8 SEBAB REZEKI TAK MUDAH MASUK


Syukur.
Adalah sesuatu yang mudah kita ungkap
Tapi nak rasa syukur, perlu selam dalam-dalam untuk kita rasai.
Ada orang tiada duit dalam wallet, hilang pekerjaan.
Tapi masih mampu tersenyum, jalani hidup seperti biasa dan terus mencari rezeki.
Positifnya dia. Tak ada keluhan. Sentiasa bersangka baik.
Nikmat dia bersyukur, dia tenang.
Tak Syukur.
Akan buat kita sentiasa tak cukup.
Ada sahaja yang tak kena. Sering mengeluh, meminta dan takkan pernah habis apa yang kita mahukan.
Ya, mungkin kita syukur tetapi mahu lebih?
Kenyataannya,
Syukur akan buat kita nak beri lebih.
Semakin kita sempit, semakin kita fikirkan orang lain yang jauh lebih sukar dari kita.
Biarpun kita kosong, langsung tak kisah untuk ambil peduli akan orang lain yang lebih perlukan.
Apa ada dengan rezeki?
Sesuatu yang kita sendiri tak jangka.
Hari ini kita di bawah, esok lusa kita di atas.
Hari ini kita di atas, esoknya kita di bawah.
Yang pasti rezeki takkan pernah habis.
Sebab pemberi rezeki itu Maha Kaya.


Antara 8 Sebab Rezeki Tak Mudah Masuk Adalah:


  1. Lupa tanggungjawab kepada ibu bapa

Biarpun kita sudah berkahwin, bekerja dan berpindah, jangan sesekali abaikan ibu bapa. Selain duit dan harta, kita sendiri perlu melawat dan berbakti kepada mereka. Ada orang salah faham, dia fikir cuma perlu bagi duit je kat mak ayah. 

Sebenarnya, mak ayah korang tak hadap sangat duit tu, mereka cuma nak kasih sayang, nak berjumpa dengan korang sebab mereka rindu sangat kat korang. sedihnya kalau dibayangkan kita semasa kecil ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka, kenapa bila dah berjaya, dah kawen semua kita nak tinggal mereka dan tak pulang serta gembirakan mereka?

2.  Kedekut Nak Sedekah


Tahukah anda, sedekah adalah asbab kenapa rezeki anda bertambah melimpah ruah. Jangan sesekali takut nak sedekah! Ramai jutawan bagi tips setiap hari selepas subuh, mesti kena buat sedekah tak kiralah RM1 atau sedekah makanan kat kucing pun boleh.

3.  Putus Silaturrahim Dan Bergaduh Sesama Adik Beradik


Jangan buat kerja bodoh, sebab harta, sebab jeles dan lain-lain, nak bergaduh dengan adik beradik pula. Hello, kalau nak air tu, dicincang pun tak kan putus. So tak payah nak gaduh dan putus silaturrahim. Itu adalah sebab rezeki tak mudah masuk!

4.  Susah Nak Senyum


Nampak macam remeh je kan. Tapi itulah sebabnya kenapa rezeki susah nak masuk. Sebab susah nak senyum, ya, bila kita susah nak senyum, aura kita jadi kurang. 

Aura positif tu boleh jadi pudar. Ini bukan kata-kata semata, tetapi aura ini wujud. Penting untuk kita kekalkan aura positif kita dengan senyuman. Bila banyak aura positif, insyallah lebih mudah rezeki nak masuk kat kita.

5.  Tak Sabar, Cepat Melenting Dan Marah

Mohon tolong sabar. Jangan jadi panas baran. Bila kita selalu marah, mood tak ok, aura jadi negatif sangat. Susah rezeki nak masuk. Sis sarankan korang cuba amalkan mandian garam. Lama-lama insyallah hati jadi lagi tenang. 

6.  Tak Ingat Mati


Manusia yang sejenis tak ingat mati ni akan selalu rasa jiwa kosong, tak ada makanan rohani. Lebih elok kalau hari-hari kita ingat mati. Bukan sahaja jiwa tenang, rezeki mudah masuk sebenarnya. Cuba amalkan selawat 1000x sehari, pasti akan ada keajaiban berlaku. Tak percaya, cubalah!

7.  Malas Dan Suka Buang Masa


Sudah berterang lagi bersuluh, eh eh eh. Kalau malas dan suka buang masa, macam mana duit nak masuk, macam mana rezeki nak masuk? Sebaiknya gunakanlah masa sebaik mungkin, jangan buang masa. Jangan malas-malas.


8.  Solat Ala Kadar, Doa Ala Kadar


Ok kesian sangat-sangat kalau kita bertindak semua perfect, last sekali solat dan doa ala kadar je. Buang masa! Serius semua tu takkan menjadi. Maha pemberi rezeki kita adalah Allah, sebaiknya solat dan doa ini kita kena buat dengan yang paling berkualiti, Barulah di sertakan dengan usaha sehabis baik!

Ramai dah orang tersalah pandang. Tak pernah terfikir. Once kita rasa lost, kita kena berbalik kepada Allah. Once kita sedih, pasti kita cari Allah juga kan? Kenapa tidak kita syukur once kita dah ada apa yang kita nak dan selesa dengan hidup ini.

Semoga rezeki kita semua mudah masuk. Amin ya Rabbal Alamin.


1 ulasan:

Umi Nazrah berkata...

terima kasih sharing. peringatan untuk diri sendiri :D

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...