Masa Lalu Di Biarkan Berlalu - Rina Zul

Jumaat, 18 Oktober 2019

Masa Lalu Di Biarkan Berlalu




Jangan ditangisi masa lalu, kerana ia adalah sebahagian memori atau kenangan dalam hidup kita. Biarpun pahit ditelan jua, biarpun indah berlalu jua. Kita takkan dapat apa yang kita fikirkan sempurna dan indah dalam dunia ini.

Ramai orang diuji sini sana. Bukan hanya kita seorang. Ujian datang satu demi satu, kecil dan berat tak terjangka. Dan begitulah perjalanan kehidupan. Sentiasa penuh dengan ujian. Sehingga terfikir, apakah dunia ini tempat untuk kita bersusah-susah, daripada kehidupan sebenarnya yang senang lenang selamanya. 

Ya, sehingga bila lagi kita akan tempuhi. Jika hati sudah mati, perjalanan turut terhenti. Bukalah hati, ikuti jalan yang pasti sehingga kita benar-benar puas dengan kesusahan yang diberi di dunia ini. Senang lenang bukan sekarang, itu akan datang. Senang lenang bukan kerja kita, itu kerja tuhan. Kita tetap adalah kita yang perlu mengharungi semua dugaan dunia yang mendatang.

Tolong cekal, tetapkan hati, yakinlah pasti, jangan lagi berhenti dan menanti. Sudah cukup kegagalan kita alami, tak perlu ditambah lagi. Masa lalu dibiarkan berlalu. Kegagalan dulu bukanlah penentu. Kejayaan kini bukan jua titiknya. Semua bermula dari perjalanan kehidupan yang tak pernah berhenti sehingga mati.

Tiada ulasan: