20 Persiapan Menjelang Ramadan Wajib Anda Lakukan | Kalender Bulan Ramadan 2019 - Rina Zul

Sabtu, 4 Mei 2019

20 Persiapan Menjelang Ramadan Wajib Anda Lakukan | Kalender Bulan Ramadan 2019



Ramai yang menyangka nak raya kena bersiap sedia dan buat persiapan. Tapi ramai terlupa nak menyambut ramadan pun kena buat persiapan. Wau, apakah persiapan yang wajib anda buat tu?

Kalau tak buat persiapan ni, tak meriah puasa kau dek. Suasana tak best, pahala pun tak berapa lumayan sangat, kau pun akan terasa kesunyian dan kebosanan macam hari-hari biasa. Rugi sangat kalau korang tak tahu apakah persiapan menjelang Ramadan wajib korang buat tu.


Imej via [Finansialku]


Ramai orang mengalu-alukan bulan ramadan umpama nak dapat anak. Begitu gembira dan bersungguh-sungguh, ada pula yang ala kadar sahaja,. seronok tidak, apapun tidak.

Anda nak tahu apa momen-momen menyeronokkan di bulan ramadan ini yang secara zahir atau batin?

  • Setiap pahala untuk semua jenis kebaikan yang anda lakukan adalah berlipat kali ganda
  • Amal-amal ibadah dan kebajikan telah Allah SWT gandakan dimana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
  • Bulan ramadan mempunyai malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.
  • Tak sabar nak buka puasa dengan kaum keluarga dan rasai suasana berbuka yang menyeronokkan.
  • Tak sabar nak buka puasa dengan makanan sedap dan air sejuk yang manisss gitu.
  • Tak sabar nak makan di restoran yang sedap2 dan masakan ibu yg lebih sedap!


Banyak lagi keindahan dan kelebihan bulan ramadan sebenarnya. Tapi anda akan merasainya sekiranya anda berpuasa dan menyediakan persiapan menjelang bulan ramadan ini.
Imej via [Blogkulo]



20 Persiapan Menjelang Ramadan Wajib Anda Lakukan


1. Jaga Pemakanan Dan Makan Makanan Seimbang


Penting untuk anda menjaga pemakanan bagi menyambut bulan ramadan. Takut nanti perut terkejut pula nak berpuasa. Jadi, sekarang kurangkan makanan manis dan jangan makan banyak sangat sehingga melahap. Makan ala kadar dan berhenti sebelum kenyang ok?


2.  Jaga Tidur Dan Mata 

Kenapa kena jaga tidur? Sebab bulan puasa ni kita nak bangun bersahur. Kalau hari biasa kita dah biasa bangun lewat, bulan puasa ni nak bangun awal, lebih baik kita tidur awal dan jaga tidur kita. 

Sebenarnya tak elok jika kita berjaga malam sehingga sahur. Adalah lebih baik kita tidur awal dan bangun sahur dan tak perlu tidur lagi selepas sahur dan subuh. Sekaligus dapat menjaga mata kita juga.


3.  Jaga Hati Dan Rohani


Apa kata kita mula hidup baru dengan bersihkan hati dan mantapkan rohani sempena datangnya bulan ramadan yang mulia ini. Zikirlah selalu dan niatkan yang baik-baik. Semuanya kita buat kerana Allah swt. Pasti senang hati!


4. Berdoa kepada Allah supaya Diberi Tubuh Badan yang Sihat untuk Menghadapi Bulan yang Mulia ini


Apabila badan kita sihat, kita akan dapat melakukan ibadah dengan maksima di bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh kita semua iaitu berpuasa, solat tarawih, zikir serta tilawah al-quran bersama keluarga ataupun saudara mara




5. Rancanglah Aktiviti untuk Mendapatkan Manfaat (pahala) Sebanyak Mungkin di Bulan Ramadan


Sebelum masuknya bulan yang mulia ini, apa kata kita semua merancang aktiviti-aktiviti yang membolehkan kita mendapat ganjaran pahala sebanyak mungkin kerana pahala di bulan ini dikatakan berlipat-lipat kali ganda.

Antara aktiviti yang mungkin anda boleh lakukan adalah bersedekah, memberi makanan kepada mereka yang memerlukan, bertadarus, solat tarawih dan sebagainya.


6. Menghiasi Rumah dan Diri Sendiri


Jom kita sama-sama menghiasi rumah kita agar nampak kegembiraan bulan Ramadan ini terserlah dan dapat menyemarakkan lagi kegembiraan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga yang hadir. Antara hiasan yang simple adalah dengan menggantung banner tertera “Salam Ramadhan”, “Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak” dan sebagainya.

Selain itu anda juga boleh men”deco” rumah anda dengan lampu-lampu yang indah. Hias diri sendiri adalah bermaksud memakai pakaian yang baik (menutup aurat), serta memakai wangi-wangian (perfume) yang segar ketika beribadah kepada Allah SWT.


7. Menghadiri Majlis Ilmu


Sebelum menjelangnya bulan Ramadan, apa kata kita menghadiri majlis ilmu yang dapat mendekatkan jiwa dan roh kita kepada tazkiyatun-nafs (menghiasi jiwa dengan sifat-sifat yang mulia).

Antara tajuk majlis ilmu yang dapat mendekatkan kita dengan  tazkiyatun-nafs adalah mengenai hikmah puasa, keutamaan berpuasa dalam islam dan sebagainya. Mesti anda tertanya-tanya kenapa kena menghadiri majlis ilmu ni kan? Supaya mental dan jiwa kita bersedia untuk melaksanakan ibadah di bulan Ramadan dengan lebih sempurna.


8. Niatkan diri (Bertaubat) untuk tidak mengulangi perkara-perkara buruk (meninggalkan kemungkaran) yang pernah dilakukan



Dari Surah An-Nur ayat ke 31 bermaksud :

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Dari Surah An-Nur diatas, kita ketahui bahawa bertaubat itu menguntungkan dan ahli ulama mengatakan bahawa bulan Ramadan adalah bulan terbukanya pintu taubat seluas-luasnya daripada Allah SWT. Jadi bertaubatlah, semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah SWT.


9. Tekad untuk Taat kepada suruhan Allah SWT di Bulan Ramadan



Jom sama-sama kita bertekad untuk mengisi waktu-waktu di bulan ini dengan hati yang jujur dan ikhlas, inshaallah mudah-mudahan Allah SWT akan membantu segala aktiviti-aktiviti kebaikan  kita.


10. Mempelajari Hukum Amalan Ibadah dalam Bulan Ramadan


Jom kita sama-sama memantapkan pengetahuan dalam hukum-hukum dalam ibadah puasa dan ibadah seharian sebelum Ramadan menjelma agar ibadah dan puasa kita diterima oleh Allah SWT.


11. Bergembiralah dengan Kedatangan Bulan Ramadan


Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datangnya bulan Ramadan. Para Salafussoleh sangat gembira dengan kedatangan bulan Ramadan dan tiada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan yang mulia ini.

Jadi, anda juga kena gembira juga tau. Anda boleh post apa-apa yang berkaitan dengan kedatangan bulan Ramadan di laman media sosial anda.


12. Kongsikan Takwim Ramadan bersama jiran-jiran dan sahabat


Bagi yang terrer dalam bidang edit gambar, buat je takwim bulan ramadan versi sendiri dan kongsikan bersama kawan-kawan anda. Insyaallah nanti pahala pun dapat.


13. Merancang agar tidak membazir semasa berbelanja di Bulan Ramadan


Ni benda yang paling mustahak kita semua kena ambil serius. Biasanya pada bulan Ramadan ni ramai yang berbelanja berlebihan. Bila pergi bazar ramadan, nampak makanan sedap-sedap, kuih berwarna-warni terus angkut beli semua.

Tapi bila berbuka, dua orang je makan, last-last tak habis buang macam tu jer. Jadi, anda haruslah merancang awal-awal agar bila bulan Ramadan datang nanti, anda berbelanja dengan bak kata lagu iwan dangdut ‘sedang-sedang saja’.


14. Ganti puasa tahun Lepas bagi yang Puasa Tak Penuh


Haa… siapa kat sini tinggal puasa tahun lepas? Jika anda salah seorang yang tinggal puasa di tahun lepas atas dasar uzur dan kerja yang membuatkan anda terpaksa cuti puasa, segerakan untuk qadha (ganti) puasa tahun lepas agar amalan Ramadan tahun ini lagi membawa barokah kepada anda.

Kepada yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa uzur hingga ramadan berikutnya adalah berdosa besar. Jadi anda kena tetap qadha puasa tersebut dan membayar fidyah menurut sebahagian ahli ulama.


15. Berpuasa di Bulan Syawal sehingga Syaaban


Pernah tak anda tengok mak, ayah atau siapa-siapa dikalangan anda yang apabila masuk waktu bulan Syawal sehingga Syaaban, mereka akan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis? Pernah tak anda terfikir kenapa mereka berpuasa pada bulan tersebut?

Amalan ini juga dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk persiapan jasmani dalam kedatangan bulan Ramadan agar tubuh menjadi sudah terbiasa dengan puasa dan puasa di bulan Ramadan pasti mudah dilakukan.


16. Solat tahajud setiap malam


Solat tahajud setiap malam pula sering dilakukan oleh Rasulullah SAW untuk mempersiapkan rohani. Jadi anda juga boleh melakukan sunnah Rasulullah SAW ini juga untuk mempersiapkan rohani anda serta zikir kepada Allah SWT.


17. Qiamulail


Qiamulail ditengah malam juga boleh dilakukan untuk menambahkan lagi persiapan menjelang Ramadan. Biasanya dengan Qiamulail, suasana akan sedikit sunyi, jadi tumpuan untuk berdoa pasti lebih qusyuk kan?


18. Menjaga lidah dari mengeluarkan kata-kata yang sia-sia


Jaga tutur kata dari perbuatan mencaci, mencela serta mengumpat. Haa.. kepada makcik-makcik bawang tu, mulai sekarang jangan pot pet pot pet benda yang sia-sia tau? Nanti pahala kurang.


19. Sering Praktis untuk Bangun Malam


Yang ni benda yang paling kita semua kena praktis, agar kita tidak liat untuk bangun malam pada bulan Ramadan nanti. Tahukah anda, bangun tengah malam juga bagus untuk kesihatan tubuh badan anda.


20. Membuat persiapan kewangan untuk bersedekah bagi yang mampu


Bagi anda yang mempunyai rezeki lebih, ni masanya untuk anda membuat persiapan kewangan bersedekah. Inshaallah nanti rezeki anda akan datang berlipat-lipat ganda.

Kesimpulannya, seseorang muslim haruslah sentiasa bersedia untuk kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak yang hanya datang setahun sekali ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk membuat persiapan menjelang Ramadan ini.

Imej via [Tribunnews]

Mudah sangat kan antara persiapan bulan ramadan yang wajib kita lakukan ni. Semuanya membolehkan kita mendapat manfaat ganjaran pahala dan juga suasana berpuasa yang menyeronokkan.

Alhamdulillah kerana kita semua diberi kesempatan menyambut bulan Ramadan. Selamat menyambut bulan Ramadan ya semua. Jom kita ikuti persediaan yang telah dikongsikan. Semoga semuanya bermanfaat. Amin.


Kalender Bulan Ramadan 2019



Imej via [mysumber]




Tiada ulasan: