Memaparkan catatan dengan label kekeluargaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kekeluargaan. Papar semua catatan

8 Kekurangan Jadi Anak Tunggal | Kelemahan Jadi Anak Tunggal

Jangan kecam entri ini, ia bukanlah untuk mengeluh nasib atau menyalahkan takdir. Sis sendiri bukan anak tunggal, tetapi ada 4 beradik. Yang sis nampak adalah orang sekeliling. Dan yes, orang terapat dengan kita. So kita juga terasa apa yang dilaluinya. Ramai yang cakap, jadi anak tunggal ni untung.  Tapi ramai juga tak tahu kekurangan dan kelemahan jadi anak tunggal ini apa. 


1.  Berkongsi Kasih


Disebabkan anak tunggal, jadi ibu bapa akan rasa anaknya hak milik kekal dia seorang. Nak berkongsi kasih pun, mak bapak tu akan fikir banyak kali tambah-tambah anak dia nak kawen. Kalau perempuan tu, lagilah mak bapa tatang macam minyak penuh. Kalau lelaki, asalkan kena sara mak ayah, jangan dilupakan, dan kena jaga sakit dia di waktu tua. Siapa lagi nak buat kalau bukan anak tunggal tu yang buat? 

2.  Komitmen Terhadap Keluarga


24 jam duduk dengan keluarga walaupun dah berkahwin, 24 jam jugalah dia bertanggungjawab dan mempunyai komitmen terhadap ahli keluarga yang lain. Kalau keluarga jenis faham yang dia ada isteri anak tak apa juga. Kalau tak faham, kesianlah anak tunggal tu nak kena hadap keluarga dia juga untuk apa-apa perkara pun. By the way, dia pun ada life sendiri.

3.  Perlukan Duit Banyak


Bila si anak tunggal tu seorang harus menyara ibu bapa, isteri dan anak-anak, pasti dia memerlukan wang yang banyak. Tup tup katakanlah kalau ibu dan ayahnya bercerai, duduk asing-asing, anak pun nak kena sara keduanya memerlukan kos yang lebih. Ditambah pula hidup PJJ bersama anak-anak dan isteri, lagi banyak wang nak kena guna tu. Betul tak?

4.  Nak Pindah Susah


Kalau dah nama pun anak tunggal yang menjaga ibu tunggal, nak pindah rumah pun susah. Boleh pindah, tapi kena bawa ibu tunggal sekali. Kalau tak, takkan nak biarkan ibu tu duduk seorang. Kalau dapat isteri yang baik dan memahami tak apa. Kalau dapat isteri yang penting diri macam mana?

Si isteri pun kena la belajar redha banyak-banyak kalau kahwin dengan anak tunggal yang banyak tanggungjawab ni. Sabar okey!

5.  Hutang Piutang Tanggungjawab


Ya, anak tunggal bertanggung jawab atas segala hutang piutang ibu bapanya. Kalau lah ibu bapa tu ada hutang dan tak mampu lunaskan, siapa lagi waris mereka kalau bukan anak-anak. Di sini membawa maksud hutang kecil-kecilan la macam barangan rumah dan sebagainya sebab semua tu tetap atas pemantauan si anak tu juga. 

6.  Kebosanan


Cuba bayangkan, sebagai anak tunggal yang tidak punyai saudara mara lain, pasti kita akan rasa bosan yang amat! Ye la, hidup sorang-sorang. Mak ayah kerja pula. Sebab tu ramai anak tunggal ni ada kawan baik dan geng ramai. Sebab mereka peramah, tiada beradik tetapi kawan ramai. Namun, tak semua la. Ada juga yang jenis pendiam dan suka menyendiri.

7.  Tiada Pengalaman Dan Tunjuk Ajar


Orang lain nak kawen atau nak tanya apa-apa mudah je, sebab akak atau abang-abang yang ajar dan bagi tunjuk ajar atas pengalaman mereka. Tapi anak tunggal? Memang tak ada pengalaman dan susah nak dapat tunjuk ajar melainkan kena tanya kawan-kawan atau ibu bapa. 

8.  Perlu Jaga Ibu Bapa Sakit


Sampai kena minta cuti dan dibuang kerja, sebab dia seorang je yang kena tengok ibu bapa di hospital. Nak minta tolong orang lain tak boleh. So apa boleh buat. Tak apa, ibu bapa itu syurga kita. Sabar banyak-banyak. Itu memang tanggungjawab kita untuk jaga mereka sakit, walaupun sering dikatakan sebagai kekurangan jadi anak tunggal, tapi untuk saham akhirat, itu adalah kelebihan kita sebab Allah bagi peluang kita grab pahala yang banyak.


Banyak lagi kekurangan anak tunggal ni tapi bila alami sendiri barulah kita tahu. Hehe. Apa yang kongsikan ini adalah berdasarkan apa yang sis lihat dalam kehidupan orang sekeliling. Namun begitu, jangan risau. Ada hikmahnya kenapa Allah jadikan kita anak tunggal, jangan sesekali korang mengeluh ok! Cubalah bawa fikir positif tau, insyallah syurga menanti kita. 

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...