RINA ZUL

Isnin, 16 November 2020

3 Tips Urus Bisnes Ketika PKP

Ramai terkesan akibat pandemik Covid19 terutamanya bagi golongan bisnes, tapi jangan risau. Jika anda berbisnes, jom ikuti tips urus bisnes ketika PKP ini.


Penting untuk kita lakukan beberapa perkara ini sekiranya kita seorang peniaga atau online seller sekalipun. Sedikit sebanyak ia akan membantu kita menguruskan bisnes masing-masing. 

tips urus bisnes ketika pkp


1. Sentiasa Up-To-Date Dengan Berita / Program / Maklumat Berkaitan

Peniaga juga perlu ambil tahu akan maklumat yang berkaitan covid atau keadaan negara Malaysia. Bukan sahaja anda inginkan bantuan kerajaan semata-mata, jangan fikir sebegitu. Penting anda up-to-date dengan berita atau maklumat negara berkaitan ekonomi supaya dapat membuat persediaan lebih awal.


Sebagai contoh, jika anda sendiri mengambil tahu apa yang terjadi, anda juga boleh predict kemungkinan yang akan berlaku. Sebagai contoh, kes meningkat, jadi kemungkinan PKP diteruskan. Jadi, anda boleh terus buat persediaan terhadap bisnes anda apa akan berlaku jika PKP berlaku.


2.  Kemaskini Penyata Kewangan

Untuk sustain perniagaan kita, penting untuk kita urus cash flow dengan bijak. Akaun company tidak boleh diabaikan dan jangan sesekali terleka kerana keadaan sekarang. Jika kita sering kemaskini penyata kewangan, kita akan tahu apa yang penting untuk kita buat supaya dapat meningkatkan duit masuk syarikat.


3. Lakukan Pemeriksaan Kewangan Dalam Perniagaan

Buat analisis, cashflow, gaji untuk diri sendiri, staff dan lain-lain lagi kos yang terlibat. Kena ambil tahu, buat analisis dan pastikan anda mempunyai plan yang terbaik untuk menambah baik kewangan perniagaan anda.


3 Perkara ini penting untuk kita lakukan bagi memastikan perniagaan kita sustain dan masih kukuh tanpa terjejas pada musim covid ini. Kurangkan kos atau duit keluar, lebihkan buat duit masuk. Periksa wang setiap hari dan pastikan bisnes anda masih utuh. Susun atur perniagaan anda dengan baik beserta kewangan perniagaan anda. Jika ketiga-tiga perkara ini dibuat dengan betul, insyallah bisnes akan berjaya walaupun masih PKP.

Jumaat, 13 November 2020

Wanita Inspirasi Semua | Jatuh Bangun Kejayaan

Menjadi seorang wanita yang bekerjaya adalah idaman ramai terutamanya wanita yang ingin mencipta kejayaan diluar sana, yang ada kerjaya sendiri atau perniagaan. Namun tak dinafikan sekarang ni surirumah pun ada income sendiri. Ohya, sebelum tu nak bagitahu ni, menjadi inspirasi semua tidak semestinya mempunyai kerjaya atau income. 


Wanita inspirasi semua dari segi kejayaan kehidupan mereka, mungkin ada wanita berjaya membesarkan anak-anak, membimbing anak menjadi insan yang berguna, membentuk insan yang gemilang dan terbilang, menjaga perihal rumah tangga dan anak-anak. Inspirasi untuk kita semua yang bergelar anak, isteri, ibu dan wanita ini.

wanita inspirasi semua


Wanita Dan Kerjaya


Sememangnya benar pada zaman ini, kerjaya adalah sangat penting kerana ia umpama kejayaan dalam hidup. Namun ramai terlepas pandang kejayaan akhirat yang perlu dikejar dalam dunia ini. Adakah kita konsisten bangun tahajud setiap malam, tidak melakukan apa-apa dosa? Sudah pasti kita bukan maksum, namun bagaimana kita boleh mengubah diri untuk menjadi lebih baik dan inspirasi dunia dan akhirat. 


Bunyinya macam berat kan? Namun itulah kenyataan. Tatkala kita mengagung agongkan orang barat atas kejayaan mereka, wanita bekerjaya dan lain-lain, tapi jangan lupa apa yang perlu kita contohi untuk bekal akhirat kelak.


Fahamilah wahai wanita, biarpun kita mengejar kerjaya, jangan lupa pada 1 yang Maha Mengatur kehidupan kita.  Kadang-kadang kita sibuk mengejar nak menjadi inspirasi semua hihi tapi kita terlupa, kita cuma kejar dunia.


Alhamdulillah sis syukur sebab ramai kawan-kawan sis diluar sana yang seimbang dunia akhirat, yang boleh dijadikan inspirasi wanita kini, untuk bantu kami semua berjaya dunia akhirat. Bila sis jatuh, ramai kawan-kawan yang dijadikan inspirasi untuk sis naik semula. Tak kiralah dunia mahupun akhirat. Terima kasih kawan-kawan semua.


Sebenarnya, kita semua ni sudah berjaya jika kita usaha. Tapi ramai salah konsep 'usaha' hanya bergantung kepada tindakan. Sebenarnya usaha yang pertama adalah tawakal, kedua barulah berusaha. Sekian coretan ringkas untuk kali ini.



Sabtu, 7 November 2020

5 Rutin Harian Surirumah, Suami Wajib Tahu!

Sedar tak sedar, bermula dari bangun pagi je, isteri atau suri rumah akan menggunakan tenaga yang banyak untuk melakukan kerja harian walaupun surirumah hanya duduk di rumah.  Paling penting, surirumah juga memerlukan kesihatan yang baik untuk melakukan tugas atau rutin harian.


Itu tidak termasuk dengan nak melayan anak yang meragam dan buat hal! Jadi, banyakkan kerja atau rutin harian surirumah ni? Suami wajib ambil tahu sebenarnya, barulah korang akan sedari betapa banyaknya kerja seorang insan yang bernama isteri surirumah ini.


Siapa kata isteri duduk rumah tak penat ? Walaupun tidak bekerja secara di luar atau melakukan kerja lain, hakikatnya surirumah lagi penat dari orang bekerja di luar.. Terdapat banyak rutin harian surirumah yang suami wajib ambil tahu. Jom lihat satu persatu.



rutin harian isteri


RUTIN HARIAN SURI RUMAH [SUAMI WAJIB TAHU]


1. Menyediakan Makan Minum Suami Dan Anak-Anak


Siapa lagi yang akan menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak kalau bukan si isteri. Ia merupakan rutin surirumah yang wajib dilakukan setiap hari. Sediakan makan pagi, makan tengahari, makan malam dan sebagainya. Kalau suritumah tak lakukan rutin ini, pastinya tak berasaplah dapur rumah tu!


2. Menyediakan Keperluan Suami Dan Anak-Anak


Kenapa suami tak semua reti urus keperluan sendiri? Sebab kadang-kadang sikap lelaki memang tak berapa reti nak urus-urus ni hahahha jangan kecam. Tapi ada je suami yang jenis pandai urus sendiri. Cuma tak ramaila, bagi suami yang ada isteri ni akan berharap isteri yang urus keperluan suami dan anak-anaknya. Sebab isteri lagi peka, teliti, memahami dan prihatin bab-bab keluarga ni. Secara automatiknya, ia adalah rutin harian surirumah yang suami wajib tahu.


3. Membasuh Baju Dan Mengemas Rumah


Sudah menjadi rutin dan kerja harian bagi para surirumah menguruskan hal-hal peribadi rumah seperti basuh baju, memasak, kemas rumah dan lain-lain lagi. Sedar tak sedar, dari pagi dok kemas rumah sampai ke tengahari, lepas tu sambung masak tengahari. Kemudian solat dan jaga anak dan lain-lain lagi. Suami balik kerja, jangan ingat isteri tak buat apa-apa ok!


4. Layan Kerenah Dan Ragam Setiap Anak


Kalau yang belum ada anak, akan sibuk untuk bab memasak dan mengemas, tapi kalau dah ada anak, rutin harian surirumah penting sekali adalah menguruskan hal anak-anak. Surirumah inilah yang akan melayan kerenah dan ragam setiap anak-anak. 


Ia termasuklah hal-hal seperti mengajar anak, bermain dengan anak, meluangkan masa dengan anak dan lain-lain lagi. Apabila suami pulang ke rumah, suami hanya bermain-main dengan anak. Jadi di sini kita lihat bahawa, rutin isteri atau surirumahlah untuk melayan dan menjaga anak selalunya.


5. Siapkan Makanan 


Siapkan makanan untuk tengah hari hingga malam kepada suami dan anak-anak. Kalau tinggal serumah dengan mertua atau family sendiri, lagi bertambah kerja rumah. Tak boleh duduk sahaja diam-diam walaupun surirumah. 


Kalau bekerja sendiri di rumah tapi tinggal dengan family mertua memang tak boleh duduk sahaja! Nanti takut dia tak tahu kita buat kerja online tu adalah sedang bekerja. hihi. melainkan family tu faham.


masalah surirumah


Kadang-kadang, surirumah akan memikirkan tugas yang perlu dilakukan setiap hari sehingga tak sedar bahawa mereka tak ada masa untuk diri sendiri. Bila lakukan rutin surirumah ini, memang susah sebab kita bukan robot, Pasti letih dan penat sepanjang hari!


Tak mudah jadi seorang isteri, bukan senang nak jadi senang. Bukan mudah nak jadi " superwomen " kepada ahli keluarga. 


AMALKAN KURMA AJWA SETIAP HARI SEBELUM LAKUKAN KERJA, TENAGA SEPERTI SUPERWOMEN!


RUTIN HARIAN SURIRUMAH


Ramai surirumah yang mengambil inisiatif hebat untuk menguatkan tenaga sepanjang hari dengan makan Kurma Ajwa RIHURA setiap pagi. Sememangnya tenaga menjadi seperti "superwomen"! 


rutin harian surirumah


Tak ada rasa penat, sentiasa bersemangat, tenaga sentiasa power walaupun dari pagi lakukan tugas rumah. Lepas ni, isteri pun kisah nak lakukan tugas harian dan rutin surirumah yang suami tak tahu ni.


Memang power Kurma Ajwa RIHURA ni, bukan kuat untuk tenaga luaran sahaja, malah baik untuk dalaman juga. Suami isteri yang nak bertenaga sepanjang hari dengan mudah, senang dan berkesan sangat, jom amalkan kurma Ajwa Asli Madinah Original dari Rihura ini.


rutin harian surirumah


Mommies nak jadi superwomen? KLIK DI BAWAH.

SAYA NAK

SAYA NAK

SAYA NAK


NAK HADIAHKAN UNTUK SURIHATI ANDA? 

SERENDAH RM 10.60, AJWA SAMPAI DEPAN RUMAH!

PILIHAN PAKEJ DARI RM10.60 SEHINGGA RM110.


RUTIN SURIRUMAH



KLIK WASAP DI BAWAH:

SAYA NAK

SAYA NAK

SAYA NAK


rutin harian surirumah

Khamis, 5 November 2020

9 Makanan Untuk Dapatkan Anak Kembar | Ikhtiar Hamil

Walaupun mempunyai anak kembar selalunya dikaitkan dengan genetik keluarga masing-masing, tetapi ada juga ibu-ibu yang lahirkan anak kembar walaupun tidak ada keturunan kembar.  Sebenarnya rezeki kalau Allah nak bagi, memang takkan salah alamat, cepat atau lambat, dapat atau belum dapat itu semua rezekinya.


Tapi, tak salah untuk kita cuba berikhtiar dengan mengamalkan makanan mudah hamil dan makanan mudah untuk dapatkan anak kembar. Makanan ini hanyalah usaha untuk menyediakan tubuh kita dalam keadaan yang selesa untuk hamil dan berpotensi melahirkan anak kembar.  


Apa-apapun, mari kami kongsikan 9 makanan untuk dapatkan anak kembar. Walaubagaimana pun, ada orang menganggap ini mitos kerana tidak dibuktikan dengan saintifik, cuma terbukti dengan sebilangan kajian dan penyelidikan sahaja.



makanan dapat anak kembar


1.  Kentang / Ubi 


Kentang atau ubi merupakan sejenis protein yang bukan daging. Ia berfungsi sama seperti susu juga. Menghasilkan energi dalam tubuh badan. Pengambilan kentang atau ubi juga mungkin memberi kesan terhadap proses ovulasi ovum seseorang.


2.  Susu


Susu adalah sumber kalsium yang tinggi. Menurut kajian dari Doktor Gary Steinman dari Pusat Perubahan Long Island New York State, wanita yang cenderung minum susu 5 kali ganda daripada biasa mendapat bayi kembar. Sama juga jika banyak makan daging. 


Tahukah anda, protein yang terdapat dalam haiwan menganduni insulin yang dipanggil IGF? Ia berfungsi menjadikan ovari lebih mudah bertindak dan meningkatkan bilangan sel telur. Minum susu lembu adalah yang terbaik.


3.  Asid Folic


Asid folik sangat membantu memudahkan wanita hamil. Untuk mendapatkan anak kembar, asid folik juga penting diambil.  Pastikan anda tidak tertinggal makan asid folic. Sama ada beli di farmasi yang biasa punya ataupun gunakan asid folic yang berjenama Apeton.

makanan anak kembar


4.  Sayur Bayam


Lebihkan makan sayur bayam kerana ia mengandungi vitamin D yang kuat. Selain isteri, suami juga boleh amalkan sayur untuk mendapatkan sperm yang sihat dan berkualiti. Sayur bayam atau sayur bewarna hijau sangat elok dimakan kerana mengandungi vitamin yang hebat.


5.  Vitamin


Sekiranya inginkan anak kembar, jangan tinggal pengambilan vitamin. Bukan sahaja anak kembar, kalau nak ikthiar hamil pun penting untuk makan vitamin.  Banyak jenis vitamin yang boleh anda amalkan, namun lebih bagus kalau sama-sama suami isteri keduanya amalkan.


6.  Makanan Bersumber Folat


Makanan bersumber folat penting untuk dapatkan anak kembar kerana folat adalah sumber bagi kesuburan yang optimum. Antara makanan berfolat tinggi adalah seperti biji bunga matahari, tomato, telur kuning, brokoli, buah tembikai susu dan banyak lagi.


makanan dapat anak kembar


7.  Keladi Dan Ubi


Macam tak percayakan kenapa keladi dan ubi merupakan salah satu makanann untuk dapatkan anak kembar! Mengikut kajian, orang asli Afrika mendapat anak kembar 4 kali ganda daripada orang biasa dengan kehidupan lifestyle mereka yang mengamalkan keladi dan ubi selalu.


8.  Tiram


Tiram adalah salah satu makanan seafood yang dikatakan adik beradik dengan kerang atau siput atau lala. hihi. Tapi tiram ni memang sedap bagi peminat seafood. Selain tambah darah dalam tubuh, hasilkan sel darah merah dan lancarkan darah, ia dikatakan sesuai dimakan untuk anda yang ikhtiar anak kembar. Ini kerana tiram mempunyai zat besi yang sangat tinggi.


9.  Hormon Subur


Hormon subur membolehkan anda mendapatkan anak kembar. Sama ada pil atau suntikan, kedua-duanya berpotensi membolehkan anda hamil kembar. Wanita yang mengambil pil subur clomid berpeluang hamil kembar antara 5 - 10 %. Manakala wanita yang disuntik hormon gonadotrophin pula memiliki peluang anak kembar dalam linkungan 30%. Malangnya ia sangat bahaya mengambil hormon ini kerana mungkin akan berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.


IKHTIAR KESUBURAN TUBUH DENGAN KURMA AJWA MADINAH ASLI


Itulah dia 9 makanan untuk mendapatkan anak kembar boleh anda cuba. Ingat, ini adalah mitos dan juga penyelidikan tanpa kajian saintifik. Nak cuba, silakan. Jika nak kaji lebih dalam lagi pun tak ada masalah. Apa-apapun, jika nak cuba ikhtiar hamil, jom cuba amalkan makanan sunnah Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura. 

makanan anak kembar

makanan hamil kembar

makanan anak kembar

Klik Wasap di SINI untuk Pertanyaan/Pembelian Kurma Ajwa Madinah Asli.

Cara Simpan Duit Kahwin Gaya Jutaria | KOS MAJLIS KAHWIN 8K LEBIH (Himpun 5 Bulan)

HIMPUN DUIT KAHWIN GAYA JUTARIA  


Cara simpan duit kahwin gaya jutaria ini khas untuk anda yang Makan Gaji atau Baru Start Kerja. Lebih-lebih lagi mereka yang kerja dengan gaji RM1,500 ke bawah.

Inilah zaman makan gaji sewaktu umur 25 tahun manakala suami umur 23 waktu tu. Sebelum kahwin, ramai yang sakit otak pikir nak cari duit, terutamanya lelaki, betul tak?

Tambah-tambah kalau lelaki yang nak kahwin dengan anak orang ada Degree? (Ini semua poyo). Time tu la mulalah anak-anak ni nak keluarkan dalil hadis maksud Quran semua berkaitan untuk perkara wajib untuk nikah (Nak cakap duit duit hantaran bukan segalanya) betul tak? Nak bgtau kat mak bapak. Budak wechat tipulah kalau tak buat. Tapi jujurnya memang betul untuk lebih dipermudahkan dan tak wajib pun.

Tapi hidup semua perlukan wang wang wang dan memang sentiasa mengira berapa bajet majlis nak buat kan?


KISAH PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN RINAZUL



Teringat kisah tahun lepas. Kami bertunang bulan 1.1.17. Plan nak kahwin bulan 12. (Plan sebenarnya nak kawin 2 tahun kemudian, sebab poket kosong okey! Patutnnya tahun ni atau tahun depan baru nak kahwin). Masing-masing sibuk kerja. Tapi disebabkan oleh keluarga pilih 1.5.2017 (5 bulan je lepas tunang?) 

Ya, sebab katanya tu cuti buruh, ramai orang cuti. Tapi kami berdua tak tahu la kenapa macam tak kisah je., kami berdua okeykan je. Walaupun sama-sama kerja biasa-biasa je. suami jenis positif selalu ckp "insyallah ada rezki..ada...ada".. sgt2 yakin pada rezeki Allah. Sedangkan rina yang gelabah. 

Tapi sejak kami tahu 5 bulan lagi nak majlis, esok tu juga kami terus buat senarai persediaan (katering, doorgift, pelamin, dewan, mekap, segala mak nenek) OH YA PASTILAH INI KERJA ORANG PEMPUAN! 

MISI HIMPUN 10K DALAM MASA 5 BULAN DENGAN GAJI RM1, 300.


Dengan adanya senarai tu, rina terus survey pakej atau servis yang paling murah. Selalu orang mesti pening pikir nk himpun sekurang-kurangnya 10K macam mana, kalau kerja makan gaji dulu nak himpun 10K pun taktahu la setahun mampu ke tidak. 

Time ni kami belum ada apa-apa bisnes lagi. Suami gaji bulanan cuma 1.3k jer. Time tu gaji rina lagi banyak sikit dari dia.Jadi untuk lebih mudah, kami buat teknik himpun duit gaya JUTARIA.


HIMPUN DUIT GAYA JUTARIA


Perasan tak bila kita main jutaria, ada duit je terus beli rumah, ada duit je nak pergi tempat itu ini bayar itu ini, Kalau takde duit, kita cari (Game Jutaria). Macam tu la yang suami praktikkan, dapat gaji je, dia hulur RM * * * *. Yang pempuan ni bila dah survey dapat murah, terus booking (ketering, pelamin,semua tu) booking terus bayar. Bulan depan dapat lagi RM * * * * , terus guna bayar lagi. 

Tiba-tiba dah bulan 3, kira-kira, eh sikit lagi nak bayar kos utk majlis. Sampaila bulan 5 menjelma, tak sangka kos majlis 8k-10k sahaja (pelamin, katering, mak andam, dewan, doorgift, baju).

Bab mas kahwin itu lain. Mas kahwin inilah wajib untuk diberi pada isteri. Terpulanglah perempuan nak minta emas atau $$$, atau apapun. Yang ni, mas kawen rina adalah Rantai Emas.

Lagi satu, sepanjang 5 bulan ni, masing-masing bawak bekal je pergi kerja. kadang2 je makan luar. alahaihihi. Tiap pagi tangkap gmbar tunjuk bekal masing-masing. Tapi takpela, boleh diet sekali, time tu dah gemuk sikit aihhh.

Time ni kenduri dekat Penang. Sungguh puas hati Encik suami bila dapat kumpul kos majlis dalam masa 5 bulan. Tapi suami orang jauh, jadi tambang, homestay semua pun perlukan $$$ juga. Abes majlis, Duit sampul buat pergi honeymoon dan beli barang lepas kahwin. 

Cukup memang cukup, selagi kita bersyukur. Kadang2 time susah sangat2 baru saja nak start kerja, time tu pulak dapat rezeki jodoh. Bukannya tak mampu nak pegang duit banyak2, tapi rezeki Allah bagi jodoh dulu. Kemudian barulah kerjaya.

Ini Senarai list digunakan waktu majlis dulu, kalau nak guna., bolehlah. Korang boleh tengok gambar-gambar pelamin, doorgift dan lain-lain lagi semasa majlis perkahwinan rina tu.

(AREA PENANG)
Pelamin:
Hazrina Bajet Pelamin
(RM800 - RM900)
Baju Pengantin:
BusanaPesona Terunadara
(RM300)

cara simpan duit kahwin

cara simpan duit kahwin

cara simpan duit kahwin


Katering:
Katering Mar
(RM3+++ - RM4+++)
Fotografer:
Zul Azizul
(RM1+++)
Solekan:
Saedah Nasir
(RM3++)
Dewan:
Dewan Perda Teluk Kumbar
(Tak ingat )


cara simpan duit kahwin



himpun duit kahwin



Kadkahwin+Bunting+Button+Stick prop: Nizal Studio
Laksa/Mee Kari/Cucur:
Linda Dinalia
,
Intan Safinaz
Doorgift: Tak ingat page

himpun duit kahwin

cara simpan duit kahwin



Post sekadar sharing / perkongsian. Semoga bermanfaat untuk semua. Yang mana boleh digunakan, kita guna. Yang mana takleh pakai, jangan ikut. Semoga dipermudahkan urusan anda semua untuk menyimpan duit kahwin dan dipermudahkan urusan pernikahan anda. Amiin ya rabbal alamin.

🙂


NAK JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE?

Jom daftar program Affiliate, hanya praktikkan 30 minit atau 1 jam sehari, anda mampu menjana pendapatan sampingan 2 hingga 5 angka dalam masa sebulan. Alhamdulillah. Boleh daftar di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. KLIK SINI UNTUK DAFTAR.