RINA ZUL

Ahad, 25 November 2018

Nasi Briyani Ayam Merah Weyhhhh! Restoran Sri Wangsa Briyani


Image result for restoran sri wangsa briyani batu pahat kl

Alang-alang pergi Jakel Mall dengan mak mertua tadi mencari kain, kami pun makan diluar hari ni sebab tak larat nak masak. Haaa, dekat Jakel Mall di Masjid India tu, Jalan Abdullah Munshi tu, sesak dengan kereta dan jalan raya yang besar. Nak cari makanan pun macam susah sikit bila difikirkan. Sambil tengah membayar di kaunter Jakel, tetiba terpandang Flyers Nasi Briyani. Tambah-tambah time tu perut tengah memanggil-manggil.

Image may contain: food

Rupa-rupanya Flyers nasi briyani tu menunjukkan alamat restoran yang dekat sangat dengan kami. Lintas jalan dari Jakel tu sahaja dah jumpa restoran tu, so apa lagi.  Kami pun nak pi makan kat situ. 

No automatic alt text available.

Pada mulanya, memang ramai sangat sampaikan rasa tak cukup tempat nak duduk. Tapi rupanya restoran ni besar, dah macam 2 lot yang besar. Kami duduk di bahagian dalam yang lengkap dengan aircond dan servis layanan bak hotel pun rasa ye juga. Dia punya letak sudu garfu dengan tisu tu buat rasa macam mem besar pulak. huuuuu. Terima kasih waiter yang baik hati.  

Menu sampai pada kami, saya dan ibu mertua pun membuat pesanan nak makan Nasi Briyani Ayam Masak Merah. Btw, macam-macam menu dia, nasi briyani dengan daging dan lain-lain lagi semua ada. Harganya pula memang setimpal dengan kualiti, kelazatan dan keadaannya. RM15 kalau tak salah untuk 1 pinggan nasi briyani tu. Tapi, bila nasi briyani tu datang,, Ya Allah, ada 3 ketul ayam wehhhh. Taktaula dia letak 3 ketul tu sebab ayam tu kecil atau apa. Tapi takla kecil sangat time makan tu. Memang kenyang sangat.  Nasi briyani dia letak memang banyak, dah macam nasi + nasi tambah bagi saya. Pendek kata memang terbaiklah.

Image result for restoran sri wangsa briyani batu pahat kl

Related image

Kesedapan - Terbaik 5 bintang
Kelazatan - Terbaik 5 bintang
Tempat - Terbaik 5 bintang
Kualiti - Terbaik 5 bintang
Harga - Terbaik 5 bintang
Keselesaan - Terbaik 5 bintang
Layanan Waiter - Terbaik 5 bintang
Kebersihan - Terbaik 5 bintang

Dah cerita pasal makanan, sekarang jom tengok pasal Restoran ni pula.  Restoran Sri Wangsa Briyani nama diberi. Nama penuhnya Restoran Sri Wangsa Briyani Batu Pahat, Kuala Lumpur. Tudiaaa. Panjang betul namanya.  Restoran Sri wangsa briyani ni memang femes aih, artis Siti Nurhaliza dan juga ahli VVIP pun pernah mai makan kat sini.

Image may contain: 1 person, standing

Kat sini bukan saja ada nasi briyani, tapi semua makanan lengkap dan ada disini seperi mee bandung muar, laksa johor dan banyak lagi. Air jus pun best-best, macam-macam pilihan.  Wallawey, nampak saja kedai ni macam biasa, tapi ramai, meriah, sedap dan terbaik sangat restoran ni. Patutlah jadi pilihan ramai pelanggan dan orang-orang terkenal.


Image may contain: food

Image may contain: food
Related image

Image result for restoran sri wangsa briyani batu pahat kl


Haritu makan duduk kat tempat Chinese tu duduk. Senang nak basuh tangan dan menikmati hidangan nasi briyani sedap di Kuala Lumpur ni.




Selain makan bersama keluarga, anda boleh makan beramai-ramai dengan kawan-kawan sekerja juga, tempat dan ruang yang disediakan sangat sesuai dan selesa.




Tengok brader ni makan sini weh, berselera giler dia pulun makan lamb shank dan nasi briyani tu.



Jom Nikmati Nasi Briyani Restoran Sri Wangsa Briyani 


Lot 016,MYFOODLOFT,8 (Persiaran Capsquare)

50300 Kuala LumpurKuala Lumpur


+60 3-2602 3770

SANDWICH BORONG KUALA LUMPUR - ASHRIN FOOD

Jika anda cari di Google 'Sandwich Borong Kuala Lumpur', Ashrin Food tidak terkecuali tersenarai dalam list sandwich borong yang murah di Kuala Lumpur. Ashrin Food menawarkan Sandwich Single Pax yang dijual secara borong atau banyak untuk anda dapatkan. Minimum pembelian adalah 30 pcs dan ke atas sehingga 500 pax. Mudahnya bila ada sandwich borong begini, tak perlu lagi anda mencari-cari penjual sandwich sampingan.


Ashrin Food adalah pembekal sandwich Kuala Lumpur yang menawarkan pelbagai jenis sandwich berbentuk single pax dan sesuai dinikmati oleh semua orang termasuklah kanak-kanak, dewasa dan warga tua.  Pembekal sandwich murah Kuala Lumpur ini menawarkan sandwich yang sedap, sihat dan terbaik untuk kesihatan dan kekenyangan anda. Sandwich Ashrin Food memang sangat mengenyangkan sebab intinya amat tebal dan roti nya pun tebal juga.


Meskipun Ashrin Food turut menawarkan sandwich boxes, namun sandwich single menjadi keutamaan ramai penduduk Kuala Lumpur yang perlukan sandwich untuk event, majlis, sekolah, program, jualan dan sebagainya.  Malah Ashrin Food turut merupakan pembekal sandwich untuk hospital, kiosk, universiti, RNR dan juga beberapa stesen minyak di Kuala Lumpur. 

Antara Perisa Sandwich Ashrin Food adalah:  

Ayam

Tuna

Sardin

Telur

Cheese





Harga Bagi Sandwich Ashrin Food yang ditawarkan bergantung kepada kuantiti order seperti berikut:

30 pcs - RM1.80 / pcs

50 pcs - RM1.60 / pcs

100 pcs - RM1.50 / pcs




Penghantaran atau Sandwich delivery dibuat di sekitar Kuala Lumpur sahaja seperti Gombak, Setapak, Ampang dan lain-lain.  Damansara, Petaling Jaya, Bukit Jalil tidak termasuk.  Sekiranya anda ingin tempah secara harian, mingguan atau bulanan juga dialu-alukan. Ashrin Sandwich akan refill sandwich mengikut permintaan pelanggan sekiranya anda inginkan beberapa hari dalam seminggu atau lain-lain jadual.  




Anda harus dapatkan sandwich borong Kuala Lumpur dari Ashrin Food kerana kualiti, kelazatan sandwich dan packaging sandwich yang terbaik dan terjamin.  Sandwich buatan muslim bumiputera yang halal dan selamat ini mendapat kepuasan ramai pelanggan.
  Jom dapatkan Sandwich dari Ashrin Food untuk urusan anda!



Pelanggan repeat order setiap minggu untuk sandwich single Ashrin Food, Sandwich borong Kuala Lumpur



Pelanggan berpuas hati dengna harga, kualiti, rasa, packaging dan delivery dari Ashrin Sandwich.





10 Tips Menjadi Penulis Bebas [ Wajib Baca ]
Berikut adalah soalan yang sering diajukan kepada saya sepanjang masa:

Apakah nasihat terbaik anda untuk menjadi penulis bebas profesional sepenuh masa?

Dalam erti kata lain, ramai orang meminta saya untuk menyediakan mereka dengan tips untuk kejayaan penulis bebas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip yang diuji dalam bidang yang harus dijadikan contoh untuk bagaimana melakukan kerja bebas tersebut. Tidak kiralah sama ada anda membuat reka bentuk grafik, pembangunan web, atau menulis bebas. Oleh itu, tanpa sebarang masalah lagi, berikut adalah 10 tips menjadi penulis bebas:


1.  Selalu Berkomunikasi Dengan Orang Yang Baru Anda Temui

Anda harus tahu bagaimana caranya mengenali orang-orang baru. Hal ini merupakan salah satu faktor penentu kejayaan seorang penulis bebas, kerana anda tidak tahu dari mana klien berikutnya akan datang, selain dari saudara mara atau orang-orang yang telah anda kenal. Anda juga tidak boleh membuat perbandingan antara orang yang anda baru kenali kerana kemungkinan orang tersebut memberikan atau menjadi klien anda.


Kini, terdapat pelbagai cara untuk anda mengenali orang baru selain dari bertemu secara langsung iaitu melalui blog, social network, forum dan banyak lagi. Di samping mendapatkan idea menulis, tidak mustahil anda juga mudah dapat job baru jika kenal ramai orang!



2. Duit Bukan Segalanya

Sebagai penulis bebas, duit bukan segalanya. Yang penting kebebasan, kepuasan serta kesenangan dalam melakukan pekerjaan. Anda hanya perlu melakukan pekerjaan apa yang anda sukai. Jangan sesekali terlalu fokus pada duit atas pekerjaan anda. Mungkin ada rezeki atau keuntungan yang lain selain dari duit yang anda perolehi. Sebagai contoh, sebuah pekerjaan mungkin dapat memberikan anda hubungan yang lebih atau pekerjaan jangka panjang.



3. Jangan Melakukan Pekerjaan Diluar Kemampuan

Janganlah anda menerima pekerjaan yang tidak dapat anda selesaikan serta mengecewakan klien anda. Jika anda baru bermula menjadi seorang penulis bebas, reputasi adalah hal yang sangat penting dan salah satu hal terburuk yang ditakuti anda lakukan adalah mengecewakan klien anda. Anda harus selalu berusaha untuk memenuhi permintaan klien dan memberikan apa yang anda janjikan kepada klien anda. Walau bagaimanapun, dalam beberapa hal tertentu, tindakan berani itu diperlukan dan hal itu mungkin akan memberikan kejayaan bagi anda. Tetapi anda harus selalu memastikan bahawa anda dapat memberikan waktu dan kualiti yang terbaik untuk klien anda.



4. Jangan Terlalu Memilih Pekerjaan

Anda adalah seorang penulis bebas dan bererti anda mencari pekerjaan sambilan ataupun menjadikannya sebagai pekerjaan utama anda. Oleh yang demikian, janganlah terlalu memilih pekerjaan kerana anda berada pada sisi 'peminta'. Ini juga tidak bererti anda harus menerima setiap pekerjaan yang datang di depan mata anda, tetapi Anda harus mempertimbangkan setiap pekerjaan dengan baik. Jangan sampai anda kecewa kerana telah menolak sebuah pekerjaan yang mungkin dapat memberikan hasil yang lumayan.


5. Klien Tidak Selalunya Betul

Mungkin berlawanan dengan pepatah bahawa 'Customer is King'. Anda tidak perlu takut untuk memberikan idea untuk klien anda, jika anda mendapati sebuah kecacatan dalam strategi pemasaran atau permintaan mereka, janganlah takut untuk memberikan idea untuk menutupi kelemahannya. Perkataan Klien tidak selalu 100% betul dan harus dilakukan tanpa melihat apa yang diminta. Inilah salah satu hal yang mungkin membezakan diri anda, seorang penulis bebas dan pekerja harian. Jika anda hanya menurut kehendak atau arahan klien anda tanpa memberikan idea, ibaratnya seperti anda bekerja seperti pekerja harian saja


6. Klien Yang Lama Adalah “Nombor 1”

Tanpa klien yang lama, pasti anda takkan mendapatkan klien-klien yang lain. Walaupun klien yang lama berkemungkinan membayar anda dengan nilai yang berbeza berbanding dengan klien yang baru, jangan terburu-buru mengambil tawaran yang baru kerana kita tidak mengetahui bagaimana gaya kerja, kepercayaan serta keinginan klien yang baru ini. Biasanya klien yang lama lebih memahami anda sepenuhnya.



7. Jaga Hubungan Dan Selalu Berkomunikasi

Seperti yang telah dikatakan pada point nombor 1. Untuk menjadi seorang penulis bebas, hubungan dan sosialisasi adalah nombor 1. Sememangnya dikatakan komunikasi dengan orang-orang baru penting, tapi hal itu juga berlaku untuk orang-orang yang telah anda kenali dan termasuk pesaing anda. Adakalanya dimana anda mungkin akan bertemu dengan pesaing anda, lupakanlah bahawa ia merupakan 'pesaing' anda dan perlakukannya seperti orang yang baru anda kenal. Anda juga harus menjaga hubungan anda agar anda selalu dilabelkan sebagai seorang penulis bebas dengan pekerjaan yang terkait.



8. Jangan Pernah Meruntuhkan Jambatan Silaturahim

Anda mungkin pernah mempunyai sebuah pengalaman buruk dengan seorang klien. Berusahalah untuk menolak godaan seperti melabel atau meninggalkan catatan buruk dalam diri anda. Jika anda melakukan perkara itu, kemungkinan besar hal yang akan anda lakukan adalah memutus semua alternatif komunikasi yang menghubungkan klien tersebut dengan diri anda. Melakukan hal tersebut benar-benar tidak akan memberikan keuntungan kepada anda. Walaupun klien anda berkemungkinan menjengkelkan, tetapi ada kemungkinan ia juga memberikan klien yang lebih baik. Jadi tetaplah profesional dan jangan melakukan diskriminasi.


Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

“Bertakwalah kalian kepada Allah SWT dan sambunglah tali silaturrahim diantara kalian”



9. Dapatkan Feedback

Dengan bertanyakan kepada klien anda mengenai pekerjaan yang anda lakukan adakah baik ataupun tidak berkemungkinan akan membuatkan pekerjaan anda akan lebih meningkat prestasinya. Ini akan membantu anda untuk memahami akan keperluan mereka dan mengubah pendekatan anda kepada mereka, serta mengetahui sisi lemah diri anda dan menguatkannya. Sebagai alternatif, anda juga dapat membuat sebuah testimoni online yang membolehkan klien untuk mengisinya jika mempunyai waktu terluang. Tetapi yang terbaik adalah mengetahuinya secara langsung dari klien.


10. Selalu “Be A Pro”

Ini merupakan hal terpenting jika anda ingin menjadi penulis bebas, Anda harus profesional. Baik dalam hal  pekerjaan, komunikasi penampilan hingga cara berpakaian. Memang anda tidak perlu memakai baju ala-ala kemeja, kasut kulit dan sebagainya, tetapi setidaknya, anda harus tahu bahawa pada saat anda bertemu dengan klien, yang paling penting adalah mereka menilai diri anda dari penampilan anda, dan termasuk cara berpakaian anda yang sopan. Jika anda bertemu kawan-kawan, berpakaianlah dengan santai tidak perlu terlalu formal tetapi jika dalam lingkungan formal seperti “office” dan sebagainya, gunakanlah pakaian yang sedikit lebih formal, dan bersesuaian. Dan yang paling penting adalah anda harus profesional dalam cara kerja anda, jangan sampai klien “angkat kaki” kerana anda tidak profesional dan kehilangan kepercayaan.







Sabtu, 24 November 2018

7 Sebab Anda Perlu Iklankan Bisnes Di Facebook
Dizaman yang serba canggih ini, kita semua pasti telah mempunyai gadjet-gadjet seperti android phone, ios phone (pasti anda biasa mendengarnya dengan nama iphone 7, iphone 8 dan sebagainya yang dilengkapi dengan sistem ios) pc tablet, komputer riba dan banyak lagi gadjet-gadjet canggih yang sememangnya mempunyai applikasi Facebook. Jadi tidak hairan la boleh dikatakan 80% rakyat di malaysia ini pasti menghabiskan masa mereka dengan applikasi ini. Jadi bagi mereka yang merupakan pengeluar produk, ataupun pembeli produk, pasti iklan bisnes di facebook ni amat penting kepada anda. Okey, sekarang jom kita ketahui 7 sebab anda perlu iklankan bisnes di facebook.



1. Trend Membeli di Facebook Semakin Ramai

Tahukah anda, dari tahun 2013 sehingga sekarang, ramai pengguna facebook telah menjual produk mereka melalui facebook, sehingga pada tahun ini tak silap saya, facebook telah melancarkan satu “ruang” dimana para pengguna facebook ini boleh melakukan urusan jual beli mereka melalui facebook yang dikenali sebagai “marketplace”.
Contoh “facebook marketplace” yang amat popular pada masa sekarang. Ia juga dilengkapi dengan sistem “kawasan terdekat” yang bagi memudahkan urusan jual beli di facebook.

2. Proses Cepat Diuruskan

Perkara yang paling disukai ramai adalah “fast bussiness” .. Betul tak? Hehe.. saya juga amat menyukai proses jual beli yang amat pantas. Bayangkan dimana ketika anda sedang menonton movie kegemaran di ruang tamu. Anda juga boleh melakukan pekerjaan bisnes anda. Tak percaya ya? Okey, saya akan kongsi sedikit fakta “facebook” dengan korang. Melalui facebook, anda boleh cipta iklan anda dan post di wall atau page facebook anda dalam masa yang cepat. Beribu-ribu pelawat pasti akan mengunjungi page jualan anda dalam masa 2-3 jam sahaja… Fuh… Pantas bukan?


Contoh page iklan di facebook.

Shopify merupakan group iklan jual beli yang amat popular di kalangan pengguna facebook. Hanya cipta iklan dan post, pasti akan dapat ramai pengunjung dalam masa yang singkat.

(Group Shopify Malaysia)


3. Mungkin Bisnes Anda Akan Viral.. Siapa tahu kan?

Dengan adanya butang “share”, “like” serta ruangan komen di facebook, pasti tidak langsung akan membuatkan pengguna lain turut mengetahui tentang bisnes anda. Katakan satu kejiranan anda amat berpuas hati dengan produk anda dan terus “share” kepada pengguna yang lain, pastinya bisnes anda akan cepat tersebar di seluruh tempat dalam masa yang singkat. Betul tak? Mana tahu esok harinya, produk korang dah viral dan mendapat permintaaan yang tinggi.



4. Sistem Demographic Data Yang Lebih Tertumpu dan Memudahkan Pemasaran

Bagi yang ingin menumpukan bisnes mereka kepada individu-indivdu tertentu, cara ini lah yang paling sesuai. Anda tahu tak kenapa? Dengan sistem demographic data ini, anda boleh iklankan produk anda mengikut kesesuaian. Sebagai contoh umur, jantina, tempat tinggal dan banyak lagi. Pilihlah ikut kemahuan anda dalam kesesuaian mempromosikan produk anda. Ia juga dapat mengelakkan dari pengguna bawahan umur membeli produk yang tidak bersesuain dengan umur mereka.



5. Kos Iklan Yang Murah

Tahukah anda Fb ads adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan yang diciptakan oleh Mark Zuckerberg. Dengan modal serendah RM3 sehari, anda mampu mengiklankanya kepada lebih 1 ribu pengguna dalam masa 1 hari. Jika dibandingkan dengan iklan yang offline yang memakan waktu yang lama, serta risiko keuntungan yang rendah. Melalui Fb Ads, segala pengiklanan pasti dapat diuruskan dengan kos yang rendah. Jadi berterima kasihlah kepada Mark Zuckerberg yang memperkenalkan sistem Fb Ads ini kepada pengguna facebook.

Karikatur Mark Zuckerberg yang telah dilukis oleh peminatnya. Lucu kan?


6. Pasaran Tempatan Yang Semakin Meningkat

Pada tahun 2011, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu pusat pengumpulan data melaporkan bahawa pengguna facebook di Malaysia adalah seramai 12 juta lebih pengguna. Cuba anda tengok, berkemungkinan dengan angka ini pasti terdapat prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda. Sekarang pula kita hampir memasuki tahun 2019, pasti angka pengguna di Malaysia adalah lebih tinggi. Mana tau, satu iklan anda di facebook mampu memberikan hasil yang tidak pernah anda bayangkan.



7. Berpotensi Dapat Menjalankan Urusan Bisnes di Seluruh Dunia

Sebagai contoh, anda adalah pengeluar produk kecantikan termurah di dunia lah katakan.. Haha.. Siapa tahu kan? Selepas itu terdapat pengguna-pengguna facebook di luar negara mahu membelinya. Pasti produk anda akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Betul tak? Mana tahu lepas ni, satu produk kecantikkan anda telah menjadi kegilaan para modelling top di dunia.. Kalau rezeki tak kemana kan?


Kesimpulannya.. Iklan bisnes di facebook adalah sangat simple, mudah serta menjimatkan masa. Anda tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk iklan-iklan yang anda mahu. Yang penting adalah fokus anda dalam menjalankan bisnes anda melalui facebook. Dalam bisnes adalah menjadi adat jika bisnes anda adakalanya turun naik.. Yang paling penting usaha anda. Betul tak?


NAK COPYWRITING SERENDAH RM5?
Perlukan Ayat Iklan untuk Perniagaan Anda?