RINA ZUL

Ahad, 26 Januari 2020

5 Cara Buat Duit Dengan Menulis Sajak


Assalamualaikum wbt.

Hari ini sis dapat request dari hamba Allah yang bertanya bagaimanakah cara buat duit dengan menulis sajak. Selalunya kita dengar cara mudah buat duit adalah dengan menulis artikel dan novel kan? Tapi sebenarnya tulis sajak pun tak mustahil boleh buat duit.

Sebenarnya boleh buat duit, tapi macam mana kita nak tahu siapa yang perlukan sajak atau cara mendapatkan duit dari menulis sajak?

Imej yang berkaitan

Mengikut asas penulisan, perkara penting di bawah ini harus anda ketahui dan ambil peduli:

#1  Bakat Menulis Sajak


Adakah anda mempunyai bakat menulis sajak? Jika ya, Alhamdulillah amat mudah untuk anda ikuti step-step yang seterusnya. Tetapi jika tidak, tak mengapa. Belajar dan cubalah menulis sajak kerana minat yang anda ada. 

Dengan bakat menulis sajak, sajak anda pastinya akan dikenali ramai dan dapat menarik perhatian para pembaca. Betul ke masih ada golongan pecinta sajak dan sanggup beli sajak untuk membaca? Ya, memang ada. 

Kerja anda mudah. Hanya perlu menulis saja sajak anda sekarang!

#2  Mencari Publisher Sajak


Ramai penyajak akan stuck atau terkandas di step ini. Mereka tidak tahu cara untuk publish sajak tersebut atau membuat ia dikenali ramai, dibukukan dan lain-lain lagi. Sebenarnya, amat mudah sahaja untuk mencari publisher.

Senaraikan semua publisher di Malaysia yang menerima sajak atau puisi untuk dibukukan, juga medium surat khabar atau majalah yang memerlukan sajak-sajak anda. Jika anda seorang analisis yang baik, anda boleh temui senarai-senarai publisher berdasarkan bahan bacaan yang anda baca di perpustakaan atau di internet. 

#3  Hantar Proposal


Walaupun anda ingin buat duit dengan menulis sajak bersama pihak publisher, tetapi jangan lupa. Andalah orang pertama yang perlu menghantar proposal atau karya anda untuk mereka.

Namun, pastikan karya anda benar-benar memenuhi syarat mereka. Jika tidak patuhi syarat karya yang mereka inginkan, sudah pasti terang-terang lagi akan direject. Menghantar proposal untuk karya sajak juga adalah seperti novel jika anda inginkan kerjasama dalam tempoh jangka masa panjang.


#4  Secara Online 


Selain merisik syarikat publisher sajak, tidak mustahil anda boleh publish karya sajak anda secara online sahaja dan mendapatkan wang. Anda boleh jadikan ia sebuah karya yang boleh diakses secara online. 

Bermaksud orang ramai boleh baca sedikit karya tersebut di blog anda, nak lebih-lebih, boleh beli sajak tersebut (mungkin boleh dijadikan seperti ebook) sekiranya nak buat produk fizikal.

Ada ke orang nak beli sajak ni? Yes, ada. Target marketing yang betul akan menemui audience yang tepat!


#5  Cari Penyelenggara, Pengarah Majalah Atau Ketua Editor Majalah


Jika ada majalah yang bersesuaian atau program yang bersesuaian untuk diselitkan dengan sajak anda, bekerjasamalah dengan penyelenggara buku, pengarah majalah atau ketua editor majalah.

Mungkin dari perundingan yang anda lakukan, majalah tersebut inginkan karya-karya anda diletakkan di setiap episod atau siri majalah tersebut. Hebat bukan? Anda malah akan terima pembayaran yang lebih banyak dari yang diimpikan.

Hasil carian imej untuk buat duit tulis sajak

Itulah dia 5 cara buat duit dengan menulis sajak. Semoga sedikit sebanyak akan membantu anda dalam mengembangkan perjalanan kerjaya anda. Selamat berjaya!



Sejarah Solat Dan Kisah Disebalik Kewajipan Solat 5 Waktu
Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam dan terbahagi kepada dua iaitu solat fardhu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang sudah baligh dan berakal (waras) sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu dan solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu solat subuh, solat zohor, solat asar, solat maghrib dan solat Isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada (ganti) dan bagi mereka yang musafir, ia merupakan rukhsah (keringanan) yang diberikan, dan harus bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya. Berdasarkan satu petikan hadis :

“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh Nya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepada Nya”


(Hadis Riwayat Ahmad)


Hasil carian imej untuk solat zaman nabi


Sejarah Solat dan Kisah Disebalik Kewajipan Solat 5 Waktu



Kita sudah ketahui apa itu solat dan sekarang, apa kata kita ketahui tentang sejarah solat pula? Mesti ramai di antara anda yang belum tahu tentang sejarah solat bukan? Jom kita lihat sejarah solat bagi setiap waktu:

1. Sejarah Solat Subuh


Sejarah solat subuh terjadi apabila selepas kejadian Nabi Adam A.S. dikeluarkan dari syurga kemudiannya baginda dihantar ke bumi akibat melanggar perintah Allah S.W.T. . Apabila pertama kali Nabi Adam A.S. tiba ke bumi, perkara pertama yang dilihatnya adalah kegelapan dan baginda amat ketakutan.

Namun apabila terbitnya fajar di waktu Subuh, baginda pun solat dua rakaat kerana bersyukur terlepas dari kegelapan malam dan bersyukur kerana siang telah menjelma.

2. Sejarah Solat Zohor


Sejarah Solat Zohor pula terjadi apabila Nabi Ibrahim A.S. bersyukur kerana semasa upacara penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. ditukarkan dengan kibas ketika waktu tergelincirnya fajar. Maka Nabi Ibrahim A.S. bersujud kesyukuran kepada Allah S.W.T. sebanyak empat rakaat.

3. Sejarah Solat Asar


Nabi Yunus A.S. merupakan orang pertama yang solat Asar dan merupakan sejarah solat Asar pertama pada hari dimana baginda dikeluarkan dari perut ikan nun.

Baginda telah dimuntahkan oleh ikan nun pada waktu yang telah hampir waktu Asar di tepi pantai. Kemudiannya, baginda besyukur dan bersembahyang 4 rakaat kerana telah diselamatkan dari perut ikan nun. 

4. Sejarah Solat Maghrib


Sejarah solat Maghrib pertama kalinya berlaku apabila Nabi Isa A.S. dikeluarkan oleh Allah S.W.T. dari kejahilan dan kebodohan kaumnya sendiri. Kejadian waktu itu berlaku pada waktu terbenamnya matahari.

Nabi Isa A.S bersyukur lalu bersembahyang tiga rakaat kerana telah diselamatkan dari kejahilan tersebut.

5. Sejarah Solat Isyak


Sejarah solat Isyak pula berlaku ketika Nabi Musa A.S. tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan.

Dimana ketika ini dadanya dipenuhi dengan rasa kecewa, dan Allah S.W.T. menghilangkan kesemua rasa kecewa Nabi Musa tersebut diakhir waktu Isyak. Lalu kemudian baginda menunaikan solat 4 rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah S.W.T. 

Kita semua ketahui bahawa solat merupakan tiang agama, malah solat juga kunci kepada terimanya semua amalan yang dilakukan dalam mengejar ganjaran pahala dan syurga.


Hasil carian imej untuk solat malam


Solat Waktu Malam


Sebelum solat lima waktu diwajibkan keatas umat Islam, solat pertama yang diwajibkan adalah solat waktu malam. Firman Allah S.W.T. :

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya)”

Surah Al-Muzzammil (Ayat 1 hingga 2)

Kemudian selepas itu, melalui firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Muzammil ayat 20, memberi keringanan dalam kewajipan solat malam dan ianya diganti dengan qiammullail iaitu menghidupkan malam dengan ibadah seperti solat malam, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya. Jadi kita sudah ketahui sejarah solat dari waktu Subuh sehingga waktu Isyak. Jom kita ketahui pula kisah disebalik kewajipan solat 5 waktu.

Solat lima waktu telah diwajibkan keatas umat nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan penutup kepada segala nabi dan rasul serta penghulu kepada segala para sekalian nabi (anbia’). Jika dibandingkan dengan para nabi sebelumnya, proses solat dilakukan atas beberapa faktor.

Namun ibadah yang diwajibkan ke atas umat rasulullah S.A.W. diterima oleh baginda secara terus daripada Allah S.W.T. dan pada asalnya Allah memerintahkan untuk solat adalah sebanyak 50 waktu sehari semalam.


Ketika Peristiwa Israk Dan Mikraj


Kisah disebalik asalnya kewajipan solat 5 waktu ini terjadi pada peristiwa Israk dan Mikraj. Didalam peristiwa ini, rasulullah bukan sahaja menerima perintah kewajipan bersolat, namun baginda berpeluang berjumpa dengan para nabi dan rasul terdahulu malahan berkesempatan juga berbual dengan para nabi-nabi terdahulu.

Rasulullah S.A.W. juga diperlihatkan dengan manusia yang menanggung azab kerana ingkar dengan perintah Allah serta betapa nikmatnya mereka yang patuh kepada perintah Allah.

Dalam peristiwa ini, rasulullah S.A.W. telah dibawa ke Sidratul Muntaha. Sidratul Muntaha terletak melepasi garisan langit ketujuh dan hanya boleh dilepasi oleh Rasulullah S.A.W. sahaja.

Pada asalnya, solat yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada Rasulullah SA.W. adalah 50 kali sehari semalam, namun apabila tibanya dilangit ke enam, Rasulullah bertemu dengan Nabi Musa A.S. yang menasihatkan supaya bertemu kembali dengan Allah S.W.T. bagi meminta untuk mengurangkan lagi waktu solat kerana umat rasulullah S.A.W. adalah umat yang lemah untuk solat sebanyak 50 kali sehari semalam.


Rasulullah menerima nasihat itu lalu baginda pun kembali menghadap Allah S.W.T. untuk meminta pengurangan jumlah solat 50 waktu. Lalu kemudiannya Allah mengurangkan jumlah 50 waktu kepada 40 waktu.



Lalu Rasulullah kembali turun ke lapisan langit keenam untuk bertemu Nabi Musa A.S. namun Nabi Musa A.S mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi dan begitulah seterusnya berulang kali sehingga jumlah tersebut berkurangan menjadi 5 waktu. 

Selepas perintah itu ditetapkan menjadi 5 waktu, Rasulullah turun bertemu Nabi Musa dan Nabi Musa mencadangkan lagi agar jumlah waktu itu dikurangkan lagi namun baginda Rasullullah S.A.W. berasa amat malu memohon keringanan berulang kali kepada Allah SWT dan baginda redha dan akur menerima perintah solat 5 waktu sehari semalam.

Kemudian, baginda pun kembali ke bumi dengan membawa perintah Allah untuk solat 5 waktu sehari semalam dan pada awalnya kewajipan bersolat, semua waktu solat hanya diwajibkan dua rakaat sahaja kecuali Maghrib iaitu tiga rakaat. Namun selepas baginda berhijrah ke Madinah, Rasulullah S.A.W. mendapat wahyu supaya pada waktu solah zohor, asar dan isyak ditambah kepada empat rakaat.



Kesimpulannya, solat itu mempunyai rahsia yang tersendiri yang kesannya boleh dirasai jika seseorang itu melakukannya dengan penuh ikhlas dan semata-mata kerana Allah dalam mencari keredhaan dari Nya.

Solat dapat membentuk jati diri kita kearah peribadi yang lebih mulia, menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat serta membentuk diri menjadi seorang yang lebih ikhlas dalam melakukan ibadah. Mulai saat ini, marilah kita memperbaiki solat kita ke arah yang lebih baik agar segala amalan kita diredhai oleh Allah S.W.T.

Bolehkah Buat Duit Dengan Menulis? Jom Capai 5K Sebulan
3 tahun lalu, saya ditawarkan menulis sebagai ghostwriter untuk salah sebuah organisasi sedangkan saya belum ada apa-apa pengalaman. Dengan menulis dan mempelajari cara menulis dari pengasas organisasi tersebut, Alhamdulillah saya dapat berkecimpung dalam kerjaya tersebut pada masa itu.

Sewaktu itu, saya baru sahaja berhenti kerja dengan alasan untuk memulakan bisnes. Tetapi, perlu himpun sedikit modal dulu. Jadi, saya gunakan kerjaya menulis ini sebagai cara buat duit setiap hari. Apabila menulis dengan organisasi tersebut, bayaran penulisan dikira mengikut bilangan artikel yang ditulis.

Lama kelamaan, permintaan artikel semakin tinggi dan akhirnya mereka membayar gaji saya secara basic bulanan. Maksudnya, berapa pun artikel yang ditulis, ada basic gaji yang diberi. Ada kelebihan dibayar secara basic iaitu, tetap akan ada duit gaji setiap bulan. Itu kelebihannya. Tapi dari segi kekurangan, masa kita terhad untuk jumlah pendapatan sebegitu sahaja.

Imej yang berkaitan

Contohnya, jika anda menulis 40 artikel sebulan dan dibayar RM 2,000? Apakah itu berbaloi. Bergantung kepada berapa patah perkataan artikel tersebut pula. Tapi andai kata jumlah itu terlalu banyak dan anda hanya buat duit sedikit, itu adalah kekurangannya. Setakat ni, paling sikit saya tulis adalah artikel yang jumlah 200 patah perkataan.

Hampir setahun selepas itu, tidak banyak lagi permintaan, syarikat itu membayar saya secara freelance pula mengikut kerja yang diberi. Alhamdulillah secara tidak saya sedari, jika digabungkan dengan projek penulisan atau syarikat yang lain, jumlah pendapatan dari hasil menulis sahaja sudah mencecah RM 4,000 - RM 5,000. 

Lantas saya teringat akan sebuah buku yang ditulis oleh Aqif Azizan iaitu Rahsia Penulis yang menceritakan bagaimana buat duit RM 1,000 sebulan dengan menulis. Hari ini, daripada jumlah RM 1,000, RM 2,000,  RM 3,000 dan akhirnya saya berjaya buat duit RM 5,000. Itupun setelah diaplikasi apa yang diajar dalam buku tersebut hanya dua bulan. Ditambah pula dengan usaha gigih siang dan malam (Maklumlah, waktu tu dah tak bekerja).


Apabila pernah buat duit sebanyak 5K sebulan hanya dengan menulis, itu akan membuatkan kita berusaha lebih gigih lagi dan teruskan cara yang pernah digunakan. Jika tidak istiqamah, mungkin pendapatan kita pada bulan seterusnya adalah berbeza dari bulan ini.

Tapi selepas setahun menulis, saya sedar bahawa menjadi Freelance adalah sangat menyeronokkan. Kita mampu dapatkan berapa jumlah pendapatan kita berdasarkan usaha dan kerajinan kita, tetapi rahsia utama adalah pandai dan bijak mencari peluang! 

Menjadi penulis freelance atau ghostwriter juga tidak membolehkan kita hanya duduk diam dan menunggu bulan jatuh ke riba. Kalau nak menanti hanya duduk saja, memang tak masyukkk dan tak masuklah. 

Alhamdulillah, after 3 years, semuanya berjalan lancar dan go really well.  Kalau dulu, kita fokus buat duit dengan menulis untuk RM 1,000 sebulan, tapi kini dah tahu banyak cara dan dah boleh buat lebih dari tu. 

Nanti rina akan kongsikan Tips dan Cara Cari Peluang Untuk Dapatkan Job as Freelance Writer pula. Kalau nak tahu langkah pertama nak mula dan buat duit dengan hanya menulis, baca ebook feveret rina di bawah ini:


Sabtu, 25 Januari 2020

15 Cara Mengembalikan Mood Bekerja Hari Isnin
Aduh, malasnya nak pi kerja setiap kali hari isnin! kannn? Siapa tak pernah ada perasaan malas dan gentar sebegitu. Tidak ada satu sebab pun, tapi perasaan tu tetap hadir pada hari ahad. Kalau boleh, ahad tu dah tak bermaya dah sebab asyik fikirkan esok hari isnin.

Sis pun pernah ada rasa macam tu, Masyallah, memang rasa malas sangat dan tak ada mood nak pi kerja hari isnin tu. Tambah-tambah pagi isnin tu, bila bangun tidur je, dah rasa malas dan terpaksa pergi kerja. 

Tak fikir pasal apa nak buat di tempat kerja lagi, kalau fikir pasal tu pasti rasa stress yakmat. Aduhai. Rina rina, kenapalah selalu rasa macam ni. Masalahnya, bukan sis sorang je rasa macam ni, korang pun rasa macam tu kan?


Hasil carian imej untuk kerja isnin


JANGAN RISAU...


Rupa-rupanya terdapat cara mengembalikan mood bekerja hari isnin ramai yang patut cuba. Dengan cara ini, mungkin korang akan rasa perbezaan mood dulu dan sekarang setiap kali hari ahad atau nak melangkah ke kerja pada hari isnin tu.

Fuhhh, Apakah cara mengembalikan mood bekerja hari isnin? Jom lihat dan teruskan baca di bawah.


Imej yang berkaitan


#1 Fikirkan Matlamat Anda


Ya, cuba anda fikir bahawa anda akan naik pangkat atau jadi pekerja terbaik. Pasti anda berasa amat bersemangat untuk ke pejabat bukan? Dengan mempunyai 1 matlamat, ia dapat mengembalikan mood bekerja hari isnin anda dengan mudah. 

Terinspirasi untuk bekerja pada hari isnin tanpa malas, tetapi lebih bersemangat semula. Anda juga akan mula berfikir apa kerja yang akan anda lakukan pada hari isnin tersebut.

#2 Nak Pujian Bos


Ini memang membuatkan anda sedikit perasan dan macam nak angkat bakul sendiri je. Bila fikirkan nak buat sesuatu yang terbaik supaya dapat pujian dari bos, automatik anda akan rasa nak pergi kerja isnin tu.

Rasa tak sabar nak ke kerja dan buat yang terbaik. Inilah rahsianya. Kita fikir nak jadi yang terbaik dan dapat pujian dari bos! Inilah cara mengembalikan mood kerja hari isnin anda.


#3 Berfesyen Gaya Baru


Jika anda suka berfesyen, mencantikkan diri ataupun memakai tudung yang pelbagai jenis cara atau fesyennya, pasti anda tak sabar nak ke kerja esok. Sebab dapatlah anda memperagakan fesyen tudung terbaru anda.

Bagi mereka yang suka mekap pula, cara mengembalikan mood bekerja hari isnin ini boleh anda lakukan dengan mengaplikasikan cara mekap yang berbeza. Tak sabar lah tu nak ke kerja, sebab nak mekap-mekap gaya lain pula hari ni kan?

Imej yang berkaitan


#4 Fikirkan Ganjaran Yang Akan Diperoleh


Jika betul-betul rasa malas nak ke kerja setiap isnin dan tiada mood, fikirkan semula apakah ganjaran yang akan anda peroleh. Sebagai contoh, anda boleh fikirkan bahawa gaji sehari anda adalah RM 120 sehari. Jadi, nak tak nak, anda harus terus ke kerja pada hari isnin tersebut! Nak dapat basic salary yang cukup, kena jaga attendance sebaiknya.


#5 Makan Banyak-Banyak 


Makan banyak-banyak pada pagi hari tersebut. Pastikan anda sarapan sama ada nasi lemak, nasi goreng atau apa sahaja yang anda mahukan. Jangan biar perut kosong. Makan banyak-banyak dapat menggembirakan hati seseorang menurut fakta. Jadi, tak perlu risau, makan banyak-banyak merupakan cara mengembalikan mood bekerja pada hari isnin.


#6  Menonton Video Atau Hiburan


Sebelum ke kerja, tontonlah hiburan seperti video lawak, parodi, baca komik online dan sebagainya asalkan ia membuatkan anda terhibur dan tergelak pada pagi itu. Apabila gembira atau tertawa, hormon tubuh akan dirembes dan membuatkan anda bersedia serta bertenaga untuk ke kerja sepanjang hari tersebut.


#7 Bangun Awal


Bangun awal dapat mengembalikan mood bekerja untuk hari isnin. Jika anda bangun awal, anda akan ada masa yang lama untuk bersedia sebelum ke kerja. Malah, anda boleh solat subuh, tahajud dan baca Al-Quran untuk santapan rohani juga.


Imej yang berkaitan


#8 Bersyukur Dan Percaya Pada Rezeki Allah SWT


Syukurlah anda diberi peluang untuk ke kerja lagi. Terapkan dalam diri akan keyakinan terhadap rezeki yang diberi Allah SWT. Pasti tiada lagi alasan untuk anda bermalas-malas ke tempat kerja pada hari isnin.


#9 Berbual Dengan Orang Positif


Jika rakan positif, berbuallah dengan mereka. Pasti nasihat dan ayat-ayat positif yang akan anda dengar. Sekiranya kurang pasti siapa yang bersikap positif, apa kata anda buka sahaja Youtube dan tonton video motivasi dan inspirasi mereka yang berjaya.


#10 Senaraikan List To Do


Sebelum mula kerja, jika boleh dari malam sebelumnya, anda harus senaraikan list to do atau apa kerja yang perlu anda buat esok. Senaraikan dalam kiraan: 1,2,3 dan seterusnya. Hal ini penting bagi memudahkan anda melihat tidak sukar dan tidak banyak rupanya kerja harus anda lakukan. Dengan cara ini, pastinya dapat mengembalikan mood kerja hari isnin buat anda.


#11 Bersihkan Workstation


Jangan lupa bersihkan tempat kerja anda terutamanya workstation anda. Pastikan meja dan kerusi dalam keadaan yang baik, bersih dan kemas. Kalau boleh, hiaskan atau letakkan gambar dan doa harian untuk mengindahkan lagi mood anda ketika bekerja.


Imej yang berkaitan

#12 Selesaikan Masalah Kerja Anda


Ada orang tiada mood ke kerja pada hari isnin kerana mempunyai masalah kerja. Apakah masalah anda? Kenal pasti hal itu, kemudian selesaikannya dengan bercakap atau berbincang dengan supervisor, team leader atau kawan-kawan anda jika perlu. 

Percayalah, setelah masalah tersebut diatasi, pasti mood kerja anda akan elok dan seronok bekerja walaupun hari isnin.


#13 Bersedia Dari Jumaat Lepas


Ya, anda harus bersedia dari jumaat lepas lagi. Barulah tidak nervous untuk ke kerja pada isnin seterusnya. Jika tidak bersedia, anda akan celaru memikirkan terdapat kerja tertunggak dan masalah yang belum diselesaikan.


#14 Enjoy Hujung Minggu


Enjoy pada hujung minggu adalah cara mengembalikan mood bekerja hari isnin ramai tak tahu. Enjoylah sepuas-puasnya pada hari anda bercuti! Dengan itu, jiwa anda akan menerima bahawa jika hari bekerja, anda juga harus bekerja sungguh-sungguh.


#15 Tidur Awal, Jangan Lambat


Jika tidur awal, pasti akan segar dan bangun awal. Jika tidur lewat, anda bukan saja kurang oksigen, tetapi mood juga tidak menentu. Bagaimana mahu lalui hari pertama bekerja? Pastikan anda tidur awal dan cukup tidur okey!

=-=-==-=-=

Itulah dia 15 cara mengembalikan mood bekerja pada hari isnin yang anda harus tahu. Jangan main-main, ikuti cara-cara ini supaya anda benar-benar suka bekerja dan tidak lemah lagi setiap isnin! 

Rinazul,
Bercakap dari pengalaman.

Sanggupkah Anda Habis RM 500 Untuk Seekor Kucing? Beby Citam.
Kenangan dahulu takkan boleh dikembalikan. Apa yang kita nak, tak mungkin akan berlaku seperti dulu. Ia boleh jadi lebih baik lagi daripada dahulu ataupun sebaliknya. Sebenarnya aku menyesal atas kematian Beby Citam, kucing kesayanganku sewaktu tinggal di rumah bujang (Sewa) dulu. 

Mungkin salah aku sebab aku tak care dan tak jaga dia sejak aku bawa dia ke penang. Asalnya untuk balik raya sahaja, tapi aku tinggalkan dia tak bawa ke KL lagi. Dia suka ramai kawan kucing kat penang. Dan aku assume dia suka duduk penang. Tapi akhirnya dia hilang begitu sahaja tak lama lepas tu. Tak tahu hidup, mati atau diambil orang. 

No photo description available.

Namun, menyesal tiada gunanya, hanya Al-Fatihah dapat aku iringi. Inilah beby citam yang sedia menemani aku di saat aku kesunyian, suka duka sepanjang duduk rumah bujang dulu. Even rumah tu macam menakutkan pun, cicitam ni sedia bersama aku di bilik. Ohhh i really miss that moment!

Kucing ni memang sangat-sangat pembersih. Sangkar dia aku pasang dan letak tepi pintu bilik aku tetap tak ada bau. Dia sangat mesra pasir, suka mandi, tak busuk langsung. Hari-hari tidur atas katil dengan aku. Kadang-kadang dia tidur tepi katil aku, dalam katil dia. Ini gambar katil dia. How so sweet kan?

No photo description available.

May 22, 2016

Memang kenangan sangat. Hidup aku hampir 2 tahun bersama beby citam. Siapa tak rindu. Tiap kali aku balik kerja dan belum buka pintu bilik, dah dengar suara miow miow dia tu. Sebelum ke kerja aku dah letak susu, air kosong, makanan lembik dan makanan bulat. Ha, 4 pinggan tuh! 

Balik kerja, semua makanan licin. Kuat makan budak kecik comel ni. Ini aku belikan khas untuk dia asah kuku dia dalam sangkar tu.


No photo description available.

Ya Allah, rindu aku kat Citam ni bila aku tengok barang-barang dia. Barang mainan dan lain-lain ni memang khas aku beli kat dia. Bila dia dah tak ada, sungguh aku rasa kehilangan tu. Rasa tu macam rasa hilang anak. Sungguh. Bila tengok je mainan, beg kucing, semua benda yang aku beli untuk dia ni, memang rasa sedih sangat. Kenapalah citam dah pergi dariku selamanya.

No photo description available.

Citam in the house. Comelnya budak ni.

No photo description available.

Aku masih ingat, Bf aku (tunang dan suami sekarang) teman aku ke kedai kucing di Gombak semata-mata nak beli barang nak buat persiapan untuk ambil dan bela citam. Kat kedai kucing tu memang aku spend RM 500 semata-mata nak bagi yang terbaik untuk citam. Time tu pula memang rezeki komisen kerja bank masuk, aku memang peruntuk RM 500 untuk barang-barang kucing.

Selesai beli barang, kami pergi ambil citam. Ya Allah, rasa dia tu macam dapat anak tau!

dan sekarang..

Citam dah tak ada.

Tak apa. Mungkin Allah nak hadirkan sesuatu yang lain yang dapat membahagiakan aku.  Apapun aku redha. Citam tetap dalam hati aku. Always my beby.