Jun 2020 - RINA ZUL

Ahad, 28 Jun 2020

8 Kekurangan Jadi Anak Tunggal | Kelemahan Jadi Anak Tunggal

4:38 PTG 0
8 Kekurangan Jadi Anak Tunggal | Kelemahan Jadi Anak Tunggal
Jangan kecam entri ini, ia bukanlah untuk mengeluh nasib atau menyalahkan takdir. Sis sendiri bukan anak tunggal, tetapi ada 4 beradik. Yang sis nampak adalah orang sekeliling. Dan yes, orang terapat dengan kita. So kita juga terasa apa yang dilaluinya. Ramai yang cakap, jadi anak tunggal ni untung.  Tapi ramai juga tak tahu kekurangan dan kelemahan jadi anak tunggal ini apa. 


1.  Berkongsi Kasih


Disebabkan anak tunggal, jadi ibu bapa akan rasa anaknya hak milik kekal dia seorang. Nak berkongsi kasih pun, mak bapak tu akan fikir banyak kali tambah-tambah anak dia nak kawen. Kalau perempuan tu, lagilah mak bapa tatang macam minyak penuh. Kalau lelaki, asalkan kena sara mak ayah, jangan dilupakan, dan kena jaga sakit dia di waktu tua. Siapa lagi nak buat kalau bukan anak tunggal tu yang buat? 

2.  Komitmen Terhadap Keluarga


24 jam duduk dengan keluarga walaupun dah berkahwin, 24 jam jugalah dia bertanggungjawab dan mempunyai komitmen terhadap ahli keluarga yang lain. Kalau keluarga jenis faham yang dia ada isteri anak tak apa juga. Kalau tak faham, kesianlah anak tunggal tu nak kena hadap keluarga dia juga untuk apa-apa perkara pun. By the way, dia pun ada life sendiri.

3.  Perlukan Duit Banyak


Bila si anak tunggal tu seorang harus menyara ibu bapa, isteri dan anak-anak, pasti dia memerlukan wang yang banyak. Tup tup katakanlah kalau ibu dan ayahnya bercerai, duduk asing-asing, anak pun nak kena sara keduanya memerlukan kos yang lebih. Ditambah pula hidup PJJ bersama anak-anak dan isteri, lagi banyak wang nak kena guna tu. Betul tak?

4.  Nak Pindah Susah


Kalau dah nama pun anak tunggal yang menjaga ibu tunggal, nak pindah rumah pun susah. Boleh pindah, tapi kena bawa ibu tunggal sekali. Kalau tak, takkan nak biarkan ibu tu duduk seorang. Kalau dapat isteri yang baik dan memahami tak apa. Kalau dapat isteri yang penting diri macam mana?

Si isteri pun kena la belajar redha banyak-banyak kalau kahwin dengan anak tunggal yang banyak tanggungjawab ni. Sabar okey!

5.  Hutang Piutang Tanggungjawab


Ya, anak tunggal bertanggung jawab atas segala hutang piutang ibu bapanya. Kalau lah ibu bapa tu ada hutang dan tak mampu lunaskan, siapa lagi waris mereka kalau bukan anak-anak. Di sini membawa maksud hutang kecil-kecilan la macam barangan rumah dan sebagainya sebab semua tu tetap atas pemantauan si anak tu juga. 

6.  Kebosanan


Cuba bayangkan, sebagai anak tunggal yang tidak punyai saudara mara lain, pasti kita akan rasa bosan yang amat! Ye la, hidup sorang-sorang. Mak ayah kerja pula. Sebab tu ramai anak tunggal ni ada kawan baik dan geng ramai. Sebab mereka peramah, tiada beradik tetapi kawan ramai. Namun, tak semua la. Ada juga yang jenis pendiam dan suka menyendiri.

7.  Tiada Pengalaman Dan Tunjuk Ajar


Orang lain nak kawen atau nak tanya apa-apa mudah je, sebab akak atau abang-abang yang ajar dan bagi tunjuk ajar atas pengalaman mereka. Tapi anak tunggal? Memang tak ada pengalaman dan susah nak dapat tunjuk ajar melainkan kena tanya kawan-kawan atau ibu bapa. 

8.  Perlu Jaga Ibu Bapa Sakit


Sampai kena minta cuti dan dibuang kerja, sebab dia seorang je yang kena tengok ibu bapa di hospital. Nak minta tolong orang lain tak boleh. So apa boleh buat. Tak apa, ibu bapa itu syurga kita. Sabar banyak-banyak. Itu memang tanggungjawab kita untuk jaga mereka sakit, walaupun sering dikatakan sebagai kekurangan jadi anak tunggal, tapi untuk saham akhirat, itu adalah kelebihan kita sebab Allah bagi peluang kita grab pahala yang banyak.


Banyak lagi kekurangan anak tunggal ni tapi bila alami sendiri barulah kita tahu. Hehe. Apa yang kongsikan ini adalah berdasarkan apa yang sis lihat dalam kehidupan orang sekeliling. Namun begitu, jangan risau. Ada hikmahnya kenapa Allah jadikan kita anak tunggal, jangan sesekali korang mengeluh ok! Cubalah bawa fikir positif tau, insyallah syurga menanti kita. 

Sabtu, 27 Jun 2020

6 Masalah Mertua Dan Menantu Sering Berlaku Dalam Masyarakat

2:58 PTG 0
6 Masalah Mertua Dan Menantu Sering Berlaku Dalam Masyarakat
Sebumbung dengan mertua seringkali menimbulkan isu, terutamanya hal yang berkaitan dengan sikap menantu dan juga sikap mertua. Sama saja. Kau salahkan aku. Aku salahkan kau. Nak hidup aman dengan mertua menjadi impian semua. Tapi risau juga takut-takut kita telah lukakan hati mereka. 

Antara masalah antara menantu dan mertua yang selalu dihadapi oleh masyarakat adalah seperti berikut.


1.  Tidak Sefahaman


Sedar atau tidak, banyak hal yang kita lakukan amat berbeza dengan cara mertua lakukan. Kadang-kadang bila ditegur mulalah kita ambil hati. Ia normal, tetapi anggaplah sebagai pembelajaran untuk apa yang kita lakukan. Lapangkan jiwa dan dada untuk menerima ilmu baru!

2.  Berkongsi Kasih


Apabila sudah berkahwin, suami kita akan membahagikan masa untuk kita dan mertua. Hati-hati, bagi kita tiada apa masalah tetapi sebenarnya orang tua ni mudah terasa hati kalau anaknya berat sebelah.

Bukanlah nak jadi berat sebelah, tetapi mertua perlu faham kenapa anak ambil peduli tentang isteri. Tiba-tiba ada seseorang yang harus dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh. Namun itu tidak bermaksud bahawa anak perlu abaikan ibu bapa selepas berkahwin.


3.  Dibanding-bandingkan


Mana ada orang suka dibanding-bandingkan dengan orang lain. Baik mertua mahupun menantu. Disebabkan masalah mertua dan menantu inilah yang akan menyebabkan mana-mana hati mudah tersentuh.

4.  Sering Bebel Dan Kritik


Bila dapat mertua yang banyak cakap, bebel dan asyik kritik je, memang bahaya. Nak tak nak kau kena tadah je telinga tu hadap. Sikap sering bebel dan kritik menantu ni adalah masalah besar antara mertua dan menantu. Tak perlu bebel dan kritik, cukuplah nasihat dengan berhikmah.

5.  Tak Tahu Masak


Ehh jangan main-main. Ini kes serius. Kalau tak tahu masak tu bahaya sangat bila kau duduk dengan mertua. 

Silap2 dia je asyik masak, kau pulak goyang kaki. Memang nak kena lah. Kalau ye pun kau belajar masak dari dia, esok lusa kau pulak yang masak ok!

6.  Malas Buat Kerja Rumah


Pemalas dari dulu lagi, sampaikan bila kahwin pun masih jadi pemalas. Bahaya sebab sikap pemalas ni akan buat mertua tawar hati kat kita. 

Tolong rajinkan diri yaaaaa, kalau tak tak dapatlah den nak bantu lagi.

Itulah antara masalah mertua dan menantu yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Sis percaya banyak lagi masalah yang wujud tetapi korang mesti pandai atasinya.

Berubah adalah jalan terbaik untuk puaskan hati semua orang, sebelum salahkan orang lain, kita harus salahkan diri kita dahulu.

Rabu, 24 Jun 2020

8 SEBAB REZEKI TAK MUDAH MASUK

12:15 PTG 1
8 SEBAB REZEKI TAK MUDAH MASUK

Syukur.
Adalah sesuatu yang mudah kita ungkap
Tapi nak rasa syukur, perlu selam dalam-dalam untuk kita rasai.
Ada orang tiada duit dalam wallet, hilang pekerjaan.
Tapi masih mampu tersenyum, jalani hidup seperti biasa dan terus mencari rezeki.
Positifnya dia. Tak ada keluhan. Sentiasa bersangka baik.
Nikmat dia bersyukur, dia tenang.
Tak Syukur.
Akan buat kita sentiasa tak cukup.
Ada sahaja yang tak kena. Sering mengeluh, meminta dan takkan pernah habis apa yang kita mahukan.
Ya, mungkin kita syukur tetapi mahu lebih?
Kenyataannya,
Syukur akan buat kita nak beri lebih.
Semakin kita sempit, semakin kita fikirkan orang lain yang jauh lebih sukar dari kita.
Biarpun kita kosong, langsung tak kisah untuk ambil peduli akan orang lain yang lebih perlukan.
Apa ada dengan rezeki?
Sesuatu yang kita sendiri tak jangka.
Hari ini kita di bawah, esok lusa kita di atas.
Hari ini kita di atas, esoknya kita di bawah.
Yang pasti rezeki takkan pernah habis.
Sebab pemberi rezeki itu Maha Kaya.


Antara 8 Sebab Rezeki Tak Mudah Masuk Adalah:


  1. Lupa tanggungjawab kepada ibu bapa

Biarpun kita sudah berkahwin, bekerja dan berpindah, jangan sesekali abaikan ibu bapa. Selain duit dan harta, kita sendiri perlu melawat dan berbakti kepada mereka. Ada orang salah faham, dia fikir cuma perlu bagi duit je kat mak ayah. 

Sebenarnya, mak ayah korang tak hadap sangat duit tu, mereka cuma nak kasih sayang, nak berjumpa dengan korang sebab mereka rindu sangat kat korang. sedihnya kalau dibayangkan kita semasa kecil ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka, kenapa bila dah berjaya, dah kawen semua kita nak tinggal mereka dan tak pulang serta gembirakan mereka?

2.  Kedekut Nak Sedekah


Tahukah anda, sedekah adalah asbab kenapa rezeki anda bertambah melimpah ruah. Jangan sesekali takut nak sedekah! Ramai jutawan bagi tips setiap hari selepas subuh, mesti kena buat sedekah tak kiralah RM1 atau sedekah makanan kat kucing pun boleh.

3.  Putus Silaturrahim Dan Bergaduh Sesama Adik Beradik


Jangan buat kerja bodoh, sebab harta, sebab jeles dan lain-lain, nak bergaduh dengan adik beradik pula. Hello, kalau nak air tu, dicincang pun tak kan putus. So tak payah nak gaduh dan putus silaturrahim. Itu adalah sebab rezeki tak mudah masuk!

4.  Susah Nak Senyum


Nampak macam remeh je kan. Tapi itulah sebabnya kenapa rezeki susah nak masuk. Sebab susah nak senyum, ya, bila kita susah nak senyum, aura kita jadi kurang. 

Aura positif tu boleh jadi pudar. Ini bukan kata-kata semata, tetapi aura ini wujud. Penting untuk kita kekalkan aura positif kita dengan senyuman. Bila banyak aura positif, insyallah lebih mudah rezeki nak masuk kat kita.

5.  Tak Sabar, Cepat Melenting Dan Marah

Mohon tolong sabar. Jangan jadi panas baran. Bila kita selalu marah, mood tak ok, aura jadi negatif sangat. Susah rezeki nak masuk. Sis sarankan korang cuba amalkan mandian garam. Lama-lama insyallah hati jadi lagi tenang. 

6.  Tak Ingat Mati


Manusia yang sejenis tak ingat mati ni akan selalu rasa jiwa kosong, tak ada makanan rohani. Lebih elok kalau hari-hari kita ingat mati. Bukan sahaja jiwa tenang, rezeki mudah masuk sebenarnya. Cuba amalkan selawat 1000x sehari, pasti akan ada keajaiban berlaku. Tak percaya, cubalah!

7.  Malas Dan Suka Buang Masa


Sudah berterang lagi bersuluh, eh eh eh. Kalau malas dan suka buang masa, macam mana duit nak masuk, macam mana rezeki nak masuk? Sebaiknya gunakanlah masa sebaik mungkin, jangan buang masa. Jangan malas-malas.


8.  Solat Ala Kadar, Doa Ala Kadar


Ok kesian sangat-sangat kalau kita bertindak semua perfect, last sekali solat dan doa ala kadar je. Buang masa! Serius semua tu takkan menjadi. Maha pemberi rezeki kita adalah Allah, sebaiknya solat dan doa ini kita kena buat dengan yang paling berkualiti, Barulah di sertakan dengan usaha sehabis baik!

Ramai dah orang tersalah pandang. Tak pernah terfikir. Once kita rasa lost, kita kena berbalik kepada Allah. Once kita sedih, pasti kita cari Allah juga kan? Kenapa tidak kita syukur once kita dah ada apa yang kita nak dan selesa dengan hidup ini.

Semoga rezeki kita semua mudah masuk. Amin ya Rabbal Alamin.


Selasa, 9 Jun 2020

17 Kerja Di Rumah Yang Lumayan Boleh Kita Lakukan

11:23 PTG 0
17 Kerja Di Rumah Yang Lumayan Boleh Kita Lakukan

Zaman millenia ini, sudah ramai yang sedar akan kepentingan bekerja di rumah. Selain dapat bersama keluarga dan melihat anak membesar di depan mata. Tahap kawalan stress juga akan berkurangan apabila kita bekerja secara sendiri di rumah.

Jangan pandang sebelah mata, mereka yang bekerja di rumah pun sudah menjana puluhan ribu ringgit sebulan. Siapa sangka? Tetapi ia adalah realiti. Dulu Rina sendiri pun tak percaya, tetapi disebabkan minat sangat bekerja di rumah dan mencari peluang dan ruang, Alhamdulillah ia benar-benar menjadi. 

Kalaulah dari zaman universiti lagi aku tahu buat duit online, memang best. Agak-agak sekarang jadi jutawan tak? Siapa tahu. Ini zaman cyber, semuanya bermula dari laptop dan internet. Cuma duduk di rumah diam-diam. Nak duduk di kedai mamak? No Problem!

Bagaimana jika tiada internet atau laptop? Don't worry, memang ada kerja yang lumayan di rumah! Jom lihat antara kerja di rumah yang lumayan boleh kita lakukan.

1.  Melabur


Melabur sememangnya boleh mendatangkan wang tetapi tolong jadi realistik! Tak semua orang ada modal untuk melabur. Betul tak? Jadi, untuk mereka yang have-have tu, banyak kepok-kepok duit taktahu nak buat apa. Tolong melabur dengan bursa Saham Malaysia. Bukan melabur dengan platform lain! Tetapi wajiblah labur ilmu sekali, kalau tak, sia-sia je jadi pelabur.

2.  Jadi Penulis


Ramai orang yang nak duit dan nak kerja mudah. Tetapi yang minat menulis, mengarang dan mengeluarkan idea pula, akan berjuang menjadi seorang penulis, editor, blogger dan lain-lain lagi. Terbaik! Anda memang hebat.

Menjadi penulis hanya perlu menulis di rumah dengan platform yang tepat seperti mengambil upah menulis artikel, .menjadi ghostwriter, melakukan servis copywriting, review produk dan lain-lain lagi. Bayarannya juga cukup lumayan bergantung kepada nilai yang boleh anda berikan.

Alhamdulillah ini merupakan tahun ke-4 sis sendiri bekerja di rumah sebagai seorang penulis selepas berhenti kerja. Setakat ini, income bulanan paling banyak sis terima dari kerjaya menulis sahaja adalah RM 4,000 sebulan. Semuanya asbab sis ikuti panduan Cara Jadi Penulis Dari Zero Knowledge Sampai Berjaya Menjana Wang ini juga.


5 Ways a Blog Can Help Your Business Right Now

3.  Blogger


Sama seperti penulis, kerjanya adalah kemaskini blog disertakan dengan platform kewangan yang tepat. Nak tak kalau orang masuk ke blog kita, kita dapat income? Ya, tetap ada caranya, yang penting kita suka menulis dan berblogging!  Lama kelamaan ia boleh dijadikan pasif income juga.  Untung dapat buat kerja di rumah yang lumayan dan mudah ini.

4.  Jaga Haiwan Peliharaan


Duduk di rumah tanpa internet? Tak perlu risau, anda boleh jagakan haiwan peliharaan kawan-kawan dan jiran-jiran dengan upah yang berpatutan dan berbaloi. Sekiranya anda peminat kucing, offerkan diri untuk menjaga kucing kawan-kawan di rumah anda. Dah macam hotel kucing, apa salahnya kalau boleh dapat duit dengan kadar lumayan kan!

5.  Memasak


Memasak adalah perkara yang mudah untuk kita lakukan di rumah. Sambil kerja di rumah, sambil dapat kita improve skill memasak dan dapat juga kita makan! Ambillah upah memasak atau menghantar makanan bagi jiran-jiran kawasan perumahan dan mereka yang ingin membeli daripada anda.

Food Delivery | Unilever Food Solutions

6.  Buat Kek Dan Kuih


Begitu juga dengan kek dan kuih yang boleh anda buat sendiri di rumah.  Sebagai salah satu kerja di rumah yang lumayan tanpa anda sedari, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan berdasarkan jenis kek dan kuih yang anda jual.


7.  Youtuber


Sekiranya anda seorang yang suka bervideo, youtuber adalah kerja di rumah yang lumayan sesuai buat anda. Dengan memuat naik video anda dan mendapatkan ramai penonton, anda bakal menjana wang ke dalam akaun melalui syarikat youtube dan kerjasama Adsense. Selain itu, terdapat banyak lagi syarikat advertising yang memberikan bayaran lumayan untuk mereka yang aktif.


8.  Jadi Dropship


Siapa kata dropship tidak ada untung lumayan? Semuanya bergantung kepada jenis produk yang dijual. Selalunya produk yang mahal akan memberikan keuntungan yang cukup lumayan kepada dropship.

9. Ejen Produk


Begitu juga dengan ejen, sekiranya anda ingin menjadi ejen produk, pastikan produk tersebut sangat bagus dan mudah dijual. Namun anda boleh lihat juga saingan produk tersebut dan kelebihannya berbanding dengan produk yang lain. 

Why You Shouldn't Use an Online Translator for Learning French ...

10.  Translator


Jadi seorang pengalih bahasa yang profesional akan mendatangkan banyak wang kepada anda. Translator sering diperlukan terutamanya bagi syarikat PKS yang mengambil pekerja luar atau freelance untuk menyiapkan sesuatu projek. Menarik bukan?

11.  Kelas Di Whatsapp 


Jika anda pandai berbahasa mandarin, ajar di dalam group wasap dan dapatkan yuran kelas daripada ahli yang berminat. Jika anda ingin ajar membaca Al-Quran, anda juga boleh ajar dalam kelas group wasap secara online. Hanya duduk dan kerja di rumah, pastinya amat lumayan dan tidak membebankan anda.

12.  Berkebun


Anda boleh mengambil upah berkebun atau menghias pokok-pokok di rumah jiran. Jika anda tahu menggubah bunga, ia adalah kelebihan buat anda. Dengan berkebun, bukan sahaja dapat menjana wang sampingan, tetapi dapat juga anda mengeratkan silaturrahim dengan jiran tetangga.

13.  Affiliate


Korang pernah dengar affiliate? Ada orang kata susah, sebenarnya tak susah jika korang berminat dengan produk affiliate yang korang jual tu? Ya, affiliate adalah kita jual produk orang lain dengan cara kita promosikan link yang diberi atas milik id kita. Sebagai contoh, lepas daftar dan terima link promote, gunakan link tersebut dan promote di facebook, blog dan sebagainya hanya dengan copywriting serta link tu.

Salah satu contoh produk affiliate yang boleh korang join adalah Klikjer.com.  Tak kisahlah apa pun yang korang minat, ebook dari klikjer ni memang macam-macam niche ada. Sangat sesuai untuk anda yang nak cuba buat affiliate ni. Mudah je. 

Korang masuk ke Klikjer.com dan daftar. Cuba klik dan terus daftar. Selepas tu, korang dah ada produk sendiri yang banyak dan boleh terus jana pendapatan. Kalau tak percaya, kita buat satu demi satu. Daftar terus di sini sekarang: Klikjer.com

Cara Daftar Affiliate KlikJer

14.  Bisnes Shopee


Sama ada korang ada produk untuk dijual atau belum ada produk, tiada masalah. Kerja dari rumah yang lumayan ni memang sesuai untuk sesiapa pun asalkan ada laptop dan internet di rumah. 

Jika ada produk jualan, iklankan di platform shopee. Tak perlu buat marketing lagi sebab shopee memang website terbesar yang banyak pengunjung iaitu website ke-13 ramai orang Malaysia masuk setiap hari!

Jika belum ada produk, korang boleh jadi dropship dengna mempromosikan produk orang lain di shopee. Kemudian, jika ada pembeli, anda pun dapat keuntungan. Tak buat promosi tapi shopee yang promote kan! Tapi lebih hebat lagi income anda kalau ikuti tips Panduan Bisnes Shopee. 

15.  Bisnes Lazada


Jika kita seorang yang suka duduk rumah saja, buatlah duit dengan bisnes lazada ini. Keuntungan yang amat lumayan sebab website lazada memang ramai orang masuk, bermakna anda tak perlu marketing produk lagi. Pasti orang buat pembelian barang anda dari lazada. Namun, untuk berjaya peroleh keuntungan 5 angka, boleh ikuti Panduan Bisnes Lazada ini. 


16.  Fotografi Dari Rumah

Korang nak bekerja dirumah tetapi ada bakat mengambil gambar? Jangan sia-siakan bakat itu. Fotografer pun ada yang bekerja dari rumah tau! Setelah mempunyai gambar yang cantik, korang boleh buat duit dengan memuat naik gambar di beberapa website yang perlukan gambar tersebut, pun dapat duit. Mudahkan? 

Kalau ada masa nak belajar lebih pasal buat duit dengan Bisnes Fotografi ini, korang boleh baca panduan ini.

17.  Jawab Survey Online


Sebenarnya, banyak website atau syarikat yang tawarkan pekerjaan menjawab survey kepada sesiapa yang berminat. Mana tahu, anda salah seorang daripadanya. Jumlah income yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan soalan-soalan yang dijawab. 

Mudah je, duduk rumah dan jawab soalan online je. A,B,C atau D. Buatje pilihan jawapan ikut apa yang anda lalui kerana soalan ditanya adalah berdasarkan pengalaman anda menggunakan produk tertentu dan sebagainya. 

Kerja di rumah yang lumayan ni memang patut korang kaji habis-habis. Pastikan ia benar-benar terbukti mudah dan boleh jana wang, terus daftar!


Banyak lagi kerja di rumah yang boleh anda lakukan. Kebanyakannya sangat lumayan jika anda benar-benar melakukannya dengan ikhlas, rajin dan diberkati Allah SWT. Jangan memilih kerja, tapi tak salah lakukan kerja yang anda minat! Jom buat kerja di rumah yang lumayan pilihan anda hari ini juga.


15 Makanan Cepat Kenyang Dengan Lama Sepanjang Hari

3:56 PTG 1
15 Makanan Cepat Kenyang Dengan Lama Sepanjang Hari


Dalam tempoh menurunkan berat badan, mengurangkan jumlah makanan yang diambil
adalah sesuatu yang amat diidamkan oleh semua orang. Tetapi masalahnya mereka sering
lapar sepanjang masa. Ini merupakan salah satu sebab utama mengapa kebanyakan orang
gagal bertahan untuk DIET dalam masa seminggu.

Namun tahukah anda, perut anda yang sering lapar boleh menjadi kenyang tanpa
memakan kalori tambahan?

Bagaimanakah caranya? Sebenarnya, makan makanan tertentu akan memberi isyarat kepada
otak anda bahawa anda sudah kenyang dan mengurangkan selera makan anda. Jom kami
senaraikan 15 makanan cepat kenyang dengan lama sepanjang hari.




1. Avokado


Makan separuh daripada avokado pada waktu makan tengah hari dapat membantu anda
merasa kenyang sepanjang waktu petang. Kebanyakan orang yang mengamalkannya
merasakan 22% lebih kenyang dan mempunyai 24% keinginan yang lebih rendah untuk makan.
Biasanya ia akan menjadi tiga jam lebih lewat daripada waktu makan kebiasaannya. Makanan
cepat kenyang ini juga menjadi kegemaran mereka yang suka bermain gim.


2. Sup


Orang yang makan semangkuk sup sebelum makan tengah hari biasanya dapat mengurangkan
jumlah pengambilan kalori semasa makan sebanyak 20%. Sup dapat memenuhi selera makan
anda kerana ia mempunyai banyak bahan seperti sayur, ayam, rempah ratus dan sebagainya.
Apa yang penting, jumlah kalori dalam sup adalah amat rendah.


3. Serbuk Cili


Anda mungkin sudah tahu bahawa capsaicin, sebatian dalam cili yang dapat meningkatkan
metabolisme anda. Penyelidikan terbaru dari Universiti Maastricht di Belanda menunjukkan
bahawa menambahkan cili pada makanan anda juga dapat mengawal selera makan anda.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Appetite ini, mendapati bahawa menambahkan 1/4 sudu
teh lada cabai pada setiap hidangan meningkatkan rasa kenyang. 

Sehari Boleh Makan Telur Berapa Kali?

4. Telur


Mulakan hari anda dengan telur akan membuatkan anda kenyang sehingga waktu makan
tengah hari. Penyelidikan dari University of Missouri di Columbia menunjukkan bahawa makan
sarapan 300 kalori yang terdiri daripada 30 hingga 39 gram protein dapat mengurangkan rasa
lapar dan meningkatkan rasa kenyang pada waktu antara sarapan dan makan tengah hari.

Lebih-lebih lagi, penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang bersarapan pagi dengan
makanan yang protein tinggi akan mengambil lebih sedikit makanan berkalori sepanjang hari.


5. Oatmeal


Oatmeal biasanya akan membuat anda merasa kenyang lebih lama. Pemakan oatmeal akan
berasa kenyang lebih lama, dan mereka juga akan mengalami penurunan rasa lapar yang lebih
tinggi.

Oatmeal lebih tinggi serat dan protein dan mempunyai jumlah beta-glukan-gula yang lebih
tinggi yang memberikan khasiat kepada jantung dan penghidratan berbanding dengan bijirin
segera yang lain.


6. Protein Whey


Protein whey salah satu daripada dua protein yang membentuk produk susu. Menurut kajian
yang diterbitkan dalam jurnal Appetite, orang yang minum protein whey akan makan 18%
kurang dua jam kemudian. Ini kerana ia merupakan sejenis makanan cepat kenyang.


7. Kentang


Sama ada anda lebih suka memakannya dengan sedikit kayu manis dan madu, kentang adalah
makanan wajib di setiap menu. Tidak kira sama ada anda ingin menurunkan berat badan atau
bersenam, kentang adalah makanan yang amat baik untuk tubuh badan anda.

Satu biji kentang biasanya mempunyai sedikit daripada 100 kalori, tetapi ia kaya dengan serat
dan vitamin A!

coklat gelap - Nona

8. Coklat Gelap


Apabila anda inginkan sesuatu yang manis, pastikan anda makan coklat gelap! Penyelidikan
menunjukkan bahawa coklat gelap dapat membantu mengurangkan tekanan darah dan
melindungi jantung dan otak.

Makanan cepat kenyang ini juga dapat membantu mengurangkan keinginan untuk makanan
manis dan masin, menurut kajian dalam jurnal Nutrition & Diabetes. 


9. Jeruk


Umumnya, jeruk mempunyai asid lemak rantai pendek (SCFA) dan penyelidikan baru-baru ini
di Annals of The New York Academy of Sciences mendapati bahawa jeruk membantu
memperkuat ikatan antara usus dan otak.

SCFA merangsang pengeluaran hormon yang melintasi penghalang darah-otak dan
mengurangkan nafsu makan. Makanan yang diperam juga mempunyai probiotik, bakteria
sihat yang membantu pencernaan.

Beberapa pakar percaya bahawa probiotik dapat mengurangkan selera makan dan membantu
menurunkan berat badan.


10. Kacang



Tahukah anda, kacang adalah makanan yang kaya dengan sumber protein yang juga
mengandungi serat, antioksidan, vitamin B, dan zat besi. Makan lebih banyak kacang juga
boleh membantu mengawal selera makan anda.


11. Epal



Makan sebiji epal kira-kira setengah jam sebelum makan akan membuatkan anda kenyang,
jadi anda akan makan lebih sedikit. Epal yang merupakan makanan cepat kenyang ini
mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan oleh badan kita.

Minum Air Biji Chia dan Lemon Setiap Pagi, Berat Badan Turun dalam ...

12. Biji Chia


Sebahagian besar daripada kita biasa dengan makanan super hebat ini! Karbohidrat yang
terdapat dalam biji chia adalah dalam bentuk serat dan amat bagus untuk badan. Selain itu,
apabila anda menambahkan air ke biji chia, mereka akan mengembang dan melekat bersama
untuk membuat tekstur seperti gel yang pasti akan mengenyangkan perut anda.


13. Brokoli


Brokoli adalah sebahagian daripada keluarga sayur-sayuran yang dikaitkan dengan risiko
mendapat barah yang lebih rendah. Satu cawan brokoli cincang mengandungi 2g serat dan
3g protein. Ianya juga mengandungi lebih dari 100% keperluan harian anda untuk vitamin C
dan K dan juga merupakan sumber vitamin A, folat dan kalium yang baik.


14. Barli


Barli adalah makanan cepat kenyang dan pemenang serat di antara semua bijirin. Hanya satu
cawan barli mengandungi serat sebanyak 16g. Barli juga menyediakan peratusan tinggi
keperluan harian seperti mangan dan selenium.


15. Kurma Ajwa Rihura


Seperti yang kita ketahui, kurma juga adalah antara makanan yang pasti membuatkan kita
berasa kenyang dalam tempoh yang lama kerana mengandungi sumber protein dan vitamin
yang tinggi.

Dengan pengambilan 7 biji kurma, ia sudah mencukupi untuk badan anda dalam satu hari.
Selain merupakan makanan cepat kenyang dengan lama sepanjang hari, ia juga meningkatkan
tenaga, membanyakkan susu badan dan lain-lain lagi kebaikan.






Klik Whatsapp untuk dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah:






Rujukan


1 - What are the most filling foods?


2 - 9 Fiber & Protein-Rich Foods to Keep You Full


3 - 12 Foods That Make You Eat Less

Khamis, 4 Jun 2020

10 Makanan Diet Boleh Diamalkan Setiap Hari

12:06 PG 4
10 Makanan Diet Boleh Diamalkan Setiap Hari
Tidak semua kalori makanan adalah sama. Makanan yang berbeza akan melalui jalan metabolik yang berbeza di dalam tubuh badan anda. Ia memberi kesan yang sangat berbeza untuk rasa lapar, kesan terhadap hormon dan jumlah kalori yang dibakar.

Sangat mudah untuk anda mengenalpasti makanan manakah yang paling sihat sekaligus merupakan makanan diet yang wajib dimakan hari-hari. Sebilangan besar makanan sudah pasti amat sihat dan enak namun makan dalam kuantiti yang berlebihan akan menyebabkan kesan sampingan.

Jom kami kongsikan 10 makanan diet wajib dimakan hari-hari untuk menjadikan anda lebih sihat dan kurus.


1. Keju Kotej

Keju cottage dengan gastritis: adakah mungkin atau tidak ...


Produk tenusu cenderung kaya dengan protein yang tinggi. Salah satu makanan diet yang terbaik adalah keju kotej. Kebanyakannya kaya dengan protein, karbohidrat dan sedikit lemak.


Memakan keju kotej adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan pengambilan protein yang tinggi. Ia juga sangat sedap dan dapat membuatkan anda berasa sangat kenyang. Tahukah anda, jumlah kalori yang terdapat dalam keju kotej agak rendah. 


Produk tenusu juga tinggi kalsium dapat membantu pembakaran lemak. Ia termasuk yogurt dan dadih. Jadi jika anda peminat keju atau susu, ia juga merupakan makanan diet wajib anda makan hari-hari.


2. Bijirin Penuh

Bijirin kaya antioksidan, kekal berat badan ideal | Sihat | Berita Harian

Walaupun bijirin sangat mengenyangkan, namun beberapa jenis lainnya pasti sesuai untuk diet
anda. Kebanyakan bijirin penuh dengan serat dan mengandungi sejumlah besar protein.
Antaranya termasuk oat, beras perang dan quinoa.

Oat sarat dengan beta-glukan, serat larut yang telah terbukti dapat meningkatkan rasa kenyang
dan meningkatkan kesihatan metabolik dalam badan. Namun perlu diingatkan bahawa bijirin
halus bukan pilihan yang sihat dan kadang-kadang makanan yang mempunyai bijirin pada
label adalah makanan ringan yang diproses yang berbahaya dan boleh menggemukkan.

Sekiranya anda menjalani diet rendah karbohidrat, anda perlu mengelakkan bijirin kerana
mereka tinggi karbohidrat. Namun, ia tetap merupakan salah satu makanan diet boleh anda
amalkan.

3. Buah Limau Gedang

Faedah dan sifat limau gedang - pemakanan dan diet 2020

Jenis buah yang patut diketengahkan adalah limau gedang. Kesannya terhadap kawalan berat
badan telah dikaji secara langsung oleh para ilmuan mengenai limau gedang ini. Dalam kajian
tempoh 12 minggu pada 91 orang individu gemuk, makan separuh limau gedang sebelum
makan menyebabkan penurunan berat badan sebanyak 3.5 paun (1.6 kg).

Oleh itu, makan separuh limau gedang kira-kira setengah jam sebelum makan makanan harian
dapat membantu anda merasa lebih kenyang dan mengurangkan kalori dalam badan.


4. Minyak Kelapa

Manfaat minyak kelapa dara


Tidak semua lemak membawa keburukan. Minyak kelapa tinggi asid lemaknya yang dipanggil
trigliserida rantai sederhana (MCT). Asid lemak ini terbukti dapat meningkatkan rasa kenyang
lebih baik daripada lemak lain dan meningkatkan jumlah kalori yang dibakar.

Kajian menunjukkan bahawa minyak kelapa dapat mengurangkan jumlah lemak pada bahagian
perut. Minyak kelapa juga mengandungi kalori, jadi menambahkannya di atas apa yang sudah
anda makan adalah idea yang tidak baik.

Ini bukan mengenai menambahkan minyak kelapa ke dalam diet anda tetapi untuk mengganti
beberapa lemak memasak anda yang lain dengan minyak kelapa. Walau bagaimanapun, kajian
menunjukkan bahawa minyak kelapa kurang mengenyangkan daripada minyak MCT.

5. Yogurt Lemak Penuh

Yoğurdun faydaları nelerdir? Yoğurt neye iyi geliyor? - Yaşam Son ...


Yogurt adalah makanan tenusu dan makanan diet boleh diamalkan hari-hari serta sangat baik
untuk tubuh anda. Jenis yogurt tertentu yang mengandungi bakteria probiotik yang dapat
meningkatkan fungsi usus anda.

Memiliki usus yang sihat dapat membantu melindungi daripada keradangan dan ketahanan
leptin, yang merupakan salah satu penyebab utama kegemukan hormon.

Pastikan memilih yogurt dengan budaya aktif dan hidup, kerana jenis yogurt lain hampir tidak
mengandungi probiotik. Juga, pertimbangkan untuk memilih yogurt lemak penuh. Yogurt rendah
lemak biasanya sarat dengan gula, jadi lebih baik untuk mengelakkannya.

6. Cuka Epal

Guna cuka epal semasa hamil | Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis


Cuka epal sangat popular dalam komuniti kesihatan semula jadi. Ia sering digunakan dengan
mencairkannya di dalam air dan meminumnya. Beberapa kajian menunjukkan bahawa cuka
epal amat berguna untuk menurunkan berat badan.

Mengambil cuka epal pada waktu yang sama dengan makanan berkarbohidrat tinggi dapat
meningkatkan perasaan kenyang dan membuat orang makan 200-275 kalori lebih sedikit
sepanjang hari.

Satu kajian yang dijalankan dalam tempoh 12 minggu terhadap individu gemuk juga
menunjukkan bahawa 15 atau 30 ml cuka sehari menyebabkan penurunan berat badan
sebanyak 2,6-3,7 paun atau 1,2-1,7 kilogram.



Cuka epal juga terbukti dapat mengurangkan lonjakan gula darah setelah makan, yang
mungkin mempunyai pelbagai kesan kesihatan yang bermanfaat dalam jangka masa panjang.


7. Kekacang

10 makanan yang membantu menaikkan Hb darah ketika hamil. ~ ANNUR ...

Kekacang boleh dikatakan sering bermanfaat untuk penurunan berat badan. Ia termasuklah
kacang hitam, almond dan sebagainya. Makanan diet boleh diamalkan setiap hari ini
cenderung tinggi protein dan serat. Ia merupakan dua nutrien terbukti dapat menyebabkan
rasa kekenyangan.

8. Tuna

Agar Si Kecil Sehat, Kenali Manfaat Ikan Tuna untuk Bayi Beserta ...


Tuna adalah makanan rendah kalori dan tinggi protein. Ia adalah ikan tanpa lemak, yang
bermaksud ikan tuna ini adalah rendah lemak. Tuna sangat popular di kalangan ahli bina badan
dan model. 

Tuna adalah merupakan salah satu kaedah yang baik untuk meningkatkan pengambilan dan
mengekalkan jumlah kalori di dalam badan. Sekiranya anda ingin menekankan pengambilan
protein, pastikan anda memilih ikan tuna dan bukannya minyak ikan tuna ya?


9. Sayuran



Sayuran kaya dengan serat dan cenderung membuat kita rasa sangat mengenyangkan.
Lebih-lebih lagi, jenis sayuran yang biasanya mengandungi jumlah protein yang mencukupi.
Proteinnya tidak setinggi makanan haiwan atau kekacang tetapi masih dikira amat baik untuk
badan.

Gabungan protein, serat dan ketumpatan tenaga yang rendah menjadikan sayur-sayuran
makanan yang sempurna untuk dimasukkan ke dalam makanan anda sekiranya anda perlu
menurunkan berat badan. Mereka juga sangat berkhasiat dan mengandungi bahan untuk
mencegah barah.

10. Kurma Ajwa Rihura



Sebut sahaja kurma, pasti semua orang mengenalinya. Dengan bentuknya yang pelbagai saiz
dan rasanya amat sedap dan manis. Namun adakah anda mengenali kurma ajwa?

Kurma ajwa adalah kurma yang terbaik di dunia. Ia juga merupakan buah yang
mengandungi pelbagai khasiat serta vitamin yang sangat tinggi. Pengambilan kurma ini dalam
kuantiti yang banyak dapat membuatkan badan kita cepat kenyang.

Tak perlu banyak sangat, cukup 3-4 biji kurma pun dah kenyang! Ia amat sesuai bagi anda
yang suka diet.




HARGA JUALAN KURMA AJWA ASLI MADINAH 

=================


100gm - RM 10

200gm - RM 20

300gm - RM 30

500gm - RM 50
1 kg - RM 85



Harga yang sangat berpatutan dan mampu milik.



Klik Wasap untuk sebarang pertanyaan/tempahan/pembelian:








Rujukan


1 - 10 Makanan Diet Untuk KURUS jika diambil dengan betul


2 - 50 Foods That Are Super Healthy


3 - The 20 Most Weight-Loss-Friendly Foods on The Planet