RINA ZUL

Isnin, 10 Mei 2021

Pengalaman Interview Kerja Maybank Bahagian Sales

Pada tahun sejurus selepas graduate dari UITM, rina masih hantar resume ke sana sini, masih emel ke rata-rata company dan berharap pada kerja kerajaan. Tapi sangat lambat kalau nak duduk dan tunggu sahaja, selagi tak dapat selagi tu rina terus pergi Interview terbuka dan sebagainya.


Sehinggalah satu hari, rina terima Mesej untuk Interview terbuka Maybank sebagai Sales Executive. Pada waktu itu, rina terus cakap dalam hati! This is my journey and my career. Dan ambil keputusan untuk buat yang terbaik nak dapatkan kerja tu.


Pada waktu tu actually rina tak ready langsung untuk kerja bahagian sales dan banking sektor. Tapi sebab pada waktu itu cuma fikir nak cari duit, nak kerja dan nak ada banyak duit. Yes I do. So, dipendekkan cerita, Interview terbuka tu dibuat di salah sebuah hotel dekat dengan Komtar dan Prangin Mall di Penang.


Jadi, dari Teluk kumbar nak ke sana, rina naik bas Rapid. Ini zaman memang sangat-sangat berdikari. Selalu nak ke mana-mana pun pada umur 21 tu memang rina naik bas rapid jer. Ohh pasti ramai tertanya tanya kenapa rina habis belajar degree sangat awal. 



Alkisahnya sebab rina buat Fast Track (Program uitm bagi pelajar yang dekan dalam 1-3 semester berturut-turut). Tak ramai student yang accept nak buat fast tract ni sebab ada risiko dan kelebihan masing-masing. Contohnya kalau kita dari semester 1-3 dapat anugerah Dekan, pointer tinggi so kita diberi pilihan selepas semester 3 untuk kita terus naik ke Degree dalam bidang yang sama atau teruskan diploma masuk semester 4 pula. Jika kita pilih nak fast tract terus ke degree, maka kita takkan grade atau dapat sijil Diploma. Kita cuma terus ada degreee dan grad degree. Tapi risikonya adalah jika kita gagal atau tak tamat belajar degree nanti, maka dua-dua sijil kita tak ada.


Itu yang ramai student takut. Tapi Bagi rina pada waktu itu, sangat-sangat tak suka belajar, rina suka life yang bebas sangat ketika itu dan dah fikir kalau aku tak ambil fast track, aku memang malas dah nak masuk sambung belajar degree dan sebagainya pula nanti . Habis diploma aku nak kerja jer. Jadi, sebab pemikiran cengginilah buat rina ambil fast track dan alhamdulillah rina dapat tamatkan Degree dalam tempoh 2 tahun sahaja Graduate dalam Kelas Pertama.


Ok so habis belajar tu dalam umur 22 tahun macam tu, itulah masanya rina pergi interview Maybank. 


Sebelum tu, Rina dah siap awal-awal dengan yakinnya sebab nak iv sales ni kenalah penampilan elok sikit, Yang menarik! tak lupa dengan gaya shawl dan mulut merah kegemaran. Dulu memang suka gila mekap sejak keluar universiti especially bahagian mata dan shawl tu.


Kemudian, rina gayakan baju kemeja putih bersama skirt hitam panjang serta tudung shawl kegemaran warna coklat cair. 


SUASANA SEBELUM INTERVIEW


Sesampai dekat sana, MasyaAllah memang ramai sangat-sangat manusia yang nak interview ni. Tapi rasa lagi nerves la. Sebab kita taktau macam mana gaya interview maybank ni. Company besar kot! Nama seorang demi seorang dipanggil dan mereka masuk ke dalam sebuah bilik. Kira-kira ada 5 bilik kat situ.Yang ada situ memang ramai gila, macam orang pergi ujibakat akademi fantasia dah nampaknya. 


Dari jam 9 pagi rina kat situ, sampailah jam 4 petang. Allahuakhbar. Barulah rina diinterview. sepanjang belum interview atau masa rehat tu, pergi duduk surau berdekatan dan jalan dekat bustop komtar, lepak situ makan roti. Inilah life rina dulu, komtar tu dah sebati, hari-hari balik sekolah memang singgah situ untuk tukar-tukar bas rapid. 


So, bila masuk 4 petang, alhamdulillah turn rina sampai. Memang buat betul-betul.


SOALAN YANG DITANYA SEMASA INTERVIEW


Jawatan yang rina pohon untuk bekerja di Maybank ini adalah Sales Executive. Tapi soalan yang ditanya tu rupa-rupanya general sangat seolah olah interview ni dia cuma nak tengok macam mana you boleh handle soalan dan bawa diri, boleh sesuaikan diri dengan orang dan ada otak yang macam mana untuk solve probrem. And the main things is you punya skill marketing.


Sebab rina disoal oleh seorang lelaki yang sangat tegas orangnya. cuma bersyukurlah dia cakap bm, rina kalau english tu nak cakap tak fluent sangat. Soalannya macam seolah kami ni tengah bersembang sahaja.


1. Kenalkan diri anda

2. Sebelum ni kerja mana dan kenapa nak datang interview ini

3. Kenapa minat bahagian sales

4. Bolehker kerja lebih masa, berjumpa orang atau balik lambat

5. Ada transport atau pergi kerja macam mana

6. Apa yang you boleh buat untuk capai target 1 juta sales asb dan loan rumah

7. Kenapa kami perlu pilih you


Sumpah, tu antara soalan yang ditanya kepada Rina. MasyaAllah senang sangat bila kita kena diri kita dan minat kita. tapi sebenarnya mencabar sangat-sangat dan tips nya adalah YAKIN JER. walaupun rina pun tatahu apa nak buat untuk capai target, tapi apa sahaja idea rina all out semua.

Tapi harap maklum, soalan ni mungkin tak sama macam soalan yang ditanya kepada orang lain. Wallahualam. atau mungkin sama. Itu Rina taktahu. tapi rina just kongsi pengalaman interview kerja Maybank bahagian sales dulu.


MOMENT YANG PALING TERKEJUT DAN GILAAAA!


Adalah bila mana dah nak habis interview, dia tanya rina soalan ini:


AGAK-AGAK BILA AWAK BOLEH MASUK KERJA?

Allahuakhbar., rasa seronok n syukur sangat kalau dapat. Rina terus jawab minggu depan! hhehee.. So dia bagi satu borang terus isi dan awak diterima bekerja. Alhamdulillah. Itu yang rina alami. Tapi takpasti kalau orang lain ada yang balik dulu dan akan diberitahu dalam call dan lain-lain tu. Maka tamat sesi interview, yang mana dapat, mereka semua isi borang diterima dan baru pulang.


Tapi Rina tak dapat jawatan Sales Executive, Rina dapat jawatan Consumer Sales Executive. alhamdulillah, dia lebih besar tanggungjawabnya, lebih besar amanahnya. sangat-sangat takut nak hadap tapi Insyallah ini adalah kerja pertama selepas grad, apapun Rina cuba buat yang terbaik.



Sekian kisah pengalaman interview kerja Maybank bahagian Sales yang rina alami. Thank you sudi baca, semoga bermanfaat untuk anda semua.



Selasa, 27 April 2021

APA ITU 'BIG WHY'?

Assalamualaikum wbt semua, para pembaca blog sisrina. Harini mood menulis entry datang membuak-buak. Setelah hampir 4 bulan tak berblogging. Ya, salah sendiri kerana tak konsisten akibat fokus hal lain.


Hari ini Rina nak share something berkaitan dengan kemahuan. Ramai orang anggap kemahuan ini benda yang fizikal, contohnya nak harta. Tapi tak ramai tahu kemahuan itu adalah apa yang kita nak gembirakan orang lain. Nak buat orang lain bahagia atau happy pun kemahuan.


Dalam erti kata lain, ia adalah Big Why. Semua orang sebenarnya ada big why masing-masing. Bezanya adalah big why dia biasa-biasa , tak kuat atau benar-benar kuat.


Apa Maksud Big Why sebenarnya? Ia adalah Sebab atau kenapa?



Kenapa kita nak berjaya. Apa benda yang bakar semangat kita untuk berjaya. Itulah hal yang sebenarnya perlu kita tahu.


Penting sangat sebab pushing faktor yang menentukan kejayaan seseorang adalah dari segi Why dia. Kenapa dia nak buat dan nak berjaya. Mungkin sebab anak-anak, nak balas jasa ibu bapa, bengang dengan apa yang orang mengata dia suatu masa dulu dan banyak lagi.


Selalunya big why ini adalah perkara yang kita betul-betul marah dan bengang. Disebabkan perasaan itulah kita akan bersungguh-sungguh buat bisnes (contoh).


Of cos rina pun ada big why dan big why rina ni sangat sedih. Rina nak buat bisnes sungguh-sungguh dan ada duit banyak supaya rina sempat bahagiakan mak. Sebab rina tahu tak ada apa yang dapat buat jasa seorang ibu terbalas, sebab memamg kita tak mampu nak balas jasa melahirkan kita. Tapi dengan kejayaan kita mungkin mampu realisasikan apa yang mereka nak, bawa pergi umrah, beli macam-macam dan sebagainya.


Ya betul.Mungkin mereka tak nak apa-apa. tapi Percayalah untuk kita jaga mereka pun kita perlu duit. Untuk perubatan, keselesaan dan lain-lain lagi. Dan rina percaya , korang pun ada big why masing-masing.


Big why ni tak semestinya untuk kejayaan atau bisnes je tau. Contoh kalau korang nak kurus dan bersungguh-sungguh. Apakah sebabnya? Mungkin big why korang sebab nak tunjukkan dekat orang yang selalu mengata kat korang dulu, yang selalu hina dan lain-lain. (contoh).


Big why ni kalau kita tengok hari-hari perasaan kita pasti berkobar-kobar. Kena tengok hari-hari.

Lepastu korang akan rasa kenapa korang perlu buat tindakan untuk berjaya!



SisRina,

Isteri Kurma Solehah. 


Jumaat, 23 April 2021

KELAS MMM RICHWORKS MEMANG GILA!

Assalamualaikum semua, seingat sis, lama sis tak update blog tahun lepas sebab sibuk belajar. Belajar dalam mentoring MMM (Millionaire Marketing Mastery). Sebenarnya kelas ini 10 hari termasuk dengan kelas ZTM dan lain-lain (ada tarikh-tarikhnya). Dan habis je kelas ni sis terlalu fokus sehingga tak sempat berblogging pada masa tu. 


Sebab pendapatan utama sis pada ketika itu adalah dekat bisnes 100%. Sekarang sis dah bijak bahagikan masa untuk kerja blogger dan juga kerja bisnes. Alhamdulillah sis nak sharing lepas balik Kelas MMM tu rasa agak gila-gila lah. Sebab otak penuh ilmu bisnes terbakar pulak tu. Dah sampai tahap rentung. Teruk sangat ilmu tu, sebabnya.. balik-balik, buat-buat dalam tempoh beberapa minggu, menjadi!


Lepastu sis cuba cara lain yang turut diajar, buat-buat menjadi! Pendek kata tiap kali habis kelas MMM ni memang sales meningkat kaw-kaw. Tapi awas, kita sendiri kena usaha, bukan mengharap keajaiban turun dari langit.



Dia bukan saja ajar marketing, tapi kat situ juga sis mula faham nak bina kolam jiwa, nak hidup kita ni macam mana dan sis juga membayangkan nak pengakhiran yang macam mana. Dalam sungguh yang sis fikir. Apapun, doc Azizan ajar untuk cari jalan penyelesaian. Jangan fokus pada masalah.


Ini sis just cerita sikit-sikit jer. sebab nak share pengalaman. Kalau korang dah pernah join MMM korang pun tahu macam mana.  Dan Alhamdulillah selepas 6 bulan join MMM, sales dari RM 300 - RM 500 sebulan sudah mencapai RM 10,000 pertama dan 2 bulan lepas dah cecah RM 26,000 sebulan. 


Doakan sis dapat teruskan perniagaan ni dengan baik, konsisten dan terus kekal berjaya walau apapun badai melanda dan cabaran mendatang ya! Kini, sis dah berada dalam Kelas Elite X bersama circle-circle sahabat jutawan kaya berjaya yang lain. 




Baca juga kisah sis hadir ke IMKK online Richworks


Bila berada dalam Elite X, tiap minggu ada program dan kelas. Memang tak sempat langsung nak down atau nak lemau. Energyyyyyyy pasti kuat insyallah! 


Apa yang dipelajari di sini insyallah sis akan guna untuk ajar Team Rihura dan bantu mereka semua untuk lebih berjaya dalam perniagaan ini. Amiin moga Allah permudahkan. 


Terima kasih doc Azizan Osman dan Team Richworks yang banyak membantu saya.


BACA JUGA:  SENARAI HARGA KELAS AZIZAN OSMAN

Selasa, 26 Januari 2021

CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN.  JOM BUAT SEPERKARA INI.

Alhamdulillah syukur buat mereka yang dikurniakan zuriat yang indah seindahnya. Bagi ibu bapa yang punyai anak pastinya akan membimbing anak-anak terutamanya dari segi kehidupan, keagamaan dan lain-lain lagi aspek. Kadang-kadang, sebelum anak keluar dari perut pun, rata-rata pasangan yang berangan apa nak diajarkan kepada anak tu. 


Alhamdulillah bila anak dah keluar, ibu dan ayahlah malaikat indah di dunia yang diamanahkan Allah untuk mendidik dan membimbing anak-anak. Perkara utama yang harus dipegang rapi oleh ibu ayah adalah dari segi Cinta Anak terhadap Al-Quran.


Nampak remeh, tetapi tidak ya, Sebab sangat penting untuk kita terapkan Al-Quran dalam jiwa anak. Banyak sangat-sangat kebaikannya kalau kita lakukan dari awal lagi. Iaitu dari anak masih kecil (kanak-kanak).


Justeru, bagaimana nak terapkan perasaan anak cintakan Al-Quran? Bagaimana cara ajar anak untuk cintakan Al-Quran?


ajar anak cintakan alquran



CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN.  BUAT PERKARA INI.

Kadang-kadang menjadi masalah dan isu kepada ibu bapa apabila anak makin meningkat umurnya, makin sukar dibentuk. Sebelum sesuatu sebegitu terjadi, adalah penting untuk anda ikuti tips ini. Ia juga merupakan antara cara ajar anak cintakan Al-Quran yang boleh anda buat. 

Jom ikuti Cara Ajar Anak Cintakan Al-Quran. Tips ini dikongsikan di Facebook individu yang bernama Nur Aisyah.

Siapa yang perlu amalkan? Ibu ayah boleh cuba buat. Yang belum berkahwin pun boleh belajar dan ambil tahu supaya kelak dah ada anak, bolehlah turut lakukan.

Cara Ajar Anak Cintakan Al-Quran adalah cuba jadikan perkara ini sebagai amalan anda:

  1. Letakkan tangan atas kepala anak dan kemudian bacalah ayat 1 - 4 Surah Ar-Rahman. 
  2. Niatkan supaya anak menjadi orang yang cintakan Al-Quran dan mendapat keberkatan Allah SWT. 


 
cara ajar anak cinta alquran


Maksud Surah Ar-Rahman (Ayat 1 - 4)

cara ajar anak cintakan al quran

Terjemahan:

Tuhan yang Maha Pemurah, serta melimpah-limpah rahmatNya. Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dialah yang telah menciptakan manusia. Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.


Selain itu, banyak kelebihan membaca surah Ar-Rahman (Ayat 1-4). Selalulah membacanya dan jadikan amalan. Mudahan menjadi asbab untuk ke syurga bersama-sama keluarga. 

Jom dengarkan video ini. 


Sabtu, 19 Disember 2020

Solat Taubat Bila Perlu Buat (Waktunya)? Ini Jawapannya

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. 

Ramai yang masih tertanya-tanya, bila waktu solat taubat yang kita boleh buat. Ramai yang sedia tahu bahawa solat taubat lebih baik dibuat pada pertengahan malam, tetapi pada masa-masa yang lain macam mana pula? Boleh dibuat tak?

bila masa solat taubat


Sebenarnya, waktu melakukan solat sunat taubat ialah bila-bila masa, kecuali waktu yang diharamkan solat.

Waktu yang haram untuk solat taubat adalah waktu berikut:-

  • Sesudah solat subuh
  • Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
  • Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
  • Ketika matahari hampir terbenam.
  • Sesudah solat asar.

Seperti yang dinyatakan tadi, solat ini lebih afdhal (digalakkan) dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullai (bangun pada 2/3 malam untuk beribadat kepada Allah)

Cuma apabila kita berasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali yang dimulai dengan amalan serta-merta. Teruskan buat solat taubat, tak perlu tangguh-tangguh. Ia juga boleh dibuat dalam 2, 4 atau 6 rakaat. Tiada masalah!