5 Cara Buat Duit Dengan Menulis Sajak



Assalamualaikum wbt.

Hari ini sis dapat request dari hamba Allah yang bertanya bagaimanakah cara buat duit dengan menulis sajak. Selalunya kita dengar cara mudah buat duit adalah dengan menulis artikel dan novel kan? Tapi sebenarnya tulis sajak pun tak mustahil boleh buat duit.

Sebenarnya boleh buat duit, tapi macam mana kita nak tahu siapa yang perlukan sajak atau cara mendapatkan duit dari menulis sajak?

Imej yang berkaitan

Mengikut asas penulisan, perkara penting di bawah ini harus anda ketahui dan ambil peduli:

#1  Bakat Menulis Sajak


Adakah anda mempunyai bakat menulis sajak? Jika ya, Alhamdulillah amat mudah untuk anda ikuti step-step yang seterusnya. Tetapi jika tidak, tak mengapa. Belajar dan cubalah menulis sajak kerana minat yang anda ada. 

Dengan bakat menulis sajak, sajak anda pastinya akan dikenali ramai dan dapat menarik perhatian para pembaca. Betul ke masih ada golongan pecinta sajak dan sanggup beli sajak untuk membaca? Ya, memang ada. 

Kerja anda mudah. Hanya perlu menulis saja sajak anda sekarang!

#2  Mencari Publisher Sajak


Ramai penyajak akan stuck atau terkandas di step ini. Mereka tidak tahu cara untuk publish sajak tersebut atau membuat ia dikenali ramai, dibukukan dan lain-lain lagi. Sebenarnya, amat mudah sahaja untuk mencari publisher.

Senaraikan semua publisher di Malaysia yang menerima sajak atau puisi untuk dibukukan, juga medium surat khabar atau majalah yang memerlukan sajak-sajak anda. Jika anda seorang analisis yang baik, anda boleh temui senarai-senarai publisher berdasarkan bahan bacaan yang anda baca di perpustakaan atau di internet. 

#3  Hantar Proposal


Walaupun anda ingin buat duit dengan menulis sajak bersama pihak publisher, tetapi jangan lupa. Andalah orang pertama yang perlu menghantar proposal atau karya anda untuk mereka.

Namun, pastikan karya anda benar-benar memenuhi syarat mereka. Jika tidak patuhi syarat karya yang mereka inginkan, sudah pasti terang-terang lagi akan direject. Menghantar proposal untuk karya sajak juga adalah seperti novel jika anda inginkan kerjasama dalam tempoh jangka masa panjang.


#4  Secara Online 


Selain merisik syarikat publisher sajak, tidak mustahil anda boleh publish karya sajak anda secara online sahaja dan mendapatkan wang. Anda boleh jadikan ia sebuah karya yang boleh diakses secara online. 

Bermaksud orang ramai boleh baca sedikit karya tersebut di blog anda, nak lebih-lebih, boleh beli sajak tersebut (mungkin boleh dijadikan seperti ebook) sekiranya nak buat produk fizikal.

Ada ke orang nak beli sajak ni? Yes, ada. Target marketing yang betul akan menemui audience yang tepat!


#5  Cari Penyelenggara, Pengarah Majalah Atau Ketua Editor Majalah


Jika ada majalah yang bersesuaian atau program yang bersesuaian untuk diselitkan dengan sajak anda, bekerjasamalah dengan penyelenggara buku, pengarah majalah atau ketua editor majalah.

Mungkin dari perundingan yang anda lakukan, majalah tersebut inginkan karya-karya anda diletakkan di setiap episod atau siri majalah tersebut. Hebat bukan? Anda malah akan terima pembayaran yang lebih banyak dari yang diimpikan.

Hasil carian imej untuk buat duit tulis sajak

Itulah dia 5 cara buat duit dengan menulis sajak. Semoga sedikit sebanyak akan membantu anda dalam mengembangkan perjalanan kerjaya anda. Selamat berjaya!



2 ulasan:

ray berkata...

okay first time tahu pasal ni

Rina Zul berkata...

Bergantung kepada individu juga sebenarnya. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih kan :D

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...