Februari 2020 - RINA ZUL

Khamis, 27 Februari 2020

[VIRAL] SAMBAL IKAN BILIS RANGUP SEDAP DAN MURAH NO.1 DI MALAYSIA

11:48 PTG 0
[VIRAL] SAMBAL IKAN BILIS RANGUP SEDAP DAN MURAH NO.1 DI MALAYSIA

Makan sekali, pasti nak lagi. Allahu. Kali ni memang betul-betul saya ketagih nak makan lagi sambal ikan bilis rangup ni. Demi Allah, memang sedap! 

Saya ni bukan rajin nak masak dan gigih cari resepi sana sini, tapi saya memang 100% suka makan. Kebetulan ternampak 'Sambal Bilis Rangup' dan 'Sambal Bawang Bilis' yang tengah viral dan hot kat Facebook dan status wassap kawan-kawan tu, terdetik hati nak merasa. Mana taknya, sambal ni tak sampai sebulan dijual secara online, tapi yang membeli sudah cecah 600 - 1,000 pelanggan! Haruslah kita rasa, memang tak mengecewakan.



Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi merasa, akhirnya sampai juga 2 bekas sambal ikan bilis murah ni. Sis terima 1 Bekas Sambal Bawang Bilis dan 1 Bekas Sambal Bilis Rangup. Tolonglah, jangan beli sambal sebarangan, korang kena cari yang nama 'Sambal Dhuha' je, itu baru betul-betul sedap dan the best.

Oh ya, Sambal Dhuha ini adalah jenama sambal ikan bilis paling sedap dan murah di Malaysia. Selain sambal ikan bilis rangup, terdapat juga sambal bawang ikan bilis. Serius la? Sambal bawang bilis sedap? memang sedap tu, bukan kaleng-kaleng sambal tau. 

PILIHAN SAMBAL DHUHA:


#1  Sambal Bawang Bilis Rangup Sedap 




#2  Sambal Bilis Rangup Sedap


Sambal ikan bilis paling sedap dan murah ini cukup lengkap dengan teksturnya, kesedapan, ketahanan, packaging, harga, bahan-bahan masakan dan manfaatnya yang tersendiri. Jom lihat apa yang menarik tentang Sambal Dhuha ini.




RASA

Rasa Sambal Dhuha bagi sambal ikan bilis rangup dan sambal bawang bilis rangup ni memang perfect. Tak macam sambal-sambal kering kat luar sana tu, selalu rasa macam keropok dan ikan bilis yang tak berapa cukup rasa. 

Tapi sambal Dhuha ni memang sedap gila lengkap rasa pedas macam sambal nasi lemak tu, means memang sedapla sambal dia, cukup garam gula pula tu.  Rasa pedas, masin dan manis semua rasa.  Rasa macam chef yang masak sambal ikan bilis sedap ni!  



KETAHANAN

Sambal Dhuha ni memang tahan lama. Sama ada sambal ikan bilis rangup atau sambal bawang bilis sedap, kedua-duanya memang tahan lama, sebulan pun hanya letak di tempat kering. Tak perlu masuk dalam fridge bagai. So selamat kan? Boleh simpan buat stok makan kat rumah untuk anak-anak dan keluarga.

TEKSTUR

Sumpah tak kedekut. Sambal Dhuha ni memang betul-betul penuh satu balang. Tak ada ukur-ukur guna benda lain. Memang balang ni penuh-penuh tepat dia letak. Kuantiti sambal ikan bilis rangup dan sambal bawang bilis rangup yang diletakkan memang banyak. 

Dah tu, tekstur sambal ni pula sangatlah penuh dengan ikan bilis garing yang sebati dengan sambal tu. Warna ikan bilis, bawang yang diratakan dengan sambal tu memang menarik perhatian dan nampak menyelerakan.

KERANGUPAN

Tidak ada satu ikan bilis atau bawang pun yang tidak rangup dan basah. Semua rangup-rangup belaka!  Kalau kunyah tu, memang sedap sangat dan puas hati. Sehingga tak boleh nak stop. Itulah yang buatkan korang ketagih, dengan rasa dia yang sedap lagi. Perghhh.

BAHAN BERKUALITI

Jangan terkejut makan sambal ikan bilis paling sedap di Malaysia ni, sebab bahan-bahannya juga sangat berkualiti. Tidak ada satu pun yang merosakkan resepi. 

Resepi telah dicipta dengan sempurna sekali dan dimasak dengan penuh kasih sayang oleh Owner Sambal Dhuha sendiri. Ia merupakan salah satu produk homemade paling sedap abad ini.




SAMBAL SERBAGUNA

> Boleh dimakan bersama bubur 
> Boleh dimakan bersama nasi
> Boleh dimakan begitu sahaja
> Boleh ditambah dalam masakan
> Sesuai untuk dibawa Travel 
> Sesuai untuk pelajar universiti, pelajar asrama atau bekalan umrah
> Boleh dijadikan cenderahati atau doorgift (Mengikut Permintaan Anda)


PACKAGING BERKUALITI DAN MUDAH

Mudah untuk dibawa ke mana sahaja, bekas plastik yang sangat berkualiti dan mempunyai ketahanan yang padu. Nak masukkan dalam handbeg pun boleh ni!



HARGA SAMBAL DHUHA MURAH BERBALOI

✅ sambal bawang bilis (RM12)
✅ sambal bilis ranggup (RM16)

Pembelian 2 Botol ke atas, akan menerima potongan harga sebanyak RM 2.





APA KATA PENGGUNA YANG TELAH MERASAI SAMBAL DHUHA?








Alhamdulillah, untuk bulan puasa ni, sis dah get ready nak repeat order banyak-banyak lagi, sebab benda sedap, takkan tak mau bagi family, jiran dan kawan-kawan. Boleh buat gift untuk bagi sempena puasa nanti kan? Memang sedap dah ketagih dah ni.

Nak cuba, boleh Whatsapp Sis Satirah.
Klik Sini untuk Link Whatsapp:  Sis Satirah



Pengalaman MENAKJUBKAN di Kea Farm, Cameron Highland | Pasar Kea

1:47 PTG 2
Pengalaman MENAKJUBKAN di Kea Farm, Cameron Highland | Pasar Kea
Berkunjung ke Cameron Highland, jangan lepaskan peluang untuk ke Kea Farm Garden, Cameron Highland! Pasar Kea atau Kea Farm ini sangat terkenal dalam kalangan makcik-makcik bawang. Opps~ Mana tidaknya, kat sini pasti akan jadi kecoh-kecoh sekiranya anda tidak membeli atau membawa pulang apa-apa. 

Boleh dikatakan wajiblah bagi anda untuk membeli sayur, buah, pokok atau apa-apa sahaja yang dijual di sini untuk dibawa pulang. Lebih penting lagi untuk anda hadiahkan kepada suadara mara atau sanak saudara anda. Maklumlah, barang-barang di sini agak murah kerana direct dari ladang.

Hasil carian imej untuk kea farm cameron highland

Selain barang makanan, barang-barang jualan seperti buah strawberry, sayur-sayuran yang pelbagai aneka, pokok dan bunga-bunga yang cantik, patung atau mainan kanak-kanak, makanan bergoreng, bunga kering, makanan atau pati cordial yang berasaskan strawberi atau buah-buahan lain serta banyak lagi. 

BAHAGIAN SAYUR-SAYURAN


Berjalan di kawasan Kea Farm, semestinya kita memasang niat untuk membeli sayur, yela RM 7 dapat 10 bungkus sayur. Sapa tak nak weh? Kalau kat giant, 1 bungkus sayur pun dah RM2.99 ke atas tau. Ermm. Dah tu, dapat pula sayur fresh. Memang best la. Ini kata pengguna sayur macam saya ni. Kalau korang, tepuk dada tanya selera 😝


Paling pantang tengok dekat bahagian sayur ni adalah carrot dia cantik sangat, siap dengan akar lagi sebagai hiasan. Sama gak ngan lobak putih tu. Limau pulak jenis yang besar-besar tu. Dengan brokoli dia yang betul-betul hijau pekat tu memang betul-betul menggiurkan sungguh.


BAHAGIAN BUNGA-BUNGAAN

Image may contain: plant, flower and food

Beraneka jenis bunga, pohon hijau dan kaktus bakal menyinari hidup anda. Ecewah, beli la buat kenang-kenangan dan letak di rumah! Cantik-cantik bunga-bunga kat sini, tambah-tambah bunga hidup. Sebenarnya tak rugi pun kalau nak beli pokok bunga hidup kat sini, sebab semua tu bunga kering. Boleh je korang bela kat rumah, pastu biarkan dia kering, tetap akan wangi.

Image may contain: people standing, flower and plant

Ini antara bunga kering yang dijual. Rupanya adalah bunga hidup. Cuma ia tahan selama 2 tahun sebagai bunga kering. Jadi tak perlu risau. Biarkan dalam bilik tidur korang untuk menghirup wangiannya dalam masa 2 tahun. Hihi. Sebagai wanita yang sukakan bunga, apa lagi,. inilah barang yang nak shopping sangat tu!

Image may contain: flower and plant

Image may contain: flower and plant

Image may contain: flower and plant

Image may contain: flower and plant

Image may contain: flower, plant and nature

Image may contain: flower and plant

RM 30 dapat 5 bungkus bunga yang berasingan dan lebat-lebat gitu. Murah kan! Actually beli 3, tapi akak tu bagi percuma 2. Rezeki nakkk oi. Alhamdulillah. Em Em, dah niat siap kalau bunga tu jadi kering mereput pun nak buat letak dalam mandian hehe. Boleh pulak gitu! 😂

STRAWBERI DI KEA FARM

Image may contain: fruit and food

Masyallah nak pengsan dibuatnya. Korang tengok gambar atas ni, strawberri besar gila, besar gedabak. Tau tak harga dia berapa?! RM 15 untuk 2 bekas. Mestilah nak beli. Sedap dan nikmat sangat-sangat kokak strawberri ni. Heheh since memang faveret buah adalah buah strawberri, memang rasa puas la beli strawberi kat Kea Farm, Cameron Highland ni.

Image may contain: food .  
Ini pula strawberri yang saiz kecil sikit dari tu.. Ini harga dia RM 25 dapat 4 box. Ini pun borong 4 box. Tapi apapun yang besar tadi tu macam lebih jadi pilihan dan bersemat di hati hehe. Strawberiku yang sedap dan lazat. Emmmm. 

Image may contain: fruit and food 


JAGUNG MUTIARA CAMERON HIGHLAND

Hasil carian imej untuk kea farm cameron highland jagung mutiara

Tidak lupa juga dengan jagung mutiara Cameron Highland ni. Bestnya, jagung mutiara ni tak perlu kukus atau rebus pun, korang boleh je makan macam tu, sangat lembut, sedap dan enak. So apa lagi, ini pun rin borong bawa balik. Sebab sayur tak terbeli pula. Cari sana sini, sampai terlepas kedai-kedai semua dah. kikiki.

Rupa jagung Mutiara ni adalah bewarna kuning putih. Sangat nice. Putih tu ala-ala mutiara la kononnya.

Hasil carian imej untuk kea farm cameron highland jagung mutiara

Okey, dari Kea Farm Cameron Highland ni, kami nak gerak ke gerai kraftangan pula. Lepas tu, direct balik KL. Dah 3 hari duk dekat ngan pasar ni ja. Kea Garden Guest House dekat dalam kawasan Kea Garden ni, so jalan kaki dari penginapan kami tu dah boleh sampai ke sini.

Jom baca juga:




















Sabtu, 15 Februari 2020

Sesi Petik Strawberry Di Aidilbadri Strawberries Farm, Cameron Highland

9:15 PTG 1
Sesi Petik Strawberry Di Aidilbadri Strawberries Farm, Cameron Highland
Selain beli strawberry, teringin juga nak petik strawberry sebagai pengalaman seumur hidup.  Pilihan pertama, Rina dan suami nak ke Opah Strawberry, sebab dengarnya kat sini strawberry lebih murah dari ladang lain. 

Tapi, sampai je kat kaunter tu, budak yang jual strawberri dalam tu cakap kat Opah Strawberry tak boleh self pick (petik) strawberry sebab strawberry habis. 

Oh macam tu pulak. So tak apa lah, jalan-jalan berdekatan Opah Strawberry dan Abang Strawberry, kemudian ternampak Aidilbadri Strawberries Farm pula. 

Jadi kami memilih Aidilbadri Strawberries Farm untuk port bagi memetik strawberries di Cameron Highland ni. Sejuk juga tempat ni, tadi kami dah bersejuk dekat Ladang Teh Boh, Cameron Highland. Sekarang mai sambung bersejuk kat sini pula.

Image may contain: outdoor

Aidilbadri Strawberries Farm

Jika bercakap tentang parking, kawasan ini amat susah nak dapat parking sebab ia tepi jalan. Bukan je farm ini, tapi sederet dengan farm-farm yang lain iaitu Opah Strawberry, KHM strawberry, Agro Farm Strawberry, Muslim, Al-Mashoor Strawberry dan lain-lain lagi. Dah sampai sana, baru rina perasan semua farm ni sebenarnya dekat-dekat je. Jadi kena sabar sikit cari parking kat sini. Tak ada lah susah sangat pun, mungkin 5/10 la markah untuk servis parking tu untuk semua ladang strawberry kat sini. hehe.

So, kalau dah sampai sini, konfius sangat-sangat tak tau nak pergi ladang yang mana. Jadi, masuk jela yang mana korang rasa best. Tak tahu kenapa, lepas je Opah Strawberry tu tak ada strawberry, rina pilih nak masuk dekat Aidilbadri Strawberry Farm Cameron Highland ni. Maka, bermulalah kisah memetik strawberry di sini.

Image may contain: people standing and outdoor

Untuk masuk ke ladang adalah PERCUMA tetapi jika ingin memetik strawberry di ladang, perlu bayar deposit sebanyak RM 10. Dan Strawberry dikira ikut timbangan. Alamak, dah lupa pula berapa Gram entah dapat RM 15. So masuk dan petik puas-puas dulu. Kemudian bila nak bayar strawberry kita nak bawa pulang tu, dia akan tolak dengan deposit RM 10 yang kita bayar tadi.

No photo description available.

Aidilbadri Strawberries Farm ini letaknya di belakang ruang makan. Sama je macam ladang-ladang strawberry yang lain. Kami diberi gunting dan bakul untuk beraksi. Hihi. Jadi, apa lagi, misi mencari buah strawberry yang merah, cantik, masak, besar dan sedap. Jalan sikit, petik. Jalan sikit, petik. Tapi apa menariknya kat sini boleh kita uji pasangan kita. Sabar atau tak dengar perangai kita nak petik strawberry tu. Ciaciacia.

Mestilah sabar. Siap nak pusing setiap lorong pokok strawberry lagi. Jadi, kami kat dalam ni agak lama juga lah. Pusing sana pusing sini dan petik strawberry. Thank you my love sebab sudi menanti petikan strawberry dari daku hehe.

Image may contain: one or more people, plant and outdoor

Inilah pokok strawberry yang menjalar secara dekat.  Pohon-pohon yang tumbuh dan mengeluarkan buah strawberry yang segar bugar, semestinya di Aidilbadri Strawberries Farm Cameron Highland. Waktu dekat sini, memang segar dan sejuk walaupun tengahari, tak bahang. Tempat ini pun agak tinggi memang atas bukit, tapi orang je tak berapa perasan sebab jalan raya macam biasa, kawasan perumahan dan kedai-kedai.

Image may contain: plant, food and outdoor

Image may contain: plant, tree and outdoor

Aidilbadri Strawberries Farm Sesuai Untuk Semua Golongan

Kalau ada anak-anak, mereka pasti eksaited dengan aktiviti macam ni, paling tidak pun, anda boleh jadikan aktiviti petik strawberry ni sebagai salah satu aktiviti kekeluargaan anda ketika bercuti. 

Selain anak dan keluarga, pasangan pun boleh eratkan silaturrahim dengan memetik strawberry berdua-duanya. Hehe. Romantik la juga kan? Tak gitu. Oh ya, buat yang datang dengan kawan-kawan atau keluarga, u guys perlu enjoy dengan moment ini. Lupakan segala masalah, heart broken ke apa ke. Enjoy yourself!

No photo description available.

Okeylah, ini hasil rina memetik strawberry ini sorang-sorang. Suami cuma nak ambil gambar je. Tak nak petik pun. Penat la juga rupanya nak petik strawberry ni. "Tula sapa suruh petik, kan senang beli je", kata suami. Eh eh. Kita nak petik sebab nak merasai macam mana orang luar negara tu petik buah hehe. So suami kata 3 perkataan je lepas dengar alasan tu. Ayatnya berbunyi begini, "Perempuan Selalu Menang".

Image may contain: food

Pelajaran Diperoleh Dari Memetik Strawberry di Ladang

Pertama, semestinya dapat belajar cara kenal pasti strawberry mana yang sedap, manis, masak ataupun tidak. The size doesn't matter. Ada strawberry besar dan merah tetapi kecil dan busuk sementara strawberry kecil tetapi cantik dan kering.

Kedua, setiap perkara yang kita nak buat dalam kehidupan especially bisnes atau keputusan, haruslah dibuat dengan teliti. Gunakan logik, fikiran, apa yang kita lihat dan rasa serta pengalaman. Sama juga seperti penilaian dalam kita meneliti strawberry yang elok dan sedap. Ia tidak boleh dibuat dengan hanya melihat sahaja.

Ketiga, kesabaran amat penting dalam semua yang kita lakukan. Tanpa kesabaran yang tinggi, tak mungkin kita akan berjaya. Kalaulah kita putus asa, kita bukan sahaja kehilangan sesuatu, tetapi kita mungkin akan rugi juga.

Image may contain: one or more people, people standing, plant and outdoor

Selepas je petik, kami pun ke kaunter untuk timbang dan bayar. Oh, cuma tambah RM 5 je. sebab dah bayar deposit tadi dan boleh bawa balik buah strawberry. Okey dah lapar ni, nak singgah Abang Strawberry Restoran pula yang terletak berhadapan dengan Aidilbadri Strawberries Farm ini. 

Pengalaman ke Ladang Teh Boh Cameron Highland [Boh Tea Plantation]

3:50 PTG 3
Pengalaman ke Ladang Teh Boh Cameron Highland [Boh Tea Plantation]


Sebenarnya tujuan Rina nak bercuti ke Cameron Highland adalah semata-mata untuk ke Ladang Teh Boh Cameron Highland. Cia cia cia. Eh betul tau, actually ini salah satu wishlist rina jika berkunjung ke tanah Rata Brinchang ini.

Ladang Teh Boh atau lebih dikenali dengan nama Boh Tea Plantation ini sangat terkenal di seluruh pelusuk negara, bukan sahaja negeri-negeri dalam Malaysia ni, tapi kat luar negara pun. Tourist nak berkunjung ke sini! 

Untuk pengetahuan semua, terdapat banyak ladang teh yang boleh korang kunjungi di Cameron Highland ni, antaranya adalah Ladang Teh Bharat, Sungai Palas Ladang Teh, Boh Tea dan macam-macam lagi la. Sampai rina sendiri konfius mana satu yang nak pergi ni. Disebabkan rina pengguna Teh Boh, jadi teringin pula nak merasa dan melihat sendiri Ladang Teh Boh tu. 

Kunjungi Ladang Teh Boh Pada Waktu Pagi / Siang Hari


Perjalanan ke sini dari Avant Chocolate Cameron Highland mengambil masa lebih kurang 40 minit juga la sebab ia agak jauh, dengan keadaan jalan hujan dan agak jem sikit waktu tu. Sikit je, tak delah jem macam dekat KL ni. 

Setibanya di dalam kawasan Ladang Teh Boh Cameron Highland, rupanya besar sangat kawasan tu. Kereta semua kena ikut laluan untuk ke parking dan tempat lawatan. Dari tempat parking kereta, ada tandas awam so amat senang la kalau korang nak singgah melabur dahulu. Hehe.

Jadi, perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki. Wah, kali ini kita kena berjalan menaiki tangga untuk ke Teh Boh Plantation atau ala-ala tempat pembelian teh, tempat view ladang teh, kilang teh, tempat membeli souvenir dan lain-lain lagi tempat di sini, semuanya berada di atas puncak. So apa lagi, jom naik!

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Jangan risau, bukan korang je yang penat, ramai je yang naik sambil selfie, ambil gambar, gurau senda menghilangkan kepenatan. Tapi dont worry sikit pun tak panas, malah kat sini terasa sejuk dan dingin bukan kepayang (yeke penggunaan bahasa tu, suka hati je nak hentam).

Image may contain: people standing, plant, tree, outdoor and nature

Kita juga berpeluang memegang dauh teh dan menikmati keindahan alam semulajadi yang cantik sepanjang menaiki puncak bukit ini. Tua atau muda semua ada kat sini, pakcik-pakcik dan nenek-nenek pun ada naik atas ni. Macam kesian tengok tapi dorang enjoy dan ambil udara, naik perlahan-lahan dan nampak reaksi wajah tu macam seronok sangat. 


Image may contain: mountain, tree, outdoor and nature

Inilah view apabila dah hampir berada di atas. So tak de lah jauh sangat. Sikit je tu kena naik. Tapi memang best, segar hijau sangat-sangat kat sini. Terasa bau-bau teh dan dedaunan. Memang wajib cuba datang sini.

Image may contain: tree, plant and outdoor

Di sini kita akan menemui bangunan Teh Boh Plantation Centre iaitu Pusat Teh Boh yang sangat dikenali ramai.  Seni bina bangunan ini sangat unik, cantik dan menarik. Rugi kalau tak masuk tengok apa yang ada di dalam. Pelancong pun banyak dekat sini. Sememangnya ia adalah one of the best holiday place.

Hasil carian imej untuk beli teh di ladang teh boh cameron highlands

Kawasan Membeli Teh Dan Barangan Teh Boh 

(TEA SHOP)

Image may contain: one or more people and people standing

Terdapat pelbagai jenis teh jenama Boh di Boh Tea Plantation Cameron Highland. Kalau korang peminat teh boh, wajib datang usha-usha barang jenama Boh kat sini. Banyak sangat teh-teh keluaran boh yang dijual di sini dan tak dikeluarkan di mana-mana kedai luar. Macam-macam perisa dan rasanya. 

Antaranya teh lemon, teh boh premium, teh tarik, nescafe boh, teh strawberry, green tea, teh rapsberry dan lain-lain lagi. Macam-macam rina beli kat sini. Bolehla bahagi-bahagi sesama keluarga kat rumah nanti. 

Teh Boh Cameronian tu macam sedap sangat-sangat. So itu memang wajib beli. Ditambah dengan teh boh laici, mango, halia pun beli juga yang sepaket RM 5 tu. Harga semua ok, sangat berpatutan.  

No photo description available.


Antara Yang Wajib Rina Beli Kat Sini Adalah:

Hasil carian imej untuk boh cameronian

Hasil carian imej untuk boh cameronian


Hasil carian imej untuk boh seri songket

Selain dari membeli-belah, feel free untuk singgah di tempat makan Ladang Teh Boh Cameron Highland pula ya. Disebabkan kami berdua sudah kenyang makan kek dan makan besar di Avant Chocolate Cameron Highland tadi, so kami tak makan kat sini dah. Cuma bersiar-siar dan lawat kawasan. 

Hasil carian imej untuk ladang teh boh cameron highlands makan

Namun, makanan kat sini sangat-sangat menarik! tak kurang hebatnya. Maklumlah, minum di atas puncak, teh pun jadi sedap tau dengan udara segar dan sejuk lagi tu.

Hasil carian imej untuk ladang teh boh cameron highlands makan

Tidak Lupa Untuk Bergambar Kenang-Kenangan di Sini:

Boh Tea Center Sungei Palas. Ingat tu, kalau waze bawa ke sini, ikut je. Betullah tu ladang teh boh. By the way, ramai yang bercuti sini dengan rombongan sekolah, rombongan mak datin dan macam-macam lagi. Memang ramai dan meriah. Rasanya nak datang lagi nanti! Next time nak bawa family besar pula. Insyallah. 

Image may contain: one or more people, text that says "BOH TEA CENTRE SUNGEI PALAS"


Okeylah, fine. Belanja gambar bersama bodyguard pulak. Happy ke - 3 Anniversary Rina dan Ashraf di Ladang Teh Boh!


Image may contain: 1 person, standing, mountain, sky, outdoor and nature

Akhir sekali, sebelum pulang. Kita akan melalui kawasan Ladang Teh Boh yang sangat sarat dengan daun-daun teh. Oh my god, it is so beautiful! Pemandangan ladang ni memang cantik sangat, siap ada kabus lagi kat sini. Kabus sejuk-sejuk, kena kita sikit rasa macam nak hujan. Padahal tu kabus. Serius tak sangka dah naik atas bukit dan masuk dalam ladang teh ni!

Image may contain: one or more people, mountain, outdoor and nature

Selepas puas berjalan-jalan dan menerokai Ladang Teh Boh Cameron Highland, kami terus singgah makan di Restoran dan Ladang Abang Strawberry pula.