Advertisement

Apa Nak Capai Sebelum Umur 30 Tahun


Tahun depan 2022, adalah tahun Sis Rina masuk umur 30 tahun. MasyaAllah cepat masa berlalu. Rasa macam baru lagi muda-mudi. huhu. Apapun, sis juga dah fikir apa yang nak capai sebelum umur 30 tahun. Korang dah fikir ke belum?


Apabila mencapai usia 30 tahun, seseorang itu telah mencapai pertengahan usianya. Jadi, untuk memastikan hidup anda selesa pada usia tersebut, pasti banyak perkara yang harus anda lakukan. Ya betul sekali, sebab 30 tahun tu ibarat dah separuh usia kehidupan kita. Tapi, didoakan kita semuanya panjang umur amin ya Allah.


Baiklah, jom sis kongsikan mengenai apa nak capai sebelum umur 30 tahun. Semoga anda juga dapat merancang apa yang anda nak capai kelak. Okey!



1. Bayar Hutang Yang Ada


Hutang biasanya boleh membebankan hidup kita semua seiring bertambahnya usia. Jadi, amat elok sekiranya sebelum mencapai umur 30 tahun, kita telah membayar hutang yang ada secepat mungkin sebelum anda mempunyai tanggungan yang lebih ramai kelak.

Kena tahu cara untuk bayar hutang dengan betul. Ramai orang redah je, payah macam tu. Anda kena jelas dengan matlamat nak bayar hutang, dan tahu apa rancangan dan tindakan untuk bayar hutang. Kalau sis sendiri pun, nak cepat-cepat settle loan kereta, personal loan dan lain-lain lagi komitmen jahat atau yang baik.



2. Uruskan Masa Dengan Lebih Berkesan


Bagi memastikan hidup kita lebih lancar pada usia 30 tahun, kita perlu mencapai pengurusan masa yang lebih berkesan dalam hidup kita. Ia harus dilakukan agar kita menjadi insan yang lebih berdisiplin pada usia 30 tahun kelak dan pengurusan masa yang baik merupakan keperluan bagi kehidupan kita semua.


Cuba bayangkan, pada umur 30 tahun sudah pasti kita telah mempunyai keluarga kita sendiri. Jadi penting untuk kita bahagiakan semua ahli keluarga kita, luangkan masa, beri manfaat kepada keluarga kita. Bila kita beri nilai pada orang lain, pasti lebih bahagia hidup dunia akhirat. Masa adalah faktor yang menentukan kejayaan kita.


3. Mempunyai Pendapatan Sampingan


Kita ketahui bahawa krisis kewangan pasti dirasai apabila mencapai usia persaraan kelak. Jadi, seelok-eloknya sebelum umur 30 tahun, anda mesti mempunyai pendapatan sampingan. Dengan pendapatan sampingan ini, ia dapat membantu anda melunaskan hutang atau meningkatkan simpanan persaraan anda.


Ramai orang yang apabila usianya sudah meningkat dewasa atau tua, terkapai-kapai tanda kewangan yang kukuh. Kasihan kalau kita biarkan usia muda kita berlalu begitu saja. Mulai hari ini, biarpun kita tak lama lagi akan capai usia 30 tahun, sebaiknya kita pastikan kita mempunyai pendapatan sampingan yang utuh dan kukuh.


Walaupun kita hanya mampu jadi freelance atau bekerja dengan orang, pastikan kita jadi seorang yang pandai menyimpan dengan aliran tunai yang semakin masuk dengan lebih banyak dalam akaun bank kita dari hari ke hari. Bab pendapatan ni, penting sangat untuk korang fikir apa pendapatan yang boleh korang buat supaya dapat pasif income sekali!


Nak buat Pasif Income, Korang boleh baca sini: 


Kerjaya Pasif Income saya

Daftar Pasif Income Di Sini


4. Melabur

Kenapa melabur? Inilah yang dikatakan orang kaya guna duit untuk jadi lagi kaya. Kenapa orang kaya bertambah kaya, salah satunya sebab ini! Mereka jadi investor / pelabur.


Mulalah menjadi pelabur sebelum mencapai usia 30 tahun supaya anda dapat menjana pendapatan jangka masa panjang dan menyenangkan kehidupan anda kelak. Mungkin anda boleh menyertai pelaburan saham, pelaburan emas, bon dan sebagainya. Yang penting, perlu ada ilmu.


Tanpa ilmu, semuanya akan sia-sia dan risiko rugi lebih tinggi daripada mereka yang berilmu. Sama juga macam bisnes, kalau nak buat bisnes, perlu ada ilmu juga okey! Namun anda perlu tahu, jika melabur apa tujuannya? Jika nak duit beranak, ada cara lain tiada masalah jika nak guna cara lain juga.



5.  Kerjaya Lebih Berjaya Dan Ada Perubahan


Alhamdulillah mulanya tak percaya, tapi bila difikirkan ada peningkatan kerjaya adalah perkara yang baik dan perlu dicapai sebelum masuk umur 30 tahun. Alhamdulillah juga rina mula bisnes Rihura Kurma Ajwa pada tahun 2020. 

Sekarang nak masuk tahun 2022, dalam masa 2 tahun kini dah berjaya buka kedai. Doakan semua berjalan lancar ya. Insyallah nanti rina akan tulis entry tentang journey bisnes ni dan gambar-gambar proses kedai semuanya. Stay tune baca blog ini, follow rapat-rapat butang kanan tepi blog ini okey.

6.  Mantapkan Rohani 


Alhamdulillah tak risau lagi. Bila nak masuk umur 30 ni, dulu rina ngaji atau solat takut bacaan salah. Sekarang ni rezeki dapat masuk kelas ngaji Ustaz Sham, diajarnya baca dari Iqra' sampailah bacaan dalam solat. 

Walaupun kita tahu baca sebenarnya pasti ada tajwid yang kita terlepas pandang. Penting sangat. Kalau korang nak join kelas ngaji bersama ustaz sham pun boleh join. Maharnya sebulan RM 50 sahaja yuran. Kelas seminggu sekali. Boleh wasap rina juga nanti rina bantu okey.


7.  Bersama Keluarga Dan Hubungan Silaturrahim Yang Baik


Kalau zaman remaja dulu kita macam-macam hal dan kerenah, ini dah dekat 30 tahun ni cepat-cepatlah kita berbalik dengan keluarga. Jaga hubungan silaturrahim. Baik-baik semuanya. Spend time dengan mak ayah sementara mereka masih ada. 

Ingat, bila-bila masa sahaja masa kita boleh diambil, kita tak tahu hidup kita atau mereka berapa lama. Di dunia ini, keluargalah tempat utama untuk kita buat pahala lebih untuk dapatkan syurga di akhirat kelak.


8.  Qada Solat Dan Solat Taubat


Perlu buat selalu dan kalau boleh amalkan hari-hari. Kerana bila mana usia kita meningkat kita kena fikir berapa banyak hutang kita dengan Allah yang belum kita jelaskan. Selagi mampu, solatlah qada dan buat solat taubat.

Penting kita capai semua ni sebelum masuk umur 30 tahun. Hal macam simple dan mudah kan, tapi percayalah selagi kita tak buat sungguh-sungguh, kita tak rasa nilai dan nikmat umur tu. Mulai hari ini jagalah masa sebaiknya, tak kisah siapa yang bersama kita. Tapi Allah sentiasa ada bersama kita. Jangan buang masa lagi, kejayaan dunia akhirat kita semuanya atas izin Allah SWT.


Banyak lagi sebenarnya perkara yang perlu dicapai sebelum masuk umur 30 tahun, tapi ini adalah antara sedikit sahaja yang sempat rina kongsikan. Semoga bermanfaat.


Selamat menjalani kehidupan 30 tahun ya. Semoga kita semua dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan rezeki melimpah ruah, luas lagi diberkati. Dikurniakan kesihatan yang baik dan kejayaan serta kebahagiaan dunia akhirat. Amiin.

Catat Ulasan

0 Ulasan