Pengalaman Sambut Anniversary Di Hotel Paradise Spa, Jacuzzi, Honeymoon Suite Murah Gila RM 350 - Rina Zul

Sabtu, 4 Mei 2019

Pengalaman Sambut Anniversary Di Hotel Paradise Spa, Jacuzzi, Honeymoon Suite Murah Gila RM 350



Assalamualaikum semua, serius Rina sangat teruja sebab dengan harga RM350 sahaja dapat celebrate anniversary yang romantis dan menyeronokkan gitu dengan Port Dickson.  Actually bajet hotel yang kami letakkan dalam lingkungan RM 1,000 macam tu sebab nak sangat bilik yang ada swimming pool gitu. 

Tapi dengan RM350 tak sangka boleh dapat bilik yang ada jacuzzi dan so romantik ni.


Image result for hotel paradise spa jacuzzi


27 April 2019

Rina dan suami bergerak dari KL ke Port Dickson pada 8 pagi. Kami tak terus ke hotel sebab check in lambat lagi. Kami jenjalan dulu ke sana sini dan bercengkerama. Ececewahh.

Bab hotel dah lama survey dan buat keputusan untuk pilih Hotel Paradise Spa sebab Hotel Grand Lexus amat penuh waktu nak booking hari tu. Ok sedikit sedih rasanya. Tapi pilih Hotel Paradise Spa sebab dia ada jacuzzi yang lebih besar daripada hotel-hotel yang lain. Kira oklah dan bestlah untuk berendam.

Untuk pengetahuan u all, Rina ni memang suka berendam dan hobi berenang. Tapi apa boleh buat, lepas pindah KL memang tak berenang di lautan nan luas lagi. Kalau dulu kat penang, seminggu sekali pasti terjun laut untuk berenang semata-mata dan mengkaburi orang dengan berkata nak mandi laut je. hehe. Sabar jelah.

Suami memang dah tahu dan no worries~ Dia pun tau ratu duyung ni dah rindu nak berendam. So kami masuk hotel dan check in pada 3 pm. Mula-mula rasa lamanya nak tunggu 3 pm tapi lepas jalan sini sana, sekejap je dah 3 pm.


Suasana Bilik Yang Romantis Dan Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan

Disebabkan kami pilih Suite Honeymoon, jadi decorationnya pun memang sweet sikit lah. Ada bunga ros yang wangi dan meresap baunya sehingga badan kita pun jadi wangi. gitu~
Rileks rileks dan tenang dengan aromaterapi bunga ros ini.




Saiz bilik ini tak besar sangat dan tak kecil sangat, Memang sederhana macam tu. Kiranya sesuaila untuk sepasangan, dua orang sahaja. Kalau ada anak-anak tu, memang rasa rimas lah ramai-ramai. Memang ia direka khas untuk berdua-duaan dengan suasana yang romantik. hehe.

Masuk je hotel ini, pelayan dah bagitau nanti dalam peti ais ada buah-buahan dan jus anggur. Boleh minum dan halal. Memang sedap dan segar buah dalam peti ni. Dapat pula kat rina yang suka buah-buahan ni. Memang habes dimakan ni.



Part yang paling Rina tak sabar pula adalah bermandi di Jacuzzi. Oh ya, apa itu jacuzzi?

Jacuzzi ini adalah mandian air panas atau suam, untuk dapatkan wap air dan air ke tubuh badan yang berfungsi membaiki tubuh badan untuk lebih sihat dan selesa. Semuanya dari atas sehingga bawah akan mengeluarkan toksid badan apabila kita berendam di jacuzzi selama 30 minit dan ke atas. Apa lagi, disebabkan sangap nak berenang, rina berendam kat dalam jacuzzi ini pun cukup bersyukur dan seronok. hehe.



Memang patutlah nama hotel ini Hotel Spa Paradise, sebab rupa-rupanya ia memang macam sebuah spa. Ada jacuzzi, ada ros lagi boleh buat mandian ros dan aromaterapi. ceh. Bukan tu sahaja, Masyallah Shampoo dia pun wangi sehingga rambut berbau wangian sampai 3 hari. Dah balik KL dan tidur hari ke 2 dan 3 pun suami cakap rambut bau wangi. Seronoknya.

Kat hotel ni, rina tak keluar langsung. Malam pun ada serve room yang hantarkan makanan western sebab kami malas keluar dan spend time together. Mula-mula tengok movie dalam bilik. Lepas tu mandi jacuzzi pada waktu malam. Cik abang pun dah bising isteri dia ni duk berendam pukul 9.30 malam sampailah 11 malam. Aduhai. Dia join sekali tapi tak lama macam kita yang eksaited tak habis ni.

Tapi serius la lepas mandi jacuzzi lama-lama ni, badan rina makin ringan, rasanya dah turun tau berat badan ni. Nanti rina timbang berat!


Untuk pengetahuan semua, jacuzzi ni bukanlah kolam yang kosong. Dia ada penukar suhu (temperature),  air pancut panas dan sejuk, pengawal segalanya. Boleh buka lampu lagi dalam jacuzzi ni memang meriah sangat kalau malam-malam mandi dalam gelap, lampu dalam air ni ada. Nak bagi air ni berombak pun boleh. Jangan lupa tekan juga butang radio, nanti ada radio berkumandang. Bolehlah anda mandi dan baring dalam ni sambil dengar lagu yang sedap-sedap.  Memang seronok!


Ok, ini pula kes isteri taknak keluar dari jacuzzi jadi makanan pun sampai depan bilik. Dan dihidangkan di tepi mandian jacuzzi yang ada kerusi romantik untuk dua orang tu. Kami pun makan kat situ. Pilih sahaja menu western atau masakan kampung apa yang anda nak. Semua ada. Asyik bosan makan nasi di rumah, kali ni rina taknak nasi. Nak layan chicken grill je.


Petang mandi, malam pun mandi.. akhirnya esok pagi-pagi sebelum chek out pun sempat mandi lagi.  Pakej RM350 ini termasuk dengan breakfast di hotel percuma. So kami turun pukul 8 pagi dan breakfast di hotel. Kemudian naik balik rehat-rehat dan rina layan jacuzzi lagi.  Sampai 11 pagi dan check out pada 12 tengahari.

Begitulah kisahnya aku dan jacuzzi di Hotel Paradise Spa ini. Jangan ingat mandi kat sini je. Bilik air biasa pun ada ok dan boleh mandi sana juga. hehe.

Oh ya, next time boleh datang sini lagi memang best. Tapi rasanya rina nak cuba hotel lain juga yang ada jacuzzi atau pool yang lebih besar. Itupun kalau ada la hua hua hua... Apapun selamat tinggal my best holiday. Tak sabar nak bercuti lagi nanti. Memang terapi dan spa betullah hotel paradise spa ni.

Hotel Paradise Spa terletak di Tanjung Gemok, Port Dickson. Banyak juga tempat menarik di sini. Nanti rina kongsikan di next entry.

Terima kasih sudi membaca. Jom tinggalkan komen di bawah ya. :)




Tiada ulasan: