10. Jaga Kebersihan
Kebersihan dari seluruh aspek sangat penting terutamanya kebersihan diri dan tempat tinggal sekeliling kita. Jika kita bekerja, pastikan ruangan kerja kita juga sangat bersih. Inilah tips gaya hidup sihat yang pasti buatkan hidup sempurna!
11. Bawa Emosi Dengan Betul
Anda perlu tahu bahawa menjadi seorang yang normal, bahagia dan sihat adalah juga bermula dari mental dan fikiran anda. Selalu senyum dan fikir hal yang positif akan menjadikan emosi kita stabil dan waras. Jangan cepat marah, baran, terlalu sensitif kerana itu akan mengganggu kesihatan mental.
12. Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Tips gaya hidup sihat seterusnya adalah melakukan pemeriksaan berkala, erti kata lain adalah anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengesahkan jika anda benar-benar sihat atau mempunyai sakit.
Sebagai contoh, anda boleh lakukan ujian darah untuk periksa buah pinggang, tahap kolestrol, thyroid, kanser dan lain-lain lagi. Jika setiap 3 bulan sekali kita lakukan ujian sebegini, kita akan lebih aware tentang kesihatan kita dan berjaga-jaga.
13. Berpuasa
Puasa adalah salah satu cara atau tips gaya hidup sihat yang ramai tak tahu. Dengan berpuasa, banyak khasiat dan kelebihan untuk kesihatan tubuh badan kita. Dalam Islam sendiri pun, terdapat banyak manfaat bila seseorang itu berpuasa.
Anda boleh amalkan puasa sunat isnin atau khamis. Jika berpuasa, jangan lupa makan
kurma ajwa Rihura okey! Ia memang sedap dimakan kalau bukan bulan puasa sekalipun.
14. Kerap Bergerak
Kerap bergerak adalah tips gaya hidup sihat yang sesuai buat orang tua atau yang berbadan besar. Jangan jadikan alasan badan besar tidak larat untuk ke sana sini. Sebaliknya anda perlu bergerak untuk lebih sihat. Anggap saja ia adalah senaman kardiovaskular buat anda kerana ia bagus untuk jantung dan mengeluarkan peluh.
15. Elak Makanan Proses / Tin
Makanan yang telah diproses atau di dalam tin adalah makanan yang tidak fresh lagi. Boleh dikatakan ia telah diproses dan mengandungi bahan-bahan campuran. Ada juga sebab tidak elok adalah kerana makanan tersebut sudah lama di tin kan. Anda boleh fikirkan juga sama ada mahu makan ikan sardin yang telah diproses dan di tin kan hampir setahun?
16. Hindari Diri Dari Aktiviti Negatif
Aktiviti negatif seperti lepak tengah malam, berlumba motosikal, seks bebas dan sebagainya perlu kita hindari. Aktiviti negatif ini akan memberi kesan kepada kesihatan diri kita, ia bukanlah tips gaya hidup sihat yang tepat. Masih belum terlambat untuk berubah!
17. Masa Untuk Ketawa
Ya, carilah masa untuk ketawa juga, di samping melakukan kerja yang menggunakan kudrat, anda juga perlu berhibur dan mengekspresskan senyuman. Barulah hidup lebih sihat dan sempurna.
18. Makanan Rohani
Makanan rohani juga perlu ada dalam diri kita bagi mengamalkan gaya hidup sihat. Makanan rohani adalah seperti solat, berzikir, baca Al-Quran, mengingati Allah SWT , insafkan diri dan lain-lain lagi.
Kenapa penting? Semua yang berlaku dalam hidup ini adalah ketentuan Allah. Inilah cara yang sihat untuk kita nikmati Alam kehidupan dunia akhirat sebenarnya. Jom amalkan tips gaya hidup sihat yang pastikan akan membuatkan hidup kita lebih sempurna. Insyallah.
19. Makan Vitamin
Tips amalkan gaya hidup sihat juga adalah dengan mengamalkan makan vitamin. Sedar atau tidak, vitamin adalah suplemen terbaik boleh kita amalkan. Tapi pastikan juga vitamin tersebut adalah organic, diproses dengan baik sekali dan paling penting khasiatnya sangat menakjubkan.
Korang tahu tak? Sejak covid 19 melanda, ramai yang cari vitamin kan? Dan salah satu vitamin terbaik pilihan ramai pengguna di Malaysia dan Luar Negara adalah Vitamin Nutrilite Amway. Korang boleh dapatkan Vitamin Bio C Nutrilite Original dengan harga yang sangat berpatutan di
sini. Amalkan hari-hari untuk seisi keluarga sangat berbaloi untuk menjalani gaya hidup sihat.
20. Guna Barang Rumah Yang Organik
Ya, ini sangat penting bagi seorang pengguna barangan rumah. Kita perlu melihat apakah kandungan dan kesan sampingan setiap barang yang kita guna. Sebagai contoh, pad wanita, pinggang mangkuk, pakaian, makanan semuanya diperbuat daripada bahannya yang tersendiri.
Tapi jika kita pandai memilih barang yang lebih organik dan sihat, kita justeru dapat amalkan gaya hidup sihat dengan lebih baik lagi. Sebagai contoh, korang boleh tukarkan sabun basuh baju jenama yang korang guna sekarang kepada sabun basuh baju yang lebih berkualiti dan organic seperti Sabun Basuh Baju Sa8 Premium Amway yang sesuai juga untuk elakkan alahan dan kulit gatal.
Dengan harga yang berpatutan dan sabun 1kg tahan selama 3 bulan, korang boleh dapatkan di
sini.
21. Amalkan Sikap Sabar Dan Bertolak Ansur
Tanpa sikap sabar dan bertolak ansur, pasti kita akan lebih marah, emosi dan jiwa tidak tenang. Dengan keadaan itu, kesihatan turut terjejas. Pastikan kita jadi seorang yang berjiwa tenang, atasi masalah dengan baik, selalu berfikiran positif, sabar dan bertolak ansur.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Jom amalkan Tips gaya hidup sihat yang pasti menjadikan kita lebih baik dari sebelum ini bagi keselurahan kesihatan tubuh badan dan mental kita. Tips gaya hidup sihat ini boleh diterapkan dari kecil sehingga dewasa dan sehinggalah kita berusia. Buatlah pilihan yang bijak untuk kehidupan kita dan keluarga.
2 Ulasan