Cara Buat Duit Dengan Kepakaran Anda - Rina Zul

Jumaat, 14 Disember 2018

Cara Buat Duit Dengan Kepakaran Anda

Mesti ramai diantara kita yang mempunyai hobi dan minat tersendiri. Tahukah anda, dengan hobi dan minat juga, anda mampu menjana pendapatan yang lumayan. Ada di antara kita yang berjaya buat duit dengan mengumpul barang-barang lama dan menjualnya dengan harga yang amat tinggi berdasarkan usia barangan tersebut. Itu juga antara contoh membuat duit dengan kepakaran anda sendiri. Baiklah, sekarang saya akan kongsikan kepada anda seringkas mungkin bagaimana cara buat duit dengan kepakaran anda semua.




1. Mengenalpasti Bidang Kepakaran Anda

Kenal pasti dengan jelas apa minat anda?. Kemudian, setkan dalam fikiran apa yang anda amat minat dan sesuatu yang sesuai untuk menjadi kepakaran anda. Sebagai contoh jika anda meminati ataupun pakar dalam bidang perniagaan, tumpu sepenuhnya bidang tersebut. Kadang-kadang ramai diantara kita masih “blur” dengan “minat” kita tersendiri. Ada yang kata “saya minat berniaga” tetapi apa yang ingin mereka niagakan? Fokuskan hanya kepada satu atau dua bidang sahaja bagi memantapkan diri anda untuk membuat duit dengan kepakaran anda.



2. Mengenalpasti Skill Kepakaran Anda

Bila kita sudah mengetahui ataupun sudah mengenalpasti bidang kepakaran kita, kita kena kenalpasti pula “skill” kepakaran kita itu. Untuk mengetahui “skill” kepakaran anda adalah bila anda melakukan sesuatu yang berkaitan dengan kepakaran anda, pengguna ataupun orang ramai akan memberi respon. Contohnya jika anda berniaga nasi lemak. Anda perlu mengetahui cara untuk menyediakan nasi lemak tersebut dengan resepi anda yang tersendiri. Haaa…. Itu lah contoh skill kepakaran anda tersendiri… Dah nampak kan?



3. Mengenalpasti Target Yang Diperlukan

Bila dah kenal skill anda yang tersendiri, anda harus mengenalpasti dengan jelas “target” anda. Target amat penting kerana ia memudahkan anda untuk menyampai maklumat yang lebih tepat dan sesuai kepada pelanggan. Untuk target pula, anda kena fokus kepada individu ataupun mungkin perusahaan serta kumpulan kerjaya (usahawan besar) bagi mendapatkan apa yang anda impikan berkaitan dengan progress kerja anda ketika itu. Bagi target permulaan pula, janganlah terlampau “over” tinggi sangat. Dikhuatiri dapat “membunuh kepakaran” anda kelak.



4. Membina Satu Servis Atau Bisnes Berkaitan

Sekarang ini anda sudah yakin dengan target kepakaran anda yang tersendiri kan? Apa tunggu lagi, anda sudah boleh bina satu servis atau bisnes yang berkaitan dengan kepakaran anda. Sebagai contoh jika anda pakar dalam bidang “graphic designer” anda boleh menyediakan servis ”design graphic”. Bagi yang pakar dalam bidang menulis artikel pula, anda boleh mengambil upah sebagai penulis artikel.



5. Membuat Promosi

Selepas dah buat servis, inilah masanya untuk anda buat promosi. Dengan promosi yang “smart” dan beretika, ia dapat membuktikan bahawa sememangnya anda sungguh meminati dan pakar dalam bidang yang anda sukai. Duit bukan segalanya. Jangan pernah membuat sesuatu aktiviti berupa minat hanya kerana wang ringgit. Pelanggan akan menilai sesuatu produk atau servis yang anda berikan berdasarkan kualiti. Kualiti yang terbaik, pasti dapat menarik lebih ramai pelanggan.



Kesimpulannya, kita akan nampak dengan jelas apa yang perlu kita lakukan walaupun dengan hanya satu kepakaran. Buat duit atau membina sebuah perniagaan dengan menggunakan kepakaran adalah salah satu cara yang termudah, malah menggunakan modal permulaan yang amat rendah. Dan untuk melakukannya, bermula dari rumah pun boleh. Menarik bukan?

Jika berminat membuat duit dengan menulis, anda boleh dapatkan Tips di bawah:


Tiada ulasan: