Cara Kumpul Duit Kahwin Bagi Bergaji RM 1,000 (Bersih)

Teringat zaman nak kahwin dengan suami dulu. Waktu tu suami umur 23 tahun,aku pula umur 25 tahun. Al-kisahnya dah jodoh, jadi kami pun bertunang. Tapi kami fikir nak kahwin lagi 2 tahun atau 1 tahun selepas bertunang tu. Cuma pada waktu tu, pihak ibu bapa perempuan ni tak suka lama-lama, siap dah plan suruh kahwin pada bulan 5 2017 sebab itu adalah hari buruh. Ramai orang cuti, jadi senang nak buat kenduri.

Maka, aku pun cakaplah dekat bakal suami masa tu. Si dia ni jenis yang cool. Dia kata ok. Tapi dalam hati tu aku tahu dia struggle nak cari duit. Waktu tu dia kerja biasa-biasa jerr, okey aku cerita sini sebagai tatapan, iktibar rakan-rakan atau pembaca yang mungkin sama situasi seperti ini.

Bakal suami sebelum berkahwin dengan aku, dia cuma bekerja di cybercafe je guys. Kerja pantau komputer orang main cc dan lain-lain tu. Gajinya cuma RM 1,200 kalau tak silap aku.

Boleh dikatakan gaji aku lagi lebih banyak dari si dia. Banyak sangat dari dia hahaha. kenapa aku gelak? hahah Jahat. takpe korang dengar dulu cerita aku ni.


Tapi disebabkan kami kenal, berkawan baik dan rasa keserasian tu sangat kuat, tak pernah gaduh, kalau berjumpa asyik nak bergelak je. Tu yang kami setuju nak tunang. Padahal kami tak pernah cakap pun nak kapel-kapel ni. Hihi untuk pengetahuan, ini lah seorang lelaki yang paling matang yang aku pernah jatuh hati. Yang lain dulu macam budak, tak matang, tak boleh pakai. Opps sorry.

Disebabkan kematangan, kehenseman dan keserasian ini, menjadikan kami sehati sejiwa dan nak ada ikatan. Tapi sebab gaji kecil, kami sama-sama dah bertekad jom kita himpun duit sama-sama.

Ini gambar kami bertunang dekat rumah. Semua ni buat sendiri, DIY je. Kain pelamin tu semua beli kat mydin pasti buat-buat sendiri je belit-belit tu.

cara kumpul duit kahwin



Hantaran 10K Dalam Masa 5 Bulan Kumpul Duit


Bila dah ditunangkan, datanglah cabaran baru kepada kami iaitu.. Dalam masa 5 bulan je kami akan dinikahkan, makanya suami nak kumpul 10k untuk duit hantaran kepada aku. dan untuk meringankan beban, aku bagi cadangan kita satukan je majlis ni laki dan pempuan. Family semua setuju je.

Jadi, macam mana kami kumpul duit. Sebenarnya duit hantaran ini adalah yang nak guna untuk majlis tau atau untuk bahagian sebelah perempuan, sebabnya duit hantaran ni sebenarnya adat sahaja. Kalau mas kahwin tu barulah untuk pengantin perempuan. Dan mas kahwin ni wajib pengantin perempuan seorang je gunakan untuk peribadi dia ke, untuk apa-apa je dia nak buat pun takpe.  Yang penting, mas kahwin tu isteri punya.

Jadi, hukum duit hantaran 10K tu adalah bukan hak milik pengantin perempuan 100% sebab itu dengan duit hantaran 10K tulah kami nak guna buat majlis dan sebagainya.


Mula Buat Perancangan



Setelah selesai je majlis bertunang dan pihak lelaki dari KL dah gerak ke KL. Aku dekat Penang ni dah wasap-wasap dengan si dia pasal rancang nak kumpul duit ni. Kami plan dan kira-kira gaji. Di sini wanita pun main peranan penting kena share simpan duit juga walaupun untuk hantaran perempuan tu. Nak buat macam mana, korang pun nak sangat kawen 5 bulan lagi kan hehe.


Jadi, ceritanya, setiap bulan, suami akan bankin RM 800 kepada aku untuk simpanan hantaran. Kenapa dia tak simpan sendiri dan terus bagi 10k? haa lain orang lain cara, tambah-tambah couple muda macam kami yang gaji rendah ni, cara ni lebih mudah dan cepat untuk kami uruskan majlis. Tak perlu terus bagi seketui 10k, bagi sikit-sikit tiap bulan supaya aku terus guna bayar untuk majlis apa yang patut dulu.


Beri Duit Hantaran Setiap Bulan



Bulan pertama suami bagi RM 800, aku simpan duit aku RM 500. 

Bulan kedua suami bagi RM 1,000, aku simpan duit aku RM 600. aku ni gaji besar tapi dia yang kuar duit lebih, well kat sini nampak kesungguhan dia. so macam mana gaji seribu boleh bagi 1000 setiap bulan?

Bulan kedua dan keatas tu dia dah buat part time atau kerja sampingan, so dapat duit lebih sikit. Katanya setakat belanja tu dia cuma bawa bekal dari rumah je tiap hari. Hanya guna untuk minyak kereta bagi kerja yang hanya 5-10 minit sampai dari rumah. Nak naik motor, belum ada motor.

Jadi, pada bulan-bulan seterusnya dia bagi duit hantaran sikit-sikit tu makin meningkat jumlahnya.

Oh ya, apa aku buat tiap kali dia bagi. Jangan harap aku nak simpan semua banyak-banyak, kang tak pasal-pasal habis pula. Lepas dia bagi, aku terus guna untuk bayar dewan, bayar katering, bayar baju pengantin, itu ini..

Contoh Dewan RM 400
Katering RM 3,500
Baju Pengantin dan Pelamin RM 700
Doorgift dan kegunaan lain RM 1,500 
fotografi dan banyak lagi.

Ini antara barang hantaran yang telah dibeli dan dirancang kami hehehe. Barang hantaran kami simple je tapi cantik-cantik, gubahan tu minta tolong kakak je buat kan.

cara himpun duit kahwin gaji 1000



Berkongsi | Sama-Sama Menyimpan


Persoalan: Adakah semua belanja ini termasuk dengan duit aku? Ya, aku ada menyumbang RM 300, 500, dan lain2 lagi ikut mood aku hahah. Tapi alhamdulillah tak sangka dalam bulan ke 3 je dah selesai bayar katering, dewan , baju, pelamin apa semua. Kadang-kadang aku pun tak tahu dari mana datangnya duit-duit yang mencukupkan ni. 

Suami pun pelik juga, dia seolah-olah bagi semua gaji dia untuk aku uruskan majlis ni dan guna untuk duit hantaran. Pelik sangat sebab dia rasa cukup jer tak guna semua gaji tu. Tapi salah satu sebab waktu tu sebab dia tak ada komitmen. Dia punya part time pun macam balik kerja tolong kawan hantar barang katering, barang pindah rumah dan dapat payment. Suami ni dia jenis tak reti bab online-online atau buat duit online. Rina jela time nak kawen tu buat affiliate la apa la macam-macam hehe, tapi cashout pun selepas dah kahwin hehe

Ok, sedar tak sedar bila aku senaraikan , duit kitorang time majlis tu adalah total 8,740 macam tu yang berjaya dikumpul dan digunakan. Itu bermakna kami guna banyak tu je untuk majlis? Ya memang betul. Tapi macam tak sangka kan. Ok lupa nak habaq, untuk mas kahwin rina adalah seutas rantai emas.

Ini gambar kami akad nikah, suami tengah lafazkan akad.

cara himpun duit kahwin




Ini gambar sebelum Majlis mula, buat tahlil. Ini pelamin kami tak sampai RM 1,000 pun.

cara kumpul duit kahwin



cara simpan duit kahwin gaji seribu

Ini doorgift majlis kahwin kami. Dalam ni ada 1 botol kacang, tasbih, air kotak, snek, apa lagi tak ingat dah.

cara kumpul duit kahwin

Ini baju pengantin dan baju bersanding kami 

cara kumpul duit kahwin


Baju simple, selesa, sejuk, tak panas, kain sedap dipakai.

cara kumpul duit kahwin


Sedara mara sponsor makanan

cara kumpul wang hantaran gaji 1000



Selepas je selesai majlis, malam tu kami kira duit sampul, dapat dalam 3 ribu lebih Alhamdulillah. Semua duit tu suami bagi kat aku katanya cover lebihan duit hantaran sebab sepatutnya 10K tapi hampir 9K sahaja duit yang dapat kumpul dengan gaji RM 1,200 dia katanya. Dah tu, sebab share dengan duit aku sikit, jadi semua RM 3,000 rezeki tu buat aku katanya. Alhamdulillah. So apa lagi, aku buat guna shopping pergi honeymoon heheh.


Kesimpulannya Bagi Cara Kumpul Duit Kahwin Bagi Gaji 1,000


Cuma tula, macam tak sangka sangat, dengan gaji RM 1,200 sebulan, kalau suami dan isteri bekerjasama insyallah cukup dan Allah mudahkan. Kadang-kadang bakal pengantin perempuan ni sangat berkira kononnya duit hantaran tu hanya laki je wajib bagi. Sedangkan ia hanyalah adat, perempuan pun boleh bantu belanjakan atau simpan duit sama-sama, tak salah pun.  Bila semua buat sama-sama, Alhamdulillah Allah permudahkan. 

Subhanallah. kami pun tak sangka waktu tu. Time tu kami belum ada apa-apa, dua-dua kerja biasa-biasa. Tapi lepas kahwin, macam-macam rezeki kerja datang. Jadi, jangan takut kalau nak kahwin tapi tak ada duit atau kerja biasa-biasa je ok. Doa banyak dan usahakan sama-sama.

Alhamdulillah akhirnya cukup duit kahwin, walaupun bunyinya macam kawen bajet atau koboi tapi sebenarnya majlis kami agak meriah dan lengkap! 




****



NAK JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE?

Jom daftar program Affiliate, hanya praktikkan 30 minit atau 1 jam sehari, anda mampu menjana pendapatan sampingan 2 hingga 5 angka dalam masa sebulan. Alhamdulillah. Boleh daftar di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. KLIK SINI UNTUK DAFTAR.

Biodata Nabi Muhammad SAW | Rasulullah SAW Kita Semua

Assalamualaikum wbt sahabat semua, Alhamdulillah sempena Maulidur Rasul 2020 ini, sempat Rina nak share tentang BIODATA NABI MUHAMMAD SAW iaitu kekasih Allah yang kita rindui. Pasti kita merindui baginda SAW dan sentiasa merinduinya.


Walaupun baginda sudah tiada lagi di muka bumi ini, namun ajaran dan sunnahnya adalah untuk kita ikuti. Jika kita cinta kepada Allah SWT, bererti kita cinta pada Nabi Muhammad SAW. Sebaliknya jika kita cinta kepada Nabi Muhammad SAW, kita juga cinta kepada Allah SWT. Alhamdulillah kerana kita dilahirkan dalam Islam, dikurniakan iman dan Islam.


Sememangnya kita tak sempat bertemu dengan baginda, namun haruslah kita ingati perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam dan menjaga kesejahteraan umatnya sehinggalah hari ini. Tanpa kita sedar, Islam dan ilmu Islam yang menjaga kita dalam kehidupan ini Alhamdulillah.

Oleh itu, tugas kita sebagai umat akhir zaman ni adalah dengan menyebarkan dakwah dan ajaran Islam yang disampaikan oleh nabi kita.

biodata nabi muhammad saw



Biodata Nabi Muhammad SAW | Kekasih Allah SWT

Jom lihat Biodata Nabi SAW dan kisah berkaitan nabi Allah SAW. Mungkin sedikit sebanyak membantu anda dan generasi akan datang untuk mengenal nabi dengan lebih lagi.


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


Nabi Muhammad SAW pada USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dalam kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

biodata nabi muhammad saw



Nabi Muhammad SAW pada USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.



ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW Yang Harus Kita Kenali

  1. Khadijah Binti Khuwailid.
  2. Saudah Binti Zam'ah.
  3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  7. Zainab Binti Jahsy.
  8. Maimunah Binti Harith.
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW Yang Harus Kita Kenali


Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalthum, Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
Thuwaibah, Hamzah, Abu Salamah ,Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah, Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib,Abdullah bin Harith bin Abdul ' UzzaSyaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza' , Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-HarithMuqawwamZubairHamzah
***Al-Abbas
***Abu TalibAbu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ' bahHijlDhirarUmaimahAl-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah
##UmaimahBarrahSafiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)


*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Ciri-Ciri Wajah Dan Sifat Nabi Muhammad SAW Yang Digambarkan Para Sahabat

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw. Aku melihat cahaya dari lidahnya. Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. Rasulullah umpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. Janggutnya penuh dan tebal menawan. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. Rambutnya sedikit ikal.

Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa. Seimbang antara kedua bahunya.

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.Warna kulitnya putih tapi sihat.

Semoga kita semua dapat bertemu dengan Rasulullah SAW di syurga kelak. Rina doakan semua yang membaca entry ini dikurniakan syurga firdaus. Amiin ya rabbal alamin. Jom ucapkan selawat ke atas Nabi. Allahummasollialamuhammad wa ala alihi wa sahbihi wassalam.


Sumber dan rujukan dari: http://www.islam2u.net

17 Makanan Tingkatkan Kesuburan Wanita | Amalkan Dari Sekarang

Ramai yang tertanya-tanya apakah makanan yang dapat membantu tingkatkan kesuburan wanita ataupun orang kata makanan mudah hamil. Makanan tingkatkan kesuburan wanita akan membantu wanita yang ingin ber'ttc' atau try to conceive ni untuk lebihkan hormon subur atau dapatkan waktu subur yang lebih kualiti.


Sebenarnya ada banyak cara untuk tingkatkan kesuburan para wanita, tapi pemakanan adalah yang paling penting dan berkesan. Sebab pemakanan atau minuman yang tepat membantu stabilkan hormon dan mempengaruhi dalaman seseorang. Sama juga dengan lelaki atau para suami, makanan juga merupakan faktor atau cara tingkatkan kesuburan lelaki.


Walaupun tidaklah 100% dapat membuatkan wanita hamil, tetapi ia sangat-sangat membantu wanita menjadi lebih subur dan mudah hamil. Jom lihat antara makanan yang dapat tingkatkan kesuburan wanita yang harus anda tahu.


Apa kata lepas ni, kita cuba amalkan makanan yang tingkatkan kesuburan wanita ni. Rina pun dalam proses nak TTC so nak jadikan amalan pemakanan ini sebagai makanan tingkatkan kesuburan diri juga Insyallah. Jadi, bolehlah cari geng dengan korang kalau-kalau korang ada nak cuba juga pemakanan ni eheeee.

Ok, jom lihat 17 makanan tingkatkan kesuburan wanita yang boleh kita cuba.


1.  Buah Tin

makanan subur


Buah tin dikenali sebagai figs atau buah ara ini sebenarnya dapat meningkatkan kesuburan wanita. Ia juga dikatakan makanan sunnah. Tahukah anda, sebenarnya buah tin ini telah diamalkan juga pada zaman yunani kuno dan terbukti secara ilmiah dapat meningkat kesuburan tubuh badan wanita kerana ia mempunyai zat besi yang cukup tinggi.

Rasanya agak sedap, tidak terlalu manis. Memang best! Rina baru je mula amalkan makan buah tin ni. 


2.  Sayuran Bewarna Hijau

makanan kesuburan wanita


Warna sayur mempengaruhi khasiatnya? Ya benar, memang betul Sayuran hijau secara semulajadinya dapat meningkatkan fungsi libido para wanita. Hal ini kerana kandungan sayuran bewarna hijau mengandungi zat atau nutrisi folat dan vitamin B yang tinggi.

Vitamin B ini dapat meningkatkan ovulasi bagi para wanita. Antara sayuran bewarna hijau yang boleh anda amalkan adalah sayur brokoli, bayam, sawi, arugula, romaine dan banyak lagi. Kalau boleh, hari-hari makan sayur hijau ok?


3.  Madu

makanan wanita subur


Tahukah anda, madu dapat meningkatkan waktu subur wanita dan juga dapat meningkatkan jumlah produksi sperm bagi kaum lelaki? Betul! Madu dapat meningkatkan kesuburan bagi suami dan isteri. Sebaik-baiknya, amalkanlah madu yang benar-benar asli kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi.


4.  Tiram

makanan kesuburan wanita


Percaya atau tidak, tiram yang merupakan makanan seafood ini sangat penting untuk kesuburan seorang wanita. Ia mengandungi zat besi tinggi yang akan berfungsi bagi menyihatkan ovulasi dan menjadikan produksi sel telur semakin stabil. Selain daripada tiram, anda juga boleh amalkan makanan seperti kacang dan biji-bijian.


5.  Ikan Salmon

makanan untuk subur


Walaupun harganya mahal, ikan salmon sangat-sangat berkhasiat dimana ia bukan sahaja baik untuk tubuh badan yang ingin diet dan bina badan, tetapi juga sangat diperlukan untuk wanita yang ingin tingkatkan kesuburan tubuh. Ini kerana, salmon kaya dengan asam lemak omega-3 yang membantu aliran darah lancar sehingga ke organ reproduksi.


6.  Ubi

makanan kesuburan wanita


Jadikan makanan harian anda lengkap dengan pelbagai serat dan karbohidrat. Antara makanan yang boleh anda jadikan rutin juga adalah ubi. Ia mempunyai nutrisi dan zat perangsang ovulasi untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita.


7.  Buah Berri



Bukan sahaja wajah akan lebih awet muda dan cantik, tetapi dalaman pun akan terlindung dan terjaga. Buah berri apa sahaja jenis buah berri sangat tinggi antioksidan dimana anda boleh amalkannya selalu. Ia juga dapat meningkatkan libido dalam kalangan wanita atau isteri.


8.  Akar Maca

makanan kesuburan wanita


Dengar namanya sangat pelik kan, tapi bagaimana pula dengan rupanya? Akar maca ini semestinya berakar! Ia adalah tumbuhan yang tumbuh di tengah Peru dataran Tinggi Gunung Andes. Selalunya digunakan untuk buat ubat. Cara nak amalkannya mungkin boleh dijadikan sebagai air rebusan. Seeloknya kita tanya pada yang pakar.


9.  Bawang Merah Dan Bawang Putih

makanan kesuburan wanita


Tips mudah ini adalah banyakkan bawang putih dan bawang merah dalam masakan anda. Bawang merah dan bawang putih merupakan makanan tingkatkan kesuburan wanita harus anda tahu. Bukan sahaja wanita, ia juga merupakan makanan subur untuk orang lelaki.


10.  Produk Tenusu

makanan tingkatkan kesuburan wanita

Produk tenusu seperti susu, keju, telur dan lain-lain lagi merupakan makanan tingkatkan kesuburan wanita yang boleh anda makan. Produk tenusu mengandungi vitamin D yang banyak menyebabkan hormon seks yang diperlukan oleh tubuh sepanjang ovulasi akan mudah dihasilkan.


11.  Biji Bunga Matahari

makanan untuk kesuburan

Kuaci diperbuah dari biji bunga matahari. Biji bunga matahari sangat baik untuk diamalkan bagi wanita yang ingin tingkatkan kesuburan. Ia mengandungi vitamin E yang tinggi yang dapat membantu meningkatkan kualiti sperm supaya sperm dapat hidup lebih lama. Maka, lpeluang untukdisenyawakan dengan ovum akan menjadi lebih tinggi.


12. Vitamin C

makanan tingkatkan kesuburan wanita


Vitamin C bukan hanya untuk anak-anak membesar atau kuatkan antibodi sahaja, sebenarnya ia juga dapat meningkatkan kesuburan tubuh badan. Anda boleh makan vitamin C sahaja ataupun boleh mendapatkan vitamin c dari setiap pemakanan anda seperti sayur dan buah-buahan.

Antara makanan tinggi vitamin C adalah seperti sayur brokoli, kentang, tomato, cili merah dan banyak lagi. Terdapat banyak sayur dan buah yang tinggi vitamin C.


13. Halia Dan Lengkuas

makanan tingkatkan kesuburan wanita

Perasan tak, dua dua ini kategorinya hampir sama jenis. Ia berfungsi sebagai agent yang merangsang ereksi, mencegah ejakulasi diri dan melancarkan proses aliran darah. Kalau nak lancarkan darah, memang sesuai sangat makan makanan berlauk yang ada halia dan lengkuas ni. Di samping tu, dapat tingkatkan kesuburan wanita juga.


14. Buah Limau Dan Limau Nipis

makanan tingkatkan kesuburan wanita

Seminggu sekali, wajiblah minum air limau. Pertama, ia dapat membuang segala toksid dan kotoran, kedua ia dapat menyihatkan jantung dan saluran pernafasan kita. Ketiga, sebab ia kaya dengan vitamin C juga penuh antioksidan untuk menjadikan tubuh lebih subur sebagai seorang wanita.


15.  Asid Folic

makanan tingkatkan kesuburan


Asid folik membantu lelaki menghasilkan sperm yang berkualiti sebenarnya, tidak hairanlah kalau lelaki pun makan asid folik. Tetapi selalunya wanita yang makan asid folik, ia sebenarnya dapat menyokong sel-sel tubuh badan anda menjadikan proses reproduktif berjalan dengan baik.


16.  Kacang Almond

makanan tingkatkan kesuburan wanita


Macam tak percaya je kan, sebenarnya kacang Almond pun sesuai sangat diamalkan untuk wanita dan laki-laki yang nak tubuh lebih subur.  Ia kaya dengan Vitamin E yang sangat diperlukan dalam tubuh wanita untuk menghasilkan telur yang lebih matang.


17.  Kurma Ajwa Madinah


wanita subur


Khasiat kurma Ajwa adalah menyuburkan tubuh suami isteri kerana mengandungi antioksidan kedua yang tertinggi antara semua buah. Selain dapat meningkatkan kesuburan isteri adalah ia juga dapat menjadikan tubuh lebih bertenaga sepanjang hari, metabolisme yang terkawal serta mencegah gangguan yang terdapat dalam tubuh badan kita. 


Percaya atau tidak, kadang-kadang gangguan, sihir atau jin atau apa-apa yang mengganggu tubuh badan kita ni pun merupakan penyebab kenapa kesuburan kita terganggu. Sebab ada orang pergi cek di hospital tapi tak ada apa-apa masalah, malah dia subur. Cuma kerap mimpi pelik (diganggu) dan lain-lain. 


Tapi kalau tak rasa diri diganggu, boleh amalkan kurma Ajwa Madinah untuk elakkan diri dari racun dan sihir sepanjang hari. Ada hadis sahih yang mengatakan:


مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]


Ikhtiar Suburkan Tubuh Badan Dengan Ajwa Asli Madinah


makanan tingkatkan kesuburan


Yang terbaik adalah kurma asli daripada Madinah. Sebab sekarang kurma ajwa ada yang ditanam di iran, Yaman, Tunisia dan lain-lain. Tapi carilah kurma ajwa dari Madinah kerana ia ada keberkahan Nabi SAW dan nabi sendiri pun makan kurma yang ditanam di Madinah. 


Selain makanan tingkatkan kesuburan wanita, kurma ajwa madinah juga dapat menguatkan janin dan melancarkan darah serta memproduksi sel-sel darah merah. Jadi kalau hormon kita tak elok, banyak hilang darah sebab period berlebihan atau haid tak stabil, sangat-sangat bagus untuk amalkan Ajwa Madinah ni.


Kurma Ajwa Madinah Yang Dipercayai Asli


Alhamdulillah tak perlu was-was lagi dah sebab Ajwa asli daripada Madinah sudah ditemui. Dulu kalau kita beli, seller pun tak cakap kurma ajwa ni dari mana, ditanam di mana.. Tapi sekarang kalau nak dapatkan kurma ajwa madinah, beli kurma ajwa dari Rihura. Sebab Rihura membekalkan kurma Ajwa asli Madinah dari pembekal berpengalaman sejak tahun 90 an lagi. Dan kualiti kurma ajwa Rihura adalah kualiti Eksport (antarabangsa) dan mereka ada sijil certified of origin (Kurma Ajwa Asli Madinah).


Harganya juga sangat berpatutan.  Kalau kurma Ajwa lain lagi mahal ni. Alhamdulillah syukur sangat bila ramai dalam kalangan kita yang dipertemukan dengan kurma Ajwa Rihura. Asli dari Tanah Madinah, semua merasa~.



makanan tingkatkan kesuburan


makanan tingkatkan kesuburan

suami isteri subur

Untuk dapatkan Kurma Ajwa atau Tips berkaitan kesuburan, boleh follow page RIHURA.

Atau Klik WASAP di SINI.


Jangan Menyesal Dengan Kehidupan Kita Sekarang

Kehidupan kita sekarang ditentukan oleh apa kita buat pada 5 tahun sebelum ini. Kehidupan 5 tahun atau 10 tahun yang akan datang pula ditentukan oleh apa yang kita buat sekarang. Kalau hari ini kita masih tidak buat apa-apa, maka pada tahun yang mendatang pun hidup kita biasa-biasa, macam sekarang ni. Tiada apa-apa yang menarik dan berjaya pun.


Percaya atau tidak, untuk menjadi seseorang yang berjaya atau tidak, ia memerlukan perancangan dari segi tindakan. Kalau kita tidak menyediakan diri kita pada hari ini untuk menjadi seorang yang lebih baik dan berjaya, pastinya kita takkan mampu menjadi seorang yang berjaya seperti yang kita inginkan.

founder rihura


Sama konsepnya kalau kita nak kurus, jika kita tak diet, maka macam mana kita nak kurus? Jika kita tak senaman, pun tubuh kita masih sama macam sekarang. Kesihatan kita pun tidak bertambah lebih baik jika kita tak usaha dan jaga.

Oleh itu, jangan menyesal dengan kehidupan sekarang. Sebab apapun yang kita buat, itulah yang akan mempengaruhi kehidupan kita. Sama ada dari segi kejayaan atau kegagalan. Jangan takut jika hidup kita biasa-biasa jer, sebab tu kita yang pilih. Jangan takut juga kalau hidup kita berubah jadi luar biasa dan berjaya, itu sebab kita berani buat something yang luar biasa dan berjaya.


Kalau kita nak berjaya dan tak nak menyesal pada kemudian hari, tolong rangka kejayaan kita 10 tahun akan datang, 5 tahun akan datang. Dan buat tindakan yang sepatutnya untuk terus berjaya. Kalau ada impian tapi tak ada tindakan, percayalah bahawa u takkan dapat capai apapun impian yang u buat.


Jangan menyesal dengan kehidupan kita sekarang kalau kita dah tahu caranya, semangatnya tapi kita masih buat bodoh je. Kita masih buat tak kisah. Sebab tindakan itu adalah pilihan kita. Kita yang pilih nak terus bertindak atau nak buat tak kisah.


At the end of the day, hasil bagi mereka yang bertindak dan berusaha adalah kejayaan. Manakala hasil bagi mereka yang tidak bertindak adalah kegagalan ataupun masih stuck di tempat yang sama.


Cara Mandi Wajib Dan Mandi Junub

Dahulu kita mengupas isu apakah perbezaan antara mandi wajib dan juga mandi junub. Tapi korang dah tahu kan apa perbezaan mandi wajib dan mandi junub? Sebenarnya ia sama sahaja. Tak ada beza. Keduanya adalah mandi wajib. Kita mandi wajib sebab berjunub lah maksud yang sampaikan orang panggil mandi junub tu.

cara mandi junub

Ok, sekarang kita akan belajar bagaimana nak mandi wajib atau mandi junub ni. Cara mandi wajib dan mandi junub ini sebenarnya mudah dan ada cara-caranya yang betul perlu kita ikuti. Untuk pengetahuan anda, cara mandi wajib dan cara mandi junub ini telah diajar dalam hadis-hadis nabi yang sahih berkaitan mandi wajib dan junub ini.

Mengikut sumber Pejabat Mufti Agama Wilayah Persekutuan pula, para ulama’ meletakkan syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:

  1. Niat
  2. Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
  3. Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan. (Rujuk Matan Ghoyah wa al-Taqrib: 21)

Berkaitan perbahasan niat, perbuatan berniat hendaklah dilakukan ketika membasuh basuhan pertama keatas anggota badan. Manakala berkaitan bilangan niat untuk sebab-sebab hadas yang banyak, Syeikh Hasan al-Kaf menerangkan di dalam kitabnya ini dengan menyebut:


مَسْأَلَةٌ (1): إِذَا اجْتَمَعَ عَلَيْه غُسْلَانِ وَاجِبَانِ فَأَكْثَرَ (كَالجِمَاعِ وَ خُرُوجِ المَنِيّ) فَهَلْ تَكْفِي عَنْهُمَا نِيَّةُ وَاحِدَةٌ؟

الجواب: نَعَمْ تَكْفِى نِيَّةٌ وَاحِدَةٌ لَهُمَا. وَ مِثْلُهُ فِي غُسْلِ السُنَّةِ


Maksudnya: Permasalahan 1: Jika sekiranya berkumpul dua atau lebih sebab yang menyebabkan wajib untuk mandi junub seperti jima’ dan keluar air mani contohnya, adakah memadai dengan satu niat sahaja. Jawapan: Ya, memadai dengan satu niat sahaja bagi kedua-dua sebab tersebut. Sama juga bagi mandi sunat (iaitu memadai satu niat sahaja untuk dua mandi sunat). (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 118).



Erti Mandi Wajib Dan Cara Mandi Wajib Sebenar


Pengertian mandi atau al-ghuslu (الغسل) menurut pengertian Bahasa Arab ialah:

“Mangalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan”. ( Fath al-Bari, 1/359)


Al-Guslu (mandi) ialah: Menyempurnakan membasuh (mencuci) seluruh jasad (tubuh badan)”.(Lisanul Arab. 2/988)


Berkata Ibnu Hajar rahimahullah, dalam menjelaskan maksud mandi junub (mandi hadas besar):


“Hakikat mandi junub ialah menjirus (mengalirkan) air ke seluruh anggota tubuh  (dari hujung rambut ke hujung kaki). Sebahagian ulama mewajibkan berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung (memasukkan air ke dalam hidung) semasa mandi junub”.( Fath al-Bari. 1/359)


8 Cara Mandi Wajib Atau Mandi Junub


Berkaitan semua hadis yang ditemui tentang mandi junub Nabi SAW, kami dapat simpulkan bahawa cara-cara mandi wajib yang boleh kita ikuti dan betul adalah seperti berikut. (Sumber dari Blog addienblog)

1. Mencuci kedua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Ia dilakukan sebanyak tiga kali.

2. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri sebelum memulakan membersihkan kawasan lain.

3. Setelah mencuci kemaluannya, Nabi s.a.w menggosok tangannya ke tanah beberapa kali iaitu dua atau tiga kali.

4. Berwuduk sebagaimana anda berwuduk untuk solat. Ada kalanya mentakhirkan dari mencuci kakinya.

5. Memasukkan jari-jemari ke dalam air kemudian menyela-nyela rambut dengan kedua-dua jari-jemari tangan sehingga rata. Ratakan air pada rambut anda, setiap urat rambut harus kena air.

6. Menuangkan air ke atas kepala tiga kali, sama ada dengan menceduk dengan kedua tangan atau dengan gayung.

7. Menjirus, meratakan dan membasuh ke seluruh tubuh badan

8. Selepas mandi tidak diwajibkan berwuduk semula jika wuduk sebelum mandi tidak batal tetapi jika sekiranya batal maka wajib memperbaharui wuduknya semula.

“Dari Aisyah radiallahu anha: Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak berwuduk setelah selesai mandi junub”. ( Riwayat  Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud. 1/171. TIrmizi, 1/72)

Maka jelas di sini bahawa mandi wajib ini syarat dan pentingnya untuk kita ratakan seluruh air ke semua anggota tubuh badan kita. Pastikan mandi wajib kita sah. Untuk mandi wajib, tidak semestinya mandi lama. Mandi sekejap asalkan seluruh anggota kita rata dengan air pun boleh. Pastikan sah.

Terjawab sudah persoalan mandi wajib atau mandi junub ini. Moga bermanfaat buat anda semua. Terima kasih sudi membaca di blog saya. Moga anda semua dipermudah urusan, dilancarkan rezeki. Amiin ya rabbal alamin.

WAJIB BACA

Kurma Ajwa Asli Madinah : Ciri-ciri, Khasiat, Kelebihan, Harga Terkini

Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Me...