Pengalaman Ke Abang Strawberry Cameron Highland [Abang Strawberry Farm & Restoran]

Hari kedua Rina dan suami bercuti di Cameron Highland, kami memilih untuk lunch di Abang Strawberry Farm & Restoran (lebih dikenali dengan nama Abang Strawberry Cameron Highland). Tak ada lah lunch sangat, sebab waktu makan di sini pun sudah pukul 3 petang. Kiranya lunch lewat gitu!

Kenapa Rina pilih untuk menikmati makanan tengahari di sini? Rina pun seperti korang juga, yang mencari-cari makanan menarik nak dimakan di sini, maklumlah tempat orang, mana kita tahu kat mana best untuk makan-makan. Jadi, ternampak sebuah blog yang suggest untuk makan di sini, so kami pun nak cuba lah.

Image may contain: sky and outdoor

Inilah dia Restoran dan ladang Abang strawberry Cameron Highland. Nak cari parking tu agak mencabar juga sebab kami datang dah petang, lagi ramai orang. Korang kena datang lebih awal, mungkin tengahari macam tu untuk senang dapat parking.

Masuk, duduk dan ambillah tempat masing-masing ya. Buat macam rumah sendiri. Disediakan menu untuk anda pilih. Kemudian, boleh pergi order dan bayar di kaunter. Dan tunggu makanan dihantar terus ke tempat duduk anda. Sebenarnya agak mudah macam ini, sebab korang ada masa yang banyak untuk decide menu apa nak cuba dan tak perlu angkat tangan panggil orang ambil order dan sebagainya. 


Memang cantik sangat restoran Abang Strawberry ni, dihiasi dengan bunga-bunga dan hiasan strawberry sangat. Oh ya, belakang restoran ini adalah ladang strawberry Abang Strawberry pula. Kat ladang ni, korang boleh je masuk untuk lihat strawberry dan memetiknya, Of course la kena bayar kalau nak petik tu, berdasarkan berapa buah strawberry yang dipetik nanti. 

Tapi rina dan suami datang sini makan je, kami petik dan berhibur dengan strawberry kat ladang lain sebab sebelum ke sini, dah petik kat tempat lain tadi.


Sebenarnya kalau korang waze, tempat ni pun dikenali dengan nama 200 Seeds Cafe juga, cumanya takut waze bawa silap, so korang waze atau maps ikut nama Abang Strawberry Cameron Highland je. Lebih mudah sampai. Insyallah.

Image may contain: table

Saja snap gambar si dia tengah tulis order. Lama juga kami fikir nak makan apa sebab macam-macam ada kat sini, yang bergoreng, masakan panas, berkuah dan macam-macam ada jee kat sini.  Apapun air paling best kat sini adalah Strawberry Teh dan juga Strawberry Cordial. Rasa dia memang lain dan sangat-sangat sedappp. 

Image may contain: 1 person, sitting and food

Kitorang order menu nasi lemak strawberry seperti gambar di bawah ni. Dan datangnya pun macam ni lebih kurang. Untuk pengetahuan, yang bawah ni gambar google. sebab terlupa pula rina nak ambil gambar makanan, Ya Allah, sampai-sampai je terlupa terus nak ambil gambar sebab terlalu sedap.. Dah masuk mulut sampai nak habis baru teringat lupa ambil gambar makanan.

So tepek gambar google sebagai contoh untuk korang. Tapi menu kami makan sama sebijik gambar bawah ni, cuma air je kami air strawberrryyyyy dan teh strawberry!


Korang, sambal dia tu sambal strawberry tau. Masyallah memang sedap sangat. Tak pedas gila macam hidup kat KL dengan penang. Smooth, nice dan sedap je sambal dia, tak masam tak manis, memang cukup lah rasa tu. Ayam dia pulak chruncy wey tak tau nak habaq macam mana.

Hasil carian imej untuk abang strawberry

Selain dari Nasi lemak strawberry yang warna pink ni, ada je nasi lemak strawberry warna putih.  Dan dessert seperti ais kacang, ais krim semua tu memang ada. Sedap, marvellous dan sangat puas hati! Boleh bagi 5 bintang.

Di sini juga, Abang Straberry jual buah strawberry untuk anda makan-makan dan juga produk berasaskan strawberry. Salah satunya adalah jem strawberry dan sambal strawberry.

Hasil carian imej untuk abang strawberry

Kalau korang datang ke sini, jangan lepaskan peluang untuk beli produk Abang Strawberry yang merupakan perniagaan usahawan melayu bumiputera. Wajib beli sebab kat pasar malam atau kedai lain, susah sangat dan memang tak dapat jumpa dah produk abang strawberry ini. 

Antara barang yang wajib korang beli semasa di Abang Strawberry Cameron Highland adalah:

#1  Sambal Abang Strawberry

Hasil carian imej untuk abang strawberry


#2  Cordial Abang Strawberry

Hasil carian imej untuk abang strawberry

#3  Jem Abang Strawberry

Hasil carian imej untuk abang strawberry

#4  Sambal Strawberry Original

SAMBAL: Sambal Strawberry Ikan Masin (Original) Pouch (100 Gram)

Banyak lagi produk abang strawberry cameron highland ni boleh korang beli, tak mampu nak disenaraikan di sini. Korang boleh tengok produk jualannya di sini.  Siap boleh beli online lagi tau. Ha lega rasanya sebab rina terlupa nak beli cordial tu, so apa lagi, beli kat sini la! Coklat strawberry macam-macam jenis pun ada.

Actually Rina dah admire sangat-sangat kat kedai ni, semua lengkap! Selesa, sedap dan memang trusted. Pandai owner dia buat bisnes, Tu je nak cakap.

Rugi kot kalau datang Cameron Highland tak singgah kat sini. Sayang seribu sayang. Apa lagi, korang wajib listkan tempat makan ni dalam senarai korang.





Tiada ulasan:

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...