Rabu, 25 November 2020
Isnin, 23 November 2020
Macam-macam perasaan akan timbul bila kita baru nak mula berniaga. Percaya atau tidak, jika kita tak mampu kawal perasaan ini, sukar untuk bisnes kita bertahan lama. Tapi jika kita mampu handle, pastinya kita akan berjaya dalam perniagaan, apa jua perniagaan yang kita ceburi.
Penting sekali adalah mental, emosi atau perasaan kita ni. Nak mula bisnes, pertama mestilah kita kena minat sebab kita perlu beri komitmen. Kalau kita buat secara terpaksa, agak sukar mengecapi kejayaaan dengan mudah. Itu tak kira lagi betapa banyaknya cabaran yang menanti kita di hadapan nanti.
Kedua, kita kena berani. Kalau kita takut nak mula, sebab takut gagal. Itu takkan ke mana. Sebab belum bermula jer kita dah takut. Tu sangat bahaya.
Seterusnya, kalau nak berbisnes jangan malu. Jangan sesekali malu. Kenapa perlu malu? Malu sebab orang nampak? Sebab orang nampak kita expose sangat? Sebab orang ingat kita nak suruh mereka membeli? Salah semua tu.
Sebenarnya konsepnya begini.
Perkara Penting Sebelum Mula Berniaga
Tak perlu takut untuk bermula, tak perlu malu dan tak perlu risau. Untuk memulakan perniagaan, apakah tujuan dan niat kita. Benda tu perlu ada supaya dengan adanya niat dan tujuan atau objektif, kita akan mempunyai visi dan misi.
Sebab nak bisnes pun ada caranya. Kadang kala kita rasa tak suka bisnes sebab kita benda orang yang menjual dengan kita asyik nak suruh beli dan paksa beli jer. Sebenarnya cara itu tidak profesional. Sebabnya marketing yang betul adalah buat orang nampak dan tercari-cari akan produk kita.
Bukan hanya menjual jual dan jual. Oleh itu, pentingnya content dalam marketing yang betul. Perlu kita belajar ilmu bisnes yang betul.
Untuk berjaya, jangan takut bermula. Once sudah bermula, jangan sesekali berhenti. Perlulah bertindak dengan lebih fokus dan konsisten. Kalau kita cuba 7 kali dan gagal, bangunlah untuk kali ke 8.
Apa yang perlu anda buat sekarang adalah mula buat tindakan.
Nak bertindak bagaimana? Mintalah petunjuk dan istikarah untuk permulaan apapun yang ingin kita lakukan termasuklah perniagaan. Oh ya, bab istikarah ni bukanlah niat nak pilihan nak bisnes atau tak, tetapi niatkan untuk minta Allah lorongkan jalan terbaik dan petunjuk sepanjang perjalanan kita berniaga.
Akhir kata, semoga dipermudahkan urusan anda semua.
Assalamualaikum Wbt.
Khamis, 19 November 2020
Assalamualaikum wbt reader atau pembaca sekalian, semoga hari ini anda mendapat berkat dan rahmat Allah SWT. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kalian semua dan moga dilimpahkan rezeki yang luas. Aamin ya rabbal alamin.
Hari ini, Rina nak share 3 ayat dari Al-Quran yang berkaitan dengan pemakanan ibu sebelum bersalin. Sebenarnya kurma memang elok diamalkan oleh pasangan nak ikthiar hamil, ibu hamil, ibu mengandung, ibu berpantang dan juga ibu menyusu.
Kenapa Perlu Makan Kurma Sebelum Bersalin?
Semasa melahirkan anak, kita guna segala kederat kesemua tenaga untuk lahirkan baby, seluruh tenaga tubuh badan kita keluarkan dan lakukan yang terbaik untuk bayi keluar. Banyak darah merah keluar dari badan kita.
Kemudian, selepas melahirkan anak, Zat zat dalam tubuh badan kita semua diambil oleh anak disebabkan baby menyusu badan. Di sini, kita perlukan zat dan nutrisi, perlukan banyak susu badan, perlukan tenaga, perlukan darah yang lancar untuk membantu pendarahan selepas bersalin.
Kesemua masalah di atas dapat diselesaikan dengan mengamalkan Kurma Ajwa Madinah Asli. Kenapa Ajwa? Kurma lain tak boleh ker? Kurma lain boleh, tetapi Kurma Ajwa adalah kurma terbaik dalam peningkatan susu badan.
Untuk pengetahuan anda, kajian juga membuktikan bahawa kurma adalah makanan paling PANTAS diproses sebagai bekalan tenaga. Sebab itulah, ramai ibu menyusu memilih kurma Ajwa sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan susu badan.
Kami sarankan anda amalkan kurma Ajwa dari Rihura Herbs Enterprise kerana ia sangat segar (stok baru), kualiti premium dan eksport, memiliki Certified of Origin dan paling penting Asli daripada Madinah, tidak diawet gula sedikit pun.
Jom lihat apa kata pengguna yang telah beramal dengan kurma Ajwa Madinah.
Untuk Pertanyaan / pembelian berkaitan Kurma Ajwa atau perlukan nasihat sis, sila klik Wasap di bawah:-
Isnin, 16 November 2020
Ramai terkesan akibat pandemik Covid19 terutamanya bagi golongan bisnes, tapi jangan risau. Jika anda berbisnes, jom ikuti tips urus bisnes ketika PKP ini.
Penting untuk kita lakukan beberapa perkara ini sekiranya kita seorang peniaga atau online seller sekalipun. Sedikit sebanyak ia akan membantu kita menguruskan bisnes masing-masing.
1. Sentiasa Up-To-Date Dengan Berita / Program / Maklumat Berkaitan
Peniaga juga perlu ambil tahu akan maklumat yang berkaitan covid atau keadaan negara Malaysia. Bukan sahaja anda inginkan bantuan kerajaan semata-mata, jangan fikir sebegitu. Penting anda up-to-date dengan berita atau maklumat negara berkaitan ekonomi supaya dapat membuat persediaan lebih awal.
Sebagai contoh, jika anda sendiri mengambil tahu apa yang terjadi, anda juga boleh predict kemungkinan yang akan berlaku. Sebagai contoh, kes meningkat, jadi kemungkinan PKP diteruskan. Jadi, anda boleh terus buat persediaan terhadap bisnes anda apa akan berlaku jika PKP berlaku.
2. Kemaskini Penyata Kewangan
Untuk sustain perniagaan kita, penting untuk kita urus cash flow dengan bijak. Akaun company tidak boleh diabaikan dan jangan sesekali terleka kerana keadaan sekarang. Jika kita sering kemaskini penyata kewangan, kita akan tahu apa yang penting untuk kita buat supaya dapat meningkatkan duit masuk syarikat.
3. Lakukan Pemeriksaan Kewangan Dalam Perniagaan
Buat analisis, cashflow, gaji untuk diri sendiri, staff dan lain-lain lagi kos yang terlibat. Kena ambil tahu, buat analisis dan pastikan anda mempunyai plan yang terbaik untuk menambah baik kewangan perniagaan anda.
3 Perkara ini penting untuk kita lakukan bagi memastikan perniagaan kita sustain dan masih kukuh tanpa terjejas pada musim covid ini. Kurangkan kos atau duit keluar, lebihkan buat duit masuk. Periksa wang setiap hari dan pastikan bisnes anda masih utuh. Susun atur perniagaan anda dengan baik beserta kewangan perniagaan anda. Jika ketiga-tiga perkara ini dibuat dengan betul, insyallah bisnes akan berjaya walaupun masih PKP.
Jumaat, 13 November 2020
Menjadi seorang wanita yang bekerjaya adalah idaman ramai terutamanya wanita yang ingin mencipta kejayaan diluar sana, yang ada kerjaya sendiri atau perniagaan. Namun tak dinafikan sekarang ni surirumah pun ada income sendiri. Ohya, sebelum tu nak bagitahu ni, menjadi inspirasi semua tidak semestinya mempunyai kerjaya atau income.
Wanita inspirasi semua dari segi kejayaan kehidupan mereka, mungkin ada wanita berjaya membesarkan anak-anak, membimbing anak menjadi insan yang berguna, membentuk insan yang gemilang dan terbilang, menjaga perihal rumah tangga dan anak-anak. Inspirasi untuk kita semua yang bergelar anak, isteri, ibu dan wanita ini.
Wanita Dan Kerjaya
Sememangnya benar pada zaman ini, kerjaya adalah sangat penting kerana ia umpama kejayaan dalam hidup. Namun ramai terlepas pandang kejayaan akhirat yang perlu dikejar dalam dunia ini. Adakah kita konsisten bangun tahajud setiap malam, tidak melakukan apa-apa dosa? Sudah pasti kita bukan maksum, namun bagaimana kita boleh mengubah diri untuk menjadi lebih baik dan inspirasi dunia dan akhirat.
Bunyinya macam berat kan? Namun itulah kenyataan. Tatkala kita mengagung agongkan orang barat atas kejayaan mereka, wanita bekerjaya dan lain-lain, tapi jangan lupa apa yang perlu kita contohi untuk bekal akhirat kelak.
Fahamilah wahai wanita, biarpun kita mengejar kerjaya, jangan lupa pada 1 yang Maha Mengatur kehidupan kita. Kadang-kadang kita sibuk mengejar nak menjadi inspirasi semua hihi tapi kita terlupa, kita cuma kejar dunia.
Alhamdulillah sis syukur sebab ramai kawan-kawan sis diluar sana yang seimbang dunia akhirat, yang boleh dijadikan inspirasi wanita kini, untuk bantu kami semua berjaya dunia akhirat. Bila sis jatuh, ramai kawan-kawan yang dijadikan inspirasi untuk sis naik semula. Tak kiralah dunia mahupun akhirat. Terima kasih kawan-kawan semua.
Sebenarnya, kita semua ni sudah berjaya jika kita usaha. Tapi ramai salah konsep 'usaha' hanya bergantung kepada tindakan. Sebenarnya usaha yang pertama adalah tawakal, kedua barulah berusaha. Sekian coretan ringkas untuk kali ini.