Rina Zul

Jumaat, 18 Oktober 2019

2:36 PTG

Masa Lalu Di Biarkan Berlalu

Masa Lalu Di Biarkan Berlalu



Jangan ditangisi masa lalu, kerana ia adalah sebahagian memori atau kenangan dalam hidup kita. Biarpun pahit ditelan jua, biarpun indah berlalu jua. Kita takkan dapat apa yang kita fikirkan sempurna dan indah dalam dunia ini.

Ramai orang diuji sini sana. Bukan hanya kita seorang. Ujian datang satu demi satu, kecil dan berat tak terjangka. Dan begitulah perjalanan kehidupan. Sentiasa penuh dengan ujian. Sehingga terfikir, apakah dunia ini tempat untuk kita bersusah-susah, daripada kehidupan sebenarnya yang senang lenang selamanya. 

Ya, sehingga bila lagi kita akan tempuhi. Jika hati sudah mati, perjalanan turut terhenti. Bukalah hati, ikuti jalan yang pasti sehingga kita benar-benar puas dengan kesusahan yang diberi di dunia ini. Senang lenang bukan sekarang, itu akan datang. Senang lenang bukan kerja kita, itu kerja tuhan. Kita tetap adalah kita yang perlu mengharungi semua dugaan dunia yang mendatang.

Tolong cekal, tetapkan hati, yakinlah pasti, jangan lagi berhenti dan menanti. Sudah cukup kegagalan kita alami, tak perlu ditambah lagi. Masa lalu dibiarkan berlalu. Kegagalan dulu bukanlah penentu. Kejayaan kini bukan jua titiknya. Semua bermula dari perjalanan kehidupan yang tak pernah berhenti sehingga mati.

Khamis, 17 Oktober 2019

9:00 PG

14 Amalan Yang Buatkan Anda Cepat Jatuh Miskin

14 Amalan Yang Buatkan Anda Cepat Jatuh Miskin
Dalam banyak-banyak amalan kita lakukan di dunia ini, pastinya ada yang baik dan buruk kesannya. Amalan menjemput rezeki bakal memudahkan kita untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah tetapi ramai yang lupa, terdapat beberapa Amalan yang bakal buatkan kkita Cepat Jatuh Miskin.  Inilah masanya untuk kita lihat apakah amalan yang menyebabkan kita cepat jatuh miskin. Mungkin selama ini kita terlepas pandang akan amalan-amalan ini.


1. Tidak menjaga solat, sama ada tidak solat langsung, solat tak cukup lima waktu, tidak tahu hukum hakam dalam solat, sengaja melewat-lewatkan solat, lalai dalam solat.

2. Terburu-buru keluar daripada Masjid selepas solat subuh.

3. Tidak membersihkan sawang yang ada dalam rumah.

4. Mengelap air yang ada di wajah dengan menggunakan kain baju yang dipakai.

5. Makan dan minum dalam keadaan hadas besar.

6. Seorang isteri sering memarahi suami.

7. Berdiri telanjang tanpa menutup aurat.

8. Tidur dalam keadaan telanjang.

9. Suka melakukan perbuatan maksiat.

10. Suka membersihkan sampah pada waktu malam.

11. Terlalu banyak tidur.

12. Duduk dipintu rumah.

13. Memakai sikat yang rosak atau patah.

14. Membiarkan pinggan mangkuk yang kotor dalam sinki pada waktu malam.

*Pesanan ini diambil drpd hadith Rasulullah SAW dan para solafussoleh.

**Mengamalkan amalan ini biasanya akan cepat jatuh miskin dan ditarik keberkatan hidup.

Ustaz Mubi Bin Mat Hussain
Pengasas ARISS

Sekadar perkongsian di blog ini. Pendapat orang lain-lain, jika anda mempunyai pendapat, jemput komen di bawah ya. :)
1:56 PG

Pelik. Bergilir-gilir Kucing Hadir Depan Rumah Selepas Berkahwin.

Pelik. Bergilir-gilir Kucing Hadir Depan Rumah Selepas Berkahwin.

Rina seorang yang sukakan kucing sebab dari darjah 3 lagi Rina memang selalu sangat bela kucing kat kampung. Kalau balik sekolah terjumpa kucing, kadang-kadang rina bawa balik rumah. Maklumlah waktu tu rumah di kampung penang, seronok sangat, nak bela kucing pun tak ada masalah. Untuk pengetahuan, sejak rina darjah 1 lagi dah ada seekor kucing, selepas kucing tu mati, barulah rina bela kucing semula pada darjah 3.

Sehinggalah masuk universiti dan bekerja di Kuala Lumpur, mama yang tolong bela kucing-kucing kat penang yang lain tu. Sekarang Rina dah kahwin dan menetap di KL. alhamdulillah dapat pula suami yang suka kucing juga dan penyayang, jadi tak adalah rina menangisi kerinduan pada kucing-kucing.

Cumanya suatu hari, suami hadiahkan rina seekor kucing sebagai hadiah hari jadi. Diberi nama Soozan sebab tuan dia yang lama (berbangsa iran) menamakannya Soozan. So nama soozan tu digunapakai oleh kami. Daripada kecil sampai dewasa, kucing tu duduk dengan kami seolah-olah anak kami. 

Walaupun belum ada rezeki anak, tapi kucing tula penghibur. Apa yang cakap, dia faham. Pandai pulak nak minta makan itu ini. Mengada-ngada pun ada. Tak lama lepas tu, ada seekor kucing kecil atas tingkat rumah di luar. Mula-mula rina ingat itu burung, sampai petang bayang oren tu ada lagi. Bila tengok, rupanya tu kucing kecil, anak kucing.

Siapalah gamaknya buang kucing ni kat tepi tingkap kami. Kucing sekecil ini takkan mampu panjat sendiri di situ.  Lepas bagi makanan dan susu pada kucing tu, kami jadikannya kawan soozan dan letak nama Oyen pada dia.

Oyen sudah besar

Sehinggalah oyen dah besar, terkahwin pula dengan soozan, dapatlah seekor anak kucing yang diberi nama Mimi. Mimi tu jantan ok! bila dah besar baru perasan ada bebola, tapi nama mimi dikekalkan walaupun ia jantan.

Oyen Dan Soozan



Mimi

So ada 3 kucing di rumah. Tiba-tiba suatu hari, mertua bawa balik 1 kucing kecil beby. Katanya terjumpa bawah tangga rumah flat. Kucing tu beby dan baru lahir, mana mampu minum makan sendiri. Siapalah yang buang dan pisahkannya dengan mak dia tu. Nak bagi soozan susukan dia, soozan marah dan taknak. Malam tu jugak suami pergi beli botol susu kecil tu. Rina susukan dia dengan botol tu, payah gak tapi sebab dia lapar, nyut nyut nyut dia isap minum. Kemain lagi tuh.



Beby waktu kecil

Sehingga lah baby (nama kucing kecil tu) dah meningkat dewasa. Kucing kat rumah ada 4.. dan sudah besar.  Kami pun nak pindah sementara rumah nak renovate, jadi 3 ekor kucing tu (mimi, beby, oyen) terpaksa dihantar ke pusat jagaan kucing. Sedih dan menangis jugalah selama seminggu, tapi alhamdulillah rina dapat update bahawa 3 3 tu dah ada keluarga baru, orang lain dah ambil bela. Alhamdulillah.

Oyen dah besar

Beby dah besar

Mimi dah besar

Sebabkan rina suka dan sayang sangat dengan kucing, rina anggap itu adalah hikmah dan rezeki Allah bagi pada kami. Semoga dikurniakan rezeki yang lebih baik lagi pada masa yang akan datang. Amin.
1:29 PG

PENGALAMAN 1ST TIME BERMULA MEMAKAI NIQAB

PENGALAMAN 1ST TIME BERMULA MEMAKAI NIQAB

Assalamualaikum Semua reader. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menyambung menulis di sini. Dek kerana kekangan masa untuk berblogging, Rina dah terfikir banyak topik yang nak diceritakan. Mostly pasal peribadi sebabnya dah lama sangat rina hilang arah dari blogging, sehingga nak dapatkan mood blogging tu rina kena ingat blog lama dulu. Dulu lebih suka tulis pengalaman, kisah hidup dan lain-lain. Insyallah Rina nak menulis balik seperti dahulu dan kini.

Tak semestinya kisah hidup, informasi pembaca yang meliputi niche blog ini juga bakal dikongsikan. Insyallah.

Malam ini (12.08 AM) tergerak hati rina nak bercerita tentang pengalaman pertama mula pakai niqab atau purdah ni. Ada orang kata bahasa melayu kita sebut purdah, bahasa arab kita sebut niqab. Ada pula yang kata purdah ni tak tutup dahi, niqab ni tutup dahi.

Tak kisahla apapun panggilannya, yang penting kita aware pasal aurat okey? 

Tak Terfikir Nak Berpurdah Pun

Sebenarnya rina sendiri tak terfikir nak berpurdah tapi pada pertengahan 2018, Rina ambil keputusan nak berpurdah secara langsung sebelum masuknya bulan Ramadhan tahun 2018.  Suatu hari selepas solat zuhur, rina ada tertidur sekejap selama 5 minit. Dalam tidur tu macam-macam otak dan minda ni berjalan, mungkin termimpi atau terfikir atau berkhayal yang rina sendiri pun tak faham. Apa yang dilihat dan dirasai hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Mungkin tak dapat diceritakan di sini.

Cuma lepas bangun dari tidur tu, Rina rasa ada sesuatu yang perlu rina buat iaitu perubahan. Mungkin hidup rina sebelum tu dah cukup lengkap tapi ada juga kurangnya dan rasa kosongnya. Taktahu apa. Kalau nak ikutkan amalan, belum ada amalan yang cukup dalam dunia ini. Belum ada rasa puas hati untuk setiap yang dilakukan, apa yang ada hanyalah rasa kehinaan dan kekurangan yang banyak ya amat.

Waktu tu pula bila bangun tidur selepas zuhur tu, berpeluh-peluh, menangis dan cuba ingat kembali mimpi yang dialami. Memang Allah SWT maha berkuasa, menjadi setiap sesuatu dengan berhikmah, Allah SWT Maha Esa dan Paling Berkuasa. Selawat keampunan tatkala mengingati segala yang telah terjadi.

Mungkin mimpi ini adalah petanda dan penunjuk apa dah jadi pada diri ketika itu yang hanya mementingkan dunia semata. Yang sangat jahil, lupa akan pinjaman yang diberikan Allah serta lupa akan wasiat Rasulullah SAW terhadap kaum-kaum wanita muslim. 


Terasa hina, banyak dosa dan perlu buat perubahan di dunia ini...


Jadi, apabila buat keputusan nak pakai purdah, niat rina pada masa itu adalah untuk tutup keaiban, menjadi lebih baik dan tutup dosa-dosa sebabnya Rina susah sangat nak elak diri dari tak buat dosa masa tu. Dosa tak pakai stokin, dosa tak pakai handsock, dosa tak pakai seluar longgar, asik pakai jeans ketat, dosa tudung yang macam chipsmore.  Orang suka pandang dan rina pandang balik walaupun pandangan tajam.  Astagfirullahaladzim. Jahil sungguh jahil.  

Kata orang ilmu perlu penuh di dada untuk berpurdah sedangkan Rina tidak? Purdah adalah satu cebisan kain yang akan digunakan untuk menutup sebahagian wajah kita, pasti ada tujuannya iaitu tidak mahu dipandang. Memang penting untuk menjadi orang yang berilmu, tetapi purdah adalah milik semua wanita Islam dan merupakan sunnah kita.  Dalam masa yang sama memakai, cari dan pelajarilah ilmu Islam dengan lebih mendalam lagi supaya kita tidak berlebihan dan tidak berkurangan ilmu. Ilmu takkan pernah habis, belajarlah sehingga ke negara china sekalipun.

Apabila terasa diri ini hina, terasa ingin jauh dari semua orang. Ingin pergi jauh tapi apakan daya. Timbul satu perasaan nak hilangkan diri daripada semua orang, semua sosial media dan lain-lain ketika itu. Tapi rina sedar, kerja hakiki rina melibatkan semua orang dan media sosial, mana mungkin boleh pergi dari semua itu. 

Perasaan hina ini juga timbul entah dari mana? selama ini tak pernah dirasakan sehingga begini. Apabila slow talk dengan suami, katanya sangat bagus dengan keputusan ini. Semoga dapat melindungi diri dan menjadi wanita solehah, tidak dipandang, tidak memandang malah lebih tundukkan pandangan dan sentiasa fokus pada kejayaan dan kebahagian akhirat. Kalau boleh, biarlah akhirat lebih daripada dunia kerana akhirat adalah kehidupan kekal abadi. 

Kawan-Kawan Purdah Dan Gaya Baru


Ya, rina akui rina ada kawan dengan 3 orang rakan yang berpurdah. Seorang secara online, 2 orang lagi selalu juga keluar lepak bersama. Kalau keluar pun, 3 3 bawa suami bersama. Kiranya kawan2 suami dan rina juga. Bila difikirkan sebelum ni, rina memang suka tengok orang pakai purdah ni tapi sedikit janggal dengan mereka sebab tak biasa. taktau apa reaksi mereka dengan rina dan sebagainya sebab tak nampak wajah kan. Cuma, rina suka kawan dengan mereka. tu saja.

Apabila mula-mula berpurdah tu, mereka ucap tahniah dan alhamdulillah, terharu rina dengar. Mereka suka sebab ia sunnah. Buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa. Ya, hukum pemakaian purdah adalah perkara pertama yang perlu kita pelajari. Bagi rina, rina pakai atas niat sunat.  Jika perlu untuk buka (atas urusan rasmi dan lain-lain), rina akan buka sebab dalam islam pun ada waktu yang kita perlu, kita buka.

Selepas memahami hukum pemakaian, barulah rina belajar cara memakai dengan betul dan cara makan ketika pakai purdah. Semuanya belajar dari cik youtube sahaja dan ada juga yang rina tanya kawan-kawan.

Tak dinafikan, apabila keluar dengan kawan-kawan dan saudara mara juga keluarga, mula-mula kita pun segan. Sebab tak biasa berpurdah tapi kita memang taknak buka sebab kita memang nak berpurdah. Itu pendirian yang akan ada apabila kita sudah berpurdah. Kalau keluarga, mak sendiri, sedara mara bertanya atau mengata, ia adalah normal. Laluilah dengan baik-baik, insyallah semuanya akan baik-baik belaka.


PENGALAMAN 1ST TIME BERMULA MEMAKAI NIQAB

Kalau nak diceritakan perasaan, akan terasa diri ini terlalu hina, dina, malu. Sebab semakin pakai purdah, semakin rasa kekurangan diri. Itu apa yang sis alami. Bila nak buat perubahan yang baik, kita perlu ada sokongan. Alhamdulillah suami support sis nak berniqab. Dia tolong pilihkan niqab online, bawa ke kedai tudung labuh dan sentiasa bagi nasihat dan pujuk bila rin down.

Apabila bertemu dengan orang, sis banyak belajar terima orang seadanya. Mereka mungkin tak biasa dengan kita, takut, atau terasa pelik dengan kita. Adakala mereka memandang je kita, ya, sebab mereka tak biasa dengan orang berpurdah. Sis tiada masalah sebab dulu pun sis seperti mereka asyik tengok orang berpurdah. Kita senyum je kepada mereka, biarpun mereka tak nampak, tapi lama-lama akan ada aura senyuman tu sampai ecewah.

Sebenarnya tak susah pun berniqab, cuma mula-mula ja rasa lain sebab tak biasa kan. Lama-lama alhamdulillah ok. Dari segi pernafasan pula, jangan la pakai ketat-ketat sebab susah nafas. Bila kita pakai dengan betul, semuanya ok dan selesa sahaja.  Nak cari niqab pun, carilah kain yang tidak panas dan tidak berat. Sis suka kain jenis aritachi. Ini haritu sis dapat dari Qibtiyyah Exclusive.  


Banyak cabaran berpurdah ni tapi insyallah sis kongsikan dalam entry lain, jangan lupa baca ya! Jom follow blog rinazul untuk baca entry-entry yang akan datang. Tata. Assalamualaikum.

Jumaat, 11 Oktober 2019

8:23 PTG

Akibat Usik Kawan Badan Bau KFC Walau Dah Mandi, Kini Diri Sendiri....

Akibat Usik Kawan Badan Bau KFC Walau Dah Mandi, Kini Diri Sendiri....

Image result for pekerja kfc hantar kfc
Gambar Sekadar Hiasan

Dulu ada kawan selalu cakap, "Aku kerja KFC parttime tapi selalu duduk ngan KFC, kadang-kadang balik rumah, dan siap mandi tapi badan tetap bau KFC". Kitorang apa lagi, ketawa je la yang mampu. Takkan nak menangis pula kan.

Itu 3 tahun yang lalu kawan cerita. Sekarang dia pun dah kerja pejabat, tak kerja kfc lagi. Selepas kawen rezeki melimpah ruah dapat kerja baru. 

Sekarang ni bukan masalah badan dia bau KFC atau tak. Tapi Rina teringat momen dia cerita tu, sebab rina macam tak percaya. Betul ke bau KFC tu memang boleh lekat kat badan. Erm.. So dipendekkan cerita..

Image result for pekerja kfc hantar kfc

Pernah satu hari tu, dia balik kerja malam, dia hantar kfc kat kami untuk merasa, lebih pada hari tu. So waktu dia datang tu, berkepam kepam bau kfc. Masyallah sedapnya bau kfc tapi bau tu kat badan dia.. Bukan kat kfc tu. hehe. Jadi, lama-lama memang terbukti badan dia pun bau kfc biarpun dah mandi kat rumah ke apa. sabar jela.

Teringat kembali semua kisah ni setelah sesuatu berlaku pada diri sendiri ini. Macam u all tahu, rina ada bisnes sandwich yang hampir hari-hari akan provide masa yang sesuai untuk siapkan order.  Ada satu hari tu, buat sandwich menu baru yang menggunakan chicken slice. Subhanallah, dekat 3 jam je buat, tapi lepas tu rina pergi mandi. Lepas-lepas je mandi, terasa macam bau chicken slice kat badan haha. Tatau la kenapa.

Sampai 2 hari la juga macam rasa loya je bau chicken slice lama-lama ni. Naseb baik hari ketiga dah tak dak bau tu. Alahai. Benda ni mengingatkan kisah kawan kerja kfc, badan bau KFC walaupun dah balik mandi tu.

Saja la nak berkongsi kat sini. Jangan marah. Layan aje.


Rina,
Saja sembang suka-suka.

7:49 PTG

Anda Blogger Kering Idea Atau Malas? Jangan Kecam Entry Ini

Anda Blogger Kering Idea Atau Malas? Jangan Kecam Entry Ini
Rata-rata blogger dalam facebook rina ni banyak yang mengeluh taktahu nak update apa, kering idea la itu la ini lah. Sebenarnya, anda sangat bertuah tau. Sebab anda cuma kering idea. Banyak cara nak atasi kering idea ini seperti keluar jalan-jalan, cari someting new, research, tengok gambar-gambar untuk dapatkan idea, menulis apa yang pernah anda bincang dengan kawan dan lain-lain lagi.

Selain tu, banyak lagi boleh dibuat untuk atasi masalah kering idea untuk menulis.  Tapi malang sangat buat rina sebab rina rasa rina ni ada masalah malas update blog. Astagfirulllahalazdhim. Kenapa begini sih? Emangnya rina gak minat mau nulis lagi? OMG. Bukan begitu. Tapi taktau kenapa asyik malas sahaja nak update blog. 

Even buka laptop pun hanya untuk buat kerja je (tak termasuk update blog).  Sebab tu jugalah rina ada tanya pendapat Biters (group kelas online blog) akan cara nak istiqamah update blog setiap hari? Macam-macam juga jawapan yang diterima. Rasa legalah dapat dengar pendapat semuanya.

Image result for macbook on table

Tapi rina rasa rina tahu apa punca rina malas sangat nak update blog. Masyallah, sekarang ni rumah tak berapa selesa untuk menaip, mengadap laptop dan sebagainya sebab rumah tengah renovate. Bila duduk rumah sementara ni, keadaan dia memang tak selesa. Eh eh rina, selama ni pun malas. Ahh sebelum ni sebab rumah tak selesa juga, belum renovate. Adududuh banyak la alasan kau ni rina.

Okey takpala. Sekarang rina cuma nak kembalikan mood berblogging macam rina anak dara dulu. cewahh. Dalam bilik, dalam kelas komputer semua gigih tau berblogging. Sekarang ni lebih patut gigih tapi taktau kenapa malas yakmat. Allahakhbar. Korang tolong doa rina rajin update blog dan bersemangat blogging macam dulu balik ya.

Amin..

Sekian leteran kali ini.



Rina,
Pernah cita-cita jadi blogger terkenal dulu. Ekeke.