6 Masalah Mertua Dan Menantu Sering Berlaku Dalam Masyarakat

Sebumbung dengan mertua seringkali menimbulkan isu, terutamanya hal yang berkaitan dengan sikap menantu dan juga sikap mertua. Sama saja. Kau salahkan aku. Aku salahkan kau. Nak hidup aman dengan mertua menjadi impian semua. Tapi risau juga takut-takut kita telah lukakan hati mereka. 

Antara masalah antara menantu dan mertua yang selalu dihadapi oleh masyarakat adalah seperti berikut.


1.  Tidak Sefahaman


Sedar atau tidak, banyak hal yang kita lakukan amat berbeza dengan cara mertua lakukan. Kadang-kadang bila ditegur mulalah kita ambil hati. Ia normal, tetapi anggaplah sebagai pembelajaran untuk apa yang kita lakukan. Lapangkan jiwa dan dada untuk menerima ilmu baru!

2.  Berkongsi Kasih


Apabila sudah berkahwin, suami kita akan membahagikan masa untuk kita dan mertua. Hati-hati, bagi kita tiada apa masalah tetapi sebenarnya orang tua ni mudah terasa hati kalau anaknya berat sebelah.

Bukanlah nak jadi berat sebelah, tetapi mertua perlu faham kenapa anak ambil peduli tentang isteri. Tiba-tiba ada seseorang yang harus dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh. Namun itu tidak bermaksud bahawa anak perlu abaikan ibu bapa selepas berkahwin.


3.  Dibanding-bandingkan


Mana ada orang suka dibanding-bandingkan dengan orang lain. Baik mertua mahupun menantu. Disebabkan masalah mertua dan menantu inilah yang akan menyebabkan mana-mana hati mudah tersentuh.

4.  Sering Bebel Dan Kritik


Bila dapat mertua yang banyak cakap, bebel dan asyik kritik je, memang bahaya. Nak tak nak kau kena tadah je telinga tu hadap. Sikap sering bebel dan kritik menantu ni adalah masalah besar antara mertua dan menantu. Tak perlu bebel dan kritik, cukuplah nasihat dengan berhikmah.

5.  Tak Tahu Masak


Ehh jangan main-main. Ini kes serius. Kalau tak tahu masak tu bahaya sangat bila kau duduk dengan mertua. 

Silap2 dia je asyik masak, kau pulak goyang kaki. Memang nak kena lah. Kalau ye pun kau belajar masak dari dia, esok lusa kau pulak yang masak ok!

6.  Malas Buat Kerja Rumah


Pemalas dari dulu lagi, sampaikan bila kahwin pun masih jadi pemalas. Bahaya sebab sikap pemalas ni akan buat mertua tawar hati kat kita. 

Tolong rajinkan diri yaaaaa, kalau tak tak dapatlah den nak bantu lagi.

Itulah antara masalah mertua dan menantu yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Sis percaya banyak lagi masalah yang wujud tetapi korang mesti pandai atasinya.

Berubah adalah jalan terbaik untuk puaskan hati semua orang, sebelum salahkan orang lain, kita harus salahkan diri kita dahulu.

Tiada ulasan:

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...