Rina Zul

Info tentang Perniagaan, Kewangan, Penulisan. Review, Copywriting dan lain-lain.

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 11 Oktober 2018

Cara Buat Rambutan Asam Boi Sedap Gila - RESEPI RAMBUTAN ASAM BOI






Rambutan Asam Boi sedap sangat rasa masam manis! Nak tahu cara-cara sediakannya? Mudah saja. Sebelum tu, korang tahu tak rambutan asam boi ini boleh buat korang punya otot-otot punggung dan urat-urat badan tu taknak bergerak ke tempat lain sebab nak habiskan rambutan asam boi ni sampai habis. Haha.


Selain menjadikan korang ketagih nak makan semangkuk, sebalang atau seperiuk rambutan asam boi ni, buah manis sedap ini juga sebenarnya sangat bagus untuk kesihatan sebab ia menambah air di dalam badan dan meningkatkan tenaga bagi badan-badan yang lemah. Tapi awas, jangan makan rambutan asam boi ini berlebihan sebab dikhuatiri anda akan demam dan batuk-batuk!

Ada kawan-kawan yang tanya, macam mana nak buat Rambutan Asam Boi ni? Okey, rina share kat sini caranya, sangat mudah dan senang. 






Cara Buat Rambutan Asam Boi 
RESEPI RAMBUTAN ASAM BOI


  1. Kupas buah rambutan dan buang kulit-kulit rambutan
  2. Letak isi rambutan di dalam sebuah mangkuk yang mudah untuk anda gaul
  3. Potong cili api hijau dan merah untuk lebih pedas dan menjadikan warna menarik
  4. Masukkan cili api yang dipotong ke dalam mangkuk berisi rambutan
  5. Masukkan asam boi atau asam ko atau serbuk asam ke dalam mangkuk tersebut
  6. Gaulkan dengan sudu dengan cara menterbalik-balikkan kandungan dalam mangkuk tu supaya semua rambutan itu kena asam dan cili api dengan rata.
  7. Rambutan asam boi anda dah siap untuk dimakan!




Rambutan Asam Boi macam ni pun korang boleh jual atau buat bisnes. Tapi tak bolehla nak post. Nanti takut kalau sampai lambat tak tahan pula. Kecuali lah kalau korang ada cara lain buat dia tahan lama, mungkin buat rambutan asam boi jeruk ke,. yang itu boleh tahan lama. 

Rambutan asam boi ni boleh korang letak dalam balang macam balang kuih raya tu untuk jual. Macam tu sangat kukuh, tahan dan berkualiti.  Jom cuba buat rambutan asam boi!


Tiada ulasan:

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!

Freelance writer atau penulis bebas adalah golongan yang boleh menulis beberapa karya penulisan yang penting dalam industri Malaysia teru...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages