Awas Kempen Bangkit Richworks! Ini Harga Seminar Dr Azizan 2021 - RINA ZUL

Ahad, 22 Ogos 2021

Awas Kempen Bangkit Richworks! Ini Harga Seminar Dr Azizan 2021

Tolonglah jangan percaya dengan kempen Bangkit Richworks yang baru-baru ini tular, kononnya ramai usahawan terkesan dengan pandemik Covid19 dan perlukan bimbingan untuk bangkit bisnes dari krisis 3.0! Ramai juga yang tak tahu harga seminar Dr. Azizan 2021 yang sebenarnya.

Kenapa sis cakap jangan percaya, anda kena faham konsep dia. Apa kempen Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 ini sebenarnya? Apa objektifnya, kenapa tiba-tiba? Richworks ni siapa? Kalau korang tak tahu semua benda ni, mudah-mudah je nak percaya, usaha takkan menjadi sebab you tak trust the process, tak serah pada yang pakar, tak kenal siapa guru yang korang nak belajar tu.

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Sebab tu, kalau nak join kempen Bangkit Dr Azizan Osman ni, kena tahu betul-betul apa sebenarnya ni. Jangan buang masa korang dengan benda yang korang nak try-try, cuba-cuba, tengok-tengok dulu, dan lain-lain benda yang tak pasti. Yakinlah dengan apa yang korang nak buat, macam mana nak yakin? Kena ada ilmu, walaupun cuma kenali apa yang korang nak.


Bunyi macam terlalu prihatin, maklumlah sis juga adalah seorang seller dan merupakan salah seorang usahawan Richworks yang juga bermula bisnes dari rumah 2021 tetapi asalnya dah start bisnes tu pada Mac 2020, masa tu PKP pertama dilaksanakan. 

Pada bulan 8, 2020 pula adalah waktu yang sis baru kenal Richworks serta pengasas Richworks International Datuk Dr Azizan Osman yang hangat diperkatakan ramai orang dalam bidang usahawan. Pada masa tu, sis sendiri telah sertai zero to million richworks dan kemudian terus mengikuti program Richworks yang seterusnya. 

Jadi, nak kata pengalaman belajar dengan Richworks tu memang ada. Sebab tu, sis nak korang tahu apa yang sis nak sampaikan ni. Harap-harap korang buka mata, buka hati dan lihat apa yang betul sebenarnya. Sebelum sis dedahkan, sis nak kongsikan sedikit maklumat tentang siapa Datuk Wira Dr Azizan Osman dan apa program Richworks.




Datuk Wira Dr Azizan Osman Dan Program Richworks


Siapa tak kenal Datuk Wira Dr Azizan Osman? Pasti ramai yang sudah kenal beliau kan? Sebelum Richworks ditubuhkan lagi, Datuk Wira Dr Azizan Osman sudah mula berkecimpung dalam bidang usahawan dan mengajar para usahawan berkaitan perniagaan. Beliau juga berpengalaman dalam marketing dan sales dalam menguruskan client-client besar seperti HSBC, TM Streamyx dan banyak lagi.

Richworks telah ditubuhkan sejak 2008 lagi dan sehingga sekarang, sudah 13 tahun mereka berpengalaman. Menariknya, sesiapa sahaja pun boleh hadir ke kelas atau seminar Richworks sebab bimbingan yang diberikan adalah mengikut tahap perniagaan kita semua. Jadi, ilmu yang kita dapat tu memang tepat selari dengan apa yang bisnes kita perlukan. 

Program Percuma Richworks


Berikutan pandemik sejak PKP 1.0 dulu, Richworks dah buat banyak program Live Event dan Virtual Online secara percuma. Lebih 800,000 orang yang turut serta dalam program seminar Richworks pada musim PKP lalu.

Sebelum pandemik pula, lebih dari 700,000 orang telah mengikuti program RichWorks secara fizikal (bukan online) bermula dari tahun 2008 sehingga tahun 2019 iaitu kira-kira dalam tempoh 11 tahun. Bermaksud, Richworks memang sangat terkenal dari dulu lagi sebagai seminar bisnes dan sebagainya.

Untuk pengetahuan korang, program-program FREE ini hanyalah sekadar 3 hari, ada yang 12 malam, ada yang bersiri-siri, memang tak cukup untuk nak tukar seorang usahawan dari kosong hingga berjaya capai jutaan ringgit dalam tempoh sebulan tapi RichWorks berjaya bantu Usahawan capai RM1 juta Pertama dalam tempoh 6-12 bulan.

Dulu rina susah nak percaya, nak sebut juta-juta pun tak sanggup, rasa malu. Tapi Alhamdulillah bila rina sendiri pernah hadir ke Program Percuma Richworks, Rina lebih yakin, nampak hala tuju, matlamat dan paling penting Richworks memang bagi result pada bisnes kita jika kita benar-benar komited untuk belajar.

Berikut adalah antara Program Percuma dari Richworks yang sebelum ni:







Banyak lagi sebenarnya tau, tapi rina cuma kongsikan beberapa saja kat sini. Tapi boleh dikatakan hari-hari kita dapat ilmu baru di dalam Channel Telegram Richworks. Memang nampak sangat harga seminar Dr Azizan 2021 memang zero kos, 100% adalah percuma. Banyaknya richworks bantu usahawan, Alhamdulillah. 

Ada Ker Usahawan Richworks Yang Berjaya?


Dalam program dan kelas Richworks ni macam-macam jenis usahawan ada, dari pelbagai sektor bisnes. Konsep dan module yang digunakan adalah sama tapi diaplikasikan kepada bisnes masing-masing ada caranya, bergantung kepada masalah sesebuah bisnes itu juga. 

Itulah kelebihan apa yang Richworks bantu usahawan sebenarnya. Jadi, bila ada ilmu dan dibimbing oleh syarikat multinasional yang merupakan penganjur seminar keusahawan terbesar Asia Tenggara ini, jangan terkejut jika hidup korang lepas ni berubah. 

Tak percaya? Korang pernah tengok billboard dekat Highway, ada tentang jenama Bantal DAG, Nurraysa, Noir Beauty, Eskayvie, Najeehah dan banyak lagi. Semua jenama dan pemilik bisnes tu adalah dari didikan Dr Azizan Osman dan Richworks. 

Bukan nak suruh semua pergi buat billboard, tapi apa yang sis nak sampaikan adalah Dr Azizan Osman dan team mereka memang pakar dalam industri Latihan Keusahawanan yang merangkumi pemasaran, jualan, perakaunan, percukaian, pematuhan, operasi perniagaan, pengurusan sumber manusia dan kepimpinan. Jadi, apa nak risau lagi kalau nak buat bisnes online kan?



Dari A-Z sehingga cukai, jualan, cara handle pekerja, cara buat sales dan macam-macam yang diajar oleh mereka. Tapi ada juga masalahnya nanti jika terus belajar dengan Richworks ni.

Masalahnya, bukan sahaja boleh tukar dari bisnes offline kepada bisnes online, Tetapi takut silap-silap sales naik sampaikan tak cukup stok, menangis weh sebab ejen marah stok tak cukup. Waktu sis tulis entry ni, sis pun tengah bersedih stok habatusauda habis 129 botol dalam masa 1 hari ni. Aduyai, stok dari suplier taktahu nak sampai bila.

Apa yang dia ajar sebenarnya sampai orang buat bisnes krik krik, tiba-tiba boleh meletup. Haiihhhh, itulah yang rina nak tahu sebenarnya sehinggalah inspired sangat dengan kisah anak didik Dr Azizan Osman dan Richworks ni. Sampai satu tahap, rina telah join mentorship Elite X bersama mereka. Sebelum tu, jom lihat statistik jumlah usahawan Richworks.


STATISTIK | JUMLAH USAHAWAN BERDAFTAR DENGAN RICHWORKS


2020 - 410,134 Usahawan

2021 sehingga Julai - 453,595 Usahawan

Jumlah Keseluruhan - 863,729 Usahawan


Lebih 2,305 orang usahawan telah menyertai Mentorship Richworks iaitu Elite X, Spire dan juga Titanium yang merupakan kelas lebih dekat di bimbing oleh Team Richworks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman sendiri. Tahukah anda semua, jumlah jualan dari keseluruhan ahli usahawan yang menyertai program mentorship ini adalah sebanyak 2.2 Billion Ringgit Malaysia. Banyak bukan? 

Dari mentorship Spire sahaja, seramai 280 orang usahawan telah capai 1 juta pertama! Ramai weh. Dan boleh dikatakan hampir kesemua usahawan ini bermula dari program percuma Richworks. Harga seminar Dr Azizan 2021 yang mereka sertai semuanya adalah percuma!



Ini bermaksud, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan Richworks International sendiri telah berjaya membantu ramai usahawan untuk menghasilkan sales yang cukup banyak, pendek kata mereka pakar membantu usahawan dalam mencapai 1 juta pertama dalam masa 6 bulan sehingga 3 tahun dari tempoh berniaga. 

Apabila lihat jumlah jualan yang cukup banyak, pasti kita teringat cukai, lhdn dan sebagainya? Jangan risau dan takut, Richworks sangat membantu usahawan semua dalam menyelesaikan masalah yang ramai takut dan tak reti ni! 

Untuk pengetahuan korang juga, Richworks adalah salah satu syarikat penyumbang yang terbesar juga untuk negara, yelah bayangkan berapa banyak disumbangkan kepada negara daripada nilai jualan mereka! Banyaknya manfaat yang diberikan kalau kita berjaya dalam bisnes kan :)

Paling menakjubkan, selepas hadir ke seminar Richworks, ada yang dalam masa beberapa hari sudah ada perubahan, ada yang cuba buat sesuatu yang dipelajari dan saksikan peningkatan masa tersebut!


Pengalaman Sertai Mentorship Richworks ELITE X


Alhamdulillah journey sertai Mentorship Richworks ELITE X ini adalah kenangan yang amat manis bagi rina sebenarnya. Memandangkan rina join seorang diri tanpa ada pengaruh dari mana-mana kawan, jadi tak ada fikiran negatif, dapat fokus belajar dan rina aim nak jadi usahawan Richworks yang berjaya jadi jutawan macam usahawan yang berjaya lain-lain juga.

Waktu mula-mula join kelas percuma Richworks iaitu Zero Kos Marketing, sales Rina selepas puasa 2020 haritu menjunam sebulan adalah bawah RM 100 - RM 1,000 sahaja. Kemudian, sambung kelas Zero To Million, dan MMM yang berlangsung 10 hari. Alhamdulillah jualan meningkat, betul-betul nampak peningkatan sebenarnya sebab dari jumlah jualan ratusan dan seribu tu boleh naik sehingga RM 5,000 dan ke atas.

Tapi satu masa tu Rina stuck dekat situ. Jualan tak naik-naik dah. Walaupun richworks nak bantu ramai orang, tapi kalau diri sendiri tak nak bantu diri sendiri, macam mana nak berjaya kan? Rina pun buat keputusan untuk daftar sebagai Elite X Richworks pada tengah bulan Februari 2021. 





Dalam Elite X, macam-macam ilmu diberi Alhamdulillah setiap hari pasti ada ilmu baru, pasti rasa terpaksa nak belajar dan bertindak, kalau sebelum ni malas, tapi bila ada circle kita akan jadi laju nak buat, terpaksa buat dan terpaksa berjaya. 

Buat bisnes dari rumah 2021 musim pandemik ni pun masih boleh belajar online sebab Richworks sediakan Richworks On Demand dan Richworks Academy kepada semua Elite X. Ilmu dalam tu sangat-sangat proven success, perghhh memang gila-gila boleh berjaya kalau kita KOMITED dan follow jer apa yang Datuk Wira ajar.

Alhamdulillah lepas join Elite X dalam beberapa bulan, asbab belajar, rina dapat pecah telur sales 5 angka sebulan dan seterusnya. Jual kurma Ajwa jerrrr waktu tu. Dan Resultnya yang boleh rina kongsi sedikit asbab belajar dengan Richworks




Rezeki memang tak salah alamat, tapi kalau kita tak ada dekat alamat tu, macam mana rezeki nak datang. Serahkan semua pada yang pakar, Richworks nak bantu ramai orang sebenarnya. Sebab tu, sejak PKP dari dulu lagi, Richworks ada buat program pembelajaran secara Virtual PERCUMA 100% seperti Program Zero Kos Marketing 2021, zero to million Richworks, Richworks Bootcamp, Workshop Kuasai Social Media dan banyak lagi. Dan seperti usahawan Richworks yang lain juga..rina juga bermula dari seminar-seminar percuma ni.

Perumpamaan mudah, seperti pergi universiti belajar dalam sebuah kelas dihadiri 50 orang pelajar. Cuba korang bayangkan, belajar dengan guru yang sama, waktu yang sama, tempoh masa yang sama, tapi adakah semua pelajar akan dapat keputusan yang sama? Jawapannya sudah tentu tidak, semua berbalik kepada diri sendiri sama ada teruskan usaha, melakukan perubahan dan tindakan berterusan.  Jadi, bila dah pergi kelas, kenalah beri komitmen sepenuhnya, belajar betul-betul kalau kita serius nak bina bisnes berjaya.


Datuk Wira Azizan Osman | Richworks Nak Bantu Ramai Orang



Datuk Wira Dr Azizan Osman dan Richworks sangat nak bantu ramai orang terutamanya usahawan yang nak selamatkan bisnes, yang tiada income waktu PKP ni, yang baru nak mula bisnes dan sesiapa sahaja. 

Difahamkan DWDAO juga telah ke SILICON VALLEY pada 2017 untuk belajar bersama pakar-pakar di sana tentang digitalisasi, sekembalinya Datuk Wira Dr Azizan Osman terus berkongsi tentang transformasi digitalisasi dan kepentingannya sebelum wujudnya Covid-19 ini lagi. Apabila berlakunya musim pandemik, beliau dan seluruh Team Richworks sangat aggresif dalam membantu ramai usahawan. Sebab tu Rina pilih Richworks berbanding seminar atau kelas-kelas online bisnes yang lain.

Datuk Wira Dr Azizan Osman ni, beliau punya passion nak lihat anak bangsa usahawan ini berjaya. Walaupun banyak orang skeptikal dan fikir negatif namun beliau tetap sungguh-sungguh bantu usahawan yang nak berjaya. Percaya kepada proses Insyallah kita semua akan berjaya. Tapi kenalah buat tindakan pertama, jom sertai kempen Bangkit Richworks yang akan diadakan pada 27 sehingga 29 Ogos ini. 


Harga Seminar Dr Azizan 2021


Dari segi harga Seminar Dr Azizan Osman 2021 pula, mungkin ada yang akan kata, jika nak bantu kenapa tak bagi harga seminar Dr Azizan Osman ni semuanya PERCUMA? Suka atau tidak, setiap penganjuran latihan dan program bimbingan melibatkan kos, masa, tenaga dan team yang bantu mempersiapkan dan memastikan ia berjalan.

Namun, Tiada paksaan untuk sesiapa untuk ikuti program lain ianya pilihan anda sendiri. Melalui program-program percuma pun,  seseorang usahawan itu boleh mendapatkan hasilnya jika dia bertindak, komited dan terus konsisten.

Harga seminar Dr Azizan 2021 adalah sangat-sangat berbaloi jika dibandingkan dengna ilmu perniagaan yang diberikan. Bila ilmu dah ada, apa lagi? Usahawan kena terus buat tindakan dan terus gapai kejayaan! Jangan tunggu lagi, cepat-cepat bangkit terus. Richworks sentiasa pegang tangan kita.


MASA KITA SEBAGAI PENIAGA DAH SEMAKIN SUNTUK, SANGGUP GULUNG TIKAR KER?


Sedar atau tidak, bermula dari PKP 1.0 dulu, sebanyak 100,000 PKS telah gulung tikar (tutup bisnes) dan setelah lanjutan PKP 3.0 sehingga 28 jun, 40% PKS gulung tikar akibat Covid-19. Kau rase? Haaa mak oi, ramai tu kan! Baru ni rina terkejut juga baca pasal jenama-jenama besar yang gulung tikar. Ya Allah, mengucap sebab terfikirkan bisnes kita macam mana.

Bagi apa jua sektor bisnes, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Ingat tu, salah satunya kita dah kena beralih ke era digital sebab kita dah hidup di zaman norma baharu. Percayalah, zaman ni memang makan masa yang terlalu lama untuk jadi normal macam dulu. Ada pula kata zaman ni takkan habis. Wallahualam. Apa pilihan yang kita ada? Tak ada. Kita kena terima dan guna cara baru untuk berniaga iaitu jadi seorang DigitalPreneur.

Rina bersyukur sangat bila dapat berita tentang Kempen Bangkit Richworks yang bakal diadakan. Untuk pengetahuan korang, buat pertama kalinya, Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan mengadakan program khas Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini.



Program Richworks dan pengasas Richworks International Datuk Dr Azizan Osman ni memang tak sama macam coach bisnes yang lain. Richworks sangat pakar dalam bisnes dan guna ilmu Proven Success (terbukti berkesan) sebab mereka pentingkan Result Matters (Ada hasil). Berapa banyak jutawan mereka dah lahirkan! 

Yang ni korang kena ikuti Facebook Richworks atau Telegram Richworks sebab mereka banyak jemput usahawan jutawan yang berjaya dibimbing untuk berkongsi di situ. Rugi kalau tak dengar.


Kenapa Anda Perlu Hadir Kempen Bangkit Richworks?


1. Nak Bangkit Dari Krisis 3.0 | Selesaikan Masalah Bisnes

Datuk Wira sebagai MenThor Usahawan tahu dan jelas apa yang usahawan perlu lakukan untuk dapat bukan saja bertahan malah BANGKIT dari krisis ini. Dengan keadaan Pandemik ni, penting sangat untuk setiap bisnes mulakan pemasaran digital supaya usahawan dapat bergerak lebih pantas.

Persoalannya, korang nak ketinggalan dalam bisnes atau nak bisnes lebih maju?


2. Sentiasa Sarat Dengan Ilmu Proven Success


Di Telegram Azizan Osman Official dan laman facebook milik beliau juga, dapat di lihat  hampir setiap hari ada sahaja aktiviti perkongsian ilmu, panduan dan perkongsian dari usahawan-usahawan yang berjaya termasuk dari Datuk Wira Dr. Azizan Osman sendiri.

Difahamkan juga, pada tahun lalu sahaja lebih daripada 700 usahawan di bawah program Mentoring RichWorks telah dapat menghasilkan jualan kumpulan sekitar RM2.2 bilion. Satu jumlah yang cukup besar dan sangat membanggakan.

Dengan sertai Kempen Bangkit Richworks ini, korang akan berada dalam circle usahawan positif dan berjaya, boleh lihat ramai usahawan Richworks berjaya dan belajar daripada mereka.


3. Kepakaran Richworks & Ramai Yang Berjaya


Dengan pencapaian, anugerah dan kepakaran Richworks serta pengasas Richworks International Datuk Dr Azizan Osman sendiri, anda kena join kempen Bangkit Richworks ni. Dengan kejayaan beliau bantu ramai usahawan capai 1 juta pertama kurang dari 3 tahun berniaga. Mesti teruja kan nak tahu macam mana dan apa yang mereka buat? Bagaimana usahawan yang berjaya ni bertindak?

Pada pendapat rina, cuba beri peluang kepada diri sekali ini untuk hadir ke program Bangkit Richworks yang akan berlangsung pada 27-29 Ogos nanti. Korang boleh ikuti dan nilai sendiri perkongsian dan ilmu PERCUMA yang akan beliau kongsikan pada hujung bulan ini.





Jom Bangkit Kembali Bersama RichWorks 


Jangan takut untuk bermula, jangan takut untuk bangkit. Kalau kita susah pada hari ini, kita kena kuat. Sebab kita ada sebab yang kuat kenapa kita perlu terus berjuang. Hari-hari kita doa supaya Allah bagi rezeki yang banyak dekat kita, tapi kadang-kadang apa yang ada depan mata kita tak nampak. Itulah rezeki. Ilmu, peluang, rakan-rakan positif, guru, perniagaan semuanya adalah rezeki, tapi Allah bagi kita handle, terpulang kepada kita macam mana kita nak hargai rezeki Allah bagi. 

Jadi, mulai hari ini, jangan sia-siakan setiap peluang yang datang. Sebagai contoh, jika ada kelas percuma, kau masuk jer, tak payah kisah pasal apa orang lain cakap. Yang nak berjaya adalah diri kita sendiri, straight to the point rina cakap, kalau kita betul-betul nak berjaya, jangan buang masa lagi. Buat terus. 

Rina tak suruh korang percaya dengan Kempen Bangkit Richworks, tapi nak suruh korang terus buat saja, Join kempen bangkit richworks macam mana rina terus join kelas-kelas percuma mereka pada tahun lepas. Itupun kalau korang rasa sayang bisnes korang, nak selamatkan bisnes daripada lingkup, nak bangkit taknak down lagi! Nak jadi usahawan yang berjaya dunia akhirat. Rendahkan ego, harga seminar Dr Azizan 2021 bukannya kena bayar pun!

Rina pun tak sabar nak join Program Bangkit Richworks ni, jom kita daftar. Klik Link dekat bawah untuk terus daftar, moga kita semua berjaya dunia akhirat amiin.




CARA SERTAI PROGRAM BANGKIT RICHWORKS


2 ulasan:

Fuzy Hamid berkata...

tahniah Puan Rina..seronok baca pencapaian dan perubahan jualan selepas Puan Rina ikuti kelas DAO ni..

Rinazul berkata...

Terima kasih . Alhamdulillah .