Tips Pilih Pakaian Sesuai Untuk Wanita Rendah

Penampilan semestinya perkara yang amat penting bagi seseorang terutama sekali kaum hawa. Lazimnya, wanita ini amat menitik beratkan soal penampilan. Tambahan lagi bagi mereka yang mempunyai masalah ketinggian.

Jika tersilap memilih pemakaian akan kelihatan pelik dan tidak sesuai. Di sini, jom saya kongsikan pakaian sesuai untuk wanita rendah.

Imej yang berkaitan

1. Warna Pakaian


Anda haruslah bijak memilih warna pakaian. Hadkan warna pada pakaian, sebaiknya satu atau dua warna sahaja. Semakin banyak warna pada pakaian, anda akan kelihatan rendah.

Elakkan memakai pakaian terang. Sebaiknuya pakailah pakaian yang gelap kerana ia akan menambahkan kesan tinggi pada badan. Jelas?

2. Ukuran Pakaian


Memakai pakaian terlalu ketat untuk kelihatan ramping itu adalah perkara yang salah. Hal ini kerana ia akan lebih menampakkan bahagian tubuh anda. Jangan sesekali pakai baju ketat jika anda rendah!

Memakai pakaian terlalu longgar juga tidak sesuai kerana ia akan membuatkan saiz anda kelihatan besar. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai bagi tubuh anda.

Hasil carian imej untuk pakaian wanita rendah hijab

3. Motif Dan Corak


Motif dan corak pada pakaian juga memainkan peranan penting untuk masalah ketinggian. Elakkan memakai pakaian bercorak melintang kerana ia akan menyebabkan tubuh anda kelihatan rendah. Dah lah rendah, nampak debab pula. alamak alamak. Tolong!

Pakaian dengan rekaan corak garis menegak di tengah badan akan mencipta ilusi seolah anda kelihatan tinggi. Pakaian yang penuh dengan hiasan juga tidak sesuai untuk wanita rendah. Sebaiknya pilih rekaan yang ringkas sahaja.

4. Blazer Dan Cardigan


Pemakaian blazer, cardigan atau jaket yang terlalu labuh membuatkan anda kelihatan rendah. Anda hendaklah memilih blazer atau jaket yang sesuai dengan tubuh anda. Caranya mudah, pilih jaket yang labuhnya sama atau hampir dengan jari tangan ketika tangan rapat ke badan.

5. Kasut Tinggi


Kasut tumit tinggi merupakan elemen yang sesuai untuk wanita yang rendah. Selain membuatkan anda kelihatan tinggi, ia juga akan memberi kesan ramping pada tubuh anda. Disamping kasut tumit tinggi, anda juga boleh mengenakan kasut atau selipar yang sederhana tinggi.

Hasil carian imej untuk pakaian wanita rendah hijab




Demikianlah 5 pakaian sesuai untuk wanita rendah. Ciri-ciri pemakaian yang disebutkan di atas adalah baik dan sesuai bagi wanita rendah. Namun, tidak dinafikan bahawa sebaik-baik pakaian adalah yang menutup aurat dan sopan. Semoga dapat membantu!

Tiada ulasan:

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...