Julai 2021 - RINA ZUL

Sabtu, 24 Julai 2021

Perbezaan Barang AMWAY Dengan Barang Jenama Lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca di sini. Hari ni rina nak share akan perbezaan barang amway dengan barang jenama lain yang ramai tak tahu.




Percaya atau tidak, ramai yang kata barang Amway ni agak mahal jika dibandingkan dengan barangan jenama lain. Sehingga terus tolak mentah-mentah. Masa dulu, rina belum ada kerja apa-apa, tak ada pendapatan, jadi memang rina rasa mahal gila barang-barang ni. Tapi dalam masa yang sama bila rina guna barang jenama lain, rasa macam sakit hati sangat weiii sebab cepat gila barang tu habis digunakan. Tempoh masa guna tu macam sekejap je. Contoh macam ubat gigi kita guna sebulan dua tiga bulan dah habis.


Bila satu masa tu rina betul-betul beli yang amway punya, rupanya sampai 6 bulan tahan. Tapi bila kira-kira balik kegunaannya, rupanya lagi jimat barang amway tu. Bermula dari ubat gigi tu lah rina kenal barang lain lagi, rupanya patutla harga dia orang kata mahal, sebenarnya tak mahal pun. Harga dia cuma berpatutan sangat-sangat sebab banyak gila barang keperluan rumah yang lain pun bertahan 6 bulan korang boleh guna.


Sebagai contoh, pencuci lantai, sabun cuci pinggan, sabun basuh sayur, deodorant,.. oh my god, tu semua adalah barang kegemaran rina suka guna untuk barangan rumah. The Power of Quality is better than Quantity. Means kuasa kualiti barang amway tu sangat besar jika dibandingkan dengan jenama lain. Buat sakit hati je weh bila korang tahu yang selama ni korang boleh jimat gila tapi korang tak nampak.



Sekarang dekat rumah rina ni, banyak guna barang amway. Barang-barang ni semua pulak bertahan berbulan-bulan, pendek kata kau tak payah risau keluar duit tiap bulan beli barang rumah. Jimat gila. Setahun 2-3 kali je kau fikir nak tukar barang keperluan rumah. 


Barang-barang tu termasuklah dari segi kesihatan, kecantikan, kekemasan rumah, kebersihan rumah, kebersihan diri dan macam-macam lagi.Ada hikmah sangat sejak guna barang amway. Selain tahan lama dan jimat, kami rasa rumah lebih banyak guna barang organik dan semulajadi. Korang pun boleh cuba bandingkan juga antara perbezaan barang amway dengan barang jenama lain.


Perbezaan Produk Amway dengan Produk Jenama Lain:






1.  Produk Amway Terlalu Jimat Sangat


Selepas guna, memang ramai yang tak dapat nafikan lagi penjimatannya.Sebagai contoh ubat gigi amway berharga RM 28 boleh guna 6 bulan. Bermaksud 1 bulan kita cuba labur RM 4.60 jer. Sedangkan ubat gigi lain tahan 2 bulan jer tapi harga dah RM 6 untuk 1 tiub. So korang rasa mana satu yang jimat? Of cos la produk amway lebih jimat berbanding produk jenama lain. Harga pun berbaloi. Takkan rugi, malah lebih jimat.




2.  Produk Amway Sangat Bermanfaat



Ramai tak tahu, dan wajib kena tahu bahawa barang produk Amway sangat berfaedah dan bermanfaat untuk anda semua. Kenapa? Sebab barang dia berkualiti! Jika kita guna barang dia, kita akan sedar 1 perkara iaitu kebanyakan barang amway ni pekat! Sabun yang pekat, ubat gigi pekat, patutlah jimat! Cara guna pun ada cara bancuh/gunakannya macam mana, sukatan macam mana. Best sangat. 

Bila ada kawan-kawan dan jiran beli barang amway dari rina, memang rina ajar cara guna dan sukatannya semua. Tak rumit, lagi mudah dan mereka suka sangat-sangat alhamdulillah. Sebab jimat dan dapat produk barang keperluan rumah paling berkualiti kata mereka. So korang yang nak beli barang dan nak rina ajar cara guna pon boleh je contact rina. 

Bukti barang amway berkualiti banyak sangat, tapi harini rina share 1 produk kat sini.  Dish Drops atau pencuci pinggang mangkuk yang sangat organik 4 liter boleh digunakan selama 10 bulan itupun masih berbaki lebih dari separuh botol. perghh mcm tak caya kan?  

Sebab tu rina selalu suruh customer atau kawan2 yang guna, tulis guna marker pen dekat botol tu bila korang start guna.. Nanti bila nak habis, korang akan cek balik berapa lama masa korang guna. Memang lama. Kalau tak guna dish drop ni, tiap-tiap bulan kena pergi beli sabun basuh pinggan.  Sekarang lebih jimat, mudah dan berkualiti pulak.




Image result for dish drop amway


Tengok betul-betul, 1 botol dish drop tu bersamaan dengan 11 setengah botol jenama lain (sabun basuh pinggan).  Untung tak? Sudah tentu untung dari segi kualiti, harga dan masa :) Banyak lagi sebenarnya kelebihan barang-barang amway ni berdasarkan pada jenis barang.  


3.  Produk Amway Semulajadi Terbaik Untuk Kegunaan Ramai / Organik


Dari dulu lagi, kalau kita tanya mak-mak kita atau orang tua, pasti ramai yang kenal Losyen Allano. Untuk pengetahuan korang, losyen allano ni adalah daripada produk amway.  Kenapa orang-orang dulu pakat dok cari losyen allano ni? Sebab khasiat dia! Sebab fungsi dia yang sangat-sangat membantu mengatasi masalah ramai orang. 


Pernah satu tahap, ada seorang doktor tu dia sarankan pesakit kencing manis yang ada luka-luka kat kaki tu untuk sapu lotion ini. Selain tu, kalau ada rasa gatal-gatal, masalah kulit dan sebagainya, memang elok sangat guna lotion allano ni. Penting sangat sebab dia organik, semulajadi, itu yang buat ramai gila orang cari losyen ni. Kualiti yang paling penting sekali.






Losyen Tangan & Badan ALLANO (250g)

  • Losyen badan berasas buih yang unik.  
  • Sangat mudah disapu.
  • Tidak comot atau berminyak.  
  • Mengandungi Alantoin dan Lanolin 
  • Melega dan melembap kulit yang paling kering sekalipun 

Selain itu, kalau korang ada luka-luka atau jika tak nak nyamuk atau binatang gigit, pakailah lotion ini, nak berkhemah ke, masuk hutan atau apa-apa.  Itu lebih mudah dan berkesan!






4.  Produk Amway Tahan Lama


Sebagai contoh, salah satu produk amway yang sangat jimat dan tahan lama adalah Deodoran Bau Segar Antipeluh Berbuli BODY SERIES (100ml). Ini adalah deodoran yang paling semua orang suka gila. Ini produk amway paling laris dijual, permintaan ramai sangat kawan-kawan kalau dah kenal deodorant ni.  Mahal tak mahal sangat tapi okey lah.  


Yang tak tahan tu bukan sebab mahal.. tapi sebab tak perlu sapu banyak-banyak. Sekali sapu atau sekali layang je dah okey. Tahan sehingga 48 JAM! 48 jam maksudnya 2 hari. Kau rasa? Pernah tak ada deadoran tahan 2 hari? Mana ada. Dan kalau anda mandi sekalipun , memang ketiak tak peluh-peluh. Rina selalu pakai ni rasa sejuk je sepanjang hari dekat ketiak tu hehe.




Paling best lagi, deadorant ni memang tiada alkohol, dibuat dari bahan semulajadi iaitu lichen! Sesiapa yang memakai deadoran ini sangat hebat luar biasa. Ia akan memberikan aura positif dan sihat kepada kita semua bila kita selalu guna insyallah.

Itu adalah contoh produk, tapi sebenarnya banyak lagi barang-barang amway yang rina tak tunjuk dekat sini. Kalau korang nak tengok katalog, jom wasap rina, nanti rina tunjuk satu-satu. 

So itulah 4 sebab kenapa produk amway lebih bagus dari produk jenama lain. Dan Perbezaan barang amway dengan barang jenama lain yang korang kena tahu. Lepas tahu, akan lebih mudahlah korang untuk pilih mana satu barang keperluan rumah terbaik yang boleh korang start guna dalam rumah masing-masing.


Wasap Rina untuk Lihat Barang Keperluan Rumah yang Lain. (KLIK SINI)

Jumaat, 23 Julai 2021

JOM MENANG HADIAH BERNILAI RM 100,000 [CLICK & MENANG]

Siapa tak kenal Doktor Azizan Osman, yah! itulah mentor rina sepanjang berada dalam Elite X journey!


Oh ya, Richworks sangat terkenal dengan Result Matter, bila tengok result anak didik richworks, memang kita sendiri seronok gila tak sabar nak belajar dengan Richworks. Richworks dah melahir ramai gila jutawan. Kalau tak percaya, korang lalu dekat highway tengok billboard-billboard tu, Dalam 10 billboard, 9 daripadanya adalah usahawan yang telah dididik, dimentoring oleh Doktor Azizan Osman. 


Sebab tu jugalah sis buat keputusan untuk belajar dalam Richworks, Alhamdulillah sepanjang 6 bulan ni, result sales juga bertambah baik berbanding tahun lepas. Syukur. Ilmu inilah yang paling mahal kalau beli, memang tak leh nak beli mana-mana sebenarnya! Ilmu usahawan dunia akhirat.


Dan harini sis nak ajak korang untuk join contest Richworks ni, mana la tahu ada rezeki korang semua. 


Hadiah dia memang menarik, bernilai RM 100,000 tau! Kalau dulu sis join contest menulis, boleh dapat hadiah macbook. Sekarang ni, korang join contest klik ni pun dah berpotensi nak menang hadiah menarik cenggitu!


Tak salah mencuba. Lagipun senang sangat cara join contest Richworks ni. Cuma klik link di bawah dan ikut step seterusnya, korang berpotensi untuk menang. 


Jangan tunggu lama-lama, satu tindakan klik mungkin akan ada rezeki Anda. Jom klik LINK di bawah dan terus sertai. dan bersediaaaa untuk menang! Orang kata, mungkin rezeki PKP barangkali.


SERTAI CONTEST RICHWORKS DI SINI (KLIK SINI)



Jumaat, 9 Julai 2021

Nak Hati Tenang? Baca DOA AGAR HATI TENANG Ini Hari-Hari

Hati manusia sering tak stabil. Sebab Emosi adalah sahabat kepada insan bernama manusia. Ya, biarpun jasad kita dikurniakan hati, perasaan dan emosi, penting untuk kita tahu cara kawal dan gunakannya dengan baik. Cara dapat ketenangan yang boleh kita lakukan adalah dari segi kelakukan, pengurusan emosi dengan kerohanian diri kita.

Jika ada masalah atau terbeban dengan sesuatu perkara, hati pasti akan sedih dan kecewa. Kadang-kadang hati mula rasa resah, gundah gulana dan tak tahu apa nak buat. Menyebabkan hati ni mula tidak rasa syukur lagi, ada saja yang nak dikomplen, yang tak puas hati. Ingat, Allah suka orang yang bersyukur. 

Bila kita syukur, Allah tambah lagi nikmat. Jika ada masalah, jangan mengeluh. Belajar untuk tenangkan diri. Tenangkan hati. Tenangkan jiwa kita. Baca doa tenang hati supaya hati menjadi lembut, tenang, tak gelisah, mudah tidur malam, mudah urusan harian kita semua.

Jom lihat dan amalkan doa agar hati tenang ini.




Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari rasa sedih, duka cita ataupun kecemasan. Dari rasa lemah, kemalasan, kebakhilan dan sihat pengecut, jauhkanlah aku dari semua kejahatan dan keadaan yang tidak baik itu Ya Allah. Dan jauhkan aku dari bebanan hutang serta tekanan orang yang jahat. Amin ya Rabbal Alamin.




Bila hati tenang, pasti hubungan kita dengan keluarga, adik beradik, kawan-kawan semuanya baik-baik, tak risau lagi dengan masalah duit, masalah keluarga dan lain-lain. Jika ada apa-apa masalah dimana kita rasa hati sukar untuk tenang, perkara pertama adalah terus ke bilik air, berwuduk atau mandi. Sejukkan badan akan menyejukkan hati. Dulu rina tak percaya tapi ada kesannya. Bila badan sejuk dan segar, otak makin boleh berfikir. 

Selepas mandi, barulah wuduk dan ambil Al-Quran dan baca. Pada bila-bila masa tiada masalah, tapi seeloknya anda sabar dan solat. Itulah tindakan yang perlu dibuat bila ada masalah atau kegusaran. 

Insyallah lepas buat tu, hati akan rasa lebih tenang. Jangan lupa baca doa agar hati tenang sekali ya yang macam rina kongsikan di atas tadi.




Doa agar hati tenang ini juga boleh dibaca pada bila-bila masa seperti pagi selepas subuh, selepas solat dhuha, zuhur, maghrib dan sebelum tidur. Bila-bila masa sahaja tidak ada masalah. Selamat beramal dan semoga bermanfaat buat anda semua.

Ahad, 4 Julai 2021

Diet Kurus Dengan Kurma Ajwa Rihura | Jadual Diet PERCUMA

Alhamdulillah, sejak amal kurma ajwa madinah  original segar dari Rihura, sis dapat turunkan berat badan 2KG dalam masa 1 minggu. Haa puas hati sangat. Dulu kemain susah la nak turun 1 kg pun. Tapi bila makan kurma ni, dapat kawal makan, tak makan tahap gelojoh atau nafsu makan macam dulu-dulu hahahah. Sabo jela. Tapi tula kenyataannya.


Sis syukur sangat sebab nampak ruang dan peluang ni. Dulu sis jenis payah sangat nak turunkan berat badan, tapi sekarang macam senang sangat rasa. Apa lagi, selalu amalkan Kurma Ajwa Asli Madinah ni setiap hari 7 biji pada waktu pagi. Pastu korang rasa tengahari sis makan jam berapa? 


Kalau dulu pukul 11-12 tengahari wajib makan tengahari makan berat macam nasi, tapi sejak makan kurma tu, sampai ke 3 petang kadang-kadang sis lupa nak makan tengahari. Sebab tak lapar! sebab rasa masih kenyang lagi. ehehhe. Macam kelakar pun hado jugak! 

Oh ya, sis bukan makan macam tu je kurma tu.. Kiranya sehari tu banyak kali la sis makan. Jom lihat jadual diet dengan makan kurma Ajwa. Kurma Ajwa adalah kurma yang 100% tak diawet gula dan semulajadi. Tapi korang kena lah cari kurma Ajwa yang ditanam di Madinah atau Asli Madinah, itulah yang paling terbaik. Kurma Kegemaran Nabi Muhammad SAW.



Jadual Diet Dengan Kurma Ajwa Rihura


Dalam entry ini, sis belanja korang jadual diet dengan kurma ajwa ni. So korang boleh ikut panduan dan contoh pemakanan ajwa ni untuk diet dengan lebih baik. InshaAllah.

RESEPI SUSU KURMA AJWA SEGAR SEDAP SANGAT FRESH

 " MAMA.. SO YUMMY LAA MAMA BUAT SUSU KURMA AJWA NI, ESOK ADIK NAK LAGI. "





SEKALI JER MINUM, ESOK ANAK NAK MOMMY BUAT LAGI. UNTUK ANAK, HARI HARI PUN TAK PE MINUM JUS YANG SIHAT NI.

Itu kata ibu-ibu yang suka anaknya sihat sepanjang hari , bertenaga dan aktif, cergas. Maklumlah, ibu ayah mana yang sanggup biarkan anak dia makan makanan yang tak sihat kan?

Dari beri anak minum air kotak, air karbonat , tetapi susu kurma ajwa Rihura inilah minuman yang terbaik untuk anak-anak. Mudah jer buat dan tak perlu tunggu berjam-jam pun. Tup tup dah dapat makan makanan terbaik kegemaran Nabi SAW iaitu Kurma Ajwa Madinah Original yang ditanam di Madinah Al-Munawarah.

Nak tahu cara buat susu kurma Ajwa asli Madinah ini? Jom lihat resepi susu kurma ajwa segar sedap sangat di bawah ini. Jom sis kongsi dengan korang semua.

Bahan-Bahan Resepi Susu Kurma Ajwa


  • 7 - 10 biji Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura
  • Susu Segar ( farm fresh )
  • Air
  • Ice Cube


Cara Buat Susu Kurma Ajwa Segar Sedap Fresh


1. Mula-mula, rendamkan kurma Ajwa Rihura di dalam air panas (sudah di masak). Biarkan selama 10 minit - 15 minit. Ini adalah untuk lembutkan isi kurma (tak buat pun tak apa sebab kurma Ajwa Rihura isinya sudah lembut).



2. Dah rasa Kurma lembut, bawa keluar dan keluarkan biji kurma. Pastikan buang biji kurma ajwa itu dahulu ya. Kemudian, Masukkan isi kurma ke dalam blander atau pengisar.




3. Masukkan susu segar atau susu pilihan anda ke dalam blander dan masukkan sedikit air. Susu tu boleh juga digunakan susu tepung jika tidak ada susu segar.




4. Blander atau kisar seperti biasa, rasa nak rasa serat kurma ajwa tu terasa jangan blend terlalu lama, senang cerita ikut cita rasa masing-masing.





6. Campurkan dengan Ice Cube beberapa minit lagi untuk berbuka puasa . Tak kisahlah puasa sunat atau puasa ramadan yang korang puasa tu. Isnin dan khamis selalu puasa sunat kan? Jadi buatlah pada hari tersebut, korang dapat boost tenaga gila-gila.






Tadaaa
🤩




Siap Susu Kurma Ajwa fresh segar dan paling sedap lagi, semestinya letak Kurma Ajwa Rihura, Asli dari Tanah Madinah. Bak kata Tagline Rihura, Semua Merasa! Memang mampu milik walaupun kualiti Premium. Alhamdulillah.



Gitu.... Mudah sangatkan? Ahh terliur pula rasa panas-panas gini. Jom buat dulu ayuh!

😛


Nak cari resipi istimewa untuk tercinta? Setiap hari boleh buat untuk anak dan suami tercinta.
Serendah RM10 jer dah dapat satu Jug Besar Jus Susu Kurma Ajwa Rihura.



#jom
cuba jus Susu Kurma Ajwa dengan Kurma Ajwa Rihura.

Sekali cuba pasti jatuh cinta, tak percaya cuba laa resipi ni!

😍
Anak happy, suami kenyang, isteri pun bahagia. Kadang-kadang makanan sihat sedap macam inilah buat suami dan anak-anak terpikat dengan keprihatinan dan kasih sayang yang kita beri pada mereka.





NAK DAPATKAN AJWA ASLI MADINAH SEGAR & SEDAP,


Selamat mencuba dengan aktiviti bermanfaat bersama keluarga tercinta.

Ikhlas dari rihura