Keguguran Kali Kedua - Kerana Allah SWT Tahu Itu Terbaik

Terdetik hati nak kata pasal kandungan vs zuriat ini.  Kebanyakan kes keguguran dipandang negatif, tapi Alhamdulillah saya 90% amat positif kenapa berlakunya keguguran kali kedua. Sudah tahu mengandung pun, Alhamdulillah saya sangat bersyukur. Tapi sebab Allah lagi tahu mana yang terbaik, Alhamdulillah kalau kita gugur pun kita tetap kena redha. Insyallah.


Lagi pula, saya terbaca statement dari hereporter

Keguguran pada tiga bulan pertama memang kerap berlaku. Jika 100 wanita hamil, seramai 20 akan keguguran (20%), mungkin juga jumlah sebenar lebih dari itu. Lebih kerap lagi untuk wanita berumur 40 tahun ke atas (lebih dari 50% akan keguguran bila hamil). Tapi kebanyakan wanita senyap sahaja bila keguguran, tidak mahu berbincang mengenai pengalamannya. Sebab itulah masyarakat tidak tahu betapa kerapnya berlaku keguguran.

Bila kita lihat benih lelaki (sperma), setiap kali melakukan hubungan kelamin, lebih dua juta sperma akan keluar mencari telur wanita. Tapi, sememangnya 70% sperma tidak sempurna, dan 10% telur wanita tidak sempurna.

Saya rasa ini masanya untuk menjadi positif dari segala hal-hal yang negatif. Ya, memang sedih sebab dah hampir nak masuk 3 tahun dah berikhtiar nak hamil. Jangan hanya menyalahkan takdir, tetapi bersyukur sebab pernah juga hamil walaupun gugur. Biarpun kali ni kali kedua. Macam tak percaya je tapi itulah kenyataan.

Dulu saya fikir, hidup ni bukan macam cerita novel tetapi tidak. Ia jadi macam novel atau pun ia jadi hal yang tidak kita sangkakan. Mengikut situasi. Namun, tenanglah biarpun hati parah. Senyumlah biarpun hati 'speechless'. Yang penting jangan sesekali salahkan takdir. 

Baru-baru ni pula saya terbaca kawan facebook post pasal gugur tapi tidak ada tanda. Rupanya wujud juga hal sebegitu. 

Hasil carian imej untuk keguguran kali kedua

Sebenarnya saya mula jadi positif tentang hal keguguran ni kerana beberapa sebab:

1. Allah SWT nak bagi zuriat pada masa yang sesuai dan ini bukan masanya.

2.  Allah SWT tahu kalau kita bersedia pun, mungkin tubuh kita belum bersedia. Saya ada kawan yang meninggal ketika melahirkan anak dan juga meninggal akibat buat rawatan UIU ke apa tah tak pasti. Itu kerana tubuh tak sesuai dengan hal itu dan juga kerana sudah pasti ajal dia.

3.  Sebab saya tahu Allah nak beri anak yang sihat kepada saya dan lebih baik, soleh dan solehah.

Tiga sebab itulah yang buatkan saya tersenyum selalu tambah-tambah lagi sebab suami sendiri cakap tak pernah kisah pasal ni, ambil anak angkat pun dia okey dan lain-lain lagi. 

Sebenarnya tidak mengapa jika kita tak percaya orang lain, tetapi cukuplah kita percaya pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi, Maha Mendengar Doa, Maha Mewarisi, Maha Memakbulkan Doa. 

Tiada ulasan:

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...