RINA ZUL : BARANG RUMAH
Memaparkan catatan dengan label BARANG RUMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BARANG RUMAH. Papar semua catatan

Ahad, 27 Jun 2021

UBAT GIGI GLISTER  - GIGI PUTIH, BUANG KARAT ( PILIHAN NO 1 PENGGUNA)
Hai semua, harini Rina nak share kan ubat gigi yang rina guna. Yang rumah rina guna dan sangat setia dengan ubat gigi ni. Ia adalah Ubat Gigi Glister. Kenapa rina tertarik dengan ubat gigi ni? First sekali sebab dia sangat pekat dan tahan 6 bulan? 

Gila, macam tipu je? tapi itulah kenyataannya. Sebab sebelum guna tulis tarikh dulu bila kita buka guna. Habis ubat gigi tu nanti tulis tarikhnya, so korang kiralah cukup 6 bulan atau tidak!

Alhamdulillah, Ubat gigi glister ini adalah Halal dan Islamic product. Sangat-sangat berkesan kerana sumbernya pun tiada chemicalTiada bahan kimia langsung. Free from chemical.  Yang penting ada tanda hijau bawah ubat gigi tu, tanda yang menunjukkan produk tanpa kimia. 

Gigi yang berulat, berlubang , yang sakit dan sebagainya tak perlu ragu-ragu atau bimbang. Sebab ubat gigi ni baru betul ubat gigi. Selama ni dipasaran macam pencuci gigi je, semata-mata nak gigi bersih.. Yang ubat gigi glister ini, selain bersihkan gigi, ianya mengembalikan mineral pada gigi dan menjadikan gigi kuat semula serta bertambah sihat. Kiranya kita cure sekali la gigi kita ni.

Ini merupakan produk Amway yang sangat-sangat hebat! Bila rina guna, rina bantu ambil order juga untuk kawan-kawan dan kenalan, tambah-tambah jiran kawasan perumahan. Jadi, korang boleh dapatkan dengan rina melalui harga ahli dan sangat-sangat berbaloi.  Nak tahu kenapa berbaloi, jom rina share.



Cuba anda renungkan... Betapa seronoknya membayangkan gigi-gigi kuning kita menjadi putih bersih seperti gambar di atas. Syukurnya kan.. Gigi putih cantik, keyakinan pun terserlah. Yakin untuk senyum, yakin untuk bercakap, Yakin untuk makan depan orang dan sebagainya. Selama ni asyik sorok-sorok gigi kita je kalau depan orang kan.

Dulu Rina cukup tak berkenan tengok gigi suami, kuning sikit, Lepas guna ubat gigi Glister rina beli ni , bukan takat kuning. Celah-celah gigi ada karat sikit pun hilang dah alhamdulillah.

Sejak tu, kami jadi pengguna setia ubat gigi glister ni. Memang berkesan lah untuk buang karat dekat gigi tu selain putihkan gigi suami kita dan kita hahahah.


Kelebihan Ubat Gigi Glister Berfluorida Multi Tindakan 200g

  • Ianya dirumuskan dengan REMINACT yang membantu menimbunkan kembali mineral-mineral penting pada enamel untuk menjadikan gigi lebih kuat dan melindungi daripada kaviti.
  • Memutihkan gigi, menyegarkan nafas dan membantu menanggalkan kesan warna pada gigi.
  • Mengandungi agen pengilatan untuk pembersihan yang lembut dan berkesan.
  • Ia dapat Memutihkan gigi, Menanggalkan plak, Mencegah kaviti, Membersih dengan lembut dan Menyegarkan nafas

Ya. Memang betul semua ubat gigi diluar sana membersih dan memutihkan gigi.. Tapi tu bukan ubat gigi, tu pembersih gigi namanya.  Yang sebenarnya ubat gigi adalah memberi vitamin dan mineral kepada gigi supaya kembali kuat dan sihat. 


Perbezaan Ubat Gigi Glister Dengan Ubat Gigi Yang Lain



Semestinya ubat gigi glister dan ubat gigi jenama lain mempunyai perbezaan antara satu sama lain.  Apakah perbezaan mereka? Selama ni mungkin kita tak perasan, jom sis bagitahu korang.


Ubat Gigi Glister Tak Hakis Gigi


Apabila gosok gigi dengan ubat gigi berikut,

Sebagai contoh, Ubat gigi jenama Y, mengeluarkan lapisan di gigi kita secara berlebih sehingga menanggalkan lapisan perlindungan gigi (Protective layer). Ini macam terhakis sungguh.

Manakala, Glister Toothpaste sekadar menanggalkan kotoran di gigi dan masih mengekalkan lapisan perlindungan gigi. So nampak yang mana macam berkualiti?




Ubat Gigi Glister Pekat, Jimat & Tahan 6 Bulan


Selain itu, ubat gigi glister sangat jimat tau. Boleh tahan sehingga 6 bulan macam Rina cakap tadi.  Kepekatannya sangat kuat sehinggakan korang cuma letak sedikit jer ubat gigi tu di bahagian atas berus gigi. Tak perlu letak penuh satu baris berus gigi tu, itulah cara guna ubat gigi glister amway ni. 

Sangat-sangat berbaloi.  Satu keluarga wajib ada yang ni, kalau kita guna, anak-anak pun mesti guna. Barulah keluarga sihat, kesihatan terjamin :) 

Bukanlah nak mengutuk tapi kalau korang ada boyfriend atau suami yang merokok atau yang jenis tak reti jaga gigi, marilah kita bantu diorang dengan belikan ubat gigi ni untuk diorang. Macam rin lah..Belikan ubat gigi ni untuk suami. Alhamdulillah walaupun dia merokok, tapi nafas dan mulut tak berbau pun. 

Rasa sedap je gitu..hihi. Yang penting itu semua dulu, sekarang dah kurang sangat rokok, ada tanda nak berhenti dah. Alhamdulillah ubat gigi ni memang buat mulut dan gigi fresh!




Harga Ubat Gigi Glister ni Mahal Ker?

Ubat gigi lain lagi murah dari ubat gigi glister?


Ya. Setuju.  Tapi ubat gigi yang murah tu boleh guna sebulan, 1 ubat gigi. Ubat gigi glister ni boleh guna 6 bulan, 1 ubat gigi.  Yang mana satu berbaloi?  

Contoh, jika ubat gigi biasa berharga dalam RM7.  Maka, untuk 6 bulan kita akan habiskan RM7 x 6 : RM42 untuk ubat gigi. Bayangkanlah RM42 utk ubat gigi selama 6 bulan. Sedangkan ubat gigi glister RM29 kita habiskan untuk 6 bulan? Jadi, yang mana satu berbaloi ya? 

Kalau korang tengok juga jenama X seperti yang selalu korang pakai contohnya, bila terkena air sikit terus ubat gigi tu jadi basah dan macam terlembab ubat gigi tu. Sedangkan kalau terkena air sikit dekat ubat gigi glister ni, ia masih pekat dan tak berair sehinggalah korang guna gosok gigi dalam mulut.

Sebab itu saya selalu ingatkan kepada mereka-mereka diluar sana, gunakan harga yang berbaloi dan bijak. Kadang-kadang orang nak berbaloi tapi tak bijak. Ambil produk murah tapi tiada kualiti.  Sedangkan produk yang harganya sederhana tak murah sangat dan tak mahal sangat , namun kualitinya sangat-sangat tip top.  Kerana itulah ramai pelanggan yang hubungi saya untuk barang-barang keperluan rumah, mekap, facial dan sebagainya. 



Berbalik kepada harga Ubat gigi glister.  Harga pembelian adalah RM28.60 sahaja. Murah sangat berbanding penggunaannya selama 6 bulan. Jadi, terlalu lalu berbaloi.  Dijamin sangat-sangat puas hati dan selain itu, saya akan consult anda untuk menggunakan barang-barang ini. 

Untuk maklumat yang lebih lanjut atau untuk pembelian, korang boleh wasap sis Rina, jom sis bantu korang dapatkan ubat gigi ini dan guide korang cara guna ubat gigi ni.


Tags

Agama (37) ajwa (2) amway (7) Anak (1) BARANG RUMAH (1) bisnes (6) BLOGGER (3) cara buat duit (1) Doa (1) Info (5) inspirasi (2) kecantikan (4) kejayaan (1) kekeluargaan (1) kerjaya (3) kesihatan wanita (2) kewangan (7) Kisah TTC (1) MAKANAN (6) Peluang bisnes (3) Pemakanan (7) Peribadi (34) perniagaan (3) produk rihura (1) Resepi (2) review (13) rihura (8) suami isteri (1) wanita (1)