RINA ZUL

Sabtu, 15 Ogos 2020

Cara Dan Kelebihan Buat Bisnes Dropship

Tahukah anda apa maksud bisnes dropship? Dropship merupakan salah satu cara untuk mendapatkan wang daripada pembekal produk dengan mudah tanpa banyak benda yang kita perlu buat. Caranya adalah dengan mendapatkan pelanggan daripada rumah atau dimana sahaja tempat anda berada dan kemudiannya memberitahu maklumat pelanggan kepada pembekal produk. 


Anda tak perlu post barang, cukuplah promote barang dan dapatkan pelanggan sahaja.


Biasanya para dropship ini tidak memerlukan stok barangan simpanan di rumah mereka. Mereka juga tidak memerlukan untuk membungkus ataupun mengepos produk. Apa yang mereka perlu hanyalah melaporkan segala butiran maklumat pelanggan kepada pembekal produk macam yang kita perkatakan tadi.


Kini, menjadi dropship sangat cukup mudah. Kita hanya perlu mencari pembekal produk dan mendaftarkan diri sebagai dropshipper produk mereka. Dari segi pendaftaran dropship pula biasanya tidak dikenakan sebarang caj dan percuma. Namun, setiap syarikat biasanya meletakkan syarat-syarat yang berbeza.


Cara Memulakan Karier Sebagai Dropship


Sebelum anda memulakan karier sebagai seorang dropship, anda harus ketahui cara-cara yang amat menguntungkan dropship. Ini adalah cara-caranya:-




1. Cari Pembekal Yang Ada Kredibiliti


Untuk menentukan kejayaan dropshipper biasanya peranan tersebut dimainkan oleh pembekal. Sekiranya pembekal mempunyai kredibiliti yang baik, maka dropshipper juga bakal mendapatkan keuntungan juga.


Jika pembekal mempunyai masalah dari segi mendapatkan stok ataupun barangan, dropshipper juga akan terkena tempiasnya. Jadi, pastikan anda bijak dalam mencari pembekal yang berkredibiliti tinggi.


2. Perlu konsisten


Cara dan kelebihan buat bisnes dropship juga adalah kita harus konsisten dan fokus pada tujuan utama anda. Nak lagi mantap, pilih hanya dua hingga tiga produk dropship sahaja. Pasti ianya akan mudah diuruskan. Fokus dan konsisten promote sahaja kuncinya.


3. Atur Strategi Pemasaran


Nak lagi menguntungkan, kita harus memasarkan produk-produk di media sosial, blog dan juga di website. Ianya untuk menarik pembeli bagi membeli produk yang diiklankan. Makin ramai pembeli, maka makin banyak wang yang akan kita dapat daripada supplier produk tersebut.


Kelebihan Buat Bisnes Dropship


Tahukah anda, dengan membuat bisnes dropship ini juga terdapat banyak kelebihannya. Paling utama adalah dengan menjadi dropship, anda tidak perlu pening kepala untuk menguruskan stok produk. Tugas anda hanyalah mempromosi produk tersebut sehingga ianya terjual dengan banyak.


Selain itu, risiko juga sangat rendah. Ianya kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya barangan tersebut tidak laku ataupun tidak terjual.


Menjadi dropship juga membuatkan anda bebas bekerja di mana sahaja tanpa perlu memikirkan tapak niaga. Sambil mengasuh anak pun boleh buat bisnes dropship ini juga tau!


Kesimpulannya, untuk menjadi seorang dropship tidaklah terlalu susah. Anda hanya memerlukan usaha yang gigih untuk mempromosikan sesuatu produk. Kejayaan palling best Dropship adalah apabila mendapat pelanggan, dapat komisen dan dapat rileks tanpa perlu pergi pejabat post, bungkus barang dan lain-lain. Mudah dan seronok sangat kan!


JOM JADI DROPSHIP RIHURA SEKARANG!


Pengambilan Dropship Rihura bagi produk Kurma Ajwa Asli Madinah telah dibuka. Jika ada antara anda yang berminat untuk menjadi Dropship Rihura, sila klik Gambar di bawah untuk kami bantu.








Jumaat, 7 Ogos 2020

Harga Kurma Ajwa Asli Madinah Yang Berpatutan Dan Mampu Milik
Assalamualaikum Wbt. Hai semua, Alhamdulillah sempat juga untuk sis update harga Kurma Ajwa Asli Madinah yang menjadi tanda tanya ramai orang ni. Mana tak nya, lepas je bulan puasa haritu sampai sekarang, ramai dah mula amalkan makan kurma ni. 

Asbab merasa sample kurma Ajwa Nabi ni, ramai dah jatuh cinta dengan kurma ni. Kalau nak tahu, Rihura adalah jenama bagi perniagaan yang menjual Kurma Ajwa Asli dari Madinah. Kalau brand lain atau yang tak ada brand, korang kena hati-hati beli. Takut itu kurma ajwa dari iran, yaman dan bukan Madinah yang original. Sebabnya sekarang ni terlalu banyak kurma palsu. Serius tak tipu.

Kurma palsu bermaksud dia claim dari madinah sedangkan pokok kurma tu ditanam di tempat lain dan tak sama pun ciri-ciri kurma tu macam Kurma Ajwa Asli Madinah. Korang boleh baca juga ciri-ciri Ajwa Madinah yang original

kurma ajwa madinah

Gambar di atas ini adalah kurma Ajwa Asli Madinah Original dari Rihura Herbs. Nampak tak garis-garis di bahagian kurma tu. Sangat unik dan hebat kan ciptaan Allah SWT. Kalau korang rasa, memang pasti takkan tolak. Ingat semua jenis kurma sama ke? Padahal Ajwa Madinah ni adalah antara kurma yang paling sedap di dunia. Ia juga digelar kurma Nabi atau Kurma Bangsawan. Kalau nak cerita kelebihannya, memang banyak sangat-sangat tak terkata.

Jom kita lihat sekali imbas kelebihan dan kebaikan atau manfaat Kurma Ajwa Asli Madinah:


KELEBIHAN KURMA AJWA ASLI MADINAH


harga kurma ajwa

  1. Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). 

  2. Baik

  3. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.

  4. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.

  5. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.

  6. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.

  7. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

  8. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

  9. Menambahkan susu badan

  10. Baik untuk kesihatan keluarkan racun dalam badan.

  11. Menambah penghasilan sel darah merah.

  12. Baik untuk kesihatan jantung.

  13. Menambahkan tenaga.

  14. Meningkatkan kesuburan.

  15. Baik untuk sistem pencernaan/penghadaman badan

  16. Mencegah penuaan, kecantikkan kulit dan awet muda.

  17. Memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh


Rasulullah SAW bersabda :


«مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ سُمٌّ وَلاَ سِحْرٌ»


Barangsiapa yang makan tujuh biji KURMA 'AJWA diwaktu pagi (sebelum sarapan dalam keadaan perut kosong), maka pada hari itu ia akan terhindar dari racun dan sihir."

(Hadis Sohih Riwayat Bukhari No.5445 dan Hadis Sohih Riwayat Muslim No.2047 dan yang lainnya)


HARGA KURMA AJWA ASLI MADINAH (RIHURA)

Saiz Ajwa VIP Premium adalah lebih besar berbanding saiz-saiz ajwa gred yang lain.
Harga kurma Ajwa Asli Madinah Gred VIP Premium adalah seperti berikut:

kurma ajwa rihura

harga kurma ajwa



harga kurma ajwa


PACKING KURMA AJWA ASLI MADINAH RIHURA

Sangat mudah dibawa ke mana sahaja dan senang disimpan. Sesuai juga dijadikan hadiah kepada kawan-kawan, saudara mara dan orang tersayang.  Selain khasiatnya yang sangat hebat, Ajwa Madinah ini juga sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak sehinggalah warga emas.



Jom dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) Sekarang. 

NAK LEBIH JIMAT, JOM GRAB PROMOSI DI BAWAH:


KLIK WASAP DI SINI



Jumaat, 10 Julai 2020

20 Punca Susu Badan Kurang | Sebab Susu Badan Kurang
Kebanyakan ibu menyusu pasti kecewa jika gagal mengeluarkan susu yang banyak untuk bayi. Tambah-tambah bayi yang baru lahir dan memang perlu susu badan. Banyak punca susu badan kurang yang ibu-ibu tak sedar.

Namun, tak perlu risau sebab banyak juga cara untuk tingkatkan susu badan anda.  Penting sekali untuk kita ketahui apakah punca yang mungkin menyebabkan susu badan berkurangan.

Tanpa ketahui puncanya, maka sukarlah kita ketahui cara atasinya.  Jom lihat antara punca susu badan kurang dan gagal memberi rangsangan kepada tubuh untuk mendapatkan pengeluaran susu yang banyak. 




1.  Tidak Menyusu Dengan Cara Yang Betul


Pastikan bayi mendapat posisi menyusu yang tepat dimana bibirnya melekap pada puting payudara dengan betul. Antara posisi menyusu boleh anda cuba adalah cross cradle, rugby hold, sleep hatch dan juga cradle hold. 

2.  Selalu Stress Atau Tertekan


Tekanan perasaan akan menyebabkan kurangnya susu badan.  Ia kerana ransangan hormon akan terganggu dan menyebabkan badan tidak bersedia menghasilkan ransangan pengeluaran susu badan yang banyak.

3.  Susu Lambat Keluar


Punca susu badan kurang juga adalah kerana susu lambat keluar, memang ada jenis badan yang lambat keluar susu apatah lagi baru nak mula menyusu. Sabar dulu, kalau anda terus stress, makin lambat lagi susu nak keluar.

4.  Jarang Beri Susu Badan Untuk Anak

Jarang beri susu badan untuk anak juga merupakan salah satu punca susu badan kurang yang harus anda ketahui. Semakin kurang ransangan kita keluarkan susu badan, makin kurang. Jika selalu kita beri susu badan dan ransangnya keluar, maka susu akan cenderung lebih banyak.

5.  Tisu Kelenjar Tidak Mencukupi

Masalah tisu kelenjar tidak mencukupi sering berlaku bagi mereka yang memiliki payudara kecil atau mengecil. Ia merupakan faktor yang terjadi kepada sesetengah orang sahaja. Tisu kelenjar tidak mencukupi ini juga dikenali dengan nama hypoplastic breast atau failed lactogeneses.

6.  Anatomi Payudara Luar Biasa


Apa yang dimaksudkan dengan anatomi payudara luar biasa? Untuk pengetahuan anda, sekiranya keadaan payudara anda aneh seperti putih leper, besar, terkeluar, panjang atau lain-lain lagi yang pelik, kemungkinan ia merupakan sebab kenapa susu badan kurang. 

Tetapi tak perlu risau, anda boleh pam sahaja susu badan. Pasti ia akan keluar sedikit demi sedikit.


7.  Gangguan Hormon


Gangguan hormon adalah sebab utama dimana susu badan kurang keluar.  Banyak sebab kenapa hormon ibu-ibu terganggu, mungkin dari aspek pemakanan, fizikal dan mental semuanya turut merupakan punca susu badan kurang.

8.  Mengambil Ubat Berbahaya 


Ramai tak sedar bahawa mereka makan ubat berbahaya, ubat yang tak sesuai atau pun suppliment luar yang tak sesuai dengan tubuh badan. Sebaiknya elakkan makan ubat yang tidak penting dan tidak perlu.

9.  Faktor Pemakanan Tidak Seimbang

Penting untuk mengambil makanan yang seimbang dari segi karbohidrat, protein, kalsium, fiber dan sebagainya. Jika terkurang keperluan nutrisi dalam tubuh badan anda, ia akan memberi kesan pada pengaliran susu badan.

10.  Ambil Pil Perancang


Umum tahu bahawa pil perancang akan digunakan bagi merancang jarak kehamilan bagi anda yang baru sahaja mengandung. Tidak salah mengambil pil perancang, tetapi kesannya juga adalah dapat mengurangkan susu badan.



11.  Kurang Minum Air

Air adalah elemen penting dalam proses penghasilan susu badan. Salah satu punca susu badan kurang adalah kerana air dalam kurang. Sekurang-kurangnya anda harus minum 6-8 gelas sehari. Jika menyusu, seeloknya amalkan air masak dan makan buah kurma.

12.  Toksin Dalam Badan


Tahukah anda, toksin dalam badan yang terdiri daripada radikal bebas dan bakteria yang terhasil akan menyebabkan hormon terganggu? Akibatnya, toksin ini turut menghalang daripada ransangan susu badan dihasilkan. Ia merupakan antara punca susu badan kurang ramai tak tahu.

13.  Jarak Masa Mengepam Susu Terlalu Lama

Susu akan lebih berkurang jika kita jarang mengepam susu atau menyusukan anak. Ia bermaksud jarak masa susukan bayi tidak perlu terlalu lama. Jika bayi belum menyusu lagi, pam susu dan simpan. Jarak masa mengepam susu terlalu lama merupakan punca susu badan kurang.

14.  Mengandung

Mengandung merupakan penyebab kenapa hormon susu badan menjadi rendah.  Semasa mengandung, zat dan nutrisi diperlukan sangat banyak dalam tubuh badan. Apabila mengandung, sudah pasti segala zat diperlukan untuk bayi membesar. Justeru, punca susu badan kurang tanpa kita sedari adalah mengandung.

Punca Lain Susu Badan Kurang:


15.  Berat Badan Terlalu Tinggi

16.  Kencing Manis

17.  Masalah Tiroid

18.  Gangguan Fasa Luteal

19.  Sindrom Polycystic Ovary



CARA TINGKATKAN SUSU BADAN YANG BERKESAN



Sedar atau tidak, rupa-rupanya makanan untuk tambah susu badan atau tingkatkan susu badan dengan berkesan, susu meriah sekali bagi ibu menyusu adalah dengan mengamalkan buah syurga iaitu Kurma Ajwa Asli Madinah. Kurma Ajwa keluaran Rihura adalah certified original ditanam di Madinah. So lepas ni tak perlu risau pasal kurma ajwa yang tak tahu dari mana.

Kurma Ajwa Asli Madinah daripada Rihura sangat berkesan meningkatkan susu badan kerana zat dan khasiat kurma ajwa original yang di tanam di Madinah. 

Kurma ajwa premium segar mampu milik ini sangat trusted dan menjadi pilihan ramai. Oh ya, jom tengok macam mana kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura ni mampu untuk tingkatkan susu badan ibu menyusu.



Ini kisah Puan Wiza dari Penang, beliau merupakan 3 orang anak. Anak kedua masih menyusu. Dan anak ketiga pun sama. Alhamdulillah selepas melahirkan anak ketiga, susu badan sangat mudah, meriah dan mengalir dengan banyak cukup mengenyangkan anak. Katanya, dari 1 oz naik sehinggalah 3 hingga 4 oz. Banyakkan! Alhamdulillah, asbab amal makanan sunnah Ajwa Madinah Rihura.
 




Ini pula kisah Puan Anisah. Beliau baru melahirkan anak dan terus mengamalkan ajwa asli Madinah juga. Pada mulanya terfikir untuk cari suplimen meningkatkan susu badan, tapi alhamdulillah beliau terbuka hati nak cuba makanan sunnah kurma Ajwa yang dikatakan terbaik untuk ibu menyusu ini. 

Selepas mencuba ajwa madinah Rihura, Alhamdulillah susu badan memang meriah katanya. Malah, tiap kali sebelum susukan anak, beliau akan amalkannya. Menjadi rutin hariannya berserta anak-anak yang lain juga untuk amalkan. Sehingga sekarang, Puan Anisah menjadikan rutin pemakanan sihat kurma Ajwa madinah original sedap dan segar ini buat seluruh ahli keluarganya terutamanya anak-anak dan ibu nya.





Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura ini juga sangat berpatutan dimana korang boleh dapatkan serendah RM 10 (100g), sehinggalah 1 kilo. Pilih jer ikut bajet atau kemampuan anda. Jom lihat senarai harga Kurma Ajwa Asli Madinah di bawah.


Nak tahu lebih lanjut / pertanyaan atau nak dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura, Klik Wasap di SINI.


MILKBOOSTER ORGANIK SUNNAH UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN


Selain dari Mengamalkan kurma ajwa asli Madinah, korang yang teringin nak minum minuman organik untuk banyakkan susu badan, boleh juga amal minum milkbooster organik ni. Jom tengok Milkbooster sunnah ini juga. 



MILK BOOSTER SUNNAH

  • Selamat dan bahan semulajadi
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Mengandungi pelbagai zat, vitamin dan khasiat
  • Makanan semulajadi tanpa kimia, pengawet, pewarna dan sebagainya.
  • Makanan tambahan semulajadi untuk semua 

KANDUNGAN MBS

  • Longan Kering
  • Red Rose
  • Kurma Merah
  • Goji Berry 
  • Berry Hitam
  • Gula Batu (Pilihan)
  • White Fungus
  • Barli
  • Halba
  • Kurma Ajwa
  • Buah Aprikot, Kismis
  • FREE Aprikot Seed



SESUAI DIMINUM OLEH

  • Ibu Berpantang (Normal & Ceaser)
  • Ibu Menyusu
  • Ibu Mengandung
  • Wanita Haid Tak Teratur 
  • Wanita Senggugut
  • Pesakit Darah Tinggi / Kencing Manis
  • Individu Mengalami Sembelit
  • Lemah Badan Dan Ingin Kuatkan antibodi


KHASIAT MBS


  • Menghasilkan susu badan dengan meriah dan pantas (Tinggi Potassium)
  • Memekatkan susu badan
  • Menguatkan tenaga tubuh badan
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Melancarkan darah (Darah melahirkan & haid)
  • Melambatkan penuaan (Anti-aging)
  • Sesuai untuk ibu hamil (Mudahkan proses bersalin)
  • Mengurangkan panas badan
  • Mengatasi kencing kotor
  • Mengurangkan tekanan darah & Mengawal tahap gula
  • Kuatkan ketahanan badan, Tingkatkan fungsi seksual
  • Boost tenaga, Banyakkan susu badan
  • Menghilangkan senggugut
  • Mengatasi haid tak teratur
  • Lebih awet muda (Kaya Antioksidan)
  • Mengurangkan sembelit

Harga:  

1 Set MBS - RM 26 (Free Gift Any Sample Organic Food)
3 Set MBS - RM 75 (Free Gift Aprikot Seed + Sample Organic Food)
5 Set MBS - RM 120 (Free Gift Shaker Bottle + Sample Organic Food + Aprikot Seed)

SET MILKBOOSTER 7 PACK RM 13, 30 PACK RM39 (1 CUP 1 DAY)

Set Milkbooster bajet (murah) daripada Rihura Herbs sesuai untuk semua ibu yang menyusukan badan, berpantang, selepas bersalin dan lain-lain lagi.

Kandungan:  Longan kering, Goji Berry Hitam dan Kurma Merah




Cara Minum:  Cuma perlu rebuskan 1 pek Milkbooster organic dengan sukatan 3-4 cawan. Dalam 5 minit jika buah sudah kembang, boleh tutup api dan minum. Buah-buahan harus dimakan untuk khasiat yang lebih baik.

Khasiat Milkbooster Set Rihura

- Menghasilkan susu badan dengan meriah dan pantas (Tinggi Potassium)
- Memekatkan susu badan
- Menguatkan tenaga tubuh badan
- Melancarkan sistem pencernaan, atasi sembelit
- Melancarkan darah (Darah melahirkan & haid)
- Melambatkan penuaan (Anti-aging), awet muda (Kaya Antioksidan)
- Sesuai untuk ibu hamil (Mudahkan proses bersalin)
- Mengurangkan panas badan
- Mengatasi kencing kotor
- Mengurangkan tekanan darah & Mengawal tahap gula
- Kuatkan ketahanan badan, Tingkatkan fungsi seksual
- Boost tenaga, Banyakkan susu badan
- Menghilangkan senggugut & haid tak teratur


REBUS SEMUA BAHAN (Boleh tambah bahan lain juga.)

Sesuai untuk dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang mudah dan ringkas. Boleh juga dijadikan sebagai hadiah untuk keluarga, kawan-kawan dan kenalan. Selain ibu menyusu, ia juga sesuai untuk wanita yang ingin lancarkan haid (jika ada masalah haid tidak teratur).



SET MILKBOOSTER 7 PACK (7 HARI) - RM 13
SEBULAN 30 PACK - RM 39

1 PACK - 1 CAWAN (REBUS) 




Klik Whatsapp di sini untuk sebarang pertanyaan dan pembelian.





SET SEJUKKAN BADAN (RIHURA ORGANIC SET)

Set Sejuk Badan dari Rihura Herbs adalah minuman semulajadi rebusan yang ringkas dan mudah.

Kandungan: Chrysenthemum, barli dan longan kering


Cara minum: Hanya perlu rebuskan 1 pek set sejuk badan selama 15-20 minit sehingga barli lembut

Khasiat: 

Menyejukkan badan
Mengatasi masalah badan tak selesa
Mengatasi demam dan selsema
Mengatasi pening kepala
Mudahkan tidur malam
Memberikan suasana yang selesa kepada tubuh badan


Pastinya menyelesaikan masalah anda yang panas badan sehingga 'Tangkap Kepala' tu.

Bila selalu sangat terdedah dengan cuaca yang panas, badan jadi membahang nak tidur malam pun susah, sampai sakit kepala.

RAMAI BEGINI KAN?

Minum jerr "SET SEJUK BADAN" 💯 dari bahan semulajadi.

Gabungan bunga chrysenthemum, barli dan longan kering nyata mampu melegakan kepanasan badan dengan EKSPRESS NYAMAN 😍


NO MORE PANAZZZ 🔥

Mudah dibawa ke mana sahaja kerana Saiznya sesuai untuk travel! Sesuai  juga untuk dijadikan hadiah buat ibu bapa, kaum keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan juga kenalan.

Harga: 

Serendah RM 13 sahaja dari Rihura Herbs, lengkap 7 Pack dalam 1 Set (1 cup - 1 hari). Boleh diminum selama 7 hari pada bila-bila masa sahaja.

Klik Whatsapp di sini untuk sebarang pertanyaan atau pembelian.

#jomsejukbadan #setsejukbadan #barli #longan #crysenthemum