Testimoni #1 Jus Aimra'a: Payudara Dan Punggung Besar Dan Bulat



Alhamdulillah, dengan Jus Aimra'a, aset payudara dan punggung lebih besar. Bukan senang nak dapatkan tubuh badan yang ideal dan mantap, nak nak pula payudara besar dan bulat. Aummm. Rin terima feedback terbaik di Group SihatCantik ni. Kebanyakan pengguna Jus Aimra'a memang akan cakap Payudara mereka nampak makin besar. Seronok tu, berita baikkkkk baq hang!

"Saya rasa saya ni kategori naik cepat kot, ramai perasan aset saya makin besar"

Aset payudara ni kalau kecil nampak tak padat, kalau besar tu nampak padat, bulat, besar dan cantik. Takkan nak biarkan kalau ada cara untuk cantikkan dan besarkan payudara dengan herba yang selamat. Dengan mengamalkan Jus Aimra'a, kesan yang optimum dan berterusan sehingga suami pun suka kita amalkannya.  Suami sis pun banyak kali puji sis dan puji jus aimra'a sekali. Kemain lagi tu.




Jus Aimra'a mengandungi herba Pueraria Mirifica yang memberi manfaat terbaik terhadap payudara dan punggung.  Selalunya wanita yang inginkan tubuh badan cantik dan payudara yang mantap terlupa menilai khasiat herba atau sesuatu produk. Itulah kesilapan anda semua, sepatutnya anda perlu menilai dan menyelidik akan khasiat dan zat untuk menjadikan payudara dan punggung besar, mantap dan hebat. Jangan percaya dengan kata-kata sahaja, tapi percayalah dengan fakta.

Dek kerana ramai wanita yang memerlukan makanan tambahan atau herba untuk membesarkan payudara dan punggung, Jus Aimra'a diformulasikan dengan gabungan Pueraria Mirifica, Delima dan Kurma. Banyak manfaat dan nilai Jus Aimra'a dalam mencantikkan dan menyihatkan luar dalaman seorang wanita. 

Tindak Balas Jus Aimra'a

Kurma dan Delima memberi kesan positif terhadap kulit dan dalaman tubuh badan. Kurma menjadikan tubuh badan anda lebih bertenaga dimana tenaga luar dan dalam akan lebih banyak berbanding biasa, bukan apa, maksudnya anda akan sukar untuk letih. Kerja dari 9 pagi sampai 9 malam pun, akan kurang rasa letih. Badan pula segar dan tak penat macam selalu. Feedback ini dikongsikan oleh pelanggan Jus Aimra'a bernama (Ayu,27).

Memang puas hati sebab apa yang pelanggan nak semua dapat dari 1 Jus ini. 

Minggu Pertama: Terasa kulit anjal dan lebih licin. Rasa kenyang dan tak banyak makan.
Minggu Kedua:  Terasa payudara membesar sedikit 
Minggu Ketiga: Payudara membesar, rasa perut ramping sikit
Minggu Keempat: Terasa punggung makin membesar

Apapun, kesan tindak balas jus bergantung kepada jenis tubuh seseorang individu. Herba Pueraria Mirifica sangat berkesan dalam meningkatkan saiz punggung dan payudara wanita dengan baik sekaligus memcantikkan bahagian dalaman wanita. Jom lihat kelebihan herba Pueraria Mirifica.

Kelebihan Pueraria Mirifica


Terdapat banyak kelebihan pueraria mirifica wajib anda tahu, semuanya terdapat dalam Jus Aimra'a yang menjadi peneman setia semua wanita. Dengan adanya Jus Aimra'a , anda akan mendapat segala manfaat-manfaat pueraria mirifica ini.

Payudara Dan Punggung



Kelebihan Pueraria Mirifica #1:  Mengangkat dan menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur
Kelebihan Pueraria Mirifica #2:  Memantapkan lagi bentuk dan menjadikan ia lebih padat dan besar, bentuk yang cantik dan bulat besar.
Kelebihan Pueraria Mirifica #3:  Membesarkan kembali payudara yang mengalami pertumbuhan yang terbantut akibat zat tersekat dan sebagainya.
Kelebihan Pueraria Mirifica #4:  Menegangkan dan menstabilkan kedudukan payudara dengan lebih cantik.
Kelebihan Pueraria Mirifica #5:  Menjadikan payudara dan punggung anda lebih seksi dan mengancam dengan lurah yang ketara.
Kelebihan Pueraria Mirifica #6:  Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekitar payudara
Kelebihan Pueraria Mirifica #7:  Mengekalkan kecantikan payudara yang sedia besar tanpa membesarkannya lagi, sebaliknya payudara anda akan kelihatan lebih tegang, juga sesuai dan efektif kepada mereka yang telah menjalani pembedahan membuang ovari.

Rahim Dan Vagina



Kelebihan Pueraria Mirifica #8:  Mengangkat dan menegangkan kembali rahim pada bentuk asal
Kelebihan Pueraria Mirifica #9:  Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim
Kelebihan Pueraria Mirifica #10:  Merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur
Kelebihan Pueraria Mirifica #11:  Melembapkan jalanan di dalam vagina tanpa merengsakan
Kelebihan Pueraria Mirifica #12:  Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)
Kelebihan Pueraria Mirifica #13:  Menjadikan dinding dan pintu vagina anda lebih elastik dan ketat semulajadi
Kelebihan Pueraria Mirifica #14:  Menambah dan mengaktifkan cairan semulajadi di dalam faraj, menjadikan anda wanita yang paling istimewa kepada suami, keistimewaan yang hanya anda dan suami dapat rasainya. Juga sesuai kepada mereka yang belum berkahwin.


Aduh, seronoknya baca manfaatnya kan. Apa lagi, kena minum Jus Aimra'a lah macam ni. Jus Aimra'a lulus KKM, berdaftar SSM, Halal, bertaraf kilang GMP, sihat dan selamat untuk anda amalkan! Jom whatsapp sekarang untuk consultation Percuma berkaitan Jus Aimra'a.



Jom baca juga:


Apakah Jus Aimra'a? Perempuan Wajib Tahu!

Semua perempuan wajib tahu apa Jus Aimra'a yang sering disebut-sebut oleh ramai wanita yang lain. Wajib sangat-sangat sebab ia memberi manfaat kepada semua wanita diluar sana yang tak yakin diri dan selalu berdiam diri sebab ada masalah dalaman dan luaran.  Pendek kata, sedikit sebanyak tentang Jus Aimra'a pasti mempunyai kaitan dengan anda semua.


Apakah Jus Aimra'a?


Jus Aimra'a adalah sejenis pati herba yang diformulasikan oleh kurma, delima dan pueraria mirifica serta herba-herba terbaik wanita. Ia boleh diminum oleh semua wanita untuk meningkatkan tenaga dan menyegarkan badan setiap hari. Khasiat kurma, delima, pueraria mirifica dan herba-herbanya amat baik untuk kesihatan sekaligus membantu menyihatkan badan, mengatasi masalah wanita dan mencantikkan wanita luar dan dalam. Untuk pengetahuan anda juga, Jus Aimra'a adalah produk keluaran Rihura Herbs Enterprise (002942099-U) yang telah dihasilkan di kilang bertaraf GMP yang sihat dan selamat.

Kenapa Perempuan Wajib Tahu Pasal Jus Aimra'a?



Ramai wanita yang mengalami masalah kesihatan dan kecantikan tetapi tak sedar. Ada pula yang tak pernah berikhtiar untuk menjadi lebih baik, end up macam-macam masalah yang berlaku dan tak dijangkakan. Cukuplah setakat sihat luar dalam dan dapat menjalani kehidupan yang bahagia dunia akhirat.

Yang penting dapat meningkatkan tenaga dan kudrat untuk bekerja, menjaga anak dan suami serta beribadah kepada Allah SWT.  Ada orang yang tak berapa minum susu, terlebih minum susu dan tak suka makan vitamin. Jadi, sistem imunisasi perempuan semuanya berbeza dan tak sama.  Ada pula yang memang tak suka makan banyak, ada pula terlebih makan sehingga menyebabkan penyakit yang banyak bertandang.

Pertama sekali, anda harus kenali jenis badan anda, tahap kesihatan dan masalah anda. Sekiranya anda tiada penyakit kronik dan inginkan kesihatan yang sihat dan cantik luar dalam, tidak salah untuk anda amalkan herba, jamu ataupun vitamin.

Terdapat banyak sebab kenapa perempuan perlu amalkan minum Jus Aimra'a. Berdasarkan kajian dari Team Rihura, Jus Aimra'a sesuai diminum oleh semua wanita yang sudah datang haid sehinggalah hampir monopous.


Kenapa Perlu Amalkan Jus Aimra'a?


  • Dapat menstabilkan haid wanita / Haid datang tepat waktunya
  • Mengatasi masalah sakit senggugut yang teruk dan berterusan
  • Mengatasi sakit hampir monopous
  • Menganjalkan kulit tubuh badan dan wajah
  • Mengatasi masalah luka dalaman 
  • Menurunkan kolestrol dan berat badan yang berlebihan
  • Menjadikan kulit lebih awet muda
  • Membentuk dan membesarkan aset payudara dan punggung
  • Membekalkan tenaga dalaman dan luaran untuk wanita
  • Mengecutkan jerawat dan masalah kulit radang
  • Badan tidak letih lagi setiap kali bangun pagi
  • Menguatkan rahim dan menyuburkan hormon

Tidak hairanlah kenapa ramai wanita perlu tahu pasal Jus Aimra'a, tengoklah kelebihan dan manfaatnya, pasti semua wanita perlukannya. Paling penting sekali, Jus Aimra'a lulus KKM, berdaftar dan selamat diminum sebagai makanan tambahan. Selain dapat membantu mengatasi masalah anda hadapi, Jus Aimra'a juga bakal mengembalikan kebahagiaan rumah tangga anda. Insyallah! Itu Pasti! Sis pun banyak kali suami tegur suruh minum Jus Aimra'a sebab dia pun tahu kesannya bila bersama isteri ni. Ececewahhh.

Nak Tahu Lebih Lanjut? Klik:

16 Cara Atasi Masalah Wanita Penat Bekerja Dan Penat Buat Kerja

Surirumah dan wanita bekerjaya pasti tak terkecuali merasa 'Penat' dengan aktiviti harian dan kerja rumah masing-masing. Wanita bekerjaya pula pasti letih memikirkan produktiviti kerja mereka dan seterusnya pulang ke rumah harus menguruskan anak-anak dan suami pula. Nak lari mana? Memang tak boleh ke mana-mana. 

Kepenatan dan kerja itu terpaksa kita tempuhi juga. Lainlah kalau kita semua dah jadi jutawan nanti, pasti ada orang yang akan membantu uruskan semua, apatah lagi nak ke kerja, bolehlah goyang kaki sedikit (Adududu mindset orang belum berjaya nieh!).

Jadi tak dinafikan lagi, memang korang sendiri alami penat bekerja dan penat buat kerja rumah bukan? Penat dia rasa lain macam, seolah-olah kerja tu tak pernah habis, nak duduk pun tak sempat, ada sahaja nak kena kemas rumah, memasak, kemas bahagian ruang tamu, angkat baju orang bersepah-sepah dan lain-lain lagi.  Nak tak nak, tetap kena hadap. 

Cuma apa yang kita boleh buat adalah untuk mengatasi kepenatan dan mengurangkan kepenatan menjadi seorang isteri dan ibu. Sebenarnya, setiap ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam membantu kita menguruskan keluarga., tetapi ada caranya dan masanya yang sesuai juga. Mari lihat 16 cara atasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah ramai tak tahu.


#1  Bertenang

Ya, bertenang penting, jangan terlalu rushing nak buat itu dan ini. Silap haribulan kita yang down terus pengsan. Ayoyo. Siapa mahu urus rumah tangga nanti? Meihua atau Ananti? Jadi, sabar dulu. Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan dengan baik dan teratur.

#2  Himpun Dan Senaraikan Segala Kerja

Senaraikan segala list to do untuk hari itu termasuklah kerja-kerja rumah yang perlu anda lakukan apabila pulang ke rumah nanti.  Dengan itu, anda tidak akan begitu tertekan, pasti ada masa yang boleh anda curi-curi melakukan kerja tersebut.

#3  Pamerkan Senarai Kerja Kepada Suami Atau Keluarga

Jika perlu, list di wasap sahaja. Suami akan baca dan inilah masanya untuk anda meminta bantuan mereka dengan baik supaya sama-sama membantu menguruskan hal rumah tangga.  Suami pasti akan faham kepenatan isteri yang terpaksa balik kerja masak, basuh baju dan sebagainya. Mintalah mereka bantu sedikit seperti jemur kain, basuh pinggan dan sebagainya (mengikut jenis suami/individu).

#4  Jangan Banyak Berfikir

Masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah ini dapat diatasi dengan cara yang santai sahaja iaitu jangan banyak berfikir. Fikir apa yang penting dengan tidak tekankan sesuatu perkara. Jadilah seorang yang cool dan rileks, pasti anda takkan rasa penat.

#5  Tidur Awal Setiap Hari

Tidur awal pada malam hari setelah seharian anda letih dan penat bekerja serta buat kerja rumah. Tidur awal dapat merehatkan otot dan minda anda yang asyik berjalan tidak hentinya.  Jika anda amalkan tidur awal, pasti anda takkan rasa penat bekerja dan buat kerja rumah lagi.

#6  Hirup Udara Segar

Biarpun pada malam hari, sebelum tidur, hiruplah udara segar dahulu di luar tingkap atau di luar pintu rumah anda. Udara segar dapat mengatasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah seharian! Anda akan rasa seperti nafas baru dan hidup baru.

#7  Yoga Atau Senaman Ringan

Sesekali buatlah senaman ringan walaupun anda sibuk bekerja dan buat kerja rumah. Senaman ringan boleh dibuat pada waktu malam atau petang sekiranya anda terasa lenguh sendi dan sebagainya. Percayalah, lepas buat senaman ringan, pasti rasa sangat segar dan tak penat lagi.

#8  Makan Makanan Berkualiti Dan Seimbang

Makanan turut memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah.  Pilihlah makanan yang berkualiti dan seimbang supaya kesihatan anda lebih terjaga. Sebagai contoh, makan kurma dapat meningkatkan tenaga wanita anda secara luaran dan dalaman. Buah-buahan pastikan dimakan setiap hari. Jangan tinggal langsung.

#9  Hadkan Perabot Rumah

Ya, anda perlu hadkan peraboh di rumah secara berpatutan. Jangan letak perabot terlalu banyak dan padat dirumah kerana ia mungkin akan menampakkan rumah anda semak.  Apabila nampak serabut dan padat, anda akan rasa penat melihatnya. Masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah pun takkan habis, ditambah penat tengok rumah semak pula.

#10  Urut Badan

Mintalah suami urutkan badan atau pergi sahaja ke tempat urut wanita untuk memanjakan diri anda. Urutan badan adakalanya dapat melegakan lenguh badan dan dapat mengatasi masalah penat bekerja dan penat buat kerja rumah dengan berkesan. Anda takkan rasa penat-penat lagi, malah badan jadi lebih kuat dan segar.

#11  Minum Air Masak Banyak

Minumlah air putih dengan banyak setiap hari. 3 - 4 liter sudah memadai. Dengan adanya air masak dalam badan kita, badan takkan kekeringan dan letih. Badan akan lebih bertenaga dan ceria. Jangan tinggal makan pada waktu yang sepatutnya juga ok?

#12  Amalkan Zikir Fatimah


Rasullulah SAW bersabda, bacalah tasbih, tahmid dan takbir 33 kali. 


#13  Delegate Kerja Rumah 

Ikut kesesuaian, anda boleh delegate semua kerja rumah kepada ahli keluarga. Sebagai contoh, terapkan dalam keluarga beberapa perkara wajib urus sendiri. Termasuklah kepada anak-anak. Antaranya adalah:

  • Basuh pinggan sendiri selepas makan
  • Baju dalam bilik sendiri semua harus urus sendiri, letak di penyangkut sendiri dan tidak biarkan bersepah
  • Letak barang di tempat asal setelah menggunakannya untuk mengelakkan rumah tidak semak dan bersepah
  • Lap air tumpah sendiri jika tertumpahkan air
  • Sapu rumah sendiri sekiranya terasa habuk atau berdebu
Jika satu keluarga amalkan sikap sebegini, pasti si ibu tidak penat buat kerja rumah atau penat bekerja. Delegate atau agihkan kerja rumah anda kepada setiap ahli keluarga dalam kadar yang secukupnya.

#14  Reward Diri Dengan Shopping Atau Spa

Apabila penat bekerja dan penat buat kerja rumah, rewardlah diri sendiri dengan shopping online, window shopping dan juga pergi ke saloon. Ini adalah cara atasi masalah wanita penat bekerja dan penat buat kerja rumah.  Sekiranya kita sering memanjakan dan menghargai diri sendiri, kita akan rasa kepenatan berbaloi dan tidak berapa penat dan lelah lagi dalam mengharungi hidup menjadi wanita yang bekerjaya dan hebat!


#15  Ambil Vitamin

Ambillah vitamin seperti Flavette atau vitamin C yang lain. Selain dapat menguatkan sistem imunisasi badan, ia juga dapat meningkatkan tenaga seharian anda. Kerja dan buat kerja rumah pun tak penat macam selalu lagi. Orang nampak kita cergas, ceria dan sihat sahaja sepanjang hari. Bestkan!

#16  Minum Jus Aimra'a

Jus Aimra'a adalah sejenis pati herba yang mengandungi daun herba serta makanan sunnah seperti kurma, madu dan delima. Herba seperti manjakani, pueraria mirifica dan ginseng juga menguatkan tenaga wanita dalaman dan luaran. Maklumlah, bila kita penat bekerja, balik rumah nak melayan suami dan anak-anak pula. Sudahlah jadi supermom, kita juga akan jadi superwife. Sebab tu bila ramai yang sarankan minum Jus Aimra'a, jangan teragak-agak nak cuba. 



Alhamdulillah Jus Aimra'a dah banyak juga bantu rin jalani kehidupan sebagai wife yang sibuk bekerjaya. Dulu nak kerja malam pun macam penat, nak stay up pun letih, tapi sekarang ni Alhamdulillah bertenaga sikit sampai malam pun. Kawan-kawan pun ada cakap, kerja balik pukul 9 malam pun dah tak penat sangat.  

Macam mana nak tengok update atau info pasal Jus Aimra'a? Korang boleh klik website dan facebook di bawah ni.








Jom Baca Juga



11 PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA | MENJADI SURIRUMAH ATAU BISNES SENDIRI

Rata-rata pembaca blog ini pastinya ingin bebas kewangan, kerja sendiri, berbisnes dan jauh di sudut hati, ingin sekali jadi surirumah, betul tak? Tapi ada beberapa perkara yang mengganggu di benak fikiran kan? Rin dah pernah alami semua tu waktu mula-mula nak berhenti kerja dahulu. Okey, jom Rin senaraikan masalah dan perkara yang mengganggu dalam kepala otak ni sebelum berhenti kerja dulu.

Masalah Dan Ketakutan Sebelum Berhenti Kerja


  • Takut duit tak ada dan duit simpanan habis. Aduh, siapa tak takut duit tak ada? Memang kalau tak ada simpanan pasti akan takut tak ada duit. Kalau ada simpanan, takut pulak kalau-kalau duit cepat habis semua sekali.
  • Takut tak ada income lain dan gaji bulanan dah. Sememangnya patut takut. Berhenti kerja memang takkan ada duit dapat bulan-bulan dah. Kecuali kita meniaga atau bekerja di rumah secara freelance, tetap, sampingan ataupun mempunyai pasif income yang lain.
  • Takut orang mengata kita tak kerja. Memang orang akan mengata kalau kita muda-muda tak kerja, kecuali jika kita kawen orang kaya. Memang tak payah kerja pun tak apa kot.  dan kecuali kalau anak kita ramai yang kita terpaksa jaga sendiri berbanding hantar pengasuh. Oleh itu, jika kita berhenti kerja, kena tahu apa aktiviti yang kita nak buat, adakah kita akan jadi bisneswomen, penulis atau apa kerjaya kita kelak?
  • Takut tak ada peluang duit yang boleh kita buat. Kita pasti nak jana pendapatan, cuma kita taktahu bagaimana. Itulah yang mungkin juga kita takutkan.
  • Takut bosan kat rumah sendiri, tak ada kawan, tak keluar rumah dan taktahu nak buat apa. Oleh itu, penting ada perancangan, jadual dan lain lagi.

Sebenarnya banyak lagi masalah bergantung kepada individu juga. Tambah-tambah yang duduk serumah dengan mak mertua, takut dia bising kata kita tak kerja pulak kan. Tapi kita kena bagi dia faham dan bagi dia tahu apa yang kita nak buat jika tak bekerja tu. Tak ada la dicopkan apa-apa pula nanti kan. Pastikan duit tu sentiasa masuk dan mengalir. Tapi mula-mula ni kena berkorban sikit. Sebab setiap permulaan pasti ada pengorbanan dan usaha yang lebih sikit.

Apapun yang anda lalui, pastikan rancang terlebih dahulu apa yang akan anda lakukan setelah berhenti kerja nanti. Ia memerlukan anda membuat persediaan yang cukup rapi sebelum berhenti kerja. 

Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

#1  Kenalpasti Komitmen Bulanan Anda

Buatlah satu rekod atau buku untuk anda mencatatkan komitmen pada setiap bulan. Contoh, loan kereta, bayaran insurans, ptptn, personal loan dan lain-lain lagi. Setiap kali sudah bayar, jangan lupa tandakan. Dengan adanya checklist ini, mindset anda akan pastikan anda tidak tertinggal untuk membayar. Anda juga dapat mengagak berapa duit bulanan yang perlu anda jana untuk membayar komitmen anda sahaja.

#2  Elakkan Shopping Online 

Dahulu waktu bekerja, tiap bulan postlaju hantar parcle ke pejabat, Kali ini, sabar dulu. Bina empayar wang dahulu. Jangan buat tindakan yang sama asyik shoping macam dulu, sebab kali ni hujung bulan dah takkan dapat gaji sebab dah berhenti kerja. Kena sedar tu. Kena pandai urus tabiat berbelanja dahulu.

#3  Ada Simpanan Gaji Sebulan Dua

Kenapa perlu ada simpanan gaji atau duit simpanan sebagai backup? Jika anda ada komitmen bulanan, gaji tu akan tampung bayar komitmen anda selama sebulan dua ini. Sementara itu, dalam bulan anda sudah bebas masa dan tak bekerja, itulah masanya untuk anda generate income lain seperti bisnes online, jual makanan, buat khidmat menulis dan sebagainya.

#4  Motivasi Dan Inspirasi

Jadilah seorang yang bermotivasi dan inspirasi sebelum berhenti kerja. Semoga sifat tersebut kekal di dalam diri anda setelah bergelar suri rumah atau bisneswomen nanti. Bukan apa, apabila sendiri, pasti anda mudah give up jika bosan atau tiada idea apa nak buat. 

Sedangkan orang lain semakin berjaya dengan kerjaya masing-masing. Jadi, anda harus jadi seorang yang bermotivasi tinggi dan penuh inspirasi untuk mengukir kejayaan walaupun hanya bekerja di rumah. Jika bekerja keras, pasti anda akan lebih berjaya daripada rakan pejabat dulu.

#5  Jangan Terminate Insurans

Jangan sesekali terminate insurans anda, tanpa insurans anda mungkin kerugian pada hari berikutnya.  Insurans menyelamatkan anda kerana tidak perlu menanggung kos rawatan, anda juga sudah pasti tiada benefit medical kerana sudah berhenti kerja bukan? Jaga dan bayar insurans seperti biasa untuk pastikan insurans anda aktif dan bermanfaat suatu hari nanti.

#6  Fikirkan Aktiviti Pada Masa Depan

Sebelum berhenti kerja, fikirkan dahulu apakah aktiviti yang akan anda lakukan pada masa hadapan. WAJIB buat perancangan, sama ada nak berniaga, bekerja di rumah atau apa? Tolong cari masa untuk merangka perancangan anda. 

Planning:
Tempoh masa:
Tindakan:
Tindakan 1:
Tindakan 2: 
Tindakan 3: 

dan seterusnya. Pastikan anda benar-benar melakukan tindakan tersebut. Jika tidak, makin lambatlah masa untuk anda melakukan sesuatu dan berjaya. Jika tiada idea, apa yang ingin dibuat, meniaga dan sebagainya. Buatlah research di internet dan banyakkan membaca tentang peluang perniagaan dan pilihlah mengikut kemampuan anda.

#7  Bersangka Baik Dan Positif

Sebelum berhenti kerja, jangan berfikir negatif dan bimbang. Sentiasalah bersangka baik (husnuzon) dan positif. Fikirkan sesuatu yang baik dan menggembirakan. Katakan pada diri dan setiap doa anda, mungkin ada hikmah pilihan yang anda lakukan. Mungkin anda lebih berjaya apabila tidak makan gaji lagi dan mungkin lebih berkat rezeki yang anda perolehi nanti.

#8  Senaraikan Income Aktif Dan Pasif Anda

Walaupun belum mempunyai income pasif dan aktif yang akan anda lakukan selepas berhenti kerja nanti. Mula fikirkan dan senaraikannya. Anda akan lebih berusaha untuk menyambar peluang melakukan kerja atau sesuatu untuk income aktif dan pasif tersebut. 

Ia termasuk juga dengan hobi anda, cuba senaraikan semua hobi anda. Kenalpasti hobi dan kepakaran anda yang boleh buat duit. Sebagai contoh, melukis, menulis, mengambil gambar, mengarang, membuat blog, design website dan sebagainya. Tak salah anda cuba polish kepakaran anda dari sekarang. 

#9  Perbincangan Dengan Suami Dan Keluarga

Sebelum berhenti kerja, bincanglah terlebih dahulu dengan suami dan keluarga. Dapatkan juga restu mereka dan berikan idea apa yang anda boleh berikan selepas berhenti kerja. Pasti suami dan keluarga anda sangat supportive. 

Dia juga perlu memainkan tanggungjawab yang besar setelah anda berhenti kerja nanti. Sekurang-kurangnya perlu support untuk membayar komitmen sementara anda akan stabil semula.

#10  Bersedia Buat Kerja Rumah

Apabila sudah berhenti kerja atau sudah mula membuat kerja rumah, anda perlu ada kekuatan dan keseronokan. Cuba bayangkan, rutin harian buat kerja office, tiba-tiba kena buat kerja rumah pula. Jangan merungut tetapi jadikanlah ia hobi atau pahala harian anda. Suri rumah atau kerja di rumah pun dapat himpun pahala lebih, tahu tak?

#11  Bersikap Profesional Dan Bekerjaya

Walaupun anda sudah bersedia untuk berhenti kerja, janganlah jadi seperti kanak-kanak atau tak keruan. Teruskan menjadi seorang wanita bekerjaya dan profesional. Siapa sangka dengan sikap anda, anda mampu mempunyai syarikat sendiri satu hari nanti! Rezeki datang tak disangka. 

Walaupun berhenti kerja, mana tahu jika anda sudah mulakan bisnes kecil-kecilan sendiri dan kemudiannya menjadi ceo menguruskannya dan mampu mengendalikan pekerja di bawah anda pula. Menarik bukan? oleh itu, kekalkanlah sikap anda semasa bekerja dahulu.😍

Memang ramai yang kata nak resign jangan ikut emosi, Itu betul. Tapi kalau nak seribu daya, taknak seribu daya. Buat sesuatu yang anda nak. Kena berani. Jangan menyesal di kemudian hari, Jika anda sudah bersedia utk fight jadi lebih baik dan berjaya, buatlah keputusan anda yang terbaik!

Itulah dia 11 persediaan sebelum berhenti kerja yang perlu anda lakukan. Sama ada berhenti kerja untuk meniaga sendiri atau menjadi surirumah, sama sahaja. Niat nawaitu penting, insyallah semuanya baik-baik.  



Jom Baca Juga







APA PERLU ADA DI SOHO (SMALL OFFICE HOME OFFICE)? 15 BENDA PERLU ADA DI SOHO


Sebenarnya set up SOHO ini adalah wishlist rina pada tahun ini, tak kiralah awal tahun hinggalah akhir tahun. Alhamdulillah sekarang dalam proses sebab tunggu rumah renovate. Tapi planning dia dah kena siapkan awal-awal lagi. Tambah-tambah rina ni orang bersikap 'merah' iaitu teliti, suka merancang, suka fakta dan lain-lain lagi. Jadi dipendekkan cerita, rina akan ada sebuah SOHO (Small Office Home Office). YAY.

TUJUAN SOHO (SMALL OFFICE HOME OFFICE)

Rata-rata orang yang ada Soho ni pastinya ada satu tujuan yang sama tetapi berbeza. Of coz lah nak fokus bekerja di rumah dengan adanya pejabat atau ruang workstation. Apatah lagi jika ada bisnes sendiri, semuanya akan lebih teratur. Kalau kat luar negara, ramai yang bekerja di Soho sahaja dan ia sangat normal dalam kalangan masyarakat.

Even company yang besar sekalipun ada yang bermula daripada Soho. Tetapi ingat, Soho ini adalah lokasi atau tempat yang anda cipta dirumah untuk menguruskan perniagaan dan pekerjaan anda supaya lebih strategik dan efektif. Jadi, anda harus gunakannya dengan baik dan biarlah ada 'function'.

KEMUDAHAN SOHO

Apa kemudah Soho (Small office home office) ni? Banyak kemudahannya yang bakal memanfaatkan anda kelak. Bukan sahaja jimat wang, tenaga dan masa, tetapi urusan pekerjaan dan perniagaan anda juga akan menjadi lebih sistematik, pantas dan cekap. Harapnya akan bertambah maju. Amin. Insyallah itu sudah pasti.

PERALATAN YANG PERLU ADA DI SOHO (SMALL OFFICE HOME OFFICE)

Jika bercakap tentang peralatan yang perlu ada di Soho, mudah sahaja. Peralatan pejabat dan perkakas yang akan digunakan semasa bekerja amat penting. Pasti anda tak nak sebarang gangguan dan kekurangan kan? 

Macam Rina, rina suka semua lengkap, rina tak suka buat kerja separuh jalan, kena keluar untuk print dan sebagainya. Maksudnya semua tu perlulah kita sediakan di Soho kita. Jom lihat apa yang releven untuk kita letakkan di Soho!




#1  Meja Dan Kerusi 

Sudah pasti perlu ada meja dan kerusi, tetapi jenis meja dan kerusi tu penting. Tengok ruang pejabat juga, janganlah guna meja yang sebesar gedabak kalau bilik Soho tu kecik je.  Gunalah yang sederhana dan janganlah kecik sangat sampai nak muat nak letak tangan pun. huhu. 

Okey, jenis kerusi pula pastikan boleh bersandar, tidak mudah jatuh, sangat selesa bila duduk, supaya punggung tidak keras membatu juga huhu. Nanti sakit belakang dan punggung pula!

#2  Laptop Atau PC 

Ini mestilah wajib ada, sebab ia adalah medium yang kita gunakan secara online. Iaitu internet dan laptop. Letakkan laptop di atas meja dengan posisi yang betul supaya selesa anda gunakan apabila bekerja nanti.  Jika ada tetikus, pastikan ia lengkap dengan pelapiknya untuk memudahkan anda.

#3  Stationary / Alat Tulis 

Walaupun anda bekerja secara online, jangan ingat gaya manual sudah tak penting lagi! Sebenarnya gaya manual seperti menulis, mencatat nota, pesanan, buat kira-kira semuanya masih lagi berfungsi dan relevan ya. Sila letakkan pen dan alat tulis juga di workstation atau Soho anda. Anda akan tahu kegunaannya nanti. Percayalah.

#4  Printer Plus Photostat 

Buat masa sekarang, anda tidak gunakannya. Apabila bisnes dan job berkembang nanti pasti anda gunakannya. Contohnya adalah saya. 

Dulu saya rasa benda tu tak penting, tapi lepas banyak tender dan bekerjasama dengan client lain untuk Ashrin Food, banyak juga urusan melibatkan dokumentasi diperlukan.  Lagipun, saya sangat suka bab dokumentasi ni. So, ada printer rasa seronok dan macam-macam planning nak buat.

#5  Rak Buku Atau Tempat Letak Kertas 

Rak buku wajib ada sebenarnya. Tambah-tambah jika kita ada juga menyimpan rekod atau database dan juga bahan marketing secara online. Kat mana lagi kita nak simpan semua benda tu kalau bukan di rak buku atau kertas. 

Takkan nak letak atas meja macam tu je atau letak dalam kotak n storage box je kan. Sangat tak professional dan susah nak cari nanti.

#6  Jam 

Sebenarnya jam di laptop dan telefon dah ada. Tapi cuba bayangkan jika laptop tengah tutup dan fon tengah charge. Nak rabat tengok jugak ka? Macam jenuhkan. 

Tambah-tambah kalau ada tetamu atau client di Soho kita yang tanya jam, macam tak best kan? kalau ada jam dinding atau jam yang kita letak di rak atau meja, sekurangnya itu memudahkan diorang untuk terus lihat.



#7  Frame Gambar Atau Poster 

Perlu ke letak frame gambar? Tak kisah, jika anda nak hias atau suka someting yang menarik atau pembakar semangat, sila letak. Tapi jika anda suka kekemasan, letak poster jenama perniagaan anda pun best juga. Terpulang pada citarasa masing-masing. Tak salah pun.

#8  Pokok Bunga / Daun

Ya, ini rin memang tak sabar nak pi beli. Rin nak guna pokok kaktus kecik tu letak di meja laptop sebab haritu ada orang komen di FB rin yang pokok kaktus ni dapat tarik sinar radioaktif dari laptop kita.. 

So kita tak terdedah sangat sinarnya. ecewah. Jadi takdelah nak migrain sangat sebab lama-lama dengan laptop atau apa.
























#9 Lampu Malam / Lampu Meja

Lampu malam ini adalah lampu meja yang boleh digunakan pada malam hari. Tapi rasanya kalau tak ada nak buat kerja apa pada malam-malam, tak perlu ada pun takpa. Dulu rin selalu buat kerja malam, sekarang tidak lagi. 

Rin dah limitkan masa bekerja 8 pagi sehingga 6 petang sahaja (ikut waktu bekerja office) walaupun kerja di rumah.  Tapi kalau malam-malam korang nak buat kerja juga dan taknak silau atau apa, gunalah lampu meja.

#10 Meja Menghadap Tingkap Atau Tepi Tingkap

Ya, letakkan posisi meja mengadap tingkap atau di tepi tingkap.  Jangan sesekali meja membelakangkan tingkap. Sebenarnya tiada masalah kalau tingkap di belakang kerusi anda duduk, tapi tak ke nanti ada hantu kat luar tingkap tu dibelakang anda? Hahah gurau je. Cuma rasa tak selesa jela kan. Letak meja tepi tingkap atau depan tingkap ok!




#11 Sediakan Kerusi Atau Sofa Bed Yang Lain

Untuk orang lain yang masuk ke Soho anda, sediakan sofa, sofa bed atau kerusi lain untuk mereka duduk. Anda juga boleh relax-relax di situ. Tidaklah ia semata-mata kerusi anda sahaja. Tetapi sekiranya bilik terlalu kecil dan sekadar anda buat kerja sahaja tanpa langsung ingin berehat dan ada orang lain datang, biarlah kerusi anda seketui je kat dalam tu hihi.

#12  Whiteboard Atau Sticky Note

Whiteboard atau sticky note diperlukan untuk anda catatkan list to do setiap pagi sebelum mula bekerja atau setiap petang untuk kerja keesokan harinya. Ya, catatkan apa yang perlu anda buat hari ini. Kerja apa dan apa. Ia akan membantu anda siapkan kerja dan lancarkan perancangan anda setiap hari.

#13  Snack, Gula-Gula Dan Air

Ramai cakap letak snack dalam pejabat, tapi Rin langsung tak setuju. Kenapa? Sebab rin pernah kerja di call center yang ada ruang pejabat sendiri. Masyaallah kerja asyik nak mengunyah je sampai malas buat kerja dan tak berapa nak fokus. 

Setakat gula-gula untuk maniskan mulut (mudah dibuka) dan air masak cukuplah letak di Soho atau Office kita tu. Understand?!

#14  Tong Sampah

Ramai yang terlupa pasal tong sampah. Dalam bilik tidur pun Rin letak tong sampah kecil di sebalik pintu untuk buang sampah macam kertas, plastik, tisu dan lain-lain lagi.  

Kalau small office, home office lagilah penting ada tong sampah , itupun kalau korang ada kertas, plastik, plastik bekas gula-gula dan lain-lain lagi. Utamakan kebersihan, ok?

#15  Kalender

Kenapa perlu letak kalender di Soho? Eh, banyak kegunaannya, tapi pilihlah kalender yang simple, kecil dan boleh berdiri. Yang gantung tu nampak macam semak je kan. Kalender ni berfungsi untuk anda plan dan pastikan target bulanan, mingguan anda berjalan lancar.


Cara susunan atau hias Soho bergantung kepada anda, tetapi pastikan ia kemas dan tidak terlalu padat. Pengcahayaan dan warna juga penting memandangkan ia akan mempengaruhi mood anda. Warna kelabu atau warna gelap mungkin menjadikan anda cepat mengantuk, warna cerah, pastel dan putih membuatkan anda segar dan mudah bekerja!

Rin masih lagi memikirkan sudut ruangan dan posisi meja kerusi serta warna cat untuk Soho Rin nanti. Lagi 2 bulan lepas rumah siap renovate, baru rin akan siapkan Soho idaman rin 😘 Cheers!



WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...