Februari 2019 - Rina Zul

Isnin, 25 Februari 2019

11:12 PTG

5 Cara Buat Duit Dengan Menulis Novel Atau Cerpen

5 Cara Buat Duit Dengan Menulis Novel Atau Cerpen

Pernahkah anda mendengar nama-nama besar dalam penulisan misalnya Stephen King, J.K Rowling, James Patterson, Paulo Coelho dan penulis tempatan nombor 1 di Malaysia Ramlee Awang Mursyid?

Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mampu menempah nama mereka di persada dunia penulisan malah mereka berjaya mendedikasikan hidup mereka dengan menulis. Bahkan dengan hanya duduk diatas bangku sambil menaip setiap hari mereka mampu menyara hidup dan mendapat hasil yang lumayan.

Namun begitu, tidak hanya bakat dan latihan menulis sahaja anda boleh menjadi seperti mereka, anda harus tahu cara yang betul bagaimana membuat duit dengan menulis novel, cerpen dan seangkatan dengannya.


Image result for novel cerpen
Imej via [Google]


1. Hasilkan dan Jual Karya Anda


Pastinya cara terbaik adalah menghasilkan serta menerbitkan karya anda. Tak kisahlah sama
ada dalam bentuk novel, kumpulan cerpen atau sajak, buku cerita dan macam-macam lagi.
Untuk menerbitkan sesebuah novel, anda mempunyai 2 pilihan iaitu terbitkan sendiri buku anda
atau mencari syarikat penerbitan buku.


Terbitkan Novel Melalui Syarikat Penerbitan

Pertama cara menerbitkan melalui syarikat penerbitan, anda harus menyiapkan manuskrip
mengikut ciri kriteria atau format  yang ditetapkan sesebuah syarikat penerbitan misalnya
bilangan jumlah huruf , tema cerita, gaya bahasa dan segala yang ditetapkan oleh mereka.

Pastikan anda buat sehabis baik dan sebelum menghantar sebaiknya membuat semakan
terlebih dahulu. Bukan senang untuk ambil hati penerbit, bahkan novel Harry Potter yang
ditulis oleh J.K Rowling juga ditolak hampir 13 kali oleh penerbit.

Image result for novel cerpen
Imej via [Pastiguna]


Self Publish Novel Anda



Selain itu anda juga boleh menerbitkan novel anda dengan sendiri atau dikenali sebagai self
publish. Secara ringkasnya cara self publishing adalah anda perlu siapkan manuskrip anda dan
melalui proses suntingan terlebih dahulu kemudian memilih cover serta melalui proses layouter.

Sememangnya cara ini memerlukan modal yang cukup. Jika karya anda berkualiti anda akan
mendapatkan royalti yang berbaloi mengikut jumlah cetakan. Itu belum kira jika ada pengarah
ingin mengadaptasikan novel anda ke filem ataupun drama.


2. Menjadi Ghostwriter Bagi Penulis Lain


Ghostwriter? Bunyinya amat menyeramakan bukan? Jangan risau ia tidak melibatkan
mana-mana makhluk halus ataupun Hantu Kak Limah. Ghostwriter adalah penulis profesional  
yang bekerja dan dibayar untuk menulis disebalik bayangan nama penulis lain. Tak kiralah
novel, cerpen, artikel dan apa saja jenis buku.

Sudah banyak tokoh besar mahupun penulis hebat menggunakan jasa ghostwriter. Antara
buku yang menggunakan jasa ghostwriter adalah buku autobiografi Henry Ford. Jika anda
mampu menulis mengikut lenggok perkataan, gaya bahasa dan format orang lain mungkin
pekerjaan ini cocok buat anda. Di luar negara perkhidmatan ini amat diperlukan bagi membantu
seseorang penulis itu menyiapkan 2-3 naskah dalam setahun.




3. Menyertai Pertandingan Menulis


Di Malaysia, saban tahun dan tempat akan diadakan pertandingan menulis. Bahkan sejak
dari sekolah rendah lagi pertandingan menulis sudah dipupuk. Jangan memandang remeh
pada sayembara penulisan kerana seorang penulis yang baik akan mengambil peluang
keemasan ini. Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan.

Jika kemenangan menjadi milik anda,bukan sahaja hadiah anda akan menangi malah nama anda juga akan melonjak didalam dunia penulisan. Bukan itu saja, sesetengah syarikat penerbitan seperti Buku Fixi misalnya akan menerbitkan karya yang memenangi sayembara sekaligus memberikan royalti buat anda.




4. Menulis di Blog


Jika anda benar-benar menulis secara konsisten blog juga boleh menjadi platform buat anda
untuk mendapatkan duit. Kebanyakan pendapatan dari blog yang paling besar datangnya dari
mempromosikan produk-produk yang menawarkan program affiliate.

Sedikit tips buat anda, sekiranya anda ingin menjana pendapatan melalui program affiliate
dinasihatkan agar jangan memfokuskan pada satu program semata-mata. Sebaiknya buatlah
seberapa banyak program yang anda mampu. Mungkin kedengaran agak meletihkan, namun
seseorang yang mencintai dunia kepenulisanan tidak akan jemu melakukannya dan pasti
bermanfaat buat anda.

5. Menjadi Penulis Freelance Atau Penulis Iklan

Walaupun ia agak lari daripada tajuk tetapi menulis iklan dan artikel sambilan masih berada
didalam cakupan industri penulisan. Ini adalah cara yang paling mudah dan selalunya pelajar
universiti suka melakukannya.
Anda boleh mengambil upah daripada usahawan untuk menulis iklan atau copywriting.
Disamping itu, anda juga boleh bekerja untuk menulis artikel bagi blog-blog yang menawarkan
perkhidmatan ini. Dan bayarannya pun tak kalah hebatnya. Pekerjaan seorang penulis
hanyalah mencari idea dan terjemahkan dalam bentuk pengolahan kata. Senang bukan.
Untuk ingin terus maju dan melihat wang dibank anda bertambah dengan hasil penulisan,
seharusnya anda mesti mempunyai tekad dan semangat yang kuat. Jika anda seorang pemula
jangan bermimpi dan bandingkan diri anda dengan tokoh-tokoh penulisan terkemuka, anda
tidak tahu betapa sulitnya mereka melalui jerih payah sebelum membuahkan hasil.

Untuk berjaya membuat duit dengan novel dan cerpen anda tak perlu menghadiri kelas teknik
penulisan yang mantap atau menjadi anak murid kepada penulis novel terkemuka, cukuplah
anda mempunyai dua ini. Iaitu doa dan keghairahan dalam menulis.

Sabtu, 16 Februari 2019

6:54 PTG

Tempat Makan Di Terengganu Rugi Tak Datang

Tempat Makan Di Terengganu Rugi Tak Datang


Terengganu..

Sebut sahaja tentang negeri Terengganu kita pasti akan terfikir akan penyu.selain dari itu makanan paling terkenal di negeri Terengganu adalah keropok lekor.jika anda dating ke Terengganu kalau tidak merasa keropok lekor Terengganu sia sia percutian anda.Sebut pasal makanan dan keropok lekor,di Terengganu juga terdapat beberapa tempat kedai makan yang menarik dan sedap.Mari kita lihat antara 6 tempat kedai makan yang terbaik di Terengganu.



1.  Nasi Dagang Kak Pah. No.30, Pantai Batu Buruk.


Untuk sarapan pagi,tempat yang paling disyorkan adalah di sini Nasi Dagang Kak Pah.Nasi Dagang Kak Pah yang terletak di Pantai Batu Buruk ini memang mempunyai jenis makanan yang sangat menyelerakan.Sambutan di kedai ini sangat amat memberangsangkan .Jika anda beratur Panjang pun tidak sia sia.Konsep kedai ini adalah duduk di meja mana pun harus membuat pesanan air di kedai tersebut tapi,makanan boleh buat pesanan di kedai lain.kerana tempat duduk agak terhad.Selain Nasi Dagangnya,terdapat juga nasi lemak dan sebagainya.


Related image


2.  Firdausy Seafood Pantai Teluk Ketapang

Firdausy Seafood adalah antara warung yang terdekat dengan pekan Kuala Terengganu.Disini terkenal dengan makanan makanan seafood yang sangat segar.Antara yang menjadi perhatian dan pilihan para pelanggan yang singgah di warung ini adalah sotong dan udang celup tepung.Kesegaran terasa seperti baru diambil terus dari laut.bagi para penggemar makanan seafood atau celup tepung,harus singgah di warung ini.




3. Warung Atap Nipah

Warung Atap Nipah juga terdapat di sekitar Kuala Terengganu, terdapat pelbagai pilihan makanan terutamanya untuk sarapan.Sangat banyak pilihan disini seperti nasi lemak,nasi dagang,nasi kuning,keropok lekor pun stim pun ada,dan paling menarik sekali adalah Churros.Jarang terdapat di kedai kedai lain.



Related image

Related image

4.  Restoran Mat Bijai, Jalan Sultan Sulaiman





Jika anda buat carian di Google tempat carian makan di Terengganu,tempat ini akan keluar dahulu dalam senarai carian.Antara kelebihan di kedai ini adalah makanan dihidangkan dengan cara seperti kaum minang.Jika anda inginkan lauk pauk masakan melayu asli terutama dari Terengganu,dataglah ke Restoran Mat Bijai yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman.



5. Restoran Singgang Budu

Bagi anda yang mencari tempat makan tengah hari di Kuala Terengganu yang menyediakan juadah makanan setempat,datanglah ke restoran Singgang Budu.Menu utama disini adalah singgang iaitu satu jenis menu yang jarang dapat dijumpai di negeri lain.Masak singgang disini juga terdapat pelbagai jenis singgang seperti ikan singgang,daging singgang,sotong singgang & terdapat juga lauk pauk yang lain yang tidak kurang menariknya.





6. Nasi Kukus Sempoi Alias 2

Makan makanan yang terdapat di Nasi Kukus Sempoi Alias 2 adalah sesuai untuk waktu tengahari & panas berserta dengan minuman utama di kedai ini adalah The Ping Buih Aiskrim memang satu kombinasi yang cukup menarik untuk anda cuba.Jarang terdapat di mana mana kedai makan di sekitar Kuala Terengganu ini.

Related image


7.   Dapo Pata Kontena

Lokasi yang terletak betul betul di tepi pantai menjadikan destinasi utama pada yang berkunjung di Terengganu.Terletak di Pantai Tok Jembal hanya 5 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu menjadikan tempat ini tempat paling manjadi daya tarikan yang sangat kuat dan menarik.Menu makan disini juga bercampur campur dari makanan santai, makanan melayu bahkan makanan dari barat.jika anda tiba di Terenganu melaui kapal terbang terutamanya,mahupun kenderaan darat.anda haru cuba sendiri untuk merasai menu menu yang terdapat di Dapo Pata Kontena.


Image result for dapo pata kontena



Kesimpulanya, terdapat lebih banyak lagi tempat tempat makan yang menarik di Terengganu yang boleh anda lawati dan yang pasti tidak akan menghampakan diri anda.Dan pati anda akan kembali melawat Negeri Terengganu kembali.





Rujukan 


Selasa, 5 Februari 2019

8:32 PTG

BARU MULA MENIAGA? 5 CARA PASARKAN PRODUK ANDA

BARU MULA MENIAGA? 5 CARA PASARKAN PRODUK ANDA


Permulaan untuk apa jua aktiviti (dalam konteks ini perniagaan) adalah merupakan satu langkah yang sukar terutamanya jika produk yang ditawarkan oleh anda adalah unik dan tidak mempunyai sangkut paut dengan mana-mana syarikat besar. 

Pelbagai aspek perlu dirancang seperti saingan produk tempatan dan antarabangsa, aspek keberkesanan produk dan pemasaran. Pemasaran, walaupun nampak mudah, adalah satu aspek yang sukar untuk dilaksanakan berikutan ia memakan masa yang lama atau bajet yang besar untuk memastikan kelarisan produk. Bersama dengan artikel ini, saya sertakan 5 cara untuk anda memasarkan produk anda dengan lebih berkesan.

1.  SOSIAL MEDIA

Image result for social media
Tidak dapat dinafikan bahawa sosial media merupakan tulang belakang komunikasi dan perhubungan dalam era teknologi ini. Ia merupakan ruang untuk mengutarakan pendapat, meluahkan perasaan, e-pendidikan dan pemasaran produk. Sebahagian majoriti masyarakat Malaysia (atau dunia) daripada pelbagai jenis latar belakang aktif menggunakan sosial media sama ada untuk keperluan peribadi, kerja atau untuk mencapai objektif tertentu. 

Pada tahun 2016, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menganggarkan 21.9 juta  rakyat Malaysia menggunakan sosial media dan 97.3% daripada jumlah tersebut aktif menggunakan Facebook. Ini merupakan satu peluang keemasan buat peniaga untuk memasarkan produk mereka secara online dan dalam masa yang sama mencari pengalaman berkaitan dengan perniagaan mereka. Pelbagai aspek perlu diambil berat jika anda ingin memulakan perniagaan anda secara online, sebagai contoh, jenis sosial media yang anda ingin guna. 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, majoriti rakyat Malaysia menggunakan Facebook diikuti dengan Instagram (56.1%). Jika anda berniaga di laman sosial Twitter, anda hanya mempunyai akses kepada 26.6% rakyat Malaysia yang menggunakan sosial media dan ini adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan perniagaan yang dipromosikan di Facebook  dan Instagram. Fikir dan rancang strategi perniagaan anda.

2. TAWARKAN PRODUK SECARA PERCUMA UNTUK JUMLAH TERTENTU

Related image
Jika anda ingin menawarkan produk baru dalam perniagaan anda, tawarkan produk tersebut secara percuma kepada beberapa orang pelanggan untuk mendapatkan maklum balas berkenaan dengan kualiti produk. Ini merupakan langkah biasa buat kesemua peniaga yang ingin menjual produk baru bagi mendapatkan testimoni untuk digunakan sebagai alat promosi untuk melariskan produk. 

Jika anda ingin menawarkan perkhidmatan atau produk online seperti perisian komputer dan sebagainya, berikanlah tempoh percuma untuk pelanggan supaya mereka dapat menilai fungsi, keberkesanan dan kemudahan yang ditawarkan sebelum mereka mengeluarkan duit daripada poket mereka sendiri. 

Pemberian produk secara percuma untuk tempoh tertentu dapat memberikan impak yang positif kepada kadar penjualan produk seterusnya menentukan kelarisan produk di masa akan datang.

3. INSENTIF DAN REKOMENDASI

Image result for program affiliate agent
Program insentif ini dapat meluaskan perniagaan anda dengan lebih cepat kerana ia melibatkan sejumlah perkerja yang memasarkan produk anda kepada pelanggan. Kebiasaannya, program rekomendasi ini dapat disertai oleh pelanggan asal dan jika mereka berjaya menjual sejumlah produk, insentif bakal menyusuli. 

Taktik ini diamalkan oleh sebahagian besar syarikat antarabangsa seperti Amazon Affiliate Program dan ia merupakan satu strategi perniagaan yang efektif. Insentif boleh diberikan dalam pelbagai bentuk seperti wang, hadiah, potongan harga untuk produk tertentu dan baucer. 

Semakin besar insentif yang dijanjikan, semakin sengit persaingan di antara pekerja dan ini dapat memberikan impak yang positif kepada kelarisan produk.


4. LOKASI YANG STRATEGIK

Image result for lokasi kedai
Jika anda ingin menyewa lot kedai, pastikan kawasan tersebut merupakan kawasan yang strategik. Ini merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan kelarisan produk dan jika ia tidak dirancang dengan teliti, ia dapat memudaratkan perniagaan anda dalam jangka masa pendek atau panjang. 

Jika anda ingin menjual peralatan perubatan, pastikan kedai anda berhampiran dengan kawasan hospital atau klinik untuk mempromosikan produk kepada target sasaran yang relevan. Seperti yang dibicarakan dalam tips yang pertama, jika anda ingin menjual produk secara online, pastikan sosial media yang digunakan oleh anda mempunyai  jumlah pengguna yang ramai untuk meningkatkan penjualan produk dan keuntungan yang bakal anda perolehi.


5. KHIDMAT PELANGGAN YANG TERBAIK
Related image
Konsep perniagaan yang harus diamalkan oleh anda adalah perniagaan yang mesra pelanggan. Ini bukan sahaja dapat mewujudkan kepercayaan pelanggan kepada produk yang dibeli, malahan kepercayaan mereka terhadap anda sebagai penjual produk. 
Layanilah segala aduan dan cadangan pelanggan dengan bijak dan berhemah. 

Ini dapat melahirkan pelanggan yang setia dan dalam masa yang sama meluaskan perniagaan anda melalui rekomendasi pelanggan tersebut kepada pelanggan yang lain. Jika anda merancang untuk mewujudkan servis khidmat pelanggan meggunakan telefon, pastikan operator yang dilantik mempunyai sikap yang baik dan pertuturan yang sopan untuk mengelakkan masalah di antara anda dan pelanggan di masa akan datang.

Image result for perniagaan
Permulaan perniagaan memang sukar buat kesemua peniaga namun, jika dipraktikkan dengan betul, anda dapat meningkatkan kadar penjualan produk dalam masa yang singkat. Jika anda masih merancang untuk mengeluarkan produk atau memulakan perniagaan untuk produk tertentu, fikirkan perkara berkaitan dengan sasaran produk tersebut. 

5 tips di atas boleh diamalkan buat peniaga yang masih bergelut dengan penjualan produk namun perlu diingatkan, kelarisan produk anda akan bergantung kepada strategi yang dirancang oleh anda sendiri. Fikirkanlah dengan teliti.