Cara Tetapkan Azam 2020 Supaya Achievable!

Masih belum terlambat untuk kita berazam sempena tahun 2020. Jika anda hanya punyai azam sahaja, itu sukar dicapai. Berazam memerlukan anda mempunyai pakej lengkap Azam tersebut supaya ia boleh dicapai atau achievable.  

Apakah yang perlu anda tahu untuk tetapkan azam 2020 supaya lebih tercapai? Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tetapkan, bukan hanya 1 ayat azam sahaja. 

Sudah bertahun-tahun kita berazam, apa kata kali ini bukan sahaja berazam di mulut, tetapi di hati serta tindakan. Berikut adalah cara tetapkan azam 2020 supaya achievable yang harus anda tahu.

Hasil carian imej untuk 2020

#1 Kenal Pasti Apa Yang Anda Mahukan Secara Spesifik


Ya, pasti anda tahu apa yang anda mahukan. Tetapi, jadikan ia lebih spesifik. Sebagai contoh, nak berjaya dalam kerjaya. Jadi spesifiknya mungkin adalah: Ingin naik pangkat, dapat gaji tinggi lebih dari RM 3K. 

Ataupun ingin ada simpanan sebanyak 20K untuk tahun 2020. Maksud di sini adalah anda tetapkan secara terperinci apa anda mahukan. Bukan setakat berjaya atau ingin buat simpanan sahaja.  Jelas kan? 

#2 Sediakan Diary Atau Planner 2020


Planner atau diary 2020 penting untuk anda catatkan segala yang anda mahukan. Apa yang nak dicatatkan itu akan saya terangkan di point seterusnya. Namun, jangan lupa sediakan planner yang mudah dibawa ke mana sahaja ataupun yang mesra pengguna. Jika hanya harap untuk mencatat di fon atau di laptop sahaja, tak cukup beb! Tak ada aura dia.

Imej yang berkaitan


#3 Visi Dan Misi


Bukan hanya bisnes dan syarikat sahaja perlu ada visi dan misi, tetapi cara tetapkan azam 2020 supaya achievable pun perlu ada visi dan misi. Visi dan misi anda perlu berkait rapat dengan azam yang anda ingin realisasikan. Visi adalah apa pegangan anda dalam mendapatkan azam tersebut. Misi pula adalah apa perlu anda lakukan dalam menjalankan visi anda.

Sebagai contoh:

Azam: Ada simpanan 20K dalam masa 1 Tahun
Visi: Memastikan setiap hari ada duit masuk bank atau tabung
Misi: Buat income tambahan yang lebih masyuk bermula awal tahun ini

#4 Tetapkan Rancangan Atau Planning 


Jika sudah mempunyai azam, anda wajib senaraikan seberapa banyak rancangan atau planning anda untuk mengecapi azam tersebut. Bagaimana nak tahu apa rancangan atau perkara yang harus anda lakukan?

Fikirkan cara untuk merealisasikan impian anda?
Apa harus anda buat untuk pastikan rancangan tersebut berjaya?
Berapa tempoh masa perlu diambil untuk azam anda tercapai?
Apa langkah pertama perlu anda lakukan?
Apa risiko yang bakal terjadi?
Bagaimana cara untuk hadapi risiko tersebut?

Jawapan bagi persoalan itu adalah tindakan dan rancangan untuk anda kecapi impian atau azam 2020 anda. Mudah kan cara tetapkan azam 2020 supaya achievable!

#5 Rancang Masa Anda Dan Jadualkannya


Jangan lupa untuk merancang masa anda! Buat jadual harian mengenai apa yang perlu ada lakukan setiap hari. Itu adalah cara tetapkan azam 2020 anda supaya lebih achievable. Tak perlu pening-pening, selepas adanya jadual kerjaya dan harian anda, pastinya lebih mudah untuk azam dikecapi!

Hasil carian imej untuk jam meja belajar

Alhamdulillah, kita semua sudah buat 1 azam 2020. Pastikan azam tersebut achievable dengan senaraikan tindakan dan rancangan anda. Insyallah pada masanya nanti, kita akan tunaikan azam-azam kita pada tahun 2020 ini. Aamiin.


Jom baca juga:







Catat Komen

1 Ulasan

ray berkata…
I am so bad at this but trying my best