RINA ZUL

Rabu, 13 November 2019

Pokok Kaktus Dapat Serap Sinar Radioaktif / Radiasi Laptop Anda

11:21 PTG 2
Pokok Kaktus Dapat Serap Sinar Radioaktif / Radiasi Laptop Anda
Ya, memang betul. Itulah yang dikomen oleh seseorang kawan fb di status sis haritu. Katanya, kaktus dapat menyerap sinar radioaktif atau radiasi dari komputer atau laptop kita. So, masalah pening kepala atau migrain dapat dihalang atau dikurangkan.

Okey dah ingat siapa yang bagitau tu, Puan Lin yang bagitau, letak kaktus di meja supaya sakit kepala dapat dikurangkan. Oh yeahhh a big clappp for Puan Lin.. pap pap pap *Tepuk tangan*



Alhamdulillah, dalam banyak-banyak komen, komen Puan Muda Lin tu yang bernas dan sis cuba buat sekarang ni. Memang dah target nak beli cactus banyak-banyak. Tapi untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat beberapa lagi pokok yang boleh menyerap radiasi. Antaranya adalah pokok lidah buaya, lidah mertua (ni betul ada tau, bukan sis main sebut je), Tanaman Laba-laba dan daun sirih. 

So korang pilihlah nak beli yang mana letak di meja. Sis rasa kaktus yang cantik dan uniklah. Tapi kalau nak meja u all sejuk sejuk sikit, letaklah pokok lidah buaya. Ia dapat menaikkan suasana sejuk dan segar juga. 


Betul Ke Kaktus Dapat Serap Radiasi?




Berbalik kepada topik sebenar, pokok kaktus dapat menyerap sinar radioaktif atau radiasi laptop ini adalah kajian dari NASA. So ada buktinya dan bukan main cakap je okey.  Setelah diselidik dan dikaji, gelombang radioaktif ditarik secara efektif oleh pokok kaktus ini. Ia mempunyai elemen-elemen tarikan gelombang yang selamat. So tak de masalah kalau korang nak letak kaktus sebelah laptop ke, atas meja ke, tepi tangan ke, jangan letak dalam mulut sudah. Tu nak 'pengsan' namanya!

Kaktus atau nama keluarganya adalah famili Cactaceae dimana ia tumbuh dengan masa yang panjang walaupun tiada air. Walau bagaimanapun, korang kena siram air 3 hari sekali je ya. Biarlah ia segar dan hidup dengan aman serta dapat menjalankan tugas menyerap radiasi laptop anda dengan baik.

Selain letak berdekatan laptop, pejabat, dapur, anda boleh letak di ruang tamu atau kebun taman rumah anda juga. Banyak khasiatnya. Cantik pulak tu. Untuk pengetahuan anda, kaktus bukan sahaja dapat serap radiasi dari laptop anda, tapi dari fon anda atau dalam seluruh rumah pun boleh. 

Hebatnya kaktus. Sis ingat nak cari lagi untuk decorasi home office ni. satu je tak cukup tau. Apapun, sis tak pening kepala pula buat kerja mengadap laptop hari-hari sejak ada si kaktus ni!

NIKMATI FRUIT TEA ALA-ALA BABAO TEA DARI AMINA ALAMI - Rahsia Kulit Jelita Rinazul

7:29 PTG 0
NIKMATI FRUIT TEA ALA-ALA BABAO TEA DARI AMINA ALAMI - Rahsia Kulit Jelita Rinazul
Sebagai insan yang sukakan herba, kali ini sis nak cuba herba sunnah pula yang berkisarkan tea atau teh.  Sis pernah cuba Ba bao Tea dari Amina Alami (Seller Online), tapi kali ini sis nak cuba Fruit Tea pula. Oh ya, beza Babao tea dengan fruit tea ni dari segi kandungan dia. Macam babao tea tu dia akan letak flower chrysanthemum, rosebud, longan dan lain-lain lagi. Manakala Fruit tea ni kandungan dia adalah buah epal, strawberry, cherry, redberry, nenas, kiwi, plum, kismis, apricot, halwa kundur, hawthorn dan lain-lain. Ada juga bunga Rozel dalam Fruit Tea ni. 

 

Kurma merah dan goji beri tu adalah tambahan untuk fruit tea dan babao tea, terpulang nak letak atau tak nak, tapi Amina Alami letakkan semua tu sekali dalam kandungan dia. Oh ya, banyak sangat kelebihan minum fruit tea ni. 

Selain menjadikan kulit lebih cantik dan jelita bak rinazul ini, ecewah saja perasantan diri sekejap tu, fruit tea ni memberikan kesan awet muda gitu pada kulit anda. Yelah, apa korang ingat bunga-bunga ni tak de faedah ke? haha. Jangan terkejut tau kalau rina makan bunga rose mawar. Dah suka sangat kan benda semulajadi ni, semua kita rembat. Opps ya ampun, terlari topik pula ni.

Okey, ini adalah kandungan Fruit Tea yang kering punya. So haritu sis minta suami pickup dekat seller Amina Alami ni di Danau Kota, kebetulan dekat je ngan rumah.



Cara Sediakan Fruit Tea:

Mudah je u ollls, tambahkan air panas ke dalam herba fruit tea anda. Kemudian kacau-kacau sehingga agak-agak 3-4 ketul gula batu yang diberi tu hancur. Gula batu tu dah termasuk dalam kandungan fruit tea ni tau, korang tak yah tambah-tambah gula lagi ya. Biar minum gula batu tu je dah cukup sukatan dia. Lagipun fruit tea ni khas juga untuk anda yang nak diet atau jaga badan.



Khasiat Fruit Tea Wajib Anda Tahu


  • Kaya dengan vitamin dan mineral - akan diserap ke kulit dan tubuh badan
  • Kaya antioksidan - Bagus untuk pernafasan kulit dan jantung
  • Mencerahkan dan melindungi kulit dari radikal bebas
  • Menguatkan metabolisma badan - Lebih bertenaga, tak letih sangat setiap hari
  • Membuang toksin dari badan - Mudah diet dan bantu menguruskan badan
  • Mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Tingkatkan kesihatan jantung - Jantung lebih sihat




Kenapa Rina Suka Minum Fruit Tea?

Hallo, ini rutin mingguan rina selalunya tambah-tambah kalau nak diet kan. At least setiap minggu mesti minum Fruit Tea ni. Anggap jela ini saham untuk awet muda kelak atau bantu untuk diet. Ha gitulah. Kita kena jaga makan minum, daripada minuman yang manis-manis aduh tu, baik kita minum herba tea yang buah-buah ni. 

Lepas ni korang boleh cuba Fruit Tea ni memang terbaik, sedap pula tu. Badan pun segar. Rina pun dah nak jadi customer tetap Amina Alami ni ha.

Korang boleh hubungi Amina Alami Atau Dilla di sini.




Pengalaman Ke PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW 2019 Di PWTC

12:37 PG 0
Pengalaman Ke PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH SAW 2019 Di PWTC
Tak pernah dengar suara, tak pernah jalan seiringan, tak pernah ada di zamannya, tak pernah meraguinya, tetapi dialah kekasih kita.. Itulah Al-Amin, Rasulullah SAW.


“ Beruntunglah sesiapa yang melihatku lantas beriman kepadaku dan beruntunglah (diulang perkataan beruntung sebanyak 7 kali) sesiapa yang tidak pernah melihatku tetapi mereka tetap beriman kepadaku.”

-Sabda Rasulullah SAW (HR Bukhari)


Kami bergambar depan Kiswah Pintu Kaabah, Sedangkan sebelum tu macam-macam kami dipertontonkan ketika berada di Pameran Artifak Rasulullah SAW di PWTC 2019 ini.

Sebak melihat Janggut, Rambut, Darah Bekam Rasulullah SAW depan mata sendiri. Beribu tahun lamanya, namun masih terpelihara. Yang tua, berkerusi roda, yang muda turut menangis melihatnya.

Jika ada ibu bapa di sini, bawa mereka. Biar mereka saksikan. Mereka juga rindu Rasulullah SAW. Terharu rina lihat ibu bapa tua yang hanya berkerusi roda dan uzur, semua datang sini nak tengok barangan Rasulullah SAW.




Air Mata mula bergenang tatkala melihat Tapak Kaki Nabi Muhammad SAW yang sebenar-benarnya. Begitu besar dari kita, sangat gagah orangnya. Allahuakhbar. Dengan perwatakannya yang terpuji tiada tandingannya.

Ya, sayu hati melihat lebih 40 artifak Asli Rasulullah SAW di Pameran Artifak Rasulullah SAW 2019 bertempat di PWTC td.




Barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah semua boleh dilihat di Pameran ini. Allahummasollialasaidinamuhammad, waalaalihiwasahbihiwasallam.  Alhamdulillah Allah izinkan, last minit kawan ajak ke sana, sempat kami pergi sana. 

Pertama sekali, kami nampak kiswah kaabah, permaidani Taman Raudhah, memang speechless beb, speechless. Rasa jauh sangat kita hari ini dengan zaman Rasulullah SAW.


Seterusnya, kami melihat sendiri Kunci Makam Ashabul Kahfi yang kisahnya tercatat dalam Surah Al-Kahfi (Ayat 9 - 26) pun dah rasa lain macam.. Selalu kita hanya mendengar kisah Ashabul Kahfi sahaja. Bila tengok kuncinya, terkenang kisahnya kembali.

Barang lain yang kami lihat adalah...


Cop Mohor Rasulullah SAW, Pedang Amr Al-Aas, Bekas air zamzam Rasulullah, Karung air yang sering nabi gunakan, Beras sekecil-kecil yang dicatatkan surah Al-Ikhlas (kami tengok guna teropong disediakan) dan lain-lain lagi di sini.

Sebelum ini, saya pernah menulis artikel berkaitan kisah Al-Fatih yang telah menakluki Constantinopel, kali ini dapat lihat sendiri pedangnya. Oh, itu sangat terkesan. Dapat membayangkan sedikit sebanyak perjuangannya berdasarkan kisahnya.


Malah pedang Ali Bin Abi Thalib dan pejuang lainnya turut dapat kita saksikan. Sejarah Islam sangat menarik untuk dihayati.



Cukup terkesan lagi melihat semua ini:





Antara lain-lain artifak dapat disaksikan di sini adalah:

- Capal/Kasut Rasulullah SAW


- Tongkat Rasulullah SAW


- Serban Rasulullah SAW


- Pedang Muaz bin Jabal


- Pedang Sultan Al-Fatih


- Kiswah Kaabah Merah


- Kiswah Kaabah hijau


- kunci Makam Saiditina Fatimah

- Artifak peninggalan Kerajaan Uthmaniah (kunci, baju perang, tandu, al-Quran Emas kiswah Kaabah, Kiswah Pintu Taubat di mana semua artifak ini merupakan koleksi dari Tanah Arabah seperti Mekah dan Madinah serta negara Yemen dan Turki)

- Busur atau anak panah yg digunakan Rasulullah SAW ketika berperang serta bekas busur yang dihiasi dengan emas dan perak.


- Permaidani di Taman Raudhah

Banyak lagi..




Tapi lebih sebak sekali bila melihat penutup Makam Rasulullah SAW, berwarna hijau, amat harum sekali baunya.


Semua 40 artifak yang dipamerkan termasuk darah bekam Nabi berusia 1400 tahun adalah ASLI – Ia telah dinilai oleh pakar etnologi, Prof Dr Abd Manan Embong.  

Yang nak Melihat Sendiri, Boleh datang ke sini:



Tarikh : 22 Julai – 4 Ogos 2019

Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Lokasi : Dewan Tun Razak, Tgkat 4, PWTC

DAH TERLEPAS? JANGAN RISAU, TIAP TAHUN AKAN BUAT LAGI PAMERAN NI! KORANG LIKE PAGE DIA UTK TAHU TARIKH2 TAHUN DEPAN PULA.

Harga Tiket

Harga tiket:

Dewasa: RM20

Student: RM10

Kanak-kanak : RM5


RIN Sempat Beli ni.. Boleh lekat kat rumah.. tanda kita ingat nabi selalu.. senang nak ajar-ajar anak nanti..








Dalam pameran ini tidak dibenarkan ambil gambar, jadi saya kongsikan apa yang boleh dikongsikan.  Semoga bermanfaat.

Lebih baik pergi sendiri dan lihat. Bukannya gambaran menjadi tatapan, tetapi penghayatan sebenar apabila melihat secara real. Kita akan lebih kenal Rasulullah SAW dan terasa sangat dekat dengannya.

Share jika bermanfaat utk lebih ramai yg tahu dan mendapat kebaikan.
Sebarkan ajaran Baginda sepertimana sabdanya yang bermaksud: “Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat.” (Riwayat al-Bukhari)

Follow IG @pameranartifak




PD OSTRICH SHOW FARM - Tempat Menarik Di Port Dickson Untuk Pasangan

12:19 PG 0
PD OSTRICH SHOW FARM - Tempat Menarik Di Port Dickson Untuk Pasangan
Disebabkan rina nak clearkan segala gambar-gambar yang memberatkan fon memori, maka satu demi satu akan diselitkan menjadi entry di blog ini. Wah gitu! 

Kira macam throwback la jadinya sebab baru nak story kat sini. 29 April 2019 yang lepas, adalah tarikh anniversary Rina dan husband. Kitorang buat pilihan untuk ke Port Dickson sahaja memandangkan itu yang terdekat juga la dengan KL ni sebab suami cuti 2 hari je. Sabtu ahad je ok sedih. 

Jadi bermalam di PD pun satu malam je, ha tak boleh nak lebih-lebih. Lagipun rina asyik masuk Jakuzi je maklumlah bilik ada jakuzi besar. eh, terriak pula. haha. Gurau je. Sebelum pulang ke KL, rina nak melewat-lewatkan masa untuk pulang. Bosan rasanya nak balik KL awal ni, jadi Rina pun google tempat menarik di PD (Port Dickson).

Akhirnya yang macam terdekat juga dengan penginapan kami adalah PD Ostrich Show Farm.  Jadi suami pun kena melayan kehendak isteri dia nak datang ke PD Ostrich Farm ni. Setibanya kami di sini... jeng jeng jeng...

Setibanya di PD Ostrich Farm



Kami terfikir, eh betul ke ni tempatnya. Macam malu pula nak masuk ni. Ramai benar kanak-kanak dan budak tadika ni. Boleh ke orang dewasa datang sini? Bila perhatikan lama-lama, rupa-rupanya ibu bapa yang bawa anak-anak datang sini, eh eh rina.. kau jangan macam-macam rina oii. Memang bolehlah datang sini. Alalala.

So kitorang mendapatkan tiket yang berharga RM 15 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak, tiket berharga RM 10. Selepas menyerahkan tiket untuk masuk ke Farm, kami disapa oleh staff mereka yang menjaga pintu masuk. Sama ada nak beli sayur dan makanan untuk haiwan-haiwan di Farm atau tidak. Kalau beli makanan dan sayur tu, bolehlah beri haiwan-haiwan makan.

Suami beli kedua-dua makanan tu, katanya nak bagi haiwan makan. Okeylah rina pun teruja nak bagi juga si comel ni makan. Untuk pengetahuan anda, bukan ada ostrich je, tapi macam-macam binatang ada kat sini.  Antaranya adalah kambing, lembu, kuda, ostrich (burung unta), burung, ikan, itik dan lain-lain lagi. 


Kami mulakan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mengikut laluan perjalanan yang disediakan. Wah, mula-mula jumpa kambing-kambing yang sangat comel dan kecil. Kat sini pun kami dah bagi makan kambing-kambing tu hehe. tapi macam-macam ragam jugalah time nak bagi makan tu, tambah-tambah makanan yang bulat-bulat tu, mulut kambing kena dekat tangan. geli je rasa.

Kami terus berjalan dan melalui semua binatang. Paling best dan dinanti-nanti, akhirnya sampai juga dekat Cik Ostrich atau burung unta ni. Memang tinggi cik ostrich ni takut-takut disepaknya pula kita ni.  Nasib baik ada cik abang yang bertugas tolong ajar kami cara duduk dekat ostrich dan pegang ostrich. Husband sempat bagi makan ostrich tapi rina dah surrender. Takut ostrich gigit tanganlah apa lah. 


Ok abaikan badan waktu ni, time ni masih belum on diet dan tak jaga makan. Gemuks pulak ohohoh.  Sekarang tidak lagi hokey.. Tunggu gambar aniversary tahun 2020 pula ya.

Selepas puas memberi makan ostrich dan lain-lain tu, kami ke sudut telur ostrich pula. Amboi, akak tu suruh rina berdiri atas telur ostrich. Takut pecah tau. Tapi rina berdiri cepat-cepat je. Dah, taknak diri lama-lama kang tak jadi ostrich pula telur tu. 



Kata kakak tu, telur ostrich ni dapat menampung berat seberat 100kg. ye ke tu? Tak sure la. dah lupa hahah. Nanti kena search balik ataupun korang pergi sana dan tanya dia nanti waktu nak berdiri atas telur tu. 

Okey akhir sekali, ramahlah mesra dengan haiwan-haiwan di situ, dorang memang perlukan kasih sayang dan amat peramah.. Asyik bunyi je panggil orang yang lalu lalang. Kalau datang ke sini, belilah makanan mereka yang disediakan dan beri mereka makan ok. Pasti seronok.

Kenapa sesuai datang dengan pasangan juga?


Kat sinilah anda boleh lihat perangai pasangan anda yang penyanyang dan sukakan haiwan. Malah boleh bermanja-manja dengan pasangan untuk beri haiwan makan. Ececeewah. Takkan menyesallah.

Kalau ada anak, boleh bawa anak-anak ke sini. Dorang pun mesti excited ya amat tu.

Ini Info Berkaitan Ostrich Farm PD

Imej via [Tripadvisor]

Alamat:  Lot 1419, Jalan Perdana 4, Batu 9, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hours: 
Wednesday9:30am–6pm
Thursday9:30am–6pm
Friday9:30am–6pm
Saturday9:30am–6:30pm
Sunday9:30am–6:30pm
Monday9:30am–6pm
Tuesday9:30am–6pm

Jumaat, 8 November 2019

Amalan Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran - Perkongsian Dari Guru Tahfiz

5:59 PTG 0
Amalan Sebelum Dan Selepas Membaca Al-Quran - Perkongsian Dari Guru Tahfiz
Cara membaca Quran ini dikongsikan oleh seorang guru Tahfiz yang tidak disebutkan namanya. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam perjalanan menjadi seorang umat yang berjaya dunia akhirat.

Selama ini kita ambil dan baca Quran begitu sahaja, malah kita lupa adabnya. Sedangkan terdapat amalan yang boleh kita amalkan sebelum dan selepas membaca al-Quran. Mudah-mudahan dengan amalan ini, kita menjadi insan yang dirindui Allah SWT dan Rasulullah SAW. Semoga dipermudahkan ke syurga tanpa hisab juga.

CARA BACA AL-QURAN


📗Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik-bisik dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.

📗Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.


Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri. Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:

📗Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya. 

1. JUNJUNG📗

[Letak atas kepala}
Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita.

2. CIUM📗

Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah ﷺ kerana memberi kita nikmat mendapat satu-satunya pusaka Baginda yang berharga ini.

3. PELUK📗

[Letak di dada dengan erat]
Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat.

Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita.

Amalkan CARA ini InsyaAllah.

Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa.

Wallahu a'lam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.