5 Sahabat Baik Rasulullah SAW Terawal Masuk Islam


Generasi sahabat adalah generasi yang mulia selepas para anbiya. Hal ini kerana mereka berjuang bersama Nabi SAW untuk menyebarkan agama. Namun, pada awal penyebaran islam mereka menghadapi tentangan yang cukup hebat.

Al Quran menyifatkan sahabat-sahabat yang terawal memeluk Islam sebagai Assabiqun Al Awwalun.  Sehinggakan kebanyakan daripada mereka telah dijanjikan Syurga. Mereka juga lah yang meneruskan dakwah Rasulullah SAW sehinggalah zaman berganti zaman. Dan kini, kitalah generasi yang seterusnya.

Walau apapun, nama sahabat-sahabat Nabi SAW yang terawal telah tercatat dalam Sejarah bermulanya Islam. Berikut adalah 5 sahabat baik Rasulullah SAW terawal masuk Islam.



1. Abu Bakar As Siddiq



Nama sebenar beliau adalah Abdullah bin Abi Quhafah. Abu Bakar merupakan orang pertama selepas isteri Nabi SAW memeluk Islam. Beliau juga merupakan pendokong kuat di belakang Nabi Muhammad SAW Maka tidak hairanlah jika beliau dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi SAW.

Banyak kisah-kisah beliau yang diceritakan. Pemimpin ini juga pernah melamar anak Rasulullah SAW tetapi ditolak kerana Rasulullah SAW telah berjanji dengan Ali. Namun begitu, Abu Bakar As Siddiq adalah rakan paling baik Nabi Muhammad SAW.


2. Bilal Bin Rabbah



Bilal Bin Rabbah adalah hamba berkulit gelap dari Habsyah. Seperti yang kita maklum, Bilal diseksa begitu kejam sekali oleh majikannya kerana memeluk Islam. Namun dia tetap mempertahankan akidahnya.

Beliau tertarik dengan Islam dan akhirnya menjadi pengikut terawal Rasulullah SAW. Sehingga Allah SWT telah menurunkan wahyu untuk solat. Bilal dipilih menjadi tukang azan untuk memanggil umat Nabi SAW solat setiap kali masuk waktu. Ini kerana Bilal memiliki suara yang sangat merdu dan indah sekali.


3. Zaid Bin Harithah



Zaid Bin Harithah adalah hamba yang dimerdekakan oleh nabi SAW. Beliau merupakan sahabat sekaligus berkhidmat dengan nabi SAW.. Zaid adalah orang yang bersama nabi ketika berdakwah di Taif. Beliau syahid di dalam peperangan Mu'tah. Beliau juga dijadikan anak angkat Nabi Muhammad SAW.


4. Ali Bin Abi Talib



Ali adalah salah satu keluarga Nabi SAW yang memeluk Islam. Beliau menikahi dengan puteri Rasulullah SAW iaitu Fatimah Az Zahra. Beliau memeluk Islam ketika kanak-kanak lagi. Antara jasa besar Ali adalah menggantikan tempat tidur nabi SAW di malam sebelum hijrah ke Madinah.


5. Hamzah Bin Abdul Mutolib



Hamzah merupakan pakcik kepada baginda SAW. Beliau merupakan orang yang disegani di Mekah. Beliau digelar Asadullah yakni singa Allah kerana keberaniannya. Hamzah selalu mempertahankan nabi di Mekah sehingga terdapat kisah beliau memukul Abu Jahal kerana menghina nabi SAW.

Hamzah juga banyak membantu dalam peperangan nabi sebelum beliau wafat. Jasanya amat banyak sekali terhadap Islam pada Islam mula berkembang.

Demikianlah 5 Sahabat Baik Rasulullah SAW Terawal Masuk Islam. Merekalah menjadi tulang belakang bagi Rasulullah ketika awal permulaan Islam. Kisah mereka turut dilakonkan semula bagi tatapan generasi kini.

Anda boleh tonton Movie sejarah Islam wujud di sini:


Tiada ulasan:

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...