Cara Buat Duit Mudah Di Rumah - Rina Zul

Jumaat, 7 Disember 2018

Cara Buat Duit Mudah Di Rumah

Related image

Mesti bagi anda yang berjiwa “usahawan” amat sukar kadang-kadang bila terasa terperangkap dalam pejabat dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang kan? Hmmm…. Bagi yang dah berhenti kerja pula, mungkin anda akan mudah merasa bosan akibat asyik terperap di rumah. Situasi macam ni biasanya selalu dialami oleh suri rumah atau “house dad”, mungkin sebab mereka dah biasa bekerja dan merasa duit hasil penat lelah sendiri. Tetapi jangan berasa “down” kerana berhenti kerja demi keluarga adalah satu usaha yang mulia.

Image result for buat duit di rumah

Disini saya mahu kongsikan cara buat duit mudah di rumah sambil menjadi suri rumah atau “house dad”

1. Membuat Survey

Pernah tak anda semua tengok survey kat mana-mana laman web ataupun media sosial yang dibuat oleh mana-mana syarikat untuk mengetahui apa masalah ataupun kelebihan produk mereka. Untuk pengetahuan anda semua, jika anda mendaftar di laman survey yang boleh dipercayai, Insyaallah anda boleh menjana sedikit sebanyak pendapatan secara mudah di rumah.

Hanya perlu survey beberapa produk dan anda akan diberi ganjaran yang boleh ditebus dengan wang melalui akaun paypal anda ataupun bank yang berdaftar dengan bank dunia seperti Maybank, CIMB Bank dan banyak lagi. Untuk modal pula, anda hanya perlukan komputer dan internet sahaja.


2. Menjaga Haiwan

Bagi anda yang amat mencintai haiwan, anda boleh tawarkan khidmat menjaga haiwan semasa pemilik haiwan tersebut sibuk ataupun terpaksa ke luar negara untuk jangka masa yang panjang. Pastikan anda betul-betul mengetahui cara untuk menjaga haiwan tersebut kerana jika anda tidak mempunyai pengetahuan dalam menjaga haiwan tersebut, mungkin akan mendatangkan masalah kepada anda.

Contohnya dalam beberapa perkara, biasanya sesetengah haiwan peliharaan mempunyai masalah tersendiri jika ia tidak dijaga dengan baik. Contohnya, kawan saya sendiri dirumah mempunyai dua kura-kura red eared slider (RES) ataupun kura-kura brazil sangat sensitif terhadap suhu persekitaran serta memerlukan penjagaan yang khusus. Jadi anda kena fikir betul-betul sebelum membuat keputusan dalam haiwan apa yang mahu anda jaga. Dengan ini anda dapat membuat duit yang mudah sambil bermain dengan haiwan yang anda jaga tersebut.


Bagi penggemar kura-kura pasti ramai yang memerlukan penjaga haiwan kan? Tambah-tambah bila sibuk dan tiada masa untuk menguruskannya.

3. Menjadi Blogger atau Vlogger


Yang menjadi trend sekarang adalah blogger atau vlogger yang pasti membuat anda mempunyai follower dan konsisten jika anda mengenali bakat dan minat anda terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda seorang peminat motorsikal, anda boleh berkongsi pengalaman dalam membaiki motorsikal ataupun cara-cara menunggang motorsikal dengan selamat dan banyak lagi.

Tidak kisah lah dalam apa jua bidang sekalipun, binalah platform audient anda sendiri serta menjana duit dengan tanpa perlu bersusah payah. Selain itu, anda juga turut dibayar jika anda mengiklankan beberapa iklan dari “google ads” serta beberapa produk syarikat tertentu. Dengan blogger juga, anda boleh berkongsi tempat-tempat  yang menarik anda lawati.

Image result for buat duit di rumah

4. Dropship

Ini adalah salah satu cara mudah untuk anda mendapatkan duit dari rumah. Dengan mencari beberapa pembeli produk, anda hanya perlu menguruskan beberapa proses sahaja dengan pembekal produk. Kira jadi macam orang tengahlah. Anda hanya perlu memberi detail pembeli yang berminat untuk beli kepada pembekal produk dan komisyennya akan anda dapat selepas itu. Jangan fikirkan berapa komisyen yang anda dapat. Tapi fikirlah cara untuk mendapatkan pembeli. Insyaallah pendapatan anda akan meningkat selepas itu.


5. Jadi Pakar Rumah

Kalau anda sememangnya suka mengemas rumah, anda juga boleh dikategorikan sebagai “pakar rumah” dan anda boleh menawarkan khidmat membersih rumah, mencuci dan mengemas rumah orang lain. Selain itu, anda juga boleh mengemas pejabat-pejabat yang berhampiran rumah anda dan menentukan harga yang berpatutan dengan kerja anda. Mungkin salah satunya adalah rumah jiran anda. Anda boleh membuat pakej kemas rumah luar dan juga dalam rumah.






Tiada ulasan: