RINA ZUL

Jumaat, 14 Mei 2021

Kisah TTC:  Ku Minta Suami Kahwin Lagi

Dalam kehidupan yang ceria dan bahagia bersama suami tercinta, aku selalu rasa sedih sebab tak ada anak macam kawan-kawan lain. Setiap kali kawan hamil, dengar cerita dapat beby dan sebagainya, alhamdulillah memang rasa happy sangat untuk kawan-kawan yang lain. Tapi hanya ttcian yang tahu rasa hiba tu macam mana bila fikir.. kenapa aku masih belum ada anak.


Selalunya bila orang berkahwin ni, lepas 6 bulan jer mesti mengandung. tapi ada juga yang lepas setahun baru ada nak, selepas 2 atau 3 tahun pun baru ada anak. Tapi, aku dah masuk 4 tahun masih belum ada rezeki anak. Namun aku tahu ini semua Rezeki dari Allah SWT.


Kadang-kadang, ada kawan yang merungut dan meluahkan dimana dia belum bersedia nak ada anak kedua ketiga dan sebagainya. sebab anak pertama masih kecil dan menyusu lagi. Tiba-tiba dapat anak kedua pula. Dia merungut. Bagi aku yang masih belum ada anak ni, rasanya itu rezeki yang patut dia syukuri. Bukan merungut. Tapi kita tak tahu masalah orang lain, so nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga.


Kadang-kadang hati ni macam tisu, mana taknya, pergi mana-mana jer, ada mulut cakap dan bercerita, A mengandung 3 bulan. B mengandung lah, C dah bertambah anak, D baru kawen tuptup dah muntah-muntah dan mual... so cuba korang bayangkan, dalam masa 3 hari jer, orang cerita macam tu dekat aku, apa perasaan kita dengar? benda tu dimasuk-masuk dalam kepala ni.

Of course kita rasa syukur. Dalam masa yang sama kita nak positif kan diri sentiasa tetapi akan jadi hati tisu bila balik rumah. lahai! memikirkan macam mana aku ni nak dapat anak. Susahnya Allah nak bagi rezeki anak ni pada aku, sebab dosa-dosa lalu akukah? Astagfirullahaladzim. Suami marah bila aku cakap macam tu. Sampai jadi macam histeria menangis-menangis isteri dia ni stress berfikir.


Masa tu sungguh-sungguh sedih, berjurai-jurai air mata tak kira apa, stress sangat. Suami selalu bagi kata positif dan cakap pasal ini semua rezeki. Dan aku percaya pada rezeki Allah SWT cuma bila hati terlampau sedih, meroyan dan rasa macam stresss sangat-sangat, aku jadi makin redha dan ku pasrah. 


Aku take time sekejap sampai stop menangis, lepas beberapa minit, ku pergi dekat suami dan cakap, " I Rasa u Kena kawen lain lah". Lepas tu suami tanya, "Apa dia?" Ku ulang lagi, "I rasa u kawen lain lah, cari orang lain jerlah". Dia jawab:


"U jangan macam ni, kita dah bahagia. Tak ada anak pun kita bahagia. Tapi sebab u suka tengok life orang lain, jeles dengan life orang lain, ini yang boleh buat hidup u musnah, kebahagiaan kita boleh musnah kalau kita terlalu overthinking. Sedangkan kita sangat-sangat bahagia sekarang ni". Kata suami kepadaku.


Ya Allah, apa yang aku buat ni, Memang betul apa yang dia cakap. Kenapa aku ni tak bersyukur, Rezeki bahagia bersama suami, rezeki ada keluarga yang sangat supportive, baik hati dan semuanya faham. Allahuakhbar. Astagfirullahaladzim. 

Bila jadi terlalu stress dan dah cool down, ku fikir balik. Allahu, Allah. Betapa Allah ni sayangkan diri aku, sebab Dia tahu yang terbaik kat aku, Aku tak layak untuk tentukan apa yang aku nak, tapi sebaliknya Allah sebaik-baik perancang. Sebab ini bukan masa yang sesuai untuk aku, ada hikmahnya. Alhamdulillah ya Allah Kau sedarkan aku atas apa yang aku tertanya-tanya.


Suami cakap dia dari dulu sampai sekarang tak kisah pasal bab anak, kalau ada rezeki tu ada lah rezeki kita. Dia kawen dengan aku sebab sayang sebab cinta. Bukan sebab nak anak semata-mata. Dia syukur sangat sebab dapat isteri yang betul-betul memahami dan menerimanya seadanya. 


Sebab bagi dia, kalau belum ada anak ni, bukan masalah isteri, tapi masalah suami juga. Dan sehingga hari ini, rawatan ikhtiar zuriat untuk suami pun tak selesai lagi sebab covid, so hospital pun apointment lewat dan sebagainya.


Jelas dekat sini, sama2 perlu ikhtiar dan yang paling penting, suami sangat memahami. Walaupun ku cakap pasal kahwin lagi, lagi dia kata sampai mati pun takkan nak orang lain. Allah maha merancang, Allah Ya Bari'.


Apapun, aku berserah pada Allah SWT. 


Mulai hari ini, aku dah tak nak fikir dah bab ni semua. Aku nak go thru life ini dengan sabar dan enjoy for every moment yang aku hadapi. Aku bersyukur ada seorang suami yang sangat-sangat Allah beri untuk melengkapi dan menjaga diriku. Sesungguhnya, Allah maha baik sebab kurniakan aku kebahagiaan dunia akhirat yang aku inginkan. Amin ya Rabbal Alamin.


Selasa, 11 Mei 2021

PERHATIAN SUAMI YANG ISTERINYA BERPANTANG

ALHAMDULILLAH, SEPANJANG BERPANTANG TAK PERNAH MENGECEWAKAN. Ya inilah kisah kebanyakan wanita yang betul-betul menjaga pemakanan dan gaya hidup ketika berpantang. Mereka ini ambil inisiatif untuk amalkan makanan semulajadi dan makanan sunnah waktu berpantang.


Tak terkecuali, mereka juga mengamalkan Ajwa Asli Madinah semasa berpantang. Bila sebut berpantang, pelbagai ragam dan masalah kepada ibu ibu yang sedang berpantang. Apabila seorang suami yang memahami keadaan isteri sedang berpantang sering kali memikirkan masalah yang dilalui oleh isteri tu.


SUAMI KENA TAHU, Antara masalah yang dialami oleh isteri berpantang atau ibu berpantang ini adalah:-

  • Kesihatan isteri selepas melahirkan anak.
  • Anak kecil yang baru lepas lahir menginginkan susu yang cukup.
  • Fikir makanan yang terbaik untuk ketika dalam pantang.
  • Menginginkan isteri cepat sihat & bertenaga kembali.
  • Menginginkan apa yang terbaik untuk isteri dan anak.


Itulah masalah suami yang jaga isteri berpantang betul tak? Tapi isteri sendiri pun ada macam-macam hal nak fikirkan . Ada yang nak ke toilet pun risau, yela waktu berpantang tu macam-macam kisah dan masalah.

Tapi alhamdulillah isteri boleh tarik nafas lega dan tak risau lagi bila dah start buat amalan pemakanan terbaik ini. Suami yang isterinya berpantang kena peduli dengan pemakanan isteri dan gaya hidup isteri. Pendek kata, bagi penjagaan terbaik buat isteri.




AJWA ASLI MADINAH BUAT ISTERI BERPANTANG


Dengan adanya Kurma Ajwa dari RIHURA, alhamdulillah sangat membantu kepada isteri semasa berpantang. Suami tarik nafas lega bila isteri lebih bertenaga, susu badan lebih banyak untuk menyusu bayi dan lebih lancar hormon/darah. Alhamdulillah ini semua asbab amal makanan sunnah kurma Ajwa Rihura.

Penting untuk anda tahu khasiah buah syurga kegemaran Nabi SAW ini. Tak sama macam kurma biasa yang lain. Kandungan kurma Ajwa Rihura adalah seperti berikut:-

🔸
Kalium – sangat baik untuk pertumbuhan tulang dan gigi pada calon bayi yang sedang dikandung. Ia juga berperanan mengawal denyut jantung dan tekanan darah.

🔸
Karbohidrat – Glukosa dan
juga fruktosa yang terkandung dalam buah kurma berperanan cukup penting untuk menambah kekuatan sang ibu saat proses persalinan berlangsung.

🔸
Hormon oksitosin – berguna dalam memperlancar proses persalinan dan memperlancar air susu ibu ketika berpantang.



🔸
Zat Besi & Vitamin B – berfungsi dalam proses pembentukan sel darah merah sehingga mampu mencegah anemia.

- Buah kurma memiliki kemampuan mengembalikan stamina setelah ibu melahirkan.
- Kurma kaya akan kandungan serat, protein dan glukosa, kadar gulanya sangat tinggi bagi sistem tubuh sehingga mudah terserap oleh tubuh dan diubah menjadi tenaga dalam waktu singkat.

🔸
Kalsium – Membantu menambahkan susu ibu agar anak sentiasa kenyang.
- susu yang banyak juga memudahkan para ibu menyimpan untuk stok pada hari akan datang.
- Menjadikan susu lebih pekat.




Di samping makan Kurma Ajwa yang berkhasiat, penyediaan makanan utama juga perlu dijaga dengan baik. Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura yang sangat elok diamalkan oleh wanita berpantang ini boleh diamalkan pada waktu pagi, snacking time tengahari, petang dan juga malam.


Terima kasih SUAMI untuk hadiah Kurma Ajwa dari RIHURA








Dapatkan Kurma Ajwa Original Madinah Rihura sekarang:






Dapatkan Kurma Ajwa Original Madinah Rihura sekarang:



Apa lagi para suami semua, jom hadiahkan kurma ajwa Rihura buat para isteri tercinta. Semoga menjadi asbab untuk kesihatan ibu dan bayi.


Dapatkan Kurma Ajwa Original Madinah Rihura sekarang:

PERKARA YANG NAK DICAPAI PADA TAHUN 2021

Assalamualaikum wbt, 2020 melabuhkan tirai. Tapi masih belum terlambat Rina nak ucapkan Selamat tahun baru 2021 walaupun kita sudah masuk Quarter 2 iaitu Bulan April 2021 dan sekarang sudah May 2021. Lambat wish sini sebab terlalu sibuk sangat.

Alhamdulillah Allah SWT izin rina untuk terus menulis di sini biarpun banyak hal yang tak sempat rina share kat sini tapi alhamdulillah rina sempat dan akan share apa yang rina lalui sepanjang tahun ni di sini.

Sebenarnya pada tahun 2020 macam-macam suka duka yang telah rina lalui dan pada 2021 Rina bangkit semula dengan azam baru. Berkaitan bisnes dan kehidupan peribadi. Bak kata mentor rina, fokus pada jalan penyelesaian dan jangan fokus pada masalah. Itulah yang rina pegang supaya tak cepat putus asa dan down.


Tahun 2021 ini, segala perancangan dan kertas kerja dah dibuat. Yeeyeee je tu. Tapi tak de la sejelas dan details. Sekadar Draft. hehe. Ok Alkisahnya adalah apa yang nak dicapai pada tahun 2021. Antara perkara yang kita nak capai wajib kita tulis. sebab bila kita tulis minda dan tindakan akan selari untuk menghasilkan result.

Penting untuk kita tulis impian dan apa yang kita nak capai.


A. TULIS IMPIAN DAN PERKARA NAK CAPAI


Antara perkara yang Rina nak capai pada tahun 2021 adalah:-

1. Nak ada simpanan Peribadi RM 15,000 ke atas

2. Nak dapatkan jualan RM 100,000 dalam masa setahun ini.  Alhamdulillah quarter 1 bulan 1,2,3 dah cecah separuh target.

3. Nak beri ibu wang belanja minimum RM 500 sebulan seterusnya RM 1,000.

4. Nak selesai segala hutang piutang segera.

5. Nak tiap bulan dapat income tetap atau bersih lebih 5 K dan ke atas walaupun bekerja atau bisnes di rumah.


B. CARA CAPAI PERKARA TERSEBUT.

Penting untuk kita tulis apa yang kita nak capai dan cara untuk mencapainya. Jika dah tulis apa impian kita, sekarang kita fokus kepada cara capai impian tersebut. 

1. Melalui bisnes / perniagaan

2. Perlu letak target berapa nak dicapai, mengikut tempoh sebulan , seminggu dan sehari.

3. Perlu tahu cara nak capai target setiap hari,bulan dan minggu tu.

4. Macam-macam lagi. Kena plan. Kejayaan adalah sesuatu perkara yang perlu kita plan. Kita yang design hidup kita, nak berjaya atau tidak. Usaha sangat penting dan selebihnya kita minta dengan Allah SWT.



Rina yakin ramai dalam kalangan korang yang ada macam -macam impian dan tak tahu nak mula capai macam mana. Sebenarnya, mulakan sahaja apa yang ada ditangan dan terus usaha. Tak perlu nak tunggu semua benda sempurna.  Penting sekali, usaha tangga kejayaan. Ubah nasib diri sendiri dahulu, insyaAllah Allah bantu kita. Insyallah semoga dipermudahkan urusan.

Salam kejayaan 2021 buat semua.

Nak TTC Balik? Tiba-Tiba Suami Cakap Sesuatu ...


Harini sayu sangat. sunyi sepi, terharu, sedih macam-macam perasaan ada sebab suami telah bagitau sesuatu dekat sis Rina. Untuk pengetahuan, mula dari bulan puasa sampai lepas raya dan sehinggalah sekarang kami tak mula usaha TTC (ikhtiar hamil) lagi. Maybe sebab dua dua busy giler dan tunggu betul-betul keduanya tenang.




Maklumlah suami dah jadi salah seorang frontliner, jadi saja bagi rehat cukup-cukup dulu disamping isteri nak stabilkan hormon, nak cantikkan waktu subur dulu dan paling penting nak detoks tubuh dulu. Sama-sama faham bab ini sebab kitorang ada bincang dulu, bagi semua selesai barulah ikhtiar semula.


Selepas raya dan nak masuknya bulan Jun 2021 semalam, suami ada bagitau kerja dia alhamdulillah dah stabil. Katanya nak belanja susu Efferty sebab dia tahu rina memang suka gila minum susu tu sebab diperbuat dari kurma , madu dan makanan sunnah juga. Ayat dia cakap tu berbunyi macam ini, "Lepas ni, susu u nak minum, vitamin, folic asid, apa-apa produk untuk ttc semua biar i yang belikan." huuuuu. sebagai seorang wanita bekerjaya ada duit poket sendiri, 1st time sis raya sebak sangat. 


Tetiba air mata mengalir. Eh kau dah kenapa ni rina. Ya sebab sebelum ni barang-barang personal macam tu rina akan beli sendiri. Tapi duit nafkah suami bagi tiap bulan juga. adakala rina beli barang-barang guna duit rina, adakala guna duit dia beli tu. Tapi rupanya kalau laki bagi duit dan laki tolong belikan terus barang yang kita nak..rupanya perasaan tu macam lain macam rupanya. Tak sangka pula air mata mengalir kahkah. 


Sebenarnya tak jatuh lagi air mata, tapi lepas dia sambung ayat ni baru jatuh.. "Barang-barang yang u nak, untuk ikthiar semua ni i belikan lepas ini, mungkin dengan hasil titik peluh i , ada keberkatannya dan Allah nampak usaha i pula." haaa. nampak usaha dia tu. hihi. Sebelum-sebelum ni husband pun ada pergi check up di hospital, agaknya dia ingat itu aje kot usaha patut dia buat. Haa banyak lagi tau sebenarnya kalau laki nak cuba ikhtiar juga. selain dari mengurangkan rokok.


Tapi kali ni ikhtiar mr.husband ini adalah nak beli kan apa-apa jer barang isteri nak. Haa bolehlah amik kesempatan kikiki. Jadi, i Is suka sangat berangan apa nak beli kat watson atau farmasi sebelum tidur hahaha. Apa-apapun this entry cuma nak share story TTC journey dan kisah peribadi saja. 


Thanks for reading! :)

Isnin, 10 Mei 2021

Pengalaman Interview Kerja Maybank Bahagian Sales

Pada tahun sejurus selepas graduate dari UITM, rina masih hantar resume ke sana sini, masih emel ke rata-rata company dan berharap pada kerja kerajaan. Tapi sangat lambat kalau nak duduk dan tunggu sahaja, selagi tak dapat selagi tu rina terus pergi Interview terbuka dan sebagainya.


Sehinggalah satu hari, rina terima Mesej untuk Interview terbuka Maybank sebagai Sales Executive. Pada waktu itu, rina terus cakap dalam hati! This is my journey and my career. Dan ambil keputusan untuk buat yang terbaik nak dapatkan kerja tu.


Pada waktu tu actually rina tak ready langsung untuk kerja bahagian sales dan banking sektor. Tapi sebab pada waktu itu cuma fikir nak cari duit, nak kerja dan nak ada banyak duit. Yes I do. So, dipendekkan cerita, Interview terbuka tu dibuat di salah sebuah hotel dekat dengan Komtar dan Prangin Mall di Penang.


Jadi, dari Teluk kumbar nak ke sana, rina naik bas Rapid. Ini zaman memang sangat-sangat berdikari. Selalu nak ke mana-mana pun pada umur 21 tu memang rina naik bas rapid jer. Ohh pasti ramai tertanya tanya kenapa rina habis belajar degree sangat awal. 



Alkisahnya sebab rina buat Fast Track (Program uitm bagi pelajar yang dekan dalam 1-3 semester berturut-turut). Tak ramai student yang accept nak buat fast tract ni sebab ada risiko dan kelebihan masing-masing. Contohnya kalau kita dari semester 1-3 dapat anugerah Dekan, pointer tinggi so kita diberi pilihan selepas semester 3 untuk kita terus naik ke Degree dalam bidang yang sama atau teruskan diploma masuk semester 4 pula. Jika kita pilih nak fast tract terus ke degree, maka kita takkan grade atau dapat sijil Diploma. Kita cuma terus ada degreee dan grad degree. Tapi risikonya adalah jika kita gagal atau tak tamat belajar degree nanti, maka dua-dua sijil kita tak ada.


Itu yang ramai student takut. Tapi Bagi rina pada waktu itu, sangat-sangat tak suka belajar, rina suka life yang bebas sangat ketika itu dan dah fikir kalau aku tak ambil fast track, aku memang malas dah nak masuk sambung belajar degree dan sebagainya pula nanti . Habis diploma aku nak kerja jer. Jadi, sebab pemikiran cengginilah buat rina ambil fast track dan alhamdulillah rina dapat tamatkan Degree dalam tempoh 2 tahun sahaja Graduate dalam Kelas Pertama.


Ok so habis belajar tu dalam umur 22 tahun macam tu, itulah masanya rina pergi interview Maybank. 


Sebelum tu, Rina dah siap awal-awal dengan yakinnya sebab nak iv sales ni kenalah penampilan elok sikit, Yang menarik! tak lupa dengan gaya shawl dan mulut merah kegemaran. Dulu memang suka gila mekap sejak keluar universiti especially bahagian mata dan shawl tu.


Kemudian, rina gayakan baju kemeja putih bersama skirt hitam panjang serta tudung shawl kegemaran warna coklat cair. 


SUASANA SEBELUM INTERVIEW


Sesampai dekat sana, MasyaAllah memang ramai sangat-sangat manusia yang nak interview ni. Tapi rasa lagi nerves la. Sebab kita taktau macam mana gaya interview maybank ni. Company besar kot! Nama seorang demi seorang dipanggil dan mereka masuk ke dalam sebuah bilik. Kira-kira ada 5 bilik kat situ.Yang ada situ memang ramai gila, macam orang pergi ujibakat akademi fantasia dah nampaknya. 


Dari jam 9 pagi rina kat situ, sampailah jam 4 petang. Allahuakhbar. Barulah rina diinterview. sepanjang belum interview atau masa rehat tu, pergi duduk surau berdekatan dan jalan dekat bustop komtar, lepak situ makan roti. Inilah life rina dulu, komtar tu dah sebati, hari-hari balik sekolah memang singgah situ untuk tukar-tukar bas rapid. 


So, bila masuk 4 petang, alhamdulillah turn rina sampai. Memang buat betul-betul.


SOALAN YANG DITANYA SEMASA INTERVIEW


Jawatan yang rina pohon untuk bekerja di Maybank ini adalah Sales Executive. Tapi soalan yang ditanya tu rupa-rupanya general sangat seolah olah interview ni dia cuma nak tengok macam mana you boleh handle soalan dan bawa diri, boleh sesuaikan diri dengan orang dan ada otak yang macam mana untuk solve probrem. And the main things is you punya skill marketing.


Sebab rina disoal oleh seorang lelaki yang sangat tegas orangnya. cuma bersyukurlah dia cakap bm, rina kalau english tu nak cakap tak fluent sangat. Soalannya macam seolah kami ni tengah bersembang sahaja.


1. Kenalkan diri anda

2. Sebelum ni kerja mana dan kenapa nak datang interview ini

3. Kenapa minat bahagian sales

4. Bolehker kerja lebih masa, berjumpa orang atau balik lambat

5. Ada transport atau pergi kerja macam mana

6. Apa yang you boleh buat untuk capai target 1 juta sales asb dan loan rumah

7. Kenapa kami perlu pilih you


Sumpah, tu antara soalan yang ditanya kepada Rina. MasyaAllah senang sangat bila kita kena diri kita dan minat kita. tapi sebenarnya mencabar sangat-sangat dan tips nya adalah YAKIN JER. walaupun rina pun tatahu apa nak buat untuk capai target, tapi apa sahaja idea rina all out semua.

Tapi harap maklum, soalan ni mungkin tak sama macam soalan yang ditanya kepada orang lain. Wallahualam. atau mungkin sama. Itu Rina taktahu. tapi rina just kongsi pengalaman interview kerja Maybank bahagian sales dulu.


MOMENT YANG PALING TERKEJUT DAN GILAAAA!


Adalah bila mana dah nak habis interview, dia tanya rina soalan ini:


AGAK-AGAK BILA AWAK BOLEH MASUK KERJA?

Allahuakhbar., rasa seronok n syukur sangat kalau dapat. Rina terus jawab minggu depan! hhehee.. So dia bagi satu borang terus isi dan awak diterima bekerja. Alhamdulillah. Itu yang rina alami. Tapi takpasti kalau orang lain ada yang balik dulu dan akan diberitahu dalam call dan lain-lain tu. Maka tamat sesi interview, yang mana dapat, mereka semua isi borang diterima dan baru pulang.


Tapi Rina tak dapat jawatan Sales Executive, Rina dapat jawatan Consumer Sales Executive. alhamdulillah, dia lebih besar tanggungjawabnya, lebih besar amanahnya. sangat-sangat takut nak hadap tapi Insyallah ini adalah kerja pertama selepas grad, apapun Rina cuba buat yang terbaik.



Sekian kisah pengalaman interview kerja Maybank bahagian Sales yang rina alami. Thank you sudi baca, semoga bermanfaat untuk anda semua.