Rina Zul

Info tentang Perniagaan, Kewangan, Penulisan. Review, Copywriting dan lain-lain.

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 9 November 2018

KUPASAN TONTONAN OPERASI X MOVIE UNTUK RAKYAT MALAYSIA [WAJIB BACA]




OPERASI X MOVIE yang hangat diperkatakan seluruh Malaysia kian menjadi sebutan akhir-akhir ini.  Mana tidaknya, sejuta lebih tontonan trailer yang telah ditayangkan tempoh hari, Operasi X Movie adalah Filem terbaru 2018 terbitan Dream Pictures Production. Setelah menonton filem ini, mungkin anda mempunyai pandangan tersendiri untuk filem Operasi X Movie ini?






Tidak terkecuali, sebagai seorang kaki movie, Operasi X telah menarik perhatian untuk saya melihat sendiri filem Operasi X di pawagam.  Untuk pengetahuan pembaca, Operasi X Movie Trailer membuatkan saya tertanya-tanya jalan cerita dan apa yang menarik dalam filem ini. So, apa lagi? 1 November 2018 apabila filem Operasi X ini telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, saya tidak terlepas untuk menonton Operasi X Movie di TGV cinema Wangsa Walk.




PENGALAMAN MENONTON OPERASI X MOVIE, FILEM TERBAIK 2018

4 November 2018, 4 Petang

Wayang bermula pada 4 pm. Timing lain memang sudah tiada, jadi nak taknak, petang-petang ni layan Operasi X Movie. Pada waktu di ruang menunggu, rupa-rupanya ramai juga yang menantikan untuk masuk pawagam bagi Filem Operasi X Movie ini.  Ada yang datang bersama keluarga, kawan-kawan dan juga berpasangan.  Paling menarik hati saya adalah sekumpulan sahabat yang berbilang kaum iaitu Cina, India dan juga Melayu beratur masuk pawagam untuk menonton Operasi X Movie ini. Wau, this is Malaysia. Apatah lagi, filem terbaik 2018 ini adalah Filem buatan Malaysia dan sudah pastilah disokong oleh semua anak muda Malaysia. Tahniah kepada Dream Pictures Production dan Sandosh Kesavan selaku pengarah Operasi X Movie.



 Operasi X Movie | Filem Terbaik 2018

Operasi X Movie merupakan filem karya Dream Pictures Production yang menampilkan barisan pelakon lama dan baru seperti Dato' Aaron Aziz, Dato' Awie, Dato' Yusuf Haslam, Hanna Aqeela, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Hairi Safwan, Shima Aris, Amirul Affendi, Nasir Bilal Khan, Nashra, Rahhim Omar, Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omar. Pelakon legend, otai dan masih berbisa berganding bersama pelakon darah manis, cantik serta sado-sado memang membuatkan semuaaaaaa lelaki mahupun perempuan tak sabar menantikan tayangan filem ini! 

Filem : Operasi X
Pengarah : Sandosh Kesavan
Terbitan : Dream Pictures Production
Genre : Action/Crime
Format:  2D


Dream Pictures Production adalah Syarikat Penerbitan Filem Tempatan Malaysia yang ditubuhkan pada 2017 dan mereka merupakan karyawan filem yang amat disegani ramai.  Operasi X Movie dihasilkan atas idea asal Sandosh Kesavan malah skrip pula dari Atiqah Jani.  Idea dan skrip filem ini bila digabungkan, menjadi satu kombinasi yang amat menarik dan membuatkan jalan cerita penuh dengan hiburan, sense of humor dan babak terbaik!




Sandosh Kesavan yang merupakan pemegang bagi Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Layar Skrin Terbaik, Anugerah Filem Pendek Terbaik FELINA pada tahun 1995 ini  telah bekerjasama dengan beberapa orang penerbit dalam menghasilkan Operasi X The Movie iaitu Zarina Sham, Ali Nathan, Elson Tommas & Norhanisham Muhammad.  Rupanya pengarah bagi Operasi X Movie ini bukan  calang-calang orang, beliau telah lama berkecimpung dalam dunia perfileman dan merupakan bekas pengarah dalaman Syarikat Astro serta telah mempunyai syarikat produksi tersendiri. 

Keluaran Operasi X The Movie telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia dalam menilai hasil filem Dream Pictures Production yang berkonsepkan jenayah serta aksi ini.  Walaubagaimanapun, filem ini bukanlah 100% filem aksi, ia adalah filem umum tetapi mempunyai aksi yang tersendiri.  Dream Pictures Production telah meletakkan Operasi X Movie ini sebagai filem yang sesuai ditonton masyarakat umum dan mempunyai pelbagai mesej untuk disampaikan. 

Uniknya, Operasi X Movie bukanlah seperti filem aksi melayu lain yang hanya fokus pada aksi dan jalan cerita semata-mata, tetapi Operasi X Movie sarat dengan nilai kemasyarakatan dari sudut baik dan jahat (gelap) untuk dijadikan iktibar pada generasi X dan generasi yang akan datang. Tahniah sekali lagi kepada Penerbit Operasi X Movie, Dream Pictures Production. 


Sebelum mengupas tontonan Operasi X Movie ini untuk seluruh rakyat Malaysia,tidak lengkaplah sekiranya anda belum mengetahui jalan cerita filem ini secara terperinci dan menyeluruh. Jom baca jalan cerita atau sinopsis Operasi X Movie terlebih dahulu.

SINOPSIS DAN PERJALANAN CERITA 
OPERASI X MOVIE, FILEM TERBAIK 2018


Operasi X Movie yang tampil dengan lagu berjudul 'Lari' nyanyian Awie dan McFaz Stylo ini mengisahkan tentang satu serbuan telah dilakukan di tempat penyeludupan, ketika itu Inspektor Aman telah mati ditembak.  Dalam suasana pihak polis menembak penjenayah, ASP Redzuan mengesyaki rakan baiknya, Inspektor Aman juga telah ditembak oleh Polis kerana tiada siapa lagi yang berada di kawasan berdekatan kecuali pihak polis.  

Kekecewaan yang dialami oleh ASP Redzuan membuatkan dia hilang mood untuk terus berkhidmat kerana rakan baiknya yang telah dianggap seperti adik sendiri telah meninggal dunia.  Mengambil keputusan untuk bersara atau bercuti membuatkan ASP Redzuan pergi jauh menenangkan diri di sebuah Pulau.  Dia telah mengenali Cikgu Ayu dan boleh dikatakan ada bibit cinta yang hadir dalam diam.

Dato' Mokhtar dan DSP Anwar telah menjejaki ASP Redzuan dan membongkarkan dalang yang menyebabkan kematian kawannya serta meminta dia kembali berkhidmat untuk sebuah Operasi. Operasi yang dikatakan berkaitan penyeludupan dadah dan juga berkaitan kematian kawannya membuatkan ASP Redzuan bersetuju untuk mengetuai Operasi X! 

Operasi X ini dibantu dan diselesaikan oleh sekumpulan ahli dengan kepakaran masing-masing iaitu Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan. Sudah pasti pelbagai konflik, kisah dibalik kejadian, dalang, cara mereka menyelesaikan Operasi X ini menjadi persoalan sama ada filem ini best atau tidak.  Akhir cerita ini sudah pasti ada yang menang dan ada yang kalah, ada yang hidup dan ada yang mati. Namun, bagaimanakan ia akan berakhir? Cukup tragis, seksa, sedih atau bagaimana? 

Anda kena tonton sendiri filem Operasi X ini, tetapi jangan risau. Jom baca sedikit sebanyak coretan saya setelah menonton Operasi X Movie ini!

KUPASAN TONTONAN OPERASI X MOVIE, FILEM TERBAIK 2018 [WAJIB BACA]



Operasi X Movie, filem terbaru 2018 ini berbeza dengan filem-filem melayu lain yang bergenre kan aksi dan sememangnya ia tidak boleh dibandingkan kerana Operasi X adalah filem umum berkonsepkan jenayah dan kemasyarakatan serta melibatkan hal kekeluargaan, persahabatan dan cinta.  Dari awal lagi, Dream Pictures Production memaparkan impak lakonan yang kuat dan penuh dengan sense of humor atau pelbagai perasaan sebagai seorang manusia.

Bermulanya filem ini di pawagam, rasa seakan santai sangat menonton sebab tempat filem ini dijalankan memang cantik dan menarik, pengcahayaan yang sangat menarik dan sesuai untuk adegan yang akan dilakukan.  Saya teringat akan filem Laskar Pelangi iaitu filem buatan Indonesia, agak banyak pengajaran dan berkonsepkan masyarakat penuh kesedihan, ketabahan, kekuatan dan aksi dari seorang kanak-kanak miskin yang berselindung dengan sejuta rahsia perasaannya. Begitu juga dengan salah satu watak yang dibawakan dalam filem Operasi X. Nampak sahaja luaran begitu, namun siapa tahu dalam hatinya bagaimana dan apa rasanya. Apa yang boleh saya katakan, Operasi X adalah filem yang STRONGLY unik.

Lokasi Dan Tempat Penggambaran Operasi X Movie 




Kebanyakan lokasi penggambaran diadakan di Bukit Aman dan Bukit bendera Pulau Pinang tetapi banyak juga tempat di Pulau Pinang yang dapat anda lihat dalam Operasi X Movie. Sempena berasal dari Penang, saya cukup tertarik dengan adegan atas Feri, mungkin tempat Belut duduk tu tempat lepak saya zaman dulu bila naik feri. #Berangan Lagi satu, rasa best sangat tengok View Pulau Pinang yang sangat indah , memang kalau kita naik Bukit Bendera, kita akan dapat nampak satu Penang.



KEUNIKAN OPERASI X MOVIE | RAHSIA DI SEBALIK CINCIN


Anda wajib tahu rahsia di sebalik Cincin, di mana pada mula cerita sehingga kemuncak, cincin inilah yang menyimpan semua rahsia, sebab kematian, sebab kehidupan, sebab Operasi X berjaya menumpaskan The King of Smuggler. Hanya satu cincin ini, segalanya berubah.  Saya cukup puji Pengarah dengan idea wujudnya Rahsia di sebalik cincin dalam filem ini, sekaligus ia menjadikan filem operasi X ini lebih logik, menarik, penuh penceritaan yang buat kita ternanti-nanti apa akan jadi seterusnya.

Watak Dan Pelakon Operasi X Movie



Terdapat 2 watak utama dalam filem ini iaitu watak protagonis (Baik) dan antagonis (Jahat).  Siapa lagi kalau bukan watak yang kita tunggu-tunggu iaitu Dato' Awie dan Dato' Aaron Aziz.  Aaron Aziz adalah sebagai ASP Redzuan yang selama ini bekerjasama dengan ahli penyamarannya dalam menumpaskan Geng Belut iaitu Awie.


AWIE - BELUT

Ramai netizen yang menyifatkan watak Awie sebagai Belut dengan gaya Rambutnya yang putih dan penampilannya secara menyeluruh sama seperti hero filem tamil. Ye ye je. Sebenarnya, gaya beginilah yang paling sesuai untuk seorang bos besar, gengster kaya atau raja seludup antarabangsa gituh!  Setiap bos yang dibelakang takbir selalunya pasti mempunyai gaya yang tersendiri kan. Pernah saya jumpa mereka-mereka yang mempunyai perniagaan besar dengan perwatakan seperti Belut ni. Serius ia sangat real dan nampak Awie seperti orang tu! 


Lakonan Awie sebagai Belut memang tak mengecewakan. Belut seorang yang fokus dalam hal kerja penyeludupannya, dihormati orang-orangnya, seorang yang penuh dedikasi dalam mengembangkan bisnes penyeludupan dadahnya, serius dalam hal kerja dan peribadi, sungguh sayangkan adiknya iaitu Mat Bong dan mempercayai orang-orangnya. Disebalik watak gengster Belut, terdapat sifatnya yang agak kelakar, boleh membuat lawak, mempunyai minat terhadap tarian dan muzik! Salah satunya adalah adegan Awie ingin belajar tarian salsa dan meminati seseorang Artis ini secara terlalu fanatik. Nak tau siapa artis tu, kena layan movie ni. Sifat kemanusiaan juga sudah sebati dalam diri Awie dimana dia tak sampai hati memukul tawanannya (wanita, yang telah diculik tu, taknak mention sini) tetapi tak mustahil kan kalau boleh tembak sesiapa sahaja dia mahukan? 

Because he.... is the king of Smuggler!


Satu lagi, ada sebab kenapa Atiqah Jani (Penulis Skrip Operasi X) memilih nama 'Belut' sebagai watak Awie. Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka, kebanyakan nama ikan mempunyai maksudnya yang tersendiri dan belut bermaksud 'Cekap, Licik dan Pantas'. (Baca senarai ikan baris akhir).







Aaron - ASP Redzuan

Saya bukanlah peminat artis Malaysia yang hensem dan sado. Taste-taste saya adalah yang tall, dark, sweet gitu. Contohnya, suami Iera Syazira. Hehe. Tetapi kewujudan Aaron Aziz yang tampak gentleman dan aumm ni buat saya teringin nak lihat lakonan dia bersama Awie, the King of Smuggler tu.



Aaron Aziz yang melakonkan watak ASP Redzuan penuh dengan rahsia yang tidak dapat disingkapkan sehinggalah anda sendiri menonton Operasi X Movie. Antara persoalan adalah kenapa dia terlalu sayang kawannya dan sakit hati sehingga nak bersara dari dunia polis? Adakah dia betul-betul cintakan Cikgu Ayu? Bolehkah dia menumpaskan Geng Belut? Pada saya, watak Aaron Aziz ini sangat rancak dengan pelbagai emosi yang sedih, penuh cintan, kasih sayang, gelisah, tersepit dan dilema dalam perkara yang melibatkan hidup dan mati. Lakonan aksi seperti berlawan menumpaskan penjahat, bergerak dalam pasukan dimainkan dengan sempurna sekali oleh Aaron Aziz. Part kena tembak di kaki dan tangan tu, sampai saya terasa sakitnya. Aaron sakit boleh jalan sikit-sikit, kalau saya? Habislahhhh!


Hanna Aqeela - Cikgu Ayu

Hanna Aqeela, pelakon hebat yang tidak sarat dengan gosip dan publisiti ini membawa watak Cikgu Ayu.  Watak cikgu Ayu ini merupakan watak pipih kepada protagonis iaitu watak yang berpihak kepada ASP Redzuan sehingga tamat cerita. Walau apapun terjadi, Cikgu Ayu mempunyai pendiriannya tersendiri dia juga digambarkan seorang yang ceria, baik hati, sukakan kanak-kanak.  Oh ya, adegan percintaan Ayu dan Redzuan juga menjadikan filem ini santai, rileks dan berbunga-bunga di beberapa babak menarik perhatian ramai penonton.




Razifah Shima - Lady Lion

Razifah Shima sangat sesuai dengan watak Lady Lion di mana Lady Lion seorang ahli kumpulan Belut, merupakan orang kuat Belut, boleh mempengaruhi Belut, setia dan akan buat apa sahaja arahan Belut.  Mekap, pakaian, gaya dan lakonannya 100% menjadi Gengster wanita! Tapi Awie belum tabatkannya lagi sebagai Queen of Smuggler. Eh eh ke situ pula.  Part yang paling saya tak boleh lupa adalah sewaktu berlawan di Feri dan anda wajib lihat bagaimana Lady Lion beraksi di situ! Sampai sekarang, saya tak boleh move on bila filem menunjukkan gaya Lady Lion disertakan muzik suspend,memang betul-betul Pergggghhh Lady Lion ni. Nampak macam real dan bukan berlakon tu.




Nasir Bilal Khan - Bashah


Lakonan Nasir Bilal Khan memang buat saya sangat unexpected! Jika tidak menonton Operasi X Movie ini, saya berangan Nasir Bilal Khan berlakon sebagai pemandu atau sesiapa yang tak begitu penting dalam filem ini. Ternyata saya salah! Haha. Rupa-rupanya lakonan dia sebagai Bashah ini memberi jawapan kepada segala-galanya.  Bashah adalah orang penting Belut dan sering bersama Lady Lion dalam apa jua tindakan yang mereka lakukan. Sebagai seorang yang tamak, bengis dan mendengar arahan Belut, Bashah juga terlihat sebagai seorang yang degil dan bertindak diluar kawalan. Agak terhibur la ternampak bentuk perut bahagia ayah Tok Adi ini apabila salah satu adegan dia jatuh tu. hihi.  



4 Ahli Kumpulan Siasatan Operasi X | Watak Lakonan

Watak lakonan 4 ahli kumpulan siasatan untuk Operasi X ini adalah kejutan buat anda. Jika dilihat Operasi yang dilakukan bagi menumpaskan Geng Belut, 4 ahli ini penuh aksi dan babak dalam menewaskan Raja Seludup Antarabangsa tu. Ya, 4 orang inilah ahli kumpulan Operasi X yang diketui oleh ASP Redzuan. Semua mempunyai personaliti masing-masing dengan pelbagai ragam. Jom kita terjah satu persatu! 

Janggut - GBob 

Hmm. Macam familiar tau muka GBob ni, entahlah, mungkin pelanduk 2 serupa tak? Tapi mungkin juga Gbob sendiri sebab banyak lakonan dia di layar TV. Filem Operasi X kali ini, GBob memegang watak Janggut, iaitu seorang Hacker. Besar tanggungjawabnya bila dengar 'Hacker' tu, by right memang banyaklah jasa janggut yang menjadikan team berjaya mengesan Geng Belut. Nama janggut ni mungkin sebab dia simpan janggut tu, sikap Janggut ni pun memang kelakar, sempoi, bising, banyak cakap, annoying pun ada sebab suka cakap bila Aaron tengah bagi arahan . Pendek kata, dia selalu buat kerja di balik takbir sahaja dan jarang ke luar, tapi happening dan best.




Hairul Azreen - Pablo  

Hairul Azreen yang telah membintangi beberapa buah filem aksi pada tahun 2018 ini kini tidak terkecuali memegang watak Pablo yang juga merupakan watak pipih bagi protagonis iaitu sebagai ahli kumpulan menumpaskan Geng Belut. Hairul berjaya 100% bawa watak ini, tidak bosan dan dia mampu lakukan watak sebagai Smasher atau Pablo ini. Pablo  'Smasher' tak lekang dengan aksi polis, lawan dengan penjenayah, bekerjasama dengan Aaron dalam serbu Kelab malam dan macam-macam lagi. Paling merisaukan, apabila bom nak meletup dan dia masih di belakang lori laju tu. Apa yang berlaku selepas itu??? Babak ini sangat menarik!




Hefny Sahad - Ali Mat

Itulah kalau tak tengok filem ini, saya terbayang Hefny atauAli Mat ni jadi mamat muda yang poyo-poyo dan jahat, tak sangka pula rupa-rupanya dia adalah Team yang menumpaskan Operasi X. Watak Ali Mat seorang yang menjalankan tugasan dengan bersahaja tetapi hasilkan cukup menjadi.  Kagum dan seronok tengok Ali Mat langgar kereta penjahat tu dengan sengaja untuk dapatkan sesuatu! Fullamak, Ali Mat bukan sahaja berani, cekap, pandai berlakon, tetapi dia pun kelakar dalam filem ini.


Nashra - Nash



Nashra membawa watak Nash, iaitu satu-satunya wanita dalam Team siasatan  menewaskan Geng Belut. Nash seorang yang simple, patuh arahan, tidak banyak bising, tak cerewet, memahami, feminin dan dalam masa yang sama pandai berlawan.  Haaa. Macam inilah calon-calon idaman, ye tak? Watak Nash sangat menarik apabila dia berhadapan dengan Belut dan terpaksa menyamar sebagai seorang ...... ? untuk mendekati belut dan akhirnya......? Dia bukan sahaja menyamar sebagai... tetapi juga sebagai ..... ?  Memang berani watak nash ni, boleh buat apa sahaja penyamaran. Tangkas pula tu. Kalau diberi pilihan berlakon, I nak berlakon watak Nash ni.




Konsep Dan Elemen Filem Operasi X Movie

Operasi X Movie membawa konsep umum yang penuh dengan penyampaian dari segi persahabatan, cinta, kekeluargaan, perjuangan, pertahanan dan lain-lain lagi. Elemen-elemen ini digabung dan disusun khas dengan lengkap dalam  Operasi X Movie. Plot-plot jalan cerita akan disempurnakan dengan semua elemen ini.  Mari saya kupas apa yang perlu rakyat Malaysia tahu tentang konsep dan elemen filem ini.



Plot Permulaan Operasi X Movie

Pada awal cerita, Watak Mat Bong menjadi perhatian apabila ditembak dalam serbuan Polis dan menyebabkan Belut menjadi terlalu sedih dan marah. Dalam masa yang sama, ASP  Redzuan turut terlalu emosi kerana kehilangan sahabat baiknya. Plot ini agak rancak dan teratur dengan aksi tembakan, berlawanan serta dihias dengan runut bunyi yang cukup sesuai, suspend. Boleh dikatakan setiap kali aksi atau adegan, pasti ada bunyi yang tersendiri yang membuatkan kita ternanti-nanti apa seterusnya. Sebab itulah saya suka runut bunyi operasi X ni!

Plot Perkembangan Operasi X movie

Waktu ini menunjukkan hadirnya pelbagai watak satu persatu. Seronok lihat orang kanan belut dan kumpulan pakar siasatan yang sedang menyiasat akan Operasi X ini. Pengarah terbaik dalam mengembangkan filem ini dengan adegan antara cikgu Ayu dan Redzuan, kedai Tauke Cincin, Isteri Inspektor Aman, Perjumpaan dengan Wak Doyok dan lain lagi.

Plot Konflik (Rumit) Operasi X Movie


Terjadinya masalah yang lebih besar pada plot Konflik dalam Operasi X Movie ini apabila Belut telah menawan Ayu dan juga Isteri inspektor Aman. Konfliknya pada ASP Redzuan yang dilema apa nak buat supaya tebusan tak diapa-apakan. Ada konflik yang lebih merisaukan iaitu... cabaran Janggut dalam mendapatkan maklumat sistem untuk hack team Belut. Susah juga tu, hanya orang pakar dan pandai bidang tu sahaja boleh buat. Kerumitan yang digambarkan buat ramai penonton memberi perhatian yang lebih tinggi dan risau akan adegan ini. Best! Inilah yang membuatkan filem ini menjadi sangat menarik.

Plot klimaks Operasi X Movie

Klimaks Operasi X apabila Belut telah tahu dalang dibalik kematian adiknya dan ketika Belut berjumpa dengan Asp redzuan sendiri tanpa ada polis lain. Adegan tembak menembak di Feri Pulau Pinang buat saya terfikir, mana security yang jaga dalam tu, agaknya semua takut masuk campur sebab Belut kan The King Of Smuggler! So anda bayangkan seorang ketua gengster besar berjumpa dengan seorang polis. Takkan dapat dibayangkan , kena tengok sendiri.





Plot Peleraian Operasi X Movie

Berlerainya Operasi X Movie ini setelah Raja Seludup Antarabangsa ditumpaskan dan anda boleh tengok aksi sebelum pengakhiran ini. saat ini semua watak mempunyai pengakhiran yang tersendiri, saya suka ending filem ini tapi tak mustahil juga boleh buat sambungan lagi. Mungkin operasi x 2 pula?







KEPELBAGAIAN DALAM FILEM OPERASI X 

KISAH BENAR DAN ISU SEMASA

Operasi X berkait dengan kisah benar dan isu semasa yang berlaku di negara kita dan juga luar negara.  Dewasa ini, kes penyeludupan dadah, penggunaan senjata haram dan lain-lain lagi sering terpapar di kaca televisyen dan akhbar. 

KONFLIK DAN MASALAH

Konflik utama yang dapat kita lihat adalah antara pihak polis dan penjenayah, Bos besar dan orang kanan dan juga penyamaran untuk tumpaskan jenayah. Situasi begini sering berlaku kepada sesiapa sahaja dalam kehidupan,, sama ada kita berjuang atau tidak. Sama seperti Operasi X, antara hidup dan mati.



KASIH SAYANG, CINTA, KEKELUARGAAN DAN PERSAHABATAN


Kasih sayang antara Belut dan Mat Bong serta Redzuan dan Aman memang padu dan tak dapat disangkal lagi sehingga masing-masing mereka terlalu sentimental. Nilai kekeluarga dan percintaan antara ayu, isteri aman dan redzuan buat saya rasa sayu dan syahdu je. Sedih pun ada.

AKSI DAN BABAK MENARIK OPERASI X MOVIE

Selain aksi lawan dan tembak antar polis dan penjenayah, agak menarik babak dalaman dan luaran seperti lori laju sehingga melanggar kedai buah, lori masuk laut, serbu kelab malam, penyamaran Nash, berlawanan di feri dan lain lagi. Anda juga dapat melihat strategi polis dan aksi kumpulan yang menewaskan Operasi x.



PERJUANGAN ANTARA HIDUP DAN MATI


Dari permulaan hingga akhir cerita, inilah kesulitannya iaitu pasti akan ada yang mati, betullah kata Belut, "Setiap pergerakan yang kau lakukan, pasti ada nyawa akan terkorban". Janganlah anda anggap watak penting tak mati pula, ada kejutan dalam Operasi X Movie ni.


NILAI MURNI KEMASYARAKATAN DAN PELBAGAI EMOSI

Sedar atau tidak, terdapat pelbagai nilai-nilai murni yang diketengahkan dalam Operasi X Movie ini. Dari awal lagi dah tunjuk pasal kanak-kanak dan cikgu Ayu (berkaitan jaga alam semulajadi,buang sampah), walaupun belut penjahat dia pun ada emosi kasihan dan bertoleransi dengan orang lain. Sepanjang jalan cerita, saya dah dapat hadam perasaan sejenis belut ini. 







TEKNOLOGI DALAM OPERASI X, MOVIE

Teknologi digunakan dalam Operasi X Movie amat menarik dan saya nampak filem ini sangat logik, mudah dan kreatif.  Wujudnya janggut sebagai hacker menunjukkan sistem hacker untuk hack dalam telefon dan komputer. Kamera kecil yang digunakan dibuku juga salah satu teknologi yang pernah popular di dunia. Malah ada dijual dilaman sosial, mungkin spesifikasi yang berbeza dengan kamera yang digunakan dalam filem ini. Oh ya, C4 itu menarik! Nampak belut ni memang penyeludup antarabangsa bila mention semua tu.


RUNUT BUNYI OPERASI X MOVIE

Runut bunyi atau rakaman bunyi Operasi X Movie adalah sesuatu yang ramai tak sangka. Ya, saya juga mengaku runut bunyi yang terlalu banyak, kuat dan  sentiasa ada. Tapi saya nampak semua bunyi ini sepadan dengan apa adegan yang ditayangkan. Lagi buat rasa suspend, risau, tak sabar dan macam-macam.


CGI OPERASI X MOVIE

CGI atau Computer Generated Image yang dihasilkan untuk setiap filem berbeza-beza. Secara keseluruhan, CGI bagi Operasi X Movie bukanlah masalah, adakalanya nampak unik dan lain dari yang lain tapi saya sangat suka. Konsep kesederhanaan adalah terbaik. Saya tak faham dengan orang yang terlalu pentingkan kesempurnaan. Operasi X Movie pada saya telah berjaya menjadi sebuah filem terbaik 2018 dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Rasa nak tonton lagi sekarang ni. Kenapa tah suka sangat bunyi-bunyi dalam filem tu.

SINEMATOGRAFI UNIK DAN BEST

Kecantikan sesebuah movie adakala terletak pada sinematografi yang berkaitan cara gerakan objek, watak-watak serta lightning yang sesuai. Perasan tak banyak gerakan slow motion, sudut kamera yang slow motion menunjukkan watak buat jadi suspend, lokasi lakonan pula nampak menarik diambil dari sudut atas, satu Pulau Pinang boleh nampak.



KENAPA ANDA WAJIB TONTON OPERASI X MOVIE?


  • Ini Zaman Realiti, Bukan Zaman Fantasi | Berpijaklah di Bumi Yang Nyata
Sedarkah anda ini zaman realiti dan bukan lagi zaman fantasi? Kita boleh berangan dan inginkan apapun, tapi realitinya kita kena lalui semua itu.  Perit Belut rasa bila adiknya meninggal dan akhirnya lebih sedih bila tahu siapa dalang di sebalik kematiannya.  Sedangkan dia sendiri yang membawa adiknya menguruskan empayar penyeludupannya, dia juga yang memberi semua risiko kepada adiknya.  Kata orang, 'Bila terhantuk, baru tengadah'.

  • Persembahan Filem Yang Kreatif Dan Unik
Secara jujurnya, Operasi X Movie adalah persembahan atau tayangan filem yang kreatif dan unik sebab, nama watak, jalan cerita, skrip serta gaya lakonan semuanya menarik dan ada sebab tersendiri.  Saya sangat sukakan bunyi rakaman filem yang keluar pada setiap adegan dan runut bunyi yang sering ditampilkan dalam pawagam ini.

  • Penuh Idea, Jalan Cerita Dan Seni
Jalan cerita yang penuh, sentiasa ada perkembangan dan klimaks, sehingga kemuncak. Operasi X Movie best sebab idea jalan cerita menarik., malah ada seni nya yang tersendiri. Tak terfikir kan movie lain mana ada pernah pukul gitar sampai ranap (rosak)., tapi Operasi X Movie macam-macam ada.

  • Penuh Nilai, Pengajaran Dan Iktibar
Seperti saya katakan tadi, anda boleh ambil serius apa yang disampaikan dalam filem Operasi X Movie, sebab penuh nilai, pengajaran dan iktibar menjadi pesanan untuk generasi yang akan datang. Untuk masa akan datang, mungkin filem ini boleh jadi contoh atau teater dan juga buah fikiran untuk lakonan sekolah atau akademi? Satu idea yang bernas jika difikirkan.

  • Unsur Hiburan (Kelakar) Dan Ketegasan
Tak semua filem gaya crime macam ni ada hiburan atau kelakarnya, tapi filem ini ada banyak part kelakar atau hiburan yang buat kita tertawa. Serius best filem ni sebab banyak terhibur, kemudian jadi tegas dan serius pulak. Wauu, kita terbuai-buai dengan emosi watak filem ni, memang menarik dan best! Tak pandang kiri kanan langsung, dok pandang muka watak tu je.


Keseronokan menonton Operasi X Movie boleh dikatakan menjadi-jadi bila pada mulanya sebelum masuk wayang, suami cakap "Kalau tertido, nanti jangan lupa kejutkan"... U guys tau tak bila dah tengok wayang apa jadi? Mata dia tak tutup-tutup dan tak kelip pun, punya la fokus, lepas tu dia cakap BEST Movie Operasi X ni.

Eh, sekarang ni sapa yang excited tengok ni?

Welldone Dream Pictures Production, kami suka filem Operasi X ini, dan percaya selepas ramai pembaca tonton filem ni, pasti pembaca suka dan akan ulang tonton lagi.  Boleh kata setaraf dengan filem antarabangsa, tak sabar nak tunggu Filem Terbaik keluaran Dream pictures Production yang akan datang. Jom tonton Operasi X Movie!

Saya bagi 5 BINTANG dan 9.99/10

3 ulasan:

Siti Suziana berkata...

congrats rina..😊🤗

SITI AWADAH berkata...

tahniah kerana berjaya menang rin

Nona Qiyah berkata...

Terbaikkk, tahniahhhhhhhhh! Lengkapp!

6 Jenis Penulisan Freelance Writer Patut Tahu!

Freelance writer atau penulis bebas adalah golongan yang boleh menulis beberapa karya penulisan yang penting dalam industri Malaysia teru...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages