PENULISAN DAN PERNIAGAAN. LEBIH FOKUS PENULISAN SEKARANG.

Ya, dahulu rina lebih kepada perniagaaan. Tetapi ketika di ambang 2020 ini, rina lebih fokus penulisan. Kalau ikutkan sama banyak tahap tu, tapi nampak gaya memang nak fokus lebih kepada penulisan. Perniagaan okey tapi hujung tahun ini stok belum dapat lagi. Jadi, marketing slow sedikit dan memberi ruang untuk menulis dengan banyak lagi. 

Alhamdulillah hujung 2019 ini, dapat berita gembira berkaitan penulisan. Insyallah lepas ni akan mula menulis buku kanak-kanak pula. Itulah orang kata rezeki yang tidak disangka-sangka kita tak tahu datang dari mana dan tak tahu datang dari pintu rezeki mana satu. Allahu.

Naseb baik rina ada seorang pembantu yang menolong rina tulis juga untuk job-job client dan akan dipantau dan disemak semula oleh rina. Jadi, delegate work tu penting supaya dapat memaksimumkan job dan memberi ruang untuk rina review dan improve apa yang perlu.  

So apa projek bakal menjelma pada tahun 2020 ini?

Insyallah projek penulisan lama akan berjalan seperti biasa dan akan adanya pertambahan projek baru seperti buku kanak-kanak, artikel kesihatan dan sebagainya.  

1. Artikel Website / Blog Client
2. Translate Artikel Client
3. Copywriting Rinazul
4. E-Book
5. Buku Kanak-Kanak
6. Review Blog (Insyallah akan mula buat balik once Mark Zuckerberg dah tak block link rinazuldotcom ini lagi).

Susah juga nak buka block tu. Lama dah kena block. Alhamdulillah dah dapat step-step apa nak dibuat kalau kena block. Semoga dapatlah rina post link blog ke facebook macam biasa lepas ni. Aamin. 


Sekian bebelan hari ini. 

Catat Komen

0 Ulasan