6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu! - Rina Zul

Rabu, 28 November 2018

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!

Image result for PENULIS BEBAS

Freelance writer atau penulis bebas adalah golongan yang boleh menulis beberapa karya penulisan yang penting dalam industri Malaysia terutamanya dari segi penulisan kreatif dan lain-lain lagi malah ia juga termasuklah penulisan jurnal, buku, menterjermah bahasa dan banyak lagi.  Jangan bermimpi hendak menjadi seorang freelance writer jika tak tahu 6 jenis penulisan ini! Opss bukan begitu maksud saya, sekurang-kurangnya anda perlu belajar untuk ketahui salah satu atau mana-mana jenis penulisan yang penting ini.  

Image result for PENULIS BEBAS

Sebelum itu, tahukah anda kenapa begitu penting keenam-enam jenis penulisan seorang freelance writer? Tak lain tak bukan adalah kerana kehendak dan permintaan client terhadap hasil karya tersebut. Umum telah mengetahui bahawa penulis bebas atau freelance writer adalah golongan penting dan berpengetahuan dalam menghasilkan seni penulisan yang mereka kehendaki.  Jadi, kenapa perlu kecewakan orang lain atau kenapa perlu masih berada di tahap yang sama?  Apa kata kita ketahui lebih lanjut jenis-jenis penulisan seorang Freelance Writer atau penulis bebas yang wajib anda tahu!

Terdapat 6 jenis penulisan penting bagi seorang freelance writer atau penulis bebas.  Antaranya adalah:

Image result for CREATIVE WRITING

1.  CREATIVE WRITING / PENULISAN KREATIF

Penulisan kreatif berfungsi untuk menginspirasikan seseorang dan menjadikan pembaca beremosi dengan kekreativiti seorang penulis bebas memainkan kata-kata mereka.  Penulisan kreatif boleh jadi fiksyen dan juga bukan fiksyen. Penulisan kreatif juga seolah-olah seseorang penulis bermain dan berimaginasi bersama kata-katanya lalu membuatkan pembaca terbuai dengan keindahan pertuturan, perkembangan jalan cerita dan watak serta tarikan yang terdapat dalam penulisan tersebut.

Contoh penulisan kreatif dalam bentuk fiksyen adalah jurnal, autobiografi, surat dan biografi.
Contoh penulisan kreatif dalam bentuk non-fiksyen pula adalah skrip drama, sinopsis, cerpen, novel, puisi, filem dan sebagainya.

Image result for copywriting

2.  COPYWRITING

Copywriting lebih mudah dan senang serta seolah-olah penulisan basic bagi seorang freelance writer ataupun penulis bebas.  Copywriting merupakan ayat iklan atau ayat pujukan yang tersirat dalam menjual sesuatu produk dan servis.  Ia bukanlah perlu anda copy paste dan edit-edit, tetapi ia haruslah asli dan menarik mengikut gaya penulisan anda sendiri.  Terdapat pelbagai jenis teknik copywriting yang boleh anda kuasai dalam mempelbagaikan ilmu penulisan atau ilmu copywriting anda. Kelak, apabila anda menjual produk, anda berjaya hasilkan copywriting anda sendiri. Bagus, bukan?

Related image

3.  MENULIS BUKU KEHENDAK KLIEN

Selain daripada seseorang yang profesional, penulis bebas atau freelance writer juga diminta untuk menulis buku bagi pihak klien.  Boleh jadi client akan meminta anda menulis berkaitan profesionalisme mereka atau sesuatu yang mendatangkan untung kepada mereka, kiranya freelance writer dikatakan sebagai di balik tabir atau ghostwriter dimana karya anda tidak akan diletakkan nama anda tetapi digunakan nama client.  Itu sekiranya anda menerima untuk menulis buku kepada mereka dengan bayaran yang anda telah persetujui.  Penting sekali untuk anda ketahui tema penulisan, format, kerangka penulisan dan sebagainya dengan jelas mengikut kehendak client.

Image result for menulis

4.  TEJERMAHAN BAHASA ASING

Adakalanya penulis bebas atau freelance writer juga akan mendapat job untuk menterjemahan bahasa asing ke bahasa Melayu dan begitulah sebaliknya.  Tak ramai penulis yang fasih tentang bahasa untuk menterjemahkan dokumen dan sebagainya, tetapi bagi mereka yang fasih berbahasa english, melayu dan lain-lain lagi, itu adalah kelebihan bonus pada mereka!  Selain dari menterjemah bahasa untuk dokumen, penulis bebas atau freelance writer juga diberi peluang untuk menterjemahkan bahasa subtitle filem dan sebagainya.

Image result for jurnalistik

5.  JURNALISTIK

Jurnalistik adalah penulisan berkaitan sesuatu peristiwa yang anda ingin sampaikan kepada semua orang berkaitan dengan sesuatu kejadian atau peristiwa disertai dengan fakta yang kukuh, keterangan pelbagai pihak, kecepatan masa penulisan dan juga impak yang besar dan menarik.  Dah macam wartawan yang mengambil cerita hot dan akan cepat-cepat sebarkan, begitu penulisan jurnal, sekiranya  ia melibatkan apa-apa majlis, kejadian, tentang artis dan lain-lain lagi.  Menulis jurnalistik memerlukan anda berfikiran jauh, berpandangan luas kerana ia melibatkan isu dunia dan negara sama ada dalam bidang feyen, makanan, pendidikan, berita, gadget, wirausaha dan banyak lagi.

Related image

6.  REVIEW

Menulis review selalunya dibuat oleh blogger-blogger, tapi jangan terkejut, ia juga kerja seorang penulis bebas. Namun, menulis review bagi seorang freelance writer haruslah jujur dan tidak menipu para pembaca.  Secara logik, pihak client akan memberi produk mereka kepada penulis untuk penulis menggunakannya dan membuat review tetapi ada juga yang tidak memberikan produk mereka dan mereka mengambil perkhidmatan penulis untuk review atau menulis sahaja mengenai produk mereka.  Penulisan yang ditulis selalunya di terbitkan oleh penulis di blog mereka atau memberi hasil penulisan mereka kepada client tersebut.  

Image result for PENULIS BEBAS

Fuh, susah ke senang? Haaaa. Jangan macam-macam. Inilah penulis bebas punya kerja kalau anda nak tahu. Oh ya, itu belum termasuk hal-hal penulisan skrip dan lain-lain lagi. Mungkin penulis bebas yang ingin bermula boleh mencuba untuk buat review, copywriting, creative content dan jurnalistik dahulu.  Selepas itu boleh fokus tulis buku dan lain-lain. Penulis bebas yang berjaya adalah penulis bebas yang sentiasa mencuba menulis sehingga berjaya!







Tiada ulasan: