20 Punca Susu Badan Kurang | Sebab Susu Badan Kurang

Kebanyakan ibu menyusu pasti kecewa jika gagal mengeluarkan susu yang banyak untuk bayi. Tambah-tambah bayi yang baru lahir dan memang perlu susu badan. Banyak punca susu badan kurang yang ibu-ibu tak sedar.

Namun, tak perlu risau sebab banyak juga cara untuk tingkatkan susu badan anda.  Penting sekali untuk kita ketahui apakah punca yang mungkin menyebabkan susu badan berkurangan.

Tanpa ketahui puncanya, maka sukarlah kita ketahui cara atasinya.  Jom lihat antara punca susu badan kurang dan gagal memberi rangsangan kepada tubuh untuk mendapatkan pengeluaran susu yang banyak. 


1.  Tidak Menyusu Dengan Cara Yang Betul


Pastikan bayi mendapat posisi menyusu yang tepat dimana bibirnya melekap pada puting payudara dengan betul. Antara posisi menyusu boleh anda cuba adalah cross cradle, rugby hold, sleep hatch dan juga cradle hold. 

2.  Selalu Stress Atau Tertekan


Tekanan perasaan akan menyebabkan kurangnya susu badan.  Ia kerana ransangan hormon akan terganggu dan menyebabkan badan tidak bersedia menghasilkan ransangan pengeluaran susu badan yang banyak.

3.  Susu Lambat Keluar


Punca susu badan kurang juga adalah kerana susu lambat keluar, memang ada jenis badan yang lambat keluar susu apatah lagi baru nak mula menyusu. Sabar dulu, kalau anda terus stress, makin lambat lagi susu nak keluar.

4.  Jarang Beri Susu Badan Untuk Anak

Jarang beri susu badan untuk anak juga merupakan salah satu punca susu badan kurang yang harus anda ketahui. Semakin kurang ransangan kita keluarkan susu badan, makin kurang. Jika selalu kita beri susu badan dan ransangnya keluar, maka susu akan cenderung lebih banyak.

5.  Tisu Kelenjar Tidak Mencukupi

Masalah tisu kelenjar tidak mencukupi sering berlaku bagi mereka yang memiliki payudara kecil atau mengecil. Ia merupakan faktor yang terjadi kepada sesetengah orang sahaja. Tisu kelenjar tidak mencukupi ini juga dikenali dengan nama hypoplastic breast atau failed lactogeneses.

6.  Anatomi Payudara Luar Biasa


Apa yang dimaksudkan dengan anatomi payudara luar biasa? Untuk pengetahuan anda, sekiranya keadaan payudara anda aneh seperti putih leper, besar, terkeluar, panjang atau lain-lain lagi yang pelik, kemungkinan ia merupakan sebab kenapa susu badan kurang. 

Tetapi tak perlu risau, anda boleh pam sahaja susu badan. Pasti ia akan keluar sedikit demi sedikit.

7.  Gangguan Hormon


Gangguan hormon adalah sebab utama dimana susu badan kurang keluar.  Banyak sebab kenapa hormon ibu-ibu terganggu, mungkin dari aspek pemakanan, fizikal dan mental semuanya turut merupakan punca susu badan kurang.

8.  Mengambil Ubat Berbahaya 


Ramai tak sedar bahawa mereka makan ubat berbahaya, ubat yang tak sesuai atau pun suppliment luar yang tak sesuai dengan tubuh badan. Sebaiknya elakkan makan ubat yang tidak penting dan tidak perlu.

9.  Faktor Pemakanan Tidak Seimbang

Penting untuk mengambil makanan yang seimbang dari segi karbohidrat, protein, kalsium, fiber dan sebagainya. Jika terkurang keperluan nutrisi dalam tubuh badan anda, ia akan memberi kesan pada pengaliran susu badan.

10.  Ambil Pil Perancang


Umum tahu bahawa pil perancang akan digunakan bagi merancang jarak kehamilan bagi anda yang baru sahaja mengandung. Tidak salah mengambil pil perancang, tetapi kesannya juga adalah dapat mengurangkan susu badan.


11.  Kurang Minum Air

Air adalah elemen penting dalam proses penghasilan susu badan. Salah satu punca susu badan kurang adalah kerana air dalam kurang. Sekurang-kurangnya anda harus minum 6-8 gelas sehari. Jika menyusu, seeloknya amalkan air masak dan makan buah kurma.

12.  Toksin Dalam Badan


Tahukah anda, toksin dalam badan yang terdiri daripada radikal bebas dan bakteria yang terhasil akan menyebabkan hormon terganggu? Akibatnya, toksin ini turut menghalang daripada ransangan susu badan dihasilkan. Ia merupakan antara punca susu badan kurang ramai tak tahu.

13.  Jarak Masa Mengepam Susu Terlalu Lama

Susu akan lebih berkurang jika kita jarang mengepam susu atau menyusukan anak. Ia bermaksud jarak masa susukan bayi tidak perlu terlalu lama. Jika bayi belum menyusu lagi, pam susu dan simpan. Jarak masa mengepam susu terlalu lama merupakan punca susu badan kurang.

14.  Mengandung

Mengandung merupakan penyebab kenapa hormon susu badan menjadi rendah.  Semasa mengandung, zat dan nutrisi diperlukan sangat banyak dalam tubuh badan. Apabila mengandung, sudah pasti segala zat diperlukan untuk bayi membesar. Justeru, punca susu badan kurang tanpa kita sedari adalah mengandung.

Punca Lain Susu Badan Kurang:

15.  Berat Badan Terlalu Tinggi

16.  Kencing Manis

17.  Masalah Tiroid

18.  Gangguan Fasa Luteal

19.  Sindrom Polycystic Ovary


CARA TINGKATKAN SUSU BADAN YANG BERKESAN



MILK BOOSTER SUNNAH

  • Selamat dan bahan semulajadi
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Mengandungi pelbagai zat, vitamin dan khasiat
  • Makanan semulajadi tanpa kimia, pengawet, pewarna dan sebagainya.
  • Makanan tambahan semulajadi untuk semua 

KANDUNGAN MBS
  • Longan Kering
  • Red Rose
  • Kurma Merah
  • Goji Berry 
  • Berry Hitam
  • Gula Batu (Pilihan)
  • White Fungus
  • Barli
  • Halba
  • Kurma Ajwa
  • Buah Aprikot, Kismis
  • FREE Aprikot Seed

SESUAI DIMINUM OLEH
  • Ibu Berpantang (Normal & Ceaser)
  • Ibu Menyusu
  • Ibu Mengandung
  • Wanita Haid Tak Teratur 
  • Wanita Senggugut
  • Pesakit Darah Tinggi / Kencing Manis
  • Individu Mengalami Sembelit
  • Lemah Badan Dan Ingin Kuatkan antibodi

KHASIAT MBS

  • Menghasilkan susu badan dengan meriah dan pantas (Tinggi Potassium)
  • Memekatkan susu badan
  • Menguatkan tenaga tubuh badan
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Melancarkan darah (Darah melahirkan & haid)
  • Melambatkan penuaan (Anti-aging)
  • Sesuai untuk ibu hamil (Mudahkan proses bersalin)
  • Mengurangkan panas badan
  • Mengatasi kencing kotor
  • Mengurangkan tekanan darah & Mengawal tahap gula
  • Kuatkan ketahanan badan, Tingkatkan fungsi seksual
  • Boost tenaga, Banyakkan susu badan
  • Menghilangkan senggugut
  • Mengatasi haid tak teratur
  • Lebih awet muda (Kaya Antioksidan)
  • Mengurangkan sembelit

Harga:  

1 Set MBS - RM 26 (Free Gift Any Sample Organic Food)
3 Set MBS - RM 75 (Free Gift Aprikot Seed + Sample Organic Food)
5 Set MBS - RM 120 (Free Gift Shaker Bottle + Sample Organic Food + Aprikot Seed)

2 ulasan:

Abam Kie berkata...

Assalamualaikum. Abam Kie Biters dtg jenguk blog dan follow sekali ye? Sesungguhnya susu ibu jauh lebih baik drp susu formula. Jadi para ibu perlu memastikan agar susu badan sentiasa cukup utk bayi mereka. Thanks.

Rina Zul berkata...

wslm terima kasih abam kie :) Ye btul tu.. lagipun semua ibu pasti nakkan yang terbaik untuk anak.

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...