RINA ZUL

Ahad, 26 April 2020

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini
Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Mereka ditanam di Kota Madinah. Malahan, dikatakan Kurma Ajwa ini merupakan kurma yang paling terkenal di seluruh dunia dalam kalangan muslimin muslimat.

Ciri-Ciri Kurma Ajwa


Kurma Ajwa berwarna coklat yang sangat gelap dan hampir hitam warna. Kurma Ajwa kaya dengan banyak nutrien. Tekstur kurma Ajwa ini agak lembut dan berair dan rasa manisnya tetap dikekalkan. 

Inilah beberapa sebab kenapa kurma Ajwa ini merupakan kurma nombor satu di seluruh dunia. Rasanya boleh dikatakan sebagai sederhana manis dan lembut. Selain itu bila kita mengunyahnya, terasa seperti satu tekstur yang sedang mencair didalam mulut kita.

Kurma Ajwa muda pula berwarna merah dan terdapat jaluran berwarna emas yang tiada pada kurma lain. Ukuran saiz kurma Ajwa pula tidaklah terlalu besar ataupun kecil. Bentuknya pula lebih kearah bentuk bulat.

Khasiat Kurma Ajwa


Rasanya yang sedap bukan sahaja salah satu manfaat yang anda dapati dari kurma Ajwa ini. Kurma Ajwa dibekalkan dengan nutrien dan juga boleh dianggap sebagai ‘powerpack nutrien’. Walaupun saiznya tidak besar namun ia mengandungi banyak nutrien dan vitamin yang bermanfaat. 

Kurma ini juga mengandungi protein, karbohidrat, serat pemakanan dan lemak yang sihat. Soal vitamin pula, kurma Ajwa diperkaya dengan vitamin A, B6, C, E dan K. Mereka juga mengandungi karotenoid yang merupakan sebahagian daripada keluarga vitamin A dan hebat untuk penglihatan. 

Antara kandungan vitamin lain yang terdapat dalam kurma Ajwa termasuk folat, niacin, thiamine dan riboflavin. Kurma ini juga mengandungi kalsium, kalium, magnesium, phosophorus, natrium, besi, zink, tembaga, mangan dan selenium. Sekarang kita ketahui kenapa pengembara padang pasir sering membekalkan kurma Ajwa ini dalam perjalanannya bukan?


Kelebihan Kurma Ajwa


Ia tidak mengejutkan bahawa dengan kandungan bahan berkhasiat, vitamin dan mineral, kurma Ajwa mempunyai banyak kelebihannya. Berikut adalah beberapa kelebihan yang terdapat dalam kurma Ajwa:

1 - Membantu Proses Pencernaan 


Bulan puasa ini memang mudah untuk kita terkena sembelit atau sukar untuk mencerna makanan. Ianya adalah disebabkan  oleh kekurangan air pada waktu siang hari dan waktu makan yang berubah. Amat digalakkan untuk mengamalkan memakan kurma Ajwa pada bulan puasa.

Terdapat pelbagai kandungan serat yang terdapat di dalamnya. Ianya juga didapati berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik.

2 - Meningkatkan Kesihatan Jantung


Selain menggalakkan kesihatan usus besar, kurma Ajwa juga baik untuk meningkatkan kesihatan jantung kita. Eloklah dimakan sekiranya kita seorang yang sangat sibuk dan tiada masa untuk bersenam atau menjaga kesihatan tubuh badan.

3 - Anti-radang 


Antioksida di dalam kurma Ajwa ini dapat membantu melindungi tubuh kita dari jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung dan bersifat anti-kanser. Kurma Ajwa ini juga kaya dengan magnesium dan mineral.

Ia amat dikenali dengan kelebihannya dalam anti-radang. Kurma Ajwa mempunyai ciri-ciri anti-radang yang paling tinggi, sama dengan ubat-ubatan komersial seperti aspirin atau ibuprofen.

4 - Mengurangkan Tekanan Darah 


Magnesium telah digunakan untuk membantu menurunkan tekanan darah. Dan kita ketahui, kurma Ajwa amat diperkaya dengan mineral ini.

5 - Risiko Strok Dikurangkan  


Penyelidik mendapati risiko strok dikurangkan sebanyak 9% untuk setiap 100 miligram magnesium yang digunakan setiap hari.

6 - Kehamilan Yang Sihat 


Satu kajian menunjukkan bahawa memakan kurma Ajwa pada kehamilan dapat membantu proses kelahiran dan kurangnya risiko caesar

7 - Meningkatkan Kesihatan Otak 


Sesetengah kajian mendapati tahap vitamin B6 yang mencukupi dikaitkan dengan peningkatan prestasi otak dan skor ujian yang lebih baik.

8 - Kesihatan dan Kekuatan Tulang 


Jumlah mineral yang banyak dijumpai pada kurma Ajwa menjadikannya makanan super untuk memperkuat tulang dan melawan penyakit yang menyakitkan dan melemahkan seperti osteoporosis.

9 - Gangguan usus 


Kandungan nikotin semulajadi dalam kurma Ajwa dianggap amat baik untuk menyembuhkan pelbagai jenis gangguan usus.

10 - Anemia 


Kurma Ajwa mempunyai warna gelap apabila dikeringkan, kerana kandungan mineralnya yang tinggi. Walau bagaimanapun, tahap besi yang banyak menjadikannya makanan tambahan yang sempurna untuk orang yang mengalami anemia.


11 - Penambah Tenaga 


Kurma Ajwa tinggi gula yang semulajadi seperti glukosa, fruktosa, dan sukrosa. Oleh itu, ia adalah makanan ringan yang sempurna untuk menambahkan tenaga.

12 - Mengekalkan berat badan yang sihat 


Kurma harus dimasukkan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Ianya terdiri daripada gula, protein dan banyak vitamin penting.

13 - Kesihatan Sistem Saraf 


Vitamin yang terdapat pada kurma Ajwa menjadikan ia satu rangsangan yang ideal untuk kesihatan dan fungsi sistem saraf. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan kelajuan dan kewaspadaan aktiviti otak.

14 - Sesuai untuk pesakit diabetes


Apa yang uniknya tentang kurma Ajwa adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya. Gula tersebut hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi. Gula yang didapati dalam Kurma Ajwa adalah lebih bermanfaat, terutamanya bagi pesakit diabetes tahap ke 2.

15 - Khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu


Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga yang secukupnya untuk para wanita. Pada bulan puasa kita sering lihat iklan di kaca televisyen, ramai yang kongsikan resepi campuran kurma. Antaranya kurma oat, air rendaman kurma, jus susu kurma, jus bandung kurma dan sebagainya untuk ibu mengandung dan menyusu.

Secara saintifiknya, pakar juga mendapati bahawa kurma Ajwa ini dapat membantu ibu meningkatkan susu badan dan melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan pelbagai jangkitan.

16 - Membantu Kesuburan


Kurma Ajwa dapat meningkatkan kesuburan pada wanita ataupun kesuburan kaum lelaki. Kurma Ajwa yang sangat sesuai untuk kesuburan biasanya yang masih dalam keadaan setengah matang atau dalam keadaan masih muda. Kurma Ajwa muda berwarna merah yang cerah dengan kulit luarnya terdapat seperti goresan berwarna emas macam tulisan kaligrafi. 

Selain Kurma Ajwa yang muda, sebenarnya kurma muda dari jenis lain juga berkhasiat untuk kesuburan wanita ataupun lelaki. Antaranya seperti jenis kurma barhee yang berwarna kuning ataupun hijau. Kurma jenis-jenis lain pun boleh juga namun yang paling terbaik adalah kurma Ajwa.

Kandungan dalam kurma Ajwa yang dapat meningkatkan kesuburan iaitu dengan adanya hormon botosin yang berperanan meningkatkan kesihatan Rahim. Kurma Ajwa juga dapat meningkatkan kualiti sperma pada kaum lelaki. Hal ini disebabkan dalam kurma tersebut mengandungi estradiol dan flavonoid dalam jumlah yang banyak.

Harga Terkini Kurma Ajwa


Di Malaysia, harga kurma Ajwa dikatakan memang agak mahal, iaitu mencecah lebih RM100 atas gred dan kualiti. Ianya disebabkan oleh permintaan yang tinggi di pasaran seluruh dunia berbanding dengan jenis kurma lain. Jadi jika anda menemui harga kurma Ajwa yang lebih murah, sila berhati hati kerana dikhuatiri kurma tersebut adalah tiruan ataupun dicampur dengan kurma yang lain.

Sekarang ini, kurma Ajwa ini bukan hanya terdapat di Madinah. Sekarang ini, banyak negara yang berjaya menanam kurma ini sehingga berbuah. Antara negara tersebut adalah Thailand, Indonesia, Afrika, Negara Timur Tengah dan juga negara barat.

Kesimpulannya, buah kurma secara umum mempunyai pelbagai khasiat yang telah terbukti oleh pelbagai kajian seluruh dunia. Ianya juga telah disebutkan dalam al-Quran. Jadi, tak perlu risau jika kita hanya makan kurma biasa kerana ia juga mengandungi pelbagai jenis khasiat dan kebaikan yang tersendiri.

KURMA AJWA ASLI MADINAH VIP PREMIUM
[KELUARAN RIHURA]


Jangan terkejut kalau anda dapati buah kurma Ajwa VIP Premium Rihura ini sangat besar dan sedap, ia memang fresh! Banyak testimoni dan feedback pelanggan sangat berpuas hati sehingga telah repeat order lebih dari 5 kali.

Asli dari ladang Tanah Madinah, bersaiz besar cukup mengenyangkan, gizi dan nutrisi yg sangat hebat (cepat kenyang 2-3biji pun). Paling menakjubkan khasiat Kurma Ajwa Asli Madinah ini:
.
☑️ Hindari segala jenis penyakit dan racun (jadikan amalan makan ajwa ini) 
☑️ Tingkatkan tenaga sepanjang hari bekerja
☑️ Sesuai utk ibu mengandung, wanita ikhtiar hamil 
☑️ Banyakkan susu badan
☑️ Suburkan kaum lelaki
☑️ Kuatkan rambut, tulang dan gigi
☑️ Lebatkan rambut anak
☑️ Meransang pertumbuhan minda dan otak
☑️ Anak lebih cerdas dan bijak
☑️ Menghalang racun dalam badan
☑️ Mengeluarkan santau,sihir, penyakit misteri, buatan org dari tubuh
☑️ Melancarkan sistem pencernaan dan lawas
☑️ Penuhi nutrisi tubuh badan (kuatkan antibodi)
☑️ Meningkatkan stamina utk ibu mengandung bersalin

Hadis Sahih: Siapa yg memakan kurma ajwa 7 biji pada pagi hari, maka tidak akan terkena racun/sihir pada hari tersebut.

Kurma Ajwa juga dikatakan berasal dari syurga, penawar penyakit tersembunyi ramai tak tahu. Elok sangat utk diamalkan seharian oleh anak2, isteri dan keluarga kita.


BRAIN BOOSTER - Baik utk minda dan daya ingatan/ pembelajaran
ENERGY BOOSTER - Stamina dan tenaga sesiapa sahaja yg makan kurma Ajwa
MILK BOOSTER - Susu badan bertambah, anak pun bertambah kenyang.

JOM MERASA KURMA AJWA ASLI MADINAH VIP PREMIUM DATES🎉😍

100gm - RM 15
200gm - RM 28
300gm - RM 40 
500gm - RM 60
1 kg - RM 110


Jom beramal dengan Ajwa Asli Madinah. Semoga dilimpahkan rezeki kesihatan berpanjangan buat semua.

KLIK Wasap segera utk fast respond:

Rabu, 11 Mac 2020

50 Kelebihan Makan Jamu Wanita Wajib Ambil Tahu!
Jamu.. Jarang sekali kita jumpa wanita yang betul-betul amalkan jamu dan ikut petua nenek dahulu kala. Adapun mereka ini sudah makan produk jamu yang dipasarkan di luar sana, bukanlah jamu asli seperti dahulu. Namun, khasiatnya kebanyakannya adalah sama selagi mana bahan-bahan yang digunakan sama dan cara penghasilan jamu tersebut tidak melibatkan bahan kimia, bahan luar asing dan lain-lain lagi.  Pendek kata, segala khasiatnya masih kekal dalam jamu tersebut.

Hasil carian imej untuk jamu

Sekarang ni dah macam-macam produk jamu dijual di luar sana, tapi wajiblah kita pilih yang terbaik. Sama juga caranya bagaimana nak pilih produk kesihatan wanita terbaik dan selamat di pasaran

Sebelum tu, korang perasan tak kenapa minah-minah indon ni macam cantik-cantik, i mean diorang ni macam gebu-gebu dan mantap-mantap sikit ah.Haha. Maaf ye bahasa wow sangat. Salah satu sebabnya adalah mereka ini mengamalkan makan jamu atau herba.

Khasiat herba ni bukan kaleng-kaleng tau. Kalau dikaji secara sainstifik, ia berfungsi sebagai ubat juga, penawar ya juga malah energy booster pun ada.  Macam-macam lagilah. 

Sis akan tunjukkan kepada korang kelebihan makan jamu yang wanita harus tahu.  Terdapat 50 kelebihan makan jamu yang korang sendiri takkan sangka dan mungkin tak tahu. Jom lihat satu persatu.

Hasil carian imej untuk jamu

#1  Wajah makin Awet Muda
#2  Menaikkan seri wajah 
#3  Mengurangkan kedutan serta garis-garis halus
#4  Bersifat anti-oksidan yang melambatkan penuaan wajah
#5  Melicinkan kulit sekaligus mencantikkan rupa paras
#6  Menurunkan Berat Badan
#7  Buang lemak berlebihan dalam badan
#8  Buang angin dalam badan
#9  Buang kolestrol badan
#10 Mengatasi masalah haid tidak teratur

#11  Mengurangkan sakit senggugut 
#12 Bantu atasi masalah kurang subur
#13 Mengurangkan masalah Keputihan
#14 Melancarkan Peredaran Darah
#15 Melancarkan peredaran darah dan menyingkirkan radikal-radikal bebas
#16 Menguatkan daya tahan badan serta sistem imunisasi 
#17 Meningkatkan Tenaga Dalaman, Luaran Dan Tenaga Batin
#18 Membuang Toksid Dalam Badan
#19 Mencuci perut dan seluruh tubuh.
#20 Meningkatkan Susu Ibu (bagi sesetengah herba)

#21 Mencegah Kekeringan Dan Menguatkan Otot Dalaman
#22 Menyihatkan dan menyalurkan zat aset wanita (Punggung Dan Payudara)
#23 Merawat jerawat, jeragat dan parut wajah
#24 Mengurangkan gula dan kolestrol dalam darah
#25 Mencegah penyakit mata dan tubuh badan
#26 Mengatasi bau badan dan bau Miss V
#27 Baik untuk kesihatan jantung
#28 Badan lebih ramping dan cantik
#29 Kecutkan rahim dengan baik (bagi yang lepas bersalin)

#30 Buang sisa darah pada rahim (bagi yang lepas bersalin)
#31 Anti kanser
#32 Anjalkan kulit tubuh badan
#33 Mengatasi kentut vagina
#34 Merapatkan otot vagina 
#35 Mengatasi sakit atau rasa tak selesa ketika hampir menopous
#36 Mengatasi atau mengurangkan rasa sakit ketika bersama
#37 Meningkatkan libido atau nafsu syahwat
#38 Mengatasi sembelit
#39 Menguatkan rahim
#40 Mematangkan telur untuk pensenyawaan (Bergantung kepada herba/jamu)

#41 Besarkan payudara dan punggung
#42 Payudara lebih tegang
#43 Menghilangkan gatal-gatal Miss V
#44 Menegangkan Miss V
#45 Mencerahkan puting payudara
#46 Elak perut kembung
#47 Elak rahim bengkak atau kembang (akibat cyst atau penyakit berkaitan)
#48 Melembabkan Miss V (atasi masalah miss v kering)
#49 Mengurangkan luka dalaman seperti pendarahan luka @ haid berpanjangan
#50 Mengurangkan luka luaran seperti jerawat dan sebagainya

Banyakkan kelebihan makan jamu yang ramai tak tahu ni, lepas dah tahu ni, korang boleh decide nak makan jamu atau tak. Sebab jamu tiada paksaan, nak kata sesuai atau tidak dengan tubuh badan. Insyallah sesuai. Tapi pastikan jamu tu benar-benar elok, selamat dan tidak ada bahan kandungan kimia yang lain.

Hasil carian imej untuk jamu pueraria mirifica

Ada je orang buat jamu sendiri, banyak je cara yang boleh korang buat sendiri tapi berbeza-beza juga kandungan dan bahannya. Terpulang pada korang nak letak apa. Macam sis, sis minat sangat jamu berasaskan herba pueraria mirifica. 

My god! Pueraria mirifica punya kesan adalah pada payudara dan punggung, ha mantap gitulah jadinya. Dulu breast macam budak tingkatan 2, sekarang dah macam amateurrrrrkahkah ... normallah. Takmau cakap lebih kahkah. 

Okeylah itu cuma feedback selepas sis cuba Jus Aimra'a yang merupakan minuman botanical delima, kurma, pueraria mirifica. Kenapa sis tak makan jamu biji atau kapsul, sebab macam sis cakap tadi, lain orang lain badan. Badan sis cepat panas makan jamu biji, jadi penyelesaiannya adalah Jus Aimra'a. Sebab ia dalam bentuk cecair, cepat meresap, tak perlu panas badan dan sebagainya.

Memang elok sangat untuk yang nak tubuh badan ideal, sebab sis ni nak diet. Bila minum jus ni, dapat bantu sis kawal makan dan dapat tubuh idaman setiap wanita. hehe.

Maklumlah delima kan penuh antioksida terbaik untuk kulit, jerawat dan sebagainya. Kurma pula beri tenaga.. Pueraria mirifica pula membentuk payudara dan punggung jadi cantik dan besar. Opss takat tu jee kang kata sis promote pula hehe.

Antara feedback yang sis terima dari beberapa pelanggan sis juga adalah:



No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.


JOM BACA JUGA:

Kalau korang nak tanya pasal Jus Aimra'a, boleh direct wasap sis juga [KLIK WHATSAPP]

Selasa, 10 Mac 2020

REZEKI DATANG BERTALU-TALU SELEPAS AMAL DOA PENDEK INI
Pernah tak rasa down atau jatuh sehingga tidak punya apa-apa? Kita masih mampu makan, hanya diuji dengan kesusahan seperti hutang, anak sakit, tidak ada duit pada hujung bulan, tak cukup itu ini.. Pendek kata, memang ujian dan kita rasa itu dugaan. Pasti pernah alaminya kan?

Tambah-tambah kalau kita ni bekerja yang tak tetap, gaji tiap bulan tak sama. Bisnes pula ada naik turunnya bagi orang yang ada bisnes sendiri atau memang menjana pendapatan mengikut komisen. Tidak juga dinafikan walaupun bekerja makan gaji, tetap ada orang yang sering merasa 'tak cukup'.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa dan mengapa? Itu semua tidak penting, selagi kita tahu usaha itu berkat, halal dan kita usaha sebaik-baiknya. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana nak buat rezeki datang bertalu-talu?


REZEKI DATANG BERTALU-TALU KERANA AMALAN

Ya, amalan sangat penting dalam hidup kita. "Kerana 80% dari kejayaan kita hadirnya daripada amalan kita juga berbanding usaha" (berdasarkan kata Founder Nurraysa, Puan Aini Zulkepeli).

Antara amalan yang menjadi kepentingan atau utama untuk menjemput rezeki datang bertalu-talu dalam kehidupan kita seharian juga adalah DOA.

Terdapat banyak doa yang boleh kita amalkan untuk memjemput rezeki atau menjadikan rezeki datang bertalu-talu. Antaranya adalah doa-doa pendek yang terkandung dalam Al-Quran. Selama ini, kita sedia maklum bahawa Al-Fatihah pun dapat memudahkan kita jemput rezeki, tetapi berbeza situasinya dengan setiap doa dan fadhilat yang kita inginkan. 

DOA HARUSLAH JELAS DAN TEPAT

Doa yang kita bacakan perlulah jelas dan tepat maknanya dengan apa yang kita nak. Jika nak rezeki melimpah ruah, amalkan doa berkaitan rezeki. Jika nak rezeki zuriat, amalkan doa yang sesuai dan begitu. Tapi kebanyakan doa membawa fadhilat yang sama yang bagi namanya 'rezeki' cuma ia tidak khusus dan spesifik, rezeki apa. Sama ada, duit, kesihatan, kebahagiaan dan lain-lain lagi.


DOA REZEKI DATANG BERTALU-TALU

Jom amalkan beberapa doa rezeki datang bertalu-talu ini. Semuanya adalah doa-doa pendek yang juga terkandung di dalam Al-Quran.

DOA #1 REZEKI DATANG BERTALU-TALU 

Innahaza larizzkuna maalahu minnafaad



DOA #2 REZEKI DATANG BERTALU-TALU 

Ya Razzaq Dzulquwatil Mateen Urzuqni

Image may contain: text that says "DOA PENAMBAH REZEKI (Yaa razzaq dzul quwwatil matiin) Wahai Dzat pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kokoh (QS. Adz-Dzariyat [51] : 58) (Urzuqni) Berilah hamba rezeki"

Boleh amalkan 2 doa pendek tersebut untuk rezeki datang bertalu-talu, namun jangan lupa juga amalkan doa Nabi Yunus ini supaya mendapat keampunan atas dosa-dosa lalu kita dan dipermudahkan urusan yang akan mendatang.

lailahailla anta subhanaka inni kuntu minadzolimin

Image may contain: one or more people and text

Semoga bermanfaat. Terima kasih membaca. 

Selasa, 3 Mac 2020

11 Cara Menjadi Wanita Bekerjaya Idaman Lelaki
Dulu sebelum berkahwin, prinsip i cuma satu iaitu nak jadi wanita bekerjaya. Wah wah wah. Bukan sebab i nak lelaki bekerjaya, tetapi sebab i suka bina career dan berfikiran jauh. Nak jadi wanita bekerjaya idaman lelaki ni tak susah jika korang betul-betul ikut tips ini. 

Banyak orang acah-acah kaya, tapi hujung bulan tak cukup duit, ikat perut semua. Sebenarnya itu bukanlah berjaya atau kaya. Sekalipun bukan jua bekerjaya. 

Cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki yang boleh kita usahakan bukanlah susah. Asalkan kita semua sanggup untuk berubah menjadi wanita yang bekerjaya serta diidam-idamkan. 


Wanita Bekerjaya Bukan Sekadar Yang Kerja Di Luar Rumah

Oh ya, nak bagitau ni, wanita bekerjaya bukanlah yang hanya bekerja di luar tetapi tak terkecuali mereka yang bekerja dari rumah ya. Dulu Rin tak tahu yang orang duduk rumah ni boleh jana RM 2,000, RM 5,000, RM 10,000 pun ada weyh! lebih terkejut lagi, jutawan pun ada yang terjadi dengan hanya bekerja dari rumah. 

"Senangla sebab dorang buat bisnes"

Sayang sayang sekalian, kalau dorang buat bisnes pun, diorang pun bermula dengan tiada apa-apa, tiada ilmu, tiada modal. Jangan ingat orang berbisnes ni dah memang kaya, ada ilmu dan modal. Semua tu sedikit demi sedikit kalau ada rezeki pastinya mereka grab.

Wanita Bekerjaya Mengikut Pendapat Ramai

Terdapat banyak pendapat yang berbeza berkaitan dengan wanita bekerjaya idaman lelaki ni. Kalau ditanya dari ramai pihak, jawapan pun ada tahap-tahap dia. Jom kita lihat antara jawapan-jawapan orang lain.




1. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai pangkat dan pengaruh dalam pekerjaan dan syarikatnya.

2. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai kareer yang kukuh dan gaji yang lumayan atau bagus.

3. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai perniagaan dan bekerja dengan income yang lumayan.

4. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai duit sendiri, pandai cari duit, ada kereta, rumah, aset dan sebagainya.

5. Wanita bekerjaya adalah wanita yang bekerja apapun, asalkan bekerja dan ada gaji sendiri.

6. Wanita bekerjaya adalah wanita yang selalu sibuk dengan kerjanya ke sana sini.

7. Wanita bekerjaya adalah wanita yang pandai jana income tak kiralah bekerja di rumah atau di luar sekalipun.

8. Wanita bekerjaya adalah business women.

9. Wanita bekerjaya adalah suri rumah sepenuh masa yang berjaya.

So korang rasa wanita bekerjaya tu apa? Apa pendapat korang mengenai wanita bekerjaya? Korang salah satu wanita bekerjaya atau tidak?

Hasil carian imej untuk WANITA BEKERJAYA

Jika tidak, penting ya untuk berubah sebab dalam hidup ini kita kena terus maju, maju dan maju ke hadapan. Biarpun kita hanya surirumah di rumah, tapi surirumah pun boleh jadi wanita bekerjaya tau.

Lagipun, suami atau kekasih memang tak kisah siapa kita, tapi Allah dah beri ruang dan peluang untuk kita ubah diri menjadi lebih baik. Ha, sebelum terceramah panjang, jom lah kita tengok cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki.

Mungkin lepas ni suami lebih hormat, sayang, sanjung dan berbangga dengan wife dia ni. Silap-silap wife dia lebih bekerjaya dari laki dia. Walau macam mana pun, jauh dari sudut hati, lelaki akan mengagumi wanita yang bekerjaya. Sungguhpun mereka tak akui dengan anda, tapi itulah dihati kebanyakan lelaki.

 Cara Menjadi Wanita Bekerjaya Idaman Lelaki



#1  Punyai Visi Misi Yang Jelas

Jangan lupa, visi dan misi dalam kehidupan perlu ada, bukan sahaja dapat pekerjaan dan perniagaan.  Untuk diri sendiri pun u all kena fikirkan apa yang u all nak. Visi maksudnya apa prinsip yang korang pegang yang akan dilaksanakan untuk mencapai kejayaan.

Misi pula adalah apa yang korang nak. Target dan pencapaian yang korang inginkan. Contohnya, Misi saya adalah nak income sebanyak RM 10,000 setiap bulan. Jadi, kena gunakan visi utk work ke arah itu. 

So visi saya adalah Menjadi seorang blogger, dan seller yang dikenali ramai serta berpengaruh. Jadi dari situ korang akan fikir apa strategi yang korang nak buat. Kalau nak dikenali, buatlah personal branding. Kalau nak sales mencanak naik, start bina team sales. Itu contoh okey.


#2  Berdikari

Bagi sesetengah lelaki, wanita berdikari yang pandai bawa kereta sendiri, keluar rumah beli barang sendiri, ke sana sini sendiri, jaga diri sendiri, bawa anak-anak jalan sendiri.. Semua tu dia anggap kita dah berdikari. Dengan menjadi seorang yang berdikari, secara automatik mereka juga mudah nampak kita sebagai seorang wanita yang bekerjaya.

#3  Menguruskan Masa Dengan Bijak

Wanita bekerjaya sebenarnya adalah mereka yang bijak urus masa. Yang tahu apa yang penting dan tidak penting. Selalu ada dateline dalam menyiapkan sesuatu kerja biarpun ia kerja rumah. Mereka juga takkan mudah membuang masa.

Contohnya, waktu berehat menonton TV, mereka akan makan, bersama anak dan lain-lain lagi. Jadi, masa lain boleh melakukan hal yang lain pula.

Hasil carian imej untuk DUIT BANK BANYAK

#4  Ada Simpanan Dalam Bank

Yes, tidak dinafikan bahawa cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki adalah kita kena ada simpanan duit dalam bank. Tapi jangan pula keluarkan duit tu untuk bercinta dan menunjukkan korang orang yang have have.  Nehi sama sekali!

Simpanan duit dalam bank tu adalah simpanan duit korang yang perlu disimpan untuk masa depan. Maksudnya wanita bekerjaya ni mempunyai simpanan kewangan. Bukanlah terbiar begitu sahaja. So apa lagi, mulai sekarang kita kena menyimpan betul-betul. Boleh juga guna untuk kecemasan nanti.

#5  Kewangan Yang Kukuh

Mempunyai kewangan yang kukuh juga merupakan cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki. Bukanlah sebab laki senang tak perlu support kalau kita banyak duit. Tetapi kewangan yang kukuh atau gaji yang bagus ni adalah bukti anda seorang wanita bekerjaya, anda berdikari, anda boleh beli barang apa yang anda nak sendiri.

#6  Pandai Berkomunikasi

Cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki juga adalah wanita perlulah pandai berkomunikasi, tak kisahlah dengan mak mertua, sedara mara, jiran tetangga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. 

Cara komunikasi juga menunjukkan betapa kita beradap, sopan dan boleh membina hubungan yang baik dengan semua orang. So kalau rasa kurang bab ni, kita boleh improve banyak lagi. Insyallah.


#7 Mempunyai Idea Di Luar Kotak

Suami atau pasangan pasti suka jika kita seorang yang idealistik, mereka akan nampak kita ini bijak. Jika ada apa-apa yang perlukan cadangan atau maklumat, idea yang kita berikan tu haruslah idea yang difikirkan dari luar kotak. Pasti lelaki akan terpegun dan berfikir bahawa kita ini bijak hehehe.

Hasil carian imej untuk WANITA SERBA BOLEH MASAK KERJA

#8  Rajin Dan Serba Boleh

Jika kita seorang yang berbakat atau serba boleh, memasak boleh, basuh baju boleh, menulis boleh, bercakap boleh, baca Quran boleh, berniaga boleh, mencipta sumber rezeki untuk keluarga pun boleh beri idea pada suami. Sudah pasti itulah ciri-ciri wanita bekerjaya. So jangan ingat wanita bekerjaya ni adalah yang duduk dipejabat sahaja. Zaman sekarang sudah berubah. Asalkan kita rajin dan serba boleh.

#9  Berfikiran Jauh

Jadi seorang yang berfikiran jauh juga merupakan cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki ramai tak tahu. Dengan berpandangan jauh, kita akan mendapat ilham dan melihat masa hadapan, apa yang akan berlaku jika kita tidak berusaha, tidak buat itu dan ini. Nampaknya kita kena fikir panjang dan luas mengenai masa depan diri, keluarga dan juga mereka yang terdekat dengan kita. Insyallah kita berjaya.

Lagipun, maksud kejayaan bagi sesetengah orang adalah 'kita berjaya buat orang lain juga berjaya'. 


#10  Sangat Pembersih Dan Prihatin

Dengan menjadi seorang wanita yang pembersih dan prihatin, itulah sikap utama yang menampakkan kita seorang yang lain dari yang lain daripada orang lain. Ha gitu, dalam sungguh maksudnya.

Kebersihan sangat penting, tak kisah lah kalau orang kata kita ni OCD ke apa ke, tapi kalau kita prihatin dan pembersih, rezeki mudah masuk, rumah lebih kemas dan tersusun. Pendek kata semuanya elok dan sempurna. Tapi jangan terlalu jadi sempurna sebab tak pernah ada orang yang sempurna dalam hidup ini.

#11 Tidak Tinggal Solat Dan Tanggungjawab 

Solat adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT manakala tanggungjawab terhadap suami, anak dan keluarga juga jangan kita lupa.  Salah satu cara menjadi wanita yang bekerjaya adalah tidak tinggal solat dan kewajipan. 

Jika tanggungjawab terhadap Allah kita sempurnakan, Insyallah tanggungjawab terhadap manusia amat mudah bagi kita. Wanita bekerjaya adalah mereka yang mampu menjalani tanggungjawab sebagai seorang anak, ibu dan isteri. Setuju tak?

Hasil carian imej untuk WANITA SERBA BOLEH MASAK KERJA

Cara menjadi wanita bekerjaya tidaklah sukar kalau kita boleh lakukan semua tips yang telah dikongsikan tadi.  Cuma jangan percaya, tapi korang buat je. Insyallah, yang baik-baik akan berlaku sebab korang dah sememangnya jadi wanita bekerjaya. Mudah-mudahan. Aamiin.


NAK BINA PERNIAGAAN DARI RUMAH TANPA MODAL? KLIK GAMBAR DI BAWAH:



Jom baca juga: