Pelik. Bergilir-gilir Kucing Hadir Depan Rumah Selepas Berkahwin. - Rina Zul

Khamis, 17 Oktober 2019

Pelik. Bergilir-gilir Kucing Hadir Depan Rumah Selepas Berkahwin.


Rina seorang yang sukakan kucing sebab dari darjah 3 lagi Rina memang selalu sangat bela kucing kat kampung. Kalau balik sekolah terjumpa kucing, kadang-kadang rina bawa balik rumah. Maklumlah waktu tu rumah di kampung penang, seronok sangat, nak bela kucing pun tak ada masalah. Untuk pengetahuan, sejak rina darjah 1 lagi dah ada seekor kucing, selepas kucing tu mati, barulah rina bela kucing semula pada darjah 3.

Sehinggalah masuk universiti dan bekerja di Kuala Lumpur, mama yang tolong bela kucing-kucing kat penang yang lain tu. Sekarang Rina dah kahwin dan menetap di KL. alhamdulillah dapat pula suami yang suka kucing juga dan penyayang, jadi tak adalah rina menangisi kerinduan pada kucing-kucing.

Cumanya suatu hari, suami hadiahkan rina seekor kucing sebagai hadiah hari jadi. Diberi nama Soozan sebab tuan dia yang lama (berbangsa iran) menamakannya Soozan. So nama soozan tu digunapakai oleh kami. Daripada kecil sampai dewasa, kucing tu duduk dengan kami seolah-olah anak kami. 

Walaupun belum ada rezeki anak, tapi kucing tula penghibur. Apa yang cakap, dia faham. Pandai pulak nak minta makan itu ini. Mengada-ngada pun ada. Tak lama lepas tu, ada seekor kucing kecil atas tingkat rumah di luar. Mula-mula rina ingat itu burung, sampai petang bayang oren tu ada lagi. Bila tengok, rupanya tu kucing kecil, anak kucing.

Siapalah gamaknya buang kucing ni kat tepi tingkap kami. Kucing sekecil ini takkan mampu panjat sendiri di situ.  Lepas bagi makanan dan susu pada kucing tu, kami jadikannya kawan soozan dan letak nama Oyen pada dia.

Oyen sudah besar

Sehinggalah oyen dah besar, terkahwin pula dengan soozan, dapatlah seekor anak kucing yang diberi nama Mimi. Mimi tu jantan ok! bila dah besar baru perasan ada bebola, tapi nama mimi dikekalkan walaupun ia jantan.

Oyen Dan Soozan



Mimi

So ada 3 kucing di rumah. Tiba-tiba suatu hari, mertua bawa balik 1 kucing kecil beby. Katanya terjumpa bawah tangga rumah flat. Kucing tu beby dan baru lahir, mana mampu minum makan sendiri. Siapalah yang buang dan pisahkannya dengan mak dia tu. Nak bagi soozan susukan dia, soozan marah dan taknak. Malam tu jugak suami pergi beli botol susu kecil tu. Rina susukan dia dengan botol tu, payah gak tapi sebab dia lapar, nyut nyut nyut dia isap minum. Kemain lagi tuh.



Beby waktu kecil

Sehingga lah baby (nama kucing kecil tu) dah meningkat dewasa. Kucing kat rumah ada 4.. dan sudah besar.  Kami pun nak pindah sementara rumah nak renovate, jadi 3 ekor kucing tu (mimi, beby, oyen) terpaksa dihantar ke pusat jagaan kucing. Sedih dan menangis jugalah selama seminggu, tapi alhamdulillah rina dapat update bahawa 3 3 tu dah ada keluarga baru, orang lain dah ambil bela. Alhamdulillah.

Oyen dah besar

Beby dah besar

Mimi dah besar

Sebabkan rina suka dan sayang sangat dengan kucing, rina anggap itu adalah hikmah dan rezeki Allah bagi pada kami. Semoga dikurniakan rezeki yang lebih baik lagi pada masa yang akan datang. Amin.

Tiada ulasan: