Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan

Muka Berminyak Sebelum Tidur, 9 Tips Perlu Buat

12:11 PG 0
Muka Berminyak Sebelum Tidur, 9 Tips Perlu Buat
Pernah tak rasa muka berminyak setiap malam sebelum tidur? Kenapa ya tiap malam sebelum tidur je, muka berminyak? Ha itu tandanya korang tak basuh muka! Dah basuh, sabun dan cuci lagi, tapi beberapa minit kemudian, muka berminyak.

Tahukah anda, minyak wajah di rembeskan pada malam hari untuk mengeluarkan segala kotoran yang terperangkap dalam wajah pada siang hari? Pada waktu malam ketika kita tidur atau sebelum tidur lagi, pori-pori wajah akan terbuka dan mengeluarkan minyak wajah.

Ish betul ke ni? Takkan nak bohong pula. Betul lah!

Jadi, apa nak buat untuk elakkan muka berminyak pada malam hari? Seriusly memang tak selesa sangat bila muka berminyak ni, baru nak cantik-cantik depan suami, tiba-tiba muka berminyak pula. Takkan hari-hari nak pakai bedak sejuk pula kan, nanti selalu sangat suami tengok muka kita macam tepung gomak pulak. Alahaiiiii.


Face, Women, Girl, Portrait, Beauty, Beautiful, Skin

Bagi mengatasi masalah muka berminyak sebelum tidur atau pada malam hari, jom ikuti tips-tips di bawah:

#1  Pakai Pelembab Wajah


Pelembab wajah atau mosturizer sebenarnya elok dipakai pada malam hari sebelum tidur lagi.  Selain dapat melembabkan wajah anda, ia juga berfungsi menyejukkan kulit wajah supaya kulit tidak kering selalu. Apakah dengan pelembab, kotoran wajah terperangkap dan tidak keluar? Tidak, kotoran wajah akan keluar kerana ia proses diperlukan oleh wajah kita pada malam hari, cumanya keadaan wajah kita dengan memakai pelembab wajah akan lebih terlindung, lembab dan tidak kering, malah tidak kelihatan terlalu berminyak.


#2  Pakai Serum


Jika anda selalu amalkan memakai serum, pakai juga pada waktu sebelum tidur. Serum bertindak mencantikkan kulit wajah dan melindungi kulit anda daripada bakteria dan kotoran.  Kesannya juga amat bagus untuk kulit jika disapu sebelum tidur.

#3  Amalkan Minum Air Masak


Minum air masak pada malam hari sebelum tidur atau pada petang hari secara mencukupi adalah tips terbaik untuk atasi kulit muka berminyak. Malan, kulit akan lebih cantik, licin dan flawless lagi. Ermm. Nak kulit gebu! Kenalah minum sekurang-kurangnya 3 liter air masak sehari.


Girl, Beauty, Woman, Portrait, Emotion


#4  Pakai Masker Sebelum Tidur


Perasan tak, kenapa masker seeloknya dipakai pada malam hari? Ala, masker yang tutup muka dengan lapisan putih tu, pastu letak timun atas kelopak mata tu. Kenapa tak dipakai pada petang hari? Ok fine, sebab petang kita sibuk banyak kerja nak buat.

Tapi sebenarnya, ada kelebihan pakai masker pada malam hari iaitu semasa kita tidur, wajah atau muka kita ni akan terasa lebih ringan, tidak panas, sejuk dan selesa je tau. Tak terasa muka berminyak pun. Tak percaya, cuba buat!

#5  Timun Segar


Sebelum tidur, potong timun segar beberapa pieces dan kemudian, sapu atau tonyohkan di muka. Perghh sejuknya kulit muka, dengan cara ini, ia dapat mengelakkan muka berminyak ketika tidur. 


#6  Guna Blotting Paper (Kertas minyak)


Tahu tak kertas yang khas untuk lap minyak di kulit wajah tu? Selalu ada dijual di farmasi. Ha, mudah je. Tiap malam lepas dah basuh muka semua, jika terasa muka panas atau macam nak berminyak, lap muka guna kertas tu secara kerap. Lama kelamaat muka takkan berminyak lagi.

Faces, Blue, Art, Girl, Personal, Sky, Women, Dreams


#7  Masker Telur Putih


Gunakan telur putih sebagai masker wajah anda. Selepas beberapa minit, tarik dan buang bekas masker di wajah. Kemudian bilas wajah. Anda akan perasan bahawa muka takkan berminyak pada malam tersebut dan sebelum tidur.

#8  Jangan Makan Makanan Berminyak


Kena beringat selalu, jangan makan makanan berminyak kalau boleh seminggu tu jangan sentuh langsung. Sama ada keropok lekor, goreng pisang dan sebagainya. Tukar kepada roti, oat, pisang, buah dan lain lagi. Sebenarnya, kek is much more better than makanan yang berminyak tau! Itupun kalau korang nak jaga muka tak nak biar muka berminyak lagi especially tiap malam.

#9  Wap kan Wajah


Sebenarnya, tak perlu pun pergi ke spa semata-mata nak wap wajah. Boleh buat sendiri je kat rumah. Gunakan bekas atau mangkuk yang berisi air panas. Dan halakan wajah anda ke arah wap yang keluar dari mangkuk tersebut. Buatlah beberapa minit sikit sehingga anda rasa puas. Sebenarnya ini adalah cara treatment untuk kulit wajah tidak berminyak lagi dan juga treatment untuk mood anda juga.

Itulah dia tips atasi kulit muka berminyak yang boleh anda cuba. Semuanya tidak memakan kos yang banyak. Senang je kan! Nak cantik, kenalah rajin jaga kecantikan diri.

Umur Sesuai Untuk Wanita Mula Makan Jamu

12:47 PTG 1
Jika ditanya apakah perlu wanita makan jamu. Ya, perlu. Tetapi bilakah masa yang sesuai untuk wanita makan jamu? Seperti yang anda tahu, jamu adalah herba semulajadi yang mempunyai khasiat terhadap dalaman dan luaran wanita.

Jika difikirkan secara logik, kalau ada masalah berkaitan tubuh badan sahaja kita makan jamu kan? Tetapi jangkaan tu sebenarnya meleset sama sekali. Ingat! Jamu ini bukanlah ubat! Tidak sama sekali. Sebenarnya, ia adalah umpama makanan tambahan atau supplemen yang mempunyai tujuan tertentu (Mengikut Peraturan Akta Makanan 1985). 

Sekiranya terdapat produk jamu yang dikategorikan sebagai ubat atau mempunyai fungsi 'MERAWAT', maka ia harus diiktiraf dan mendapat kelulusan dari Farmasi dahulu untuk dijadikan kategori ubat berdaftar.

Oleh itu, ketahuilah anda bahawa jamu tidak boleh digunakan untuk tujuan rawatan. Ia adalah untuk mengurangkan atau mengatasi sesetengah masalah anda. Sebagai contoh, jamu digunakan untuk meningkatkan tenaga luar dan dalaman wanita ataupun untuk besarkan payudara ke, stabilkan hormon dan lain-lain lagi.

Disebabkan ia bukan ubat, dan juga bukan makanan yang boleh diambil suka-suka, sudah pasti ada waktu atau umur yang sesuai yang membolehkan anda makan jamu. Sebenarnya, jamu boleh dimakan seawal umur 13 tahun ataupun selepas anda sudah datang bulan. Tetapi, tidak disarankan makan terlalu awal.

Gambar rina umur 20 tahun. Permulaan setelah mengambil jamu.

Ia sangat sesuai diambil apabila anda sudah berumur 18 tahun dan ke atas kerana pada masa tersebut hormon dalam tubuh badan makin giat proses. Mungkin itulah masa untuk tumbesaran tubuh badan dalaman dan luaran anda. Waktu tu la, jerawat banyak tumbuh, muka lebih berminyak, payudara nak membesar dan lain-lain lagi.

Jadi, fungsi jamu ketika itu adalah untuk menyihatkan tubuh badan dan mencantikkan tubuh badan. Ia juga adalah untuk memudahkan hormon anda melakukan kerjanya. Sebab tu, orang yang ambil jamu bermula umur 18 tahun ini, susah nak dapat jerawat (macam sis rina hehehe, 4 tahun berturut-turut aku tunggu jerawat, tak naik jugak dulu). 

Tapi dulu sis on off makan jamu, tak makan tiap bulan k. Cuma setahun tu beberapa bulan. Maklumlah time tu nak mencuba-cuba je.

Okey, walaupun boleh diamalkan seawal umur 18 tahun, tetapi ada wanita yang lebih selesa mengamalkannya selepas berkahwin. Tiada masalah sebenarnya. Ikut keselesaan tubuh badan anda. Tapi percayalah, jika diamalkan awal, anda akan jadi seorang yang energi dan sangat aktif sentiasa. 

Hasil carian imej untuk bahan jamu

Kalau berhenti makan jamu, adakah antibodi akan jadi rendah? Terpulang kepada tubuh badan masing-masing. Sebenarnya, tiada kena mengena pun. Ia sekadar berikan anda tenaga dan mencantikkan bentuk tubuh badan. Yang penting, kenalah cari jamu yang betul-betul sesuai dengan apa yang anda mahukan. 

Sekarang ada macam-macam produk, pastikan ia sesuai dengan tubuh anda ya. Untuk kesihatan yang lebih baik, apa kata anda cuba minum Jus yang penuh khasiat makanan sunnah seperti madu, kurma, habbatussauda, delima dan lain-lain. Nak makan buah fresh pun boleh. 

Tapi zaman sekarang ni macam tak sempat je nak gi kedai dan pasar beli buah delima kan! Sebab tu sis dah standby Pati jamu Jus Aimra'a setiap hari untuk tenaga harian dan kecantikan tubuh badan. Emmm jangan main-main, ia kaya dengan khasiat herba pueraria mirifica yang berfungsi merangsang tumbesaran payudara dan punggung. Patutla suami puji dari dulu lagi sejak amalkan Pati jamu (Jus Aimra'a) ni. 


Nak Tahu Tentang Jus Aimra'a, Klik WASAP


Jom baca juga:


Kenapa Wanita Perlu Makan Jamu?

11:01 PG 1
Waktu Rin umur 20 tahun, ada seorang kakak indonesia ni, cantik wajahnya, licin dan mulus. Tubuh pula kurus tapi tak kurus sangat, bentuk body memang cantik lah. Tak boleh lawan. 

Waktu tu, darah muda. Terasa asyik nak cantik je. Rin sendiri taktahu nak buat apa dan macam mana nak cantik waktu tu. Maklumlah time tu rasa kulit kusam, badan tak de energi sangat, boring dan tak menarik.

Bila bersembang dengan akak tu, of course i do ask her about her beauty. Rin tanya dia macam mana akak jaga kecantikan.. akak ni cantik sangat-sangat. Taktau nak cakap macam mana lagi, kulit flawless, kurus, ramping, aset besar.. opps!

Dia hanya tersenyum dan kemudiannya dia beri beberapa tips buat Rin. Banyak ke kak tips kecantikan akak? Kalau banyak, saya nak catatlah hehe. Oh ya, untuk pengetahuan korang, time tu aku memang tengah pegang buku nota dan pen. Maklumlah time study dulu cita-cita daku nak jadi wartawan, tapi lpas tu minat jadi penulis pula.

So akak tu benarkan aku catat tips dia.

Selective Focus Photography of Standing Between Buildings


Katanya "Wanita Perlu Makan Jamu"

Aku pun bertanya kenapa. Banyak sebabnya kenapa wanita perlu makan jamu. Dia bercerita lagi dimana kampungnya di Indonesia ada orang tua yang awet muda kebanyakannya. Boleh dikatakan tu semua tok nenek dia atau ahli keluarga dia jugala. 

Mereka ni orang lama-lama yang memang dah amalkan jamu sejak zaman dulu-dulu lagi. Nak kata sebelum merdeka tu Wallahualam tapi lama la, Cuba bayangkan tok nenek kita dulu muda-muda, ha.. dari zaman tu lagi mereka ni dah makan jamu. 

Tetapi apa fungsi jamu? Kenapa wanita perlu makan jamu?

1.  Jamu pada zaman dulu-dulu diertikan sebagai herba-herba khas untuk wanita dan lelaki. Bukan wanita je yang perlu makan jamu ni sebenarnya, lelaki pun boleh. Tapi selalunya lelaki makan jika ada masalah dalaman, manakala perempuan makan jamu untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

Bermaksud, apabila diertikan sebagai herba, ia mempunyai khasiat dan manfaat yang terbaik untuk kesihatan mahupun kecantikan seseorang.

2.  Jamu adalah herba pilihan.  Ada yang jadikan manjakani atau kacip fatimah sebagai jamu. Ada juga yang jadikan ginseng, pueraria mirifica sebagai jamu contohnya. Bermaksud, lain jamu lain khasiatnya tetapi kebanyakan jamu dahulu kala adalah untuk khasiat dalaman wanita seperti untuk stabilkan hormon, kecutkan rahim dan lain-lain lagi.

3.  Sesuai untuk semua. Jika nak cantik, makan jamu yang kandungan herbanya untuk cantik. Jika nak hormon stabil, makan jamu yang ada kacip fatimah atau manjakani, jika nak sihat dalaman, begitu juga makan jamu kandungannya manjakani. Jika nak aset payudara dan punggung besar, makanlah jamu yang kandungannya ada pueraria mirifica. 

4.  Perbaiki tubuh badan anda dengan selamat. Tubuh badan kita ibarat sebuah mesin, jika mesin tersebut bekerja keras atau rosak sedikit, pasti akan rasa sakit buat kita. 

Sebagai contoh, kita tak sedar yang minuman sejuk atau ais itu tidak elok untuk rahim dan mengembangkan rahim, oleh itu, apabila makan jamu, rahim akan bertambah elok seperti biasa. Itulah sebab kenapa wanita perlu makan jamu. (Sebab ini pun mak bidan pernah bagitau kat saya waktu urut dahulu).

Woman In Red And Black Long Sleeved Top And Headdress

5.  Jamu juga dapat menguatkan rahim dan memperelokkan peranakan khasnya bagi mereka yang pernah rahim jatuh. Selepas urut peranakan, sunat untuk makan jamu supaya ia dapat menyihatkan rahim anda.

6.  Khasiat yang pelbagai juga boleh diperoleh seperti dapat kuruskan badan dan berikan bentuk badan yang lebih ideal. Jika anda nak berdiet tetapi dalam masa yang sama, nakkan tubuh badan yang cantik, mantap dan ummm, jangan lupa untuk makan jamu terutamanya jamu yang kandungannya pueraria mirifica. 

Sebab khasiatnya memang dapat mengurangkan lemak badan berlebihan, menyeimbangkan tubuh badan, memberikan tubuh badan lebih ideal dan membesarkan punggung serta payudara dengan berkesan. Ini menjadikan tubuh badan wanita lebih cantik.

7.  Kenapa wanita perlu makan jamu juga adalah kerana ia dapat melancarkan peredaran darah anda. Jika darah lancar, ia juga dapat elakkan daripada kotoran darah yang menyebabkan jerawat, bisul dan lain-lain lagi. 

Tubuh juga lebih bertenaga dan lebih mudah untuk bergerak sana sini bagi melakukan ibadat. Niat nak cantik dan sihat dengan memakan jamu ini haruslah betul. Kalau niat salah, macam-macam boleh jadi. 

Hasil carian imej untuk jamu biji

Bukan apa, jamu ni juga melibatkan pantang larangnya seperti harus minu air masak lebih banyak setiap hari, jaga kesihatan jangan makan benda berminyak sangat. Semuanya untuk kesihatan juga. Jamu akan bertindak dengan mudah dan berkesan. 

Tetapi depend pada tubuh badan juga, ada orang badan tak sesuai makan jamu biji tu sebab badan cepat sangat terasa panas.  Jadi tak salah untuk tukarkan kepada jamu yang berbentuk cecair.

Alhamdulillah sis mengamalkan jamu berkonsepkan pati (cecair) iaitu Jus Aimra'a yang mudah diserap dan memberi khasiat tubuh badan dalaman dan luaran untuk kesihatan dan kecantikan.  Sebenarnya, ia adalah minuman botanical delima, kurma dan pueraria mirifica serta mempunyai kandungan manjakani juga kacip fatimah.


Khasiat Jus Aimra'a adalah dalam menstabilkan hormon haid dari masalah tidak datang haid ataupun terlalu kerap datang haid. Alhamdulillah ia benar-benar membantu sis suatu masa dahulu. Pada awalnya dulu berat sis dalam 78 kg , bila diet dalam masa yang sama makan jamu, sis macam tak yakin boleh ke.. Alhamdulillah berat dah turun 60 lebih dan kini, tak terasa nak makan banyak-banyak macam waktu chubby dulu, dulu asyik nak makan je. Rupanya jus Aimra'a ni cepat buat kita kenyang juga. Memang terbaiklah!

Lagi satu, sis memang bercita-cita sangat nak aset payudara besar huhu. Amalkan secara konsisten, memang suami pun dah tegur perbezaan. Memang serius saiz payudara dan punggung pun lebih mantap dan besar. Asbab kandungan pueraria mirifica. Itulah dia kenapa wanita perlu makan jamu, sis sendiri dah alaminya.


Jika berminat untuk pembelian Jus Aimra'a, Klik WASAP.


WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...