Kisah TTC: Ku Minta Suami Kahwin Lagi - RINA ZUL

Jumaat, 14 Mei 2021

Kisah TTC: Ku Minta Suami Kahwin Lagi

Dalam kehidupan yang ceria dan bahagia bersama suami tercinta, aku selalu rasa sedih sebab tak ada anak macam kawan-kawan lain. Setiap kali kawan hamil, dengar cerita dapat beby dan sebagainya, alhamdulillah memang rasa happy sangat untuk kawan-kawan yang lain. Tapi hanya ttcian yang tahu rasa hiba tu macam mana bila fikir.. kenapa aku masih belum ada anak.


Selalunya bila orang berkahwin ni, lepas 6 bulan jer mesti mengandung. tapi ada juga yang lepas setahun baru ada nak, selepas 2 atau 3 tahun pun baru ada anak. Tapi, aku dah masuk 4 tahun masih belum ada rezeki anak. Namun aku tahu ini semua Rezeki dari Allah SWT.


Kadang-kadang, ada kawan yang merungut dan meluahkan dimana dia belum bersedia nak ada anak kedua ketiga dan sebagainya. sebab anak pertama masih kecil dan menyusu lagi. Tiba-tiba dapat anak kedua pula. Dia merungut. Bagi aku yang masih belum ada anak ni, rasanya itu rezeki yang patut dia syukuri. Bukan merungut. Tapi kita tak tahu masalah orang lain, so nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga.


Kadang-kadang hati ni macam tisu, mana taknya, pergi mana-mana jer, ada mulut cakap dan bercerita, A mengandung 3 bulan. B mengandung lah, C dah bertambah anak, D baru kawen tuptup dah muntah-muntah dan mual... so cuba korang bayangkan, dalam masa 3 hari jer, orang cerita macam tu dekat aku, apa perasaan kita dengar? benda tu dimasuk-masuk dalam kepala ni.

Of course kita rasa syukur. Dalam masa yang sama kita nak positif kan diri sentiasa tetapi akan jadi hati tisu bila balik rumah. lahai! memikirkan macam mana aku ni nak dapat anak. Susahnya Allah nak bagi rezeki anak ni pada aku, sebab dosa-dosa lalu akukah? Astagfirullahaladzim. Suami marah bila aku cakap macam tu. Sampai jadi macam histeria menangis-menangis isteri dia ni stress berfikir.


Masa tu sungguh-sungguh sedih, berjurai-jurai air mata tak kira apa, stress sangat. Suami selalu bagi kata positif dan cakap pasal ini semua rezeki. Dan aku percaya pada rezeki Allah SWT cuma bila hati terlampau sedih, meroyan dan rasa macam stresss sangat-sangat, aku jadi makin redha dan ku pasrah. 


Aku take time sekejap sampai stop menangis, lepas beberapa minit, ku pergi dekat suami dan cakap, " I Rasa u Kena kawen lain lah". Lepas tu suami tanya, "Apa dia?" Ku ulang lagi, "I rasa u kawen lain lah, cari orang lain jerlah". Dia jawab:


"U jangan macam ni, kita dah bahagia. Tak ada anak pun kita bahagia. Tapi sebab u suka tengok life orang lain, jeles dengan life orang lain, ini yang boleh buat hidup u musnah, kebahagiaan kita boleh musnah kalau kita terlalu overthinking. Sedangkan kita sangat-sangat bahagia sekarang ni". Kata suami kepadaku.


Ya Allah, apa yang aku buat ni, Memang betul apa yang dia cakap. Kenapa aku ni tak bersyukur, Rezeki bahagia bersama suami, rezeki ada keluarga yang sangat supportive, baik hati dan semuanya faham. Allahuakhbar. Astagfirullahaladzim. 

Bila jadi terlalu stress dan dah cool down, ku fikir balik. Allahu, Allah. Betapa Allah ni sayangkan diri aku, sebab Dia tahu yang terbaik kat aku, Aku tak layak untuk tentukan apa yang aku nak, tapi sebaliknya Allah sebaik-baik perancang. Sebab ini bukan masa yang sesuai untuk aku, ada hikmahnya. Alhamdulillah ya Allah Kau sedarkan aku atas apa yang aku tertanya-tanya.


Suami cakap dia dari dulu sampai sekarang tak kisah pasal bab anak, kalau ada rezeki tu ada lah rezeki kita. Dia kawen dengan aku sebab sayang sebab cinta. Bukan sebab nak anak semata-mata. Dia syukur sangat sebab dapat isteri yang betul-betul memahami dan menerimanya seadanya. 


Sebab bagi dia, kalau belum ada anak ni, bukan masalah isteri, tapi masalah suami juga. Dan sehingga hari ini, rawatan ikhtiar zuriat untuk suami pun tak selesai lagi sebab covid, so hospital pun apointment lewat dan sebagainya.


Jelas dekat sini, sama2 perlu ikhtiar dan yang paling penting, suami sangat memahami. Walaupun ku cakap pasal kahwin lagi, lagi dia kata sampai mati pun takkan nak orang lain. Allah maha merancang, Allah Ya Bari'.


Apapun, aku berserah pada Allah SWT. 


Mulai hari ini, aku dah tak nak fikir dah bab ni semua. Aku nak go thru life ini dengan sabar dan enjoy for every moment yang aku hadapi. Aku bersyukur ada seorang suami yang sangat-sangat Allah beri untuk melengkapi dan menjaga diriku. Sesungguhnya, Allah maha baik sebab kurniakan aku kebahagiaan dunia akhirat yang aku inginkan. Amin ya Rabbal Alamin.


2 ulasan:

Siti Awadah berkata...

Jangan fikir macam tu. serah je semua pada Allah.

Rina Zul berkata...

Thank you sis :)