta kerugian bagi bidang perniagaan anda, sekarang anda sudah boleh mula mewujudkan pelan pemasaran. Haa… Mesti anda nak tahu macam mana nak buat pelan perancangan kan? Anda haruslah merangka pelan pemasaran tu. Bina satu “kertas biru” untuk membangunkannya. Tuliskan beberapa strategi untuk mencapai target yang dikehendaki.

Contoh pelan pemasaran syarikat VBiz (Sumber : https://vbiz.my)

5- Mencari Dan Memahami Pelabur

Biasanya untuk membiayai beberapa jenis perniagaan pemula, anda akan memerlukan beberapa jenis pembiayaan melalui simpanan bank, kad kredit pinjaman, serta pelabur. Anda harus mencari pelabur yang mempunyai minat yang sama dalam perniagaan yang akan anda jalankan. Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya syorkan cari pelabur yang minat sama dengan perniagaan anda?

Ini bertujuan bagi memudahkan anda untuk melakukan perniagaan dengan lebih terancang dimasa yang panjang. Pelabur juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perniagaan dan mempunyai hak untuk bersuara keatas syarikat anda. Jika idea dari pelabur anda harus mendengarnya. Cuba fahami kehendak mereka dan terima segala idea bernas yang ingin disampaikan. Inshaallah, makin ramai pelabur yang akan datang melabur dalam perniagaan anda lepas ni.



6. Bina Sistem Sokongan Keluarga

Didalam sesebuah perkara sokongan keluarga amat diperlukan. Sebagai contoh, kita ambil satu situasi, kebanyakkan peniaga memperolehi sumber kewangan ataupun pembiayaan perniagaan mereka melalui keluarga terlebih dahulu. Jadi pastikan keluarga anda memahami situasi ini dimana proses ini akan mencabar dari segi kewangan dan juga emosi. Sokongan keluarga akan dapat membantu pengembangan perniagaan anda dengan pantas.

Image result for mentor bisnes


7. Pandangan Idea dari Keluarga Dan Sahabat

Dalam sesebuah perniagaan, idea adalah satu senjata utama. Biasanya idea dari orang lain mampu membuatkan perniagaan kita lebih hebat. Jangan sempitkan pemikiran anda. Kongsikan idea anda bersama keluarga serta sahabat anda. Minta pendapat mereka untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Gabungkan segala “positif vibe” tersebut. Hasilnya pasti akan “kereeen..” “mantap” bak kata jiran negara kita di Indonesia.




8. Bersabar Dan Sentiasa Positif

Bagi saya, dalam perniagaan ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Jangan mudah berputus asa. Anda bukannya “ahli sihir dalam cerita Harry Potter” yang mampu membuat magis dimana apa yang diinginkan menjadi kenyataan dalam sekelip mata. Anda harus perlu sentiasa bersabar dan sentiasa positif. Ingatlah rezeki perniagaan itu datangnya dari Allah SWT. Kadang-kadang Allah mahu menguji kita dengan pelbagai ujian didalam perniagaan kita untuk memberi kita ganjaran yang lebih besar. Mana tahu kan? Hari ni dapat ujian yang banyak dan anda hampir berputus asa. Tapi dengan kesabaran anda tu, keesokannya akan mendapat “durian runtuh” kan?




9. Cari Lokasi Perniagaan Yang Tepat

Pilihlah lokasi yang bersesuaian dengan perniagaan anda jalankan. Lokasi yang senang dikunjungi oleh para pelanggan dan pembekal juga memainkan peranan dalam pertumbuhan perniagaan anda. Saya juga pernah mengalami satu situasi dimana pernah bekerja dengan sebuah syarikat jualan dimana lokasinya agak tidak bersesuaian dengan perniagaannya. Tidak beberapa bulan, perniagaannya “gulung tikar” akibat salah memilih lokasi yang tepat.

Dengan kejadian tersebut, saya ingin memberitahu kepada anda supaya kita sama-sama mengambil iktibar atas kejadian tersebut. Tengok lah terlebih dahulu lokasi yang ingin digunakan sebagai “tapak perniagaan” serta memudahkan untuk dikunjungi oleh semua pelanggan. Nak lagi cantik, cari tapak perniagaan yang juga boleh diakses oleh pelanggan yang OKU. Inshaalah rezeki anda makin masyuk lepas tu.



Contoh peta lokasi kedai yang mempunyai akses kemudahan yang terbaik untuk pelanggannya.


10-  Ambil Peluang Jika Ada

Sekarang ni tidak kira dimana tempat sekali pun, pasti ada sumber-sumber percuma yang disediakan oleh pihak kerajaan dan juga NGO. Haa… mesti anda terkejut kan? Memang ada.. Tak percaya ek? Sumber yang disediakan adalah seperti ilmu perniagaan, latihan, nasihat, bantuan kewangan dan banyak lagi. Pastikan anda dapat dari sumber yang sah dan berdaftar dengan kerajaan. Tengok…. Memang terbaik la..

Rugi lah kalau peluang ada tetapi kita tak ambil peluang itu dengan segera. Bagi anda yang kurang upaya pula, kerajaan telah membuat satu SKIM dimana anda yang baru nak memulakan perniagaan dan berdaftar dengan JKM akan diberi bantuan perniagaan sebanyak RM2000 bagi yang layak.

Related image

Untung kan kalau anda betul-betul tahu langkah-langkah dan tips mula perniagaan yang wajib anda tahu? Semua urusan perniagaan anda akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Jangan lupa kongsikan 10 Tips mula Perniagaan Wajib Anda Tahu ini bersama rakan-rakan yang lain.

Tiada ulasan:

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!

Freelance writer atau penulis bebas adalah golongan yang boleh menulis beberapa karya penulisan yang penting dalam industri Malaysia teru...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages