Memaparkan catatan dengan label Tips Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Wanita. Papar semua catatan

30 Cara Pikat Suami Untuk Pulihkan Hubungan Rumah Tangga

Hubungan suami isteri ada pasang surutnya. Hari ini baik-baik, esok lusa berperang bagai nak rak. Minta dijauhkan! Itulah kuasa sang pencipta yang Maha Membolak-balikkan hati.  Sebab itu, penting untuk kita berdoa agar rumah tangga damai bahagia sampai syurga. 

Berkahwin sudah semestinya hajat kita yang telah tercapai, tetapi cabarannya adalah sehingga akhir hayat kita pula. Apakah kita bahagia bersama suami dan suami bahagia bersama kita sebagai isterinya?

Pasti ada hal atau masalah yang terjadi dalam rumah tangga yang memberi kesan kepada hubungan suami isteri. Namun, untuk pulihkan hubungan rumah tangga ini, kedua-duanya memainkan peranan penting dan perlu bertolak ansur.

Kebanyakan masalah juga puncanya daripada wanita kerana sering terlalu overthinking, terlalu mendesak, tidak pernah cukup dan syukur, sering bebel, marah suami dan lain-lain lagi walaupun pada mulanya suami adalah puncanya. Aduh, pening kalau kita fikir sapa punca dan sapa betul ni.

Apa-apapun, tundukkanlah ego wahai isteri sekalian. Lagi kita bebel banyak, lagi tegang jadinya hubungan ini. Apa kata kita pulihkan hubungan rumah tangga dengan memikat semula suami kita. Maklumlah, zaman sekarang ni bahaya kalau kita bergaduh lama-lama, sudah-sudahlah tu. Jom kita pikat suami semula!

Oh ya, nak pikat suami tapi tak tahu cara. Ada juga yang malu sampai sekarang. Tak reti pun nak memikat sebab selalu suami yang pikat dia. Takpe, jangan risau. Jom sis ajar 30 cara pikat suami untuk pulihkan hubungan rumah tangga anda.

Image may contain: 1 person, sitting and close-up

#1  Patuh Arahan Suami

Suami pasti terpegun kalau anda pikat si dia guna cara ini. Anda patuh segala arahan suami seperti lakukan apa yang diminta dan segera buat apa yang disuruh. Cara pikat suami ini mampu meredakan kemarahan suami dan memulihkan hubungan rumah tangga.

#2  Utamakan Suami

Tunjukkan bahawa anda adalah orang pertama yang mengutamakan suami lebih dari segalanya (Kecuali Allah SWT). Maksudnya, apa sahaja yang dilakukan, anda akan berfikir tentang suami dan hak nya.

#3  Ubah Cara Hidup

Ubah cara hidup anda menjadi lebih baik lagi dalam perhubungan rumah tangga ini.  Cara pikat suami ini pastinya membolehkan anda bangun lebih awal, sediakan sarapan, jadi lebih rajin, cantikkan rumah dan memberikan mood suami anda gembira dan senang hati selalu.

#4  Cantikkan Diri Sendiri

Siapa kata kecantikan diri sendiri tak penting? Nak pikat suami kenalah cantik-cantik, tambah-tambah lagi kalau nak pulihkan hubungan rumah tangga. Cara pikat suami dengan mencantikkan diri ini bukan sahaja akan membuatkan suami lebih suka dan puji anda, tetapi hubungan suami isteri lebih harmoni gitu. Suami pun ada mood untuk bermanja-manja tiap malam. Opss!

#5  Masak Makanan Kegemaran 

Masaklah makanan kegemaran suami anda dengan paling sedap sekali. Suami pasti suka makan makanan feveretnya setelah sekian lama tak makan, bergaduh dengan isteri , kemudian dapat pula makan apa yang dia suka. Pastinya ini adalah satu tiket untuk anda pulihkan hubungan rumah tangga.

#6  Buat Surprise Kepada Suami

Banyak jenis surprise boleh anda buat untuk si suami. Pastinya mereka juga takkan menyangka bahawa anda mampu berikan surprise untuk mereka. Sebagai contoh, belikan tiket wayang secara online dan hadiahkan kepada mereka. Alang-alang, anda boleh pergi berdating! Selain itu, belikan surprise delivery dan hantar terus ke kerja mereka, pasti mereka terkejut.


#7  Teman Suami Makan

Jangan terkejut, teman suami makan juga adalah cara pikat suami untuk pulihkan hubungan rumah tangga. Ramai yang tidak makan bersama suami walaupun suami sendiri tak kisah, tetapi sebenarnya, jika anda berada di samping suami ketika dia makan, ikatan akan menjadi lebih kukuh. Pendek kata, ada aura membentuk kasih sayang di situ.

#8  Sentiasa Puji Suami

Sama ada kekuatan, kebijaksanaan, rupa paras atau apa sahaja hal berkaitan suami, lebih baik anda puji sahaja. Pujian akan menjadikan si suami tenang hati dan lembut hati dengan para isteri. Itulah cara pikat suami untuk pulihkan hubungan rumah tangga. Namun, buatlah dengan ikhlas, jangan puji tetapi tak ikhlas pula.

#9  Menjaga Penampilan Dan Pemakaian suami

Suami akan tersentap apabila anda tetap menjaga penampilan dan pemakaiannya, tetapi kali ini untuk pulihkan hubungan rumah tangga, terpaksalah kita jaga lebih lagi! Belikan mereka pakaian baru 1 helai T shirt berkolar sudah memadai untuk menunjukkan keprihatinan kita inginkan mereka ada baju baru. 

Tidak semestinya beli baju, sebenarnya jaga penampilan suami dan pakaian suami dari segi pastikan baju mereka tidak kedut, serika baju mereka dan buat persediaan bagi kelengkapan mereka dengan perfect!

Imej yang berkaitan

#10 Manjakan Suami Setiap Masa

Kalau dahulu, ada masa-masa tertentu untuk kita bermanja, kali ini, kita manjakan mereka selalu pula. Peluk dari belakang, kiss mereka secara tiba-tiba atau memberi hint manja buat mereka. Pasti itu akan membantu anda pikat suami apatah lagi untuk pulihkan hubungan. Tetapi jangan mengada-ngada pula ya!

#11 Berterus Terang Dan Cerita Apa Sahaja Masalah Kepada Suami

Suami akan lebih suka jika anda berterus terang atau bercerita apa sahaja masalah yang anda alami dengan mereka. Sama ada masalah dengan mereka sendiri atau orang lain, suami akan suka mendengarnya daripada mulut anda sendiri.

#12 Jangan Bandingkan Suami Dengan Orang Lain

Pantang sangat kalau orang bandingkan kita dengan orang lain! Macam tu juga dengan suami! Jangan suka-suka bandingkan mereka dengan orang lain. Hormat dan sanjungi mereka, diri orang lain tidak sama dan jelas berbeza.

#13 Kurangkan Masa Dengan Smartphone, Hiburan Dan Shopping

Cara pikat suami ramai tak tahu adalah buat sementara waktu, anda harus ketepikan sikap yang suka bermain fon, tonton hiburan ataupun shopping. 

Lebih baik anda gunakan masa yang ada untuk buat aktiviti di rumah seperti memasak, berkebun, kemas rumah, kemas bilik dan lain-lain lagi. Suami pasti suka melihat anda lain dari selalu.

#14 Urut Suami Dan Belajar Urutan

Belajar urut yang sedap dan rileks di youtube sekejap untuk membolehkan anda mengurut suami dengan teknik yang suami. Suami akan merasai kelainan pada urutan anda dan dapat merasai keikhlasan anda. 

#15 Jangan Berleter

Wahhh! Cara pikat suami kali ni memang gila. Macam mana nak tahan gian untuk tidak berleter lagi? Ha, mudah je. Banyakkan istigfar.  Jangan berleter kepada suami, sebaliknya senyum dan bertanya soalan dengan baik jika perlu.

#16 Banyakkan Ilmu Pengetahuan

Sebenarnya, lelaki amat suka pada wanita yang bijak. Termasuklah yang banyak ilmu di dada. Anda tak perlu jadi doktor atau saintis pun, tetapi cukuplah membaca, tahu perkara umum dan asas, ambil tahu pasal negara, kesihatan, masyarakat dan lain-lain. Mudah je, baca surat khabar atau baca buku-buku!

Hasil carian imej untuk sweet husband and wife

#17 Jangan Tinggal Solat

Jangan tinggal solat akan menjadikan anda seorang isteri yang taat dan solehah. Suami akan mula menyedari perubahan anda. Terus istiqamah dalam perubahan sehingga anda ikhlas menjadi seorang isteri solehah, Insyallah itu akan memikat suami dan pulihkan hubungan rumah tangga anda.

#18 Membaca Al-Quran Setiap Hari

Setiap hari, jangan tinggal Al-Quran. Walaupun ia hanya 1 muka surat atau ayat-ayat lazim yang dibaca dalam solat, tidak mengapa. Baca Al-Quran setiap hari dapat menenangkan anda dan orang sekeliling dalam kehidupan anda biarpun mereka tak tahu anda beramal dengan Al-Quran. Tak percaya? Cuba buat dengan bersungguh-sungguh.

#19 Jangan Jatuhkan Air Muka Dan Rendahkan Suami

Walaupun hanya anda berdua yang berbual, jangan sesekali pandang rendah pada suami apatah lagi menjatuhkan air mukanya. Walaupun banyak kekurangan suami, jangan sesekali ungkit tetapi tetaplah beri semangat kepadanya.

#20 Beri Pendapat Apabila Ditanya Sahaja

Ada isteri yang suka cakap banyak tapi tidak ada point. Cuba bersabar dulu. Beri pendapat kepada suami sekiranya anda ditanya sahaja. 

Suami akan lebih mendengar kepada anda apabila anda menjawab soalan mereka. Lama kelamaan mereka akan terpikat dengan anda jika jawapan anda berikan sangat bernas.

#21 Sediakan Tempat Tidur Cantik Dan Eksklusif

Amat selesa sekali bila suami balik kerja, lihat tempat tidur yang indah dan eksklusif seperti berada di hotel. Mereka akan aman dan dalam keadaan mood yang baik. Jangan biarkan barang-barang bersepah di bilik. Kemas cepat!

#22 Sentiasa Minta Maaf 

Minta maaf kepada suami tak semestinya jika anda buat salah. Kalau boleh, hari-hari minta maaf kepada suami sama ada malam sebelum tidur, pagi sebelum ke kerja dan bila-bila masa yang sesuai. Walaupun tiada kesalahan, minta maaf kerana mereka suami anda. Pasti lembut hati si suami.

#23 Ambil Hati Mertua Atau Keluarga

Jika berkahwin, bermaksud anda berkahwin dengan keluarga dan mertua sekali! Haruslah anda ambil hati ibu bapa kepada suami dan keluarganya. 

Si suami akan bahagia jika melihat anda berbaik dan gembira bersama keluarganya. Hantarkan makanan atau hadiah kepada ibu mertua anda, suami mungkin akan sayang anda semula.

Image may contain: 1 person, sitting, sunglasses and close-up

#24 Beli Dan Pakai Baju Seksi Tiap Malam

WAJIB. Beli baju tidur seksi dan pakai setiap malam. Walaupun anda ingin menggoda suami, pakai untuk tidur dengan alasan anda panas. 

Tunggu beberapa hari selepas itu, suami takkan lepaskan anda. Tapi bersedia, suami akan terpikat dengan anda pada malam pertama anda pakai lagi.

#25 Jangan Minta Sesuatu Di Luar Kemampuan Suami

Cara pikat suami untuk pulihkan hubungan rumah tangga adalah jangan meminta sesuatu yang berada di luar kemampuan suami. Bersabar dan hormatilah mereka jika mereka belum mampu untuk berikan apa yang anda mahu.  Malah, anda harus sentiasa doakan mereka.

#26 Jangan Menolak Permintaan Suami

Jangan menolak apapun permintaan suami kerana akan ada jurang jika anda melakukan sebegitu. Terima dan lakukan permintaan mereka yang tidak bertentangan dengan agama. Mereka juga akan berasa dihargai jika permintaan mereka ditunaikan.

#27 Jadi Pendengar Yang Baik

Jika suami ingin ceritakan sesuatu, inilah masanya untuk anda jadi pendengar yang baik. Dengar dengan perasaan empati dan simpati, barulah anda boleh berikan pendapat dan penyelesaian yang bagus buat mereka.

#28 Mandi Bersama Suami

Mandi dengan suami adalah cara pikat suami terbaik jika anda lakukannya. Walaupun terasa malu untuk guna cara ini, jika ada kesempatan, jangan sesekali lepaskan peluang ini. Sambil mandi, sambil menggoda suami. Huhu.

#29 Beri Kesempatan Suami Melepak Dengan Kawan Mereka

Sejak kahwin, mereka sudah jarang lepak dengan kawan-kawan. Anda boleh syorkan mereka lepak dengan kawan, mereka pasti akan gembira. Berikan sedikit waktu untuk mereka bersama kawan-kawan mereka menonton bola sepak dan sebagainya.

#30 Minta Suami Jadi Imam

Dengan meminta suami jadi imam, mereka akan lihat anda inginkan yang terbaik untuk kehidupan rumah tangga anda. Walaupun pada mulanya ada alasan dimana mereka tidak bersedia, tetapi lama kelamaan mereka akan berfikir untuk membimbing anda. 

Ini merupakan cara pikat suami secara halus yang mereka sendiri tak sedar. Perasaan cinta, kasih dan sayang akan terus hadir dalam jiwa mereka. Tak percaya? Jom kita cuba guna cara ini.

Itulah dia 30 cara pikat suami untuk pulihkan hubungan rumah tangga suami isteri. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda. Rina doakan yang baik-baik untuk anda semua. Assalamualaikum.

16 Cara Atasi Masalah Wanita Penat Bekerja Dan Penat Buat Kerja

Surirumah dan wanita bekerjaya pasti tak terkecuali merasa 'Penat' dengan aktiviti harian dan kerja rumah masing-masing. Wanita bekerjaya pula pasti letih memikirkan produktiviti kerja mereka dan seterusnya pulang ke rumah harus menguruskan anak-anak dan suami pula. Nak lari mana? Memang tak boleh ke mana-mana. 

Kepenatan dan kerja itu terpaksa kita tempuhi juga. Lainlah kalau kita semua dah jadi jutawan nanti, pasti ada orang yang akan membantu uruskan semua, apatah lagi nak ke kerja, bolehlah goyang kaki sedikit (Adududu mindset orang belum berjaya nieh!).

Jadi tak dinafikan lagi, memang korang sendiri alami penat bekerja dan penat buat kerja rumah bukan? Penat dia rasa lain macam, seolah-olah kerja tu tak pernah habis, nak duduk pun tak sempat, ada sahaja nak kena kemas rumah, memasak, kemas bahagian ruang tamu, angkat baju orang bersepah-sepah dan lain-lain lagi.  Nak tak nak, tetap kena hadap. 

Cuma apa yang kita boleh buat adalah untuk mengatasi kepenatan dan mengurangkan kepenatan menjadi seorang isteri dan ibu. Sebenarnya, setiap ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam membantu kita menguruskan keluarga., tetapi ada caranya dan masanya yang sesuai juga. Mari lihat 16 cara atasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah ramai tak tahu.


#1  Bertenang

Ya, bertenang penting, jangan terlalu rushing nak buat itu dan ini. Silap haribulan kita yang down terus pengsan. Ayoyo. Siapa mahu urus rumah tangga nanti? Meihua atau Ananti? Jadi, sabar dulu. Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan baik dan teratur.

#2  Himpun Dan Senaraikan Segala Kerja

Senaraikan segala list to do untuk hari itu termasuklah kerja-kerja rumah yang perlu anda lakukan apabila pulang ke rumah nanti.  Dengan itu, anda tidak akan begitu tertekan, pasti ada masa yang boleh anda curi-curi melakukan kerja tersebut.

#3  Pamerkan Senarai Kerja Kepada Suami Atau Keluarga

Jika perlu, list di wasap sahaja. Suami akan baca dan inilah masanya untuk anda meminta bantuan mereka dengan baik supaya sama-sama membantu menguruskan hal rumah tangga.  Suami pasti akan faham kepenatan isteri yang terpaksa balik kerja masak, basuh baju dan sebagainya. Mintalah mereka bantu sedikit seperti jemur kain, basuh pinggan dan sebagainya (mengikut jenis suami/individu).

#4  Jangan Banyak Berfikir

Masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah ini dapat diatasi dengan cara yang santai sahaja iaitu jangan banyak berfikir. Fikir apa yang penting dengan tidak tekankan sesuatu perkara. Jadilah seorang yang cool dan rileks, pasti anda takkan rasa penat.

#5  Tidur Awal Setiap Hari

Tidur awal pada malam hari setelah seharian anda letih dan penat bekerja serta buat kerja rumah. Tidur awal dapat merehatkan otot dan minda anda yang asyik berjalan tidak hentinya.  Jika anda amalkan tidur awal, pasti anda takkan rasa penat bekerja dan buat kerja rumah lagi.

#6  Hirup Udara Segar

Biarpun pada malam hari, sebelum tidur, hiruplah udara segar dahulu di luar tingkap atau di luar pintu rumah anda. Udara segar dapat mengatasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah seharian! Anda akan rasa seperti nafas baru dan hidup baru.

#7  Yoga Atau Senaman Ringan

Sesekali buatlah senaman ringan walaupun anda sibuk bekerja dan buat kerja rumah. Senaman ringan boleh dibuat pada waktu malam atau petang sekiranya anda terasa lenguh sendi dan sebagainya. Percayalah, lepas buat senaman ringan, pasti rasa sangat segar dan tak penat lagi.

#8  Makan Makanan Berkualiti Dan Seimbang

Makanan turut memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah.  Pilihlah makanan yang berkualiti dan seimbang supaya kesihatan anda lebih terjaga. Sebagai contoh, makan kurma dapat meningkatkan tenaga wanita anda secara luaran dan dalaman. Buah-buahan pastikan dimakan setiap hari. Jangan tinggal langsung.

#9  Hadkan Perabot Rumah

Ya, anda perlu hadkan peraboh di rumah secara berpatutan. Jangan letak perabot terlalu banyak dan padat dirumah kerana ia mungkin akan menampakkan rumah anda semak.  Apabila nampak serabut dan padat, anda akan rasa penat melihatnya. Masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah pun takkan habis, ditambah penat tengok rumah semak pula.

#10  Urut Badan

Mintalah suami urutkan badan atau pergi sahaja ke tempat urut wanita untuk memanjakan diri anda. Urutan badan adakalanya dapat melegakan lenguh badan dan dapat mengatasi masalah penat bekerja dan penat buat kerja rumah dengan berkesan. Anda takkan rasa penat-penat lagi, malah badan jadi lebih kuat dan segar.

#11  Minum Air Masak Banyak

Minumlah air putih dengan banyak setiap hari. 3 - 4 liter sudah memadai. Dengan adanya air masak dalam badan kita, badan takkan kekeringan dan letih. Badan akan lebih bertenaga dan ceria. Jangan tinggal makan pada waktu yang sepatutnya juga ok?

#12  Amalkan Zikir Fatimah


Rasullulah SAW bersabda, bacalah tasbih, tahmid dan takbir 33 kali. 


#13  Delegate Kerja Rumah 

Ikut kesesuaian, anda boleh delegate semua kerja rumah kepada ahli keluarga. Sebagai contoh, terapkan dalam keluarga beberapa perkara wajib urus sendiri. Termasuklah kepada anak-anak. Antaranya adalah:

  • Basuh pinggan sendiri selepas makan
  • Baju dalam bilik sendiri semua harus urus sendiri, letak di penyangkut sendiri dan tidak biarkan bersepah
  • Letak barang di tempat asal setelah menggunakannya untuk mengelakkan rumah tidak semak dan bersepah
  • Lap air tumpah sendiri jika tertumpahkan air
  • Sapu rumah sendiri sekiranya terasa habuk atau berdebu
Jika satu keluarga amalkan sikap sebegini, pasti si ibu tidak penat buat kerja rumah atau penat bekerja. Delegate atau agihkan kerja rumah anda kepada setiap ahli keluarga dalam kadar yang secukupnya.

#14  Reward Diri Dengan Shopping Atau Spa

Apabila penat bekerja dan penat buat kerja rumah, rewardlah diri sendiri dengan shopping online, window shopping dan juga pergi ke saloon. Ini adalah cara atasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah.  Sekiranya kita sering memanjakan dan menghargai diri sendiri, kita akan rasa kepenatan berbaloi dan tidak berapa penat dan lelah lagi dalam mengharungi hidup menjadi wanita yang bekerjaya dan hebat!


#15  Ambil Vitamin

Ambillah vitamin seperti Flavette atau vitamin C yang lain. Selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan, ia juga dapat meningkatkan tenaga seharian anda. Kerja dan buat kerja rumah pun tak penat macam selalu lagi. Orang nampak kita cergas, ceria dan sihat sahaja sepanjang hari. Bestkan!

#16  Minum Jus Aimra'a

Jus Aimra'a adalah sejenis pati herba yang mengandungi daun herba serta makanan sunnah seperti kurma, madu dan delima. Herba seperti manjakani, pueraria mirifica dan ginseng juga menguatkan tenaga wanita dalaman dan luaran. Maklumlah, bila kita penat bekerja, balik rumah nak melayan suami dan anak-anak pula. Sudahlah jadi supermom, kita juga akan jadi superwife. Sebab tu bila ramai yang sarankan minum Jus Aimra'a, jangan teragak-agak nak cuba. 



Alhamdulillah Jus Aimra'a dah banyak juga bantu rin jalani kehidupan sebagai wife yang sibuk bekerjaya. Dulu nak kerja malam pun macam penat, nak stay up pun letih, tapi sekarang ni Alhamdulillah bertenaga sikit sampai malam pun. Kawan-kawan pun ada cakap, kerja balik pukul 9 malam pun dah tak penat sangat.  

Macam mana nak tengok update atau info pasal Jus Aimra'a? Korang boleh klik website dan facebook di bawah ni.








Jom Baca Juga



11 PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA | MENJADI SURIRUMAH ATAU BISNES SENDIRI

Rata-rata pembaca blog ini pastinya ingin bebas kewangan, kerja sendiri, berbisnes dan jauh di sudut hati, ingin sekali jadi surirumah, betul tak? Tapi ada beberapa perkara yang mengganggu di benak fikiran kan? Rin dah pernah alami semua tu waktu mula-mula nak berhenti kerja dahulu. Okey, jom Rin senaraikan masalah dan perkara yang mengganggu dalam kepala otak ni sebelum berhenti kerja dulu.

Masalah Dan Ketakutan Sebelum Berhenti Kerja


  • Takut duit tak ada dan duit simpanan habis. Aduh, siapa tak takut duit tak ada? Memang kalau tak ada simpanan pasti akan takut tak ada duit. Kalau ada simpanan, takut pulak kalau-kalau duit cepat habis semua sekali.
  • Takut tak ada income lain dan gaji bulanan dah. Sememangnya patut takut. Berhenti kerja memang takkan ada duit dapat bulan-bulan dah. Kecuali kita meniaga atau bekerja di rumah secara freelance, tetap, sampingan ataupun mempunyai pasif income yang lain.
  • Takut orang mengata kita tak kerja. Memang orang akan mengata kalau kita muda-muda tak kerja, kecuali jika kita kawen orang kaya. Memang tak payah kerja pun tak apa kot.  dan kecuali kalau anak kita ramai yang kita terpaksa jaga sendiri berbanding hantar pengasuh. Oleh itu, jika kita berhenti kerja, kena tahu apa aktiviti yang kita nak buat, adakah kita akan jadi bisneswomen, penulis atau apa kerjaya kita kelak?
  • Takut tak ada peluang duit yang boleh kita buat. Kita pasti nak jana pendapatan, cuma kita taktahu bagaimana. Itulah yang mungkin juga kita takutkan.
  • Takut bosan kat rumah sendiri, tak ada kawan, tak keluar rumah dan taktahu nak buat apa. Oleh itu, penting ada perancangan, jadual dan lain lagi.

Sebenarnya banyak lagi masalah bergantung kepada individu juga. Tambah-tambah yang duduk serumah dengan mak mertua, takut dia bising kata kita tak kerja pulak kan. Tapi kita kena bagi dia faham dan bagi dia tahu apa yang kita nak buat jika tak bekerja tu. Tak ada la dicopkan apa-apa pula nanti kan. Pastikan duit tu sentiasa masuk dan mengalir. Tapi mula-mula ni kena berkorban sikit. Sebab setiap permulaan pasti ada pengorbanan dan usaha yang lebih sikit.

Apapun yang anda lalui, pastikan rancang terlebih dahulu apa yang akan anda lakukan setelah berhenti kerja nanti. Ia memerlukan anda membuat persediaan yang cukup rapi sebelum berhenti kerja. 

Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

#1  Kenalpasti Komitmen Bulanan Anda

Buatlah satu rekod atau buku untuk anda mencatatkan komitmen pada setiap bulan. Contoh, loan kereta, bayaran insurans, ptptn, personal loan dan lain-lain lagi. Setiap kali sudah bayar, jangan lupa tandakan. Dengan adanya checklist ini, mindset anda akan pastikan anda tidak tertinggal untuk membayar. Anda juga dapat mengagak berapa duit bulanan yang perlu anda jana untuk membayar komitmen anda sahaja.

#2  Elakkan Shopping Online 

Dahulu waktu bekerja, tiap bulan postlaju hantar parcle ke pejabat, Kali ini, sabar dulu. Bina empayar wang dahulu. Jangan buat tindakan yang sama asyik shoping macam dulu, sebab kali ni hujung bulan dah takkan dapat gaji sebab dah berhenti kerja. Kena sedar tu. Kena pandai urus tabiat berbelanja dahulu.

#3  Ada Simpanan Gaji Sebulan Dua

Kenapa perlu ada simpanan gaji atau duit simpanan sebagai backup? Jika anda ada komitmen bulanan, gaji tu akan tampung bayar komitmen anda selama sebulan dua ini. Sementara itu, dalam bulan anda sudah bebas masa dan tak bekerja, itulah masanya untuk anda generate income lain seperti bisnes online, jual makanan, buat khidmat menulis dan sebagainya.

#4  Motivasi Dan Inspirasi

Jadilah seorang yang bermotivasi dan inspirasi sebelum berhenti kerja. Semoga sifat tersebut kekal di dalam diri anda setelah bergelar suri rumah atau bisneswomen nanti. Bukan apa, apabila sendiri, pasti anda mudah give up jika bosan atau tiada idea apa nak buat. 

Sedangkan orang lain semakin berjaya dengan kerjaya masing-masing. Jadi, anda harus jadi seorang yang bermotivasi tinggi dan penuh inspirasi untuk mengukir kejayaan walaupun hanya bekerja di rumah. Jika bekerja keras, pasti anda akan lebih berjaya daripada rakan pejabat dulu.

#5  Jangan Terminate Insurans

Jangan sesekali terminate insurans anda, tanpa insurans anda mungkin kerugian pada hari berikutnya.  Insurans menyelamatkan anda kerana tidak perlu menanggung kos rawatan, anda juga sudah pasti tiada benefit medical kerana sudah berhenti kerja bukan? Jaga dan bayar insurans seperti biasa untuk pastikan insurans anda aktif dan bermanfaat suatu hari nanti.

#6  Fikirkan Aktiviti Pada Masa Depan

Sebelum berhenti kerja, fikirkan dahulu apakah aktiviti yang akan anda lakukan pada masa hadapan. WAJIB buat perancangan, sama ada nak berniaga, bekerja di rumah atau apa? Tolong cari masa untuk merangka perancangan anda. 

Planning:
Tempoh masa:
Tindakan:
Tindakan 1:
Tindakan 2: 
Tindakan 3: 

dan seterusnya. Pastikan anda benar-benar melakukan tindakan tersebut. Jika tidak, makin lambatlah masa untuk anda melakukan sesuatu dan berjaya. Jika tiada idea, apa yang ingin dibuat, meniaga dan sebagainya. Buatlah research di internet dan banyakkan membaca tentang peluang perniagaan dan pilihlah mengikut kemampuan anda.

#7  Bersangka Baik Dan Positif

Sebelum berhenti kerja, jangan berfikir negatif dan bimbang. Sentiasalah bersangka baik (husnuzon) dan positif. Fikirkan sesuatu yang baik dan menggembirakan. Katakan pada diri dan setiap doa anda, mungkin ada hikmah pilihan yang anda lakukan. Mungkin anda lebih berjaya apabila tidak makan gaji lagi dan mungkin lebih berkat rezeki yang anda perolehi nanti.

#8  Senaraikan Income Aktif Dan Pasif Anda

Walaupun belum mempunyai income pasif dan aktif yang akan anda lakukan selepas berhenti kerja nanti. Mula fikirkan dan senaraikannya. Anda akan lebih berusaha untuk menyambar peluang melakukan kerja atau sesuatu untuk income aktif dan pasif tersebut. 

Ia termasuk juga dengan hobi anda, cuba senaraikan semua hobi anda. Kenalpasti hobi dan kepakaran anda yang boleh buat duit. Sebagai contoh, melukis, menulis, mengambil gambar, mengarang, membuat blog, design website dan sebagainya. Tak salah anda cuba polish kepakaran anda dari sekarang. 

#9  Perbincangan Dengan Suami Dan Keluarga

Sebelum berhenti kerja, bincanglah terlebih dahulu dengan suami dan keluarga. Dapatkan juga restu mereka dan berikan idea apa yang anda boleh berikan selepas berhenti kerja. Pasti suami dan keluarga anda sangat supportive. 

Dia juga perlu memainkan tanggungjawab yang besar setelah anda berhenti kerja nanti. Sekurang-kurangnya perlu support untuk membayar komitmen sementara anda akan stabil semula.

#10  Bersedia Buat Kerja Rumah

Apabila sudah berhenti kerja atau sudah mula membuat kerja rumah, anda perlu ada kekuatan dan keseronokan. Cuba bayangkan, rutin harian buat kerja office, tiba-tiba kena buat kerja rumah pula. Jangan merungut tetapi jadikanlah ia hobi atau pahala harian anda. Suri rumah atau kerja di rumah pun dapat himpun pahala lebih, tahu tak?

#11  Bersikap Profesional Dan Bekerjaya

Walaupun anda sudah bersedia untuk berhenti kerja, janganlah jadi seperti kanak-kanak atau tak keruan. Teruskan menjadi seorang wanita bekerjaya dan profesional. Siapa sangka dengan sikap anda, anda mampu mempunyai syarikat sendiri satu hari nanti! Rezeki datang tak disangka. 

Walaupun berhenti kerja, mana tahu jika anda sudah mulakan bisnes kecil-kecilan sendiri dan kemudiannya menjadi ceo menguruskannya dan mampu mengendalikan pekerja di bawah anda pula. Menarik bukan? oleh itu, kekalkanlah sikap anda semasa bekerja dahulu.😍

Memang ramai yang kata nak resign jangan ikut emosi, Itu betul. Tapi kalau nak seribu daya, taknak seribu daya. Buat sesuatu yang anda nak. Kena berani. Jangan menyesal di kemudian hari, Jika anda sudah bersedia utk fight jadi lebih baik dan berjaya, buatlah keputusan anda yang terbaik!

Itulah dia 11 persediaan sebelum berhenti kerja yang perlu anda lakukan. Sama ada berhenti kerja untuk meniaga sendiri atau menjadi surirumah, sama sahaja. Niat nawaitu penting, insyallah semuanya baik-baik.  



Jom Baca Juga







12 Tanda Peranakan Wanita Jatuh Dan Cara Kenalpasti Peranakan Anda Jatuh

Kadang-kadang rasa tak selesa, tambah-tambah lagi selepas melakukan kerja berat, angkat barang berat, bersukan, lepas mengalami keguguran dan lain-lain lagi.  Rasa something je dekat peranakan ni. Mungkin tak selesa kot.

Tapi dalam masa yang sama, terasa mengalami tanda-tanda yang tak pernah dialami. Susah hati dibuatnya. Terfikir macam-macam pula. Salah satu darinya mungkin peranakan wanita kita ni dah jatuh tak?


Pentingnya untuk kita semua kenalpasti sama ada peranakan kita jatuh atau tidak. Jom lihat 12 tanda peranakan jatuh wanita wajib tahu.

Tanda Peranakan Jatuh #1:  Kencing Tidak Lawas


Apakah maksud kencing tidak lawas? Kencing memang tidak lawas jika selepas anda kencing, terasa tidak puas, ingin kencing lagi dan lagi. Tetapi air kencing nak keluar pun macam tak banyak pun. Asyik-asyik terasa nak kencing lagi setiap masa. Ia juga berkait dengan kencing kotor. Ada orang bila nak kencing asyik terasa sakit sahaja, seolah-olah ada tulang dalam vagina tu. Wallahualam.


Tanda Peranakan Jatuh #2:  Sakit Tumit


Terasa tak selesa bila berjalan. Asyik sakit tumit je. Sakit tumit secara tiba-tiba dan berpanjangan juga adalah disebabkan oleh peranakan anda yang telah jatuh. Ia dipengaruhi oleh urat-urat atau saraf dari sistem peranakan hingga ke tumit.


Tanda Peranakan Jatuh #3:  Paha Dan Betis Terasa Kebas


Tanda peranakan jatuh seterusnya adalah anda akan mengalami kebas di bahagian paha dan betis. Dah rasa macam nak period pain pun ada, tapi ini sebab peranakan jatuh, paha dan betis asyik kebas je.


Tanda Peranakan Jatuh #4:  Rasa Berat di Bahagian Ari-Ari


Ari-ari terasa padat dan berat. Sebenarnya itu adalah tanda-tanda peranakan jatuh. Bahagian perut dan paha terasa berat justeru menyebabkan paha anda kebas pula. Memang tak selesa dibuatnya. Kita sendiri boleh bezakan itu sebab kita dah gemuk atau sebab lain.


Tanda Peranakan Jatuh #5:  Sakit di Bahagian Tapak Kaki


Pernah tak rasa tapak kaki menyucuk-nyucuk dan sengal-sengal kaki bila berjalan? Hati-hati, itu juga tanda peranakan jatuh. Adududu. Bahaya tu. Tapi selalunya rasa sakit kat bahagian tapak kaki tu adalah sebab kesan dari perut dan rahim yang menolak jatuh tanpa kita sedari.

Tanda Peranakan Jatuh #6:  Rasa Senak Dan Tak Selesa Di Bahagian Perut


Tanda peranakan jatuh seperti rasa senak dan tak selesa di bahagian perut ini kerap dirasakan oleh wanita yang peranakannya jatuh. Sikit sikit tak selesa dan senak. Kadang-kadang wanita yang mengalaminya mungkin terfikir ia disebabkan oleh sakit perut senggugut. Tetapi mereka silap. Sebenarnya ia kerana peranakan mereka telah jatuh.



Tanda Peranakan Jatuh #7:  Sakit Ketika Bersetubuh


Ketika bersama suami, isteri kerap berasa sakit terutamanya di bahagian ari-ari. Kadang-kadang, perkara ini mengganggu persetubuhan dan membuatkan isteri cuma terasa sakit. Sebenarnya, sakit ketika bersetubuh juga adalah tanda peranakan anda telah jatuh.



Tanda Peranakan Jatuh #8:  Kentut Vagina Sering Berlaku


Apakah kentut vagina? Vagina anda akan sering mengeluarkan angin. Ini terjadi kerana vagina anda sudah kembang dan kemungkinan peranakan anda telah jatuh. Bahaya jika kentut vagina sering terjadi dengan kerap.

Tanda Peranakan Jatuh #9:  Miss V Sering Basah Dan Berbau


Jika basah sahaja tak mengapa, tetapi jika miss v anda sering keluarkan bau, ia sangat bahaya. Ia juga merupakan tanda bahawa miss v anda sudah berkembang dan peranakan jatuh sudah. Sedihnya. Jangan risau, anda harus kenali tanda-tanda peranakan lebih awal supaya anda dapat atasinya.

Tanda Peranakan Jatuh #10:  Sakit Pinggang Sentiasa


Sakit pinggang berlaku ketika anda tidak mengalami haid sekalipun. Sakit pinggang bermula dari depan perut, belakang pinggang hingga ke urat belikat. Pasti tidak selesa setiap kali melakukan apa pun. 

Tanda Peranakan Jatuh #11:  Kerap Kembung Perut


Kerap kali terjadinya kembung perut. Ia disebabkan oleh angin mudah masuk dari perut dan dari rahim anda. Sehingga badan anda berangin dan kerap sangat kembung perut. Perut juga terasa seperti dicucuk kerana angin dalam perut dan rahim yang menyebabkannya.

Tanda Peranakan Jatuh #12:  Badan Demam Selepas Asar


Pernah tak demam selepas asar? Ya, mungkin ia normal. Ia juga adalah tanda dimana peranakan wanita jatuh.  Selepas asar adalah masa yang segala penyakit kita hadapi akan dirasai oleh tubuh badan. Segala kepenatan akan dilepaskan selepas asar. Sebab itulah setengah orang akan mudah tidur malam dan setengah orang tidak mudah ketika penat.


Itulah dia tanda peranakan jatuh bagi wanita. Amat bahaya jika anda menghadapi tanda-tanda yang saya kongsikan tadi. Segeralah berjumpa doktor atau pakar untuk membuat rawatan dan mengenalpasti masalah yang anda hadapi.



Apa Itu IVF? Cara IVF Dilakukan Bagi Pasangan Yang Inginkan Anak


Tahu tak apa itu IVF dan cara IVF dilakukan? IVF adalah singkatan kepada perkataan ‘In Vitro Fertilization’ ataupun dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud Persenyawaan In Vitro.

Persenyawaan In Vitro adalah merujuk kepada Bayi Tabung Uji. Dalam erti kata lainnya, IVF adalah salah satu daripada jenis teknologi pembiakan dibantu yang lebih dikenali sebagai (ART). IVF berfungsi dengan menggunakan gabungan ubat-ubatan dan prosedur pembedahan untuk membantu sperma menyuburkan telur, dan membantu implan telur disenyawakan di rahim pesakit ataupun pesakit yang memerlukan rawatan ini.


IVF mempunyai banyak langkah dan memerlukan beberapa bulan untuk menyelesaikan keseluruhan proses dan kadang-kadang berfungsi pada percubaan pertama, tetapi banyak orang memerlukan lebih daripada 1 pusingan IVF untuk hamil. IVF pasti meningkatkan peluang untuk para pesakit hamil jika mengalami masalah kesuburan. Tetapi kena ingat tau, tidak ada jaminan proses ini akan 100% berhasil. Nak tau kenapa ianya tidak 100% berhasil? Anda kena ingat tubuh semua orang berbeza dan IVF tidak akan berfungsi untuk semua orang. Jadi anda kena sabar dan jangan berputus asa jika anda nak membuat rawatan ini.

Cara IVF dilakukan



Langkah pertama dalam IVF adalah mengambil ubat kesuburan selama beberapa bulan untuk membantu ovari anda menghasilkan beberapa telur yang matang dan siap untuk persenyawaan. Ini dipanggil induksi ovulasi. Anda boleh mendapatkan ultrasound biasa atau ujian darah untuk mengukur tahap hormon anda dan menjejaki pengeluaran telur anda.

Setelah ovari anda telah menghasilkan telur matang yang cukup, doktor anda mengeluarkan telur dari badan anda. Pengambilan telur adalah prosedur pembedahan kecil yang dilakukan di hospital yang ada menyediakan rawatan ini.

Semasa prosedur, anda akan diberi ubat untuk membantu anda tenang dan selesa semasa proses dilakukan. Doktor akan menggunakan ultrasound untuk melihat di dalam badan anda menggunakan tiub yang nipis, melalui rongga vagina dan ke dalam ovari dan folikel yang terdapat telur anda. Jarum akan disambungkan ke peranti sedutan yang menarik telur keluar dari setiap folikel.


Dalam makmal, telur anda akan bercampur dengan sel sperma dari pasangan anda atau penderma. Telur dan sperma disimpan bersama dalam bekas khas, dan persenyawaan berlaku. Bagi sperma yang mempunyai masalah, ia boleh disuntik terus ke telur untuk mempromosikan persenyawaan. Kira-kira 3-5 hari selepas pengambilan telur, 1 atau lebih embrio akan dimasukkan ke dalam rahim anda kembali. Doktor akan menggunakan tiub nipis melalui leher rahim ke dalam rahim anda, dan memasukkan embrio terus ke rahim anda melalui tiub.

Kehamilan berlaku jika mana-mana embrio melekat pada lapisan rahim anda. Pemindahan embrio dilakukan di hospital-hospital tertentu biasanya tidak menyakitkan. Selepas pemindahan embrio, anda boleh kembali ke aktiviti biasa pada keesokan harinya. Anda juga boleh mengambil pil hormon yang dipanggil progesteron untuk 8-10 minggu pertama selepas pemindahan embrio. Hormon menjadikannya lebih mudah untuk embrio untuk terus hidup di rahim anda.

Related image


Kesimpulannya, proses ini ada komplikasi dan kejayaannya. Jadi anda kena fikir masak-masak untuk buat rawatan ini dan jangan 100% memberi harapan kepada rawatan ini kerana yang berusaha kita, namun Allah yang menentukannya. Kita doakan yang terbaik!

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...