Rina Zul

Info tentang Perniagaan, Kewangan, Penulisan. Review, Copywriting dan lain-lain.

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 19 November 2018

Kenali Sebab Pelanggan Membeli Produk Anda

Image result for Kenali Sebab Pelanggan Membeli Produk Anda

Korang mesti asyik terfikir kan, kenapa sesetengah peniaga ni dia punya pelanggan.. “Perghhh… Ramai Piang” bak kata orang utara.. Mesti korang juga nak pelanggan-pelanggan korang pakat mai beli produk-produk atau barangan korang kan? Haha… banyak pulak cheq cakap utaqha kali ni.. Maklum la.. Anak mami la katakan…

Pelanggan membeli sesuatu produk atau barangan anda pasti ada sebab tersendiri… Haa.. Mesti korang nak tau kan “Kenapa Pelanggan Membeli Produk Anda?” Jom kita tengok dan kenali sebab pelanggan membeli produk kita.

Related image

  1. Produk anda lebih murah

Kita semua mengetahui bahawa semua pelanggan tak kira lapisan umur pasti menginginkan kemudahan dan kesenangan. Korang kena la mempermudahkan segala proses jualan korang tu supaya ia tidak mengelirukan pelanggan-pelanggan korang. Haa… Baru la mereka membeli dari korang sebab proses jualan korang yang mudah. Betul tak?

Kalau saya sendiri pun, pasti akan cari penjual yang mempunyai proses jualan yang mudah dan senang berurusan. Bukan yang tanya pukul 3 petang, pukul 3 pagi baru jawab.





Contoh laman sesawang (website) yang memudahkan proses jual beli antara penjual dan pembeli di Malaysia. Ia juga turut mengadakan jualan promosi pada hari-hari tertentu.

Sumber : Lazada Malaysia http://www.lazada.com.my/


2. Produk dan Perkhidmatan yang pantas

Korang mesti asyik nak barang korang cepat dapat kan? Betul tak? Kadang-kadang lambat sampai sikit korang dah tak boleh duduk diam kan? Lepas tu bila korang order dengan pihak satu lagi dan barang dapat dengan cepat, pasti korang asyik order dengan pihak yang tu je kan? Betul….

Kepantasan perniagaan adalah amat penting. Sekiranya korang dapat memberi produk kepada pelanggan korang dengan cepat dan pantas… pasti produk korang akan menjadi pilihan ramai. Courier penghantaran juga memainkan peranan yang penting dalam penghantaran sesuatu produk atau barangan. Elakkan memilih courier yang menyediakan perkhidmatan yang lambat, barang tidak dihantar dengan selamat dan membuat kerja dengan sambil lewa.


Contoh salah satu perkhidmatan penghantaran produk kepada para pelanggan di Malaysia.

Sumber : Pos Laju Malaysia https://poslaju.com.my/


3. Perkhidmatan yang mesra pelanggan

Ketika zaman yang moden ini, komunikasi antara pelanggan dan peniaga adalah amat penting sekali. Perkhidmatan yang mesra serta pantas pasti memudahkan segala urusan jual beli dengan pelanggan. Contoh macam ni la.. Korang nak beli sesuatu produk tu. lepas tu, seller tu acuh tak acuh layan korang. Mesti korang rasa tak nak beli kan? Haa.. macam tu la… selain itu, ketika bercakap dengan pelanggan tu, kena la senyum sikit.. Baru ceria… senyum juga satu ibadah tau?

Sepotong Hadis Menyatakan

Tas sumuka fi waj hi a khi’ qa shodaqa tun

Maksudnya

“Senyum manismu dihadapan  saudaramu adalah sedekah (ibadah)”

Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Gambar sekadar hiasan


4. Kualiti Produk Yang Bertahan Lebih Panjang

Dalam sesuatu pemilihan produk, aspek yang paling diutamakan adalah kualiti. Peranan kualiti sesebuah produk akan memainkan peranan dalam perniagaan korang. Takkan lah korang nak jual produk yang nampak macam bagus… tapi hakikatnya kualiti ketahanan produk itu tidak bertahan lama… Lari la pelanggan tu nanti kan? Ingat ya?

Walaupun produk korang tidak mahal tak mengapa, yang penting kualitinya.. Biar orang kata “eh murahnya produk kau, tapi kualiti setanding produk-produk berjenama” Fuh… silap hari bulan, jutawan la korang.. Insyaallah..

Image result for Kenali Sebab Pelanggan Membeli Produk Anda

Kredibiliti dan reputasi sesebuah produk pasti akan mendapatkan pelanggan yang ramai berbanding dengan yang lain.. Pastikan berniaga secara jujur dan amanah seperti Rasulullah SAW, Insyaallah produk korang pasti akan laris serta terkenal tak kira dimana sahaja. Yang penting, korang perlu kenali sebab pelanggan membeli produk anda.

Jangan berputus asa, teruskan.. Teruskan.. dan teruskan.. Insyaallah pasti pelanggan akan jatuh cinta dengan produk anda.




Tiada ulasan:

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!

Freelance writer atau penulis bebas adalah golongan yang boleh menulis beberapa karya penulisan yang penting dalam industri Malaysia teru...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages