2019 - Rina Zul

Rabu, 21 Ogos 2019

9:59 PTG

Mencari Kekuatan, Atasi Ketakutan

Mencari Kekuatan, Atasi Ketakutan



Salahkah jika aku jadikan platform ini sebagai diary, kerana aku rindu menulis terus menerus dari hatiku.  Setelah sekian lama meniti kerjaya, kini aku sedar.. kerjaya yang lekat dihati pastinya ialah apa yang kita minati.

Pelbagai cerca dan maki ku tempuh, sehinggalah aku memilih jalan ini. Dan aku sedar tanggungjawabnya mungkin lebih dari apa yang aku fikirkan. Tapi tak mengapa. Mungkin kebolehan dan kemampuan aku tinggi dari apa aku takutkan.

Kata orang, Bermimpilah setinggi awan, kerana apabila kita jatuh, kita masih lagi jatuh di atas awan-awan yang lain.  Tiadalah kita jatuh terus di atas bumi. Siapa yang tidak takut jatuh, sudah jatuh ditimpa tangga pula, lagilah ramai yang takut. Ujian demi ujian ku titipkan, tiada satu pun kekuatan ku selitkan.

Kenapa aku terlalu kejam terhadap diri sendiri? Sedangkan aku berfikir waras dan ingin terbaik untuk diri ini. Oh dunia, kalanya kami alpa keranamu tetapi bukan salahmu.. Oh dunia, kalanya kami tunduk keranamu sedangkan bukan kemahuanmu.. Oh dunia, kalanya kami terpaksa begini keranamu, sedangkan kami tak tahu.

Kenapa kita takut? Takut untuk bermimpi. Apakah kita sedar di mana kemampuan kita? Tapi kita tersangkut dek kerana keadaan kita. Wallahi, jika apa kita mahu, kita dapat, pasti kita akan sanggup lakukan apa sahaja untuk mencapainya. Yakinlah, kita pasti dapat. Cuma permainannya kali ini, kita akan dapat setelah berbaloi dengan usaha yang kita lakukan.

Siapa kata dunia kejam, sebenarnya dunia tidak kejam. Tetapi kita sendiri yang kejam. Jika diputarkan masa, betapa ramai manusia yang ingin kembali ke masa lalu untuk mengubah kehidupan. Kenapa tidak mahu ubah dunia? Ya, kerana kita yang harus berubah. Bukan dunia. Kita yang kejam, bukan dunia.



Khamis, 25 Julai 2019

8:21 PG

Urus Masa Dengan Jadual Kerja Harian / To Do List

Urus Masa Dengan Jadual Kerja Harian / To Do List
Assalamualaikum

Sejak dua menjak ini hidupku kian sibuk dan sibuk selalu. Ya Allah ya tuhanku, Kau berikan aku masa yang berkah dan kerja yang berkah untuk aku sempurnakan dan Kau berkatilah kehidupanku ini. Amin. 

Sehinggakan nak update blog pun kadang-kadang tak sempat. Nak curi-curi update, memang tak best. Update blog perlukan masa yang 'tenang' dan saat yang tak sibuk dengan hal yang lain. Sejak bila sis jadi orang yang sibuk ini. 

Sejak sibuk mencari duit. Sedangkan duit tu sekejap sahaja boleh habis. Allahu. Jadi, sejak dua menjak ini, sis nak happy kan diri dan cari keberkatan masa tu. Jadi, salah satu caranya adalah dengan melakukan jadual to do setiap hari.

Dengan adanya jadual ini, lebih fokus lagi dan mudah untuk kita lakukan kerja seharian mengikut masa yang telah ditetapkan di jadual. Apa sahaja terjadi, ikut jadual tu. Semoga jadual ini akan memudahkan lagi urusan sis.

Sis dalam proses buat jadual sis, tapi belum siap. So sis update contoh-contoh jadual harian orang lain yang sis sudah survey dan tengok-tengok contoh. Mungkin jadual-jadual ini banyak membantu kita untuk uruskan masa dengan lebih baik lagi.


Urus Masa Dengan Jadual Kerja Harian / To Do List


Yang ini adalah jadual seorang ibu yang menguruskan rumah tangga dan kerja-kerja blog juga.




Anda juga boleh tambahkan status kerja seperti Penting, Segera dan lain-lain lagi untuk lebih mudah.
Contohnya seperti ini:




Macam jadual di bawah ini boleh dibuat, tetapi ia terlalu simple dan tak menarik:



Teringat zaman sekolah dulu-dulu, kita rajin buat jadual belajar kan? Lebih kurang samalah konsepnya, tapi ini jadual kerja di rumah atau kerja apa yang kita buat. Senang sahaja kan.

Throwback jadual belajar



Ini pula adalah rangka jadual yang boleh kita buat. Isikan ruang kosong dengan kerja harian kita. Ini jadual yang simpel je, kalau nak buat jadual padat pun tiada masalah.



So, jom urus masa dengan jadual kerja harian / to do schedule! Mudah je nak buat, yang penting kena ikut jadual lah selepas ni. 


Isnin, 22 Julai 2019

8:56 PG

Zikir Rezeki Melimpah Ruah, Takkan Pernah Habis

Zikir Rezeki Melimpah Ruah, Takkan Pernah Habis



Bacalah zikir ini dengan niat memuji Allah dan memahami semua maksud yang tersirat di sebalik Zikir ini.

Amalan Zikir Untuk Rezeki Melimpah Ruah dan Takkan Pernah Habis:

.1. Baca Subhanallah 33X
2. Baca Alhamdulillah 33X
3. Baca Allahuakhbar 33X
4. Baca Innahaza Larizzkuna Malahu Minnafaad 33X

Cara Amalan:Amalkan secara konsisten, baca dan fahami maksudnya dengan jelas dan baik.

Khamis, 4 Julai 2019

3:02 PTG

Kisah Obses 'Pueraria Mirifica', Akhirnya Cantik Dengan Selamat

Kisah Obses 'Pueraria Mirifica', Akhirnya Cantik Dengan Selamat
'Pueraria Mirifica'? Memang saya gila sangat dengan sejenis 'benda' ni. Dia punya ketagih nak cantik tu lain macam.

Dari umur 19 tahun, saya cari jamu pueraria mirifica, tapi kebanyakan saya nampak, produk indonesia banyak yang ada herba ni. Kenapa orang indonesia, thailand, siam suka produk yg ada 'Pueraria Mirifica' ni?

Pueraria mirifica


Lepas tahu khasiat dia, baru tahu Pueraria ni mmg fokus utk aset-aset wanita atas bawah. Gemuk ke kurus ke, aset wanita tetap cantik mantap gitu.

Sama juga dengan perempuan lain, ada orang dari umur 19 dah gila mekap, suka sangat2 mekap cantik2, tapi saya dari umur 19 suka sangat pueraria mirifica ni. πŸ˜…Ini kenyataan, jgn nak gelak sangat. Maksudnya sy mmg suka la pueraria ni. Suka benda herba dan makan.😘😘😘

Tapi saya tak suka kapsul. Saya tak suka makan ubat2 atau bentuk2 macam pil tu. Sebab rasa panas sangat bila makan jamu bentuk kapsul. (mmg kena minum air masak byk2).

Sejak rasa begitu panas, saya stop makan jamu waktu umur 23. Saya amalkan pemakanan sihat, buah-buahan dengan makanan sunnah. Cuma kadang2 rasa malas sgt nak makan buah, jemu, cemuih!

Selepas kahwin, something yang mengejutkan happen. Pergi sana sini, semua orang dah tanya. Awat gemuk sangat. Tudia, nampak tak dulu kurus lidi sekarang badan naik? Tapi kenapa eh aku tak risau menggelabah? πŸ˜… yg aku tau, boleh kurus, yakin dan yakin.

Gemuk dah


Biasalah perempuan, semangat nak jaga badan tu kuat, walaupun pernah dari berat 45 naik mendadak berat 71. Start dari situ, saya mula diet. Adududu. diet kalau sehari tak makan nasi 2 kali, konfim mmg akan gastrik, sakit dan pedih perut.

Nasi tak boleh tinggal. tapi kena kawal jangan makan malam atas pukul 7,8pm mcmtu. Jujurlah, seumur hidup saya dari universiti, saya tak penah diet diet ni. makan la apapun, tetap kurus! tapi skg ni, bila cuba diet mmg rasa tak sesuai. Nak muntah, sakit perut dan lain2. Pernah juga pendarahan yang banyak tapi doktor taktau apa masalah.

5 bulan sekali, memang saya akan ke klinik untuk cek sama ada fibroid (ketumbuhan) atau tidak. Ya alhamdulillah 3 tahun (sebelum kahwin lagi) sehingga ke hari ini memang free dari masalah wanita (fibroid semua tu), keputihan tak pernah ada masalah (aku pun tak faham). Doktor pun selalu puji, awak rajin datang chek. Mestilah doktor, utk kesihatan wanita kan πŸ˜˜.

Selepas saya fikir dan research, nak makan apa untuk cepat kenyang, tak lapar, makanan sihat dalam masa yang sama nak badan cantik mantap, teringin balik nak makan pueraria mirifica.

Tapi sekali dengan madu, kurma untuk perut lebih kenyang, badan bertenaga dan sihat walafiat. Untuk mnjaga hormon sekali, selalu juga pergi chowkit beli stok buah delima, makan je byk2. Cuma byk kerja la, nak cari kurma, delima la apa la.


Syukur Alhamdulillah, itu semua kisah dahulu kala. Saja throwback. Sekarang ni cepat sangat kenyang dan lebih mudah berdiet dengan minum Jus Aimra'a iaitu jus botanical kurma, delima dan pueraria mirifica. Kenyang dah, hormon mudah stabil, aset pun tak payah diceritakan. Kena tanya customer2 yg berjaya juga😘

Minum jus aimra'a yang ada pueraria mirifica, kurma n delima ni rasa kenyang sikit, tak makan malam pun tak berapa lapar sangat, tapi kalau makan pun tak kisah, sebab lemak berlebihan akan keluar juga. Pernah tiggal jus aimra'a jap, suami suruh minum balik sebab dia tau kesannya, isteri yg dpt kesan Aimra'aπŸ˜… Waduh.

Jus Aimra'a Keluaran Rihura Herbs

Tak lama lepas tu, ada juga customer laki beli jus aimra'a utk isteri mereka. Tak salah buat pilihan sebab 100% semulajadi. Alhamdulillah KKM luluskan, selamat dan sudah boleh masuk pasaran. 

Bila hari raya, peluk seorang kawan ni, dia tanya, kenapa terasa padat ni? Haha. Peluk 2 tahun lepas, tak rasa apa bentuk. Aipp!! Sekarang terasa padat. Adududu sebab tu setiap wanita, 1 Jus Aimra'a . πŸ˜…πŸ˜˜


No. Rujukan KKM: 170619/04/216 
No. Pendaftaran SSM: 002942099-U 
Rasa sedap ala-ala kurma, blueberry

Facebook: Rihura

Rabu, 26 Jun 2019

9:31 PG

KERANA DUNIA KERTAS

KERANA DUNIA KERTAS
DUNIA KERTAS


Manusia diperakui dizaman ini oleh  kerana kertas


Yg bergelaran tinggi disebabkan kertas  
Yg disanjugi juga kerana kertas 
Yg terpuji dan dikenali disebabkan kertas 
Yg kaya raya dihormati kerana kertas
Untuk menjadi pandai dan cendikiawan kerana kertas 
Kerana kertas kita semua diperakui didunia kertas 


Sijil lahir...adalah kertas.
Ijazah...juga kertas.
Sijil nikah...kertas.
Paspor...kertas.
Surat kepemilikan harta...juga kertas.

WANG...kebanyakkan juga kertas.
Kehidupan kita layaknya hanya dikelilingi kertas-kertas

Seiring waktu berlalu, semua dirobek.
Kemudian dibuang dan dibakar.

Berapa banyak orang bersedih kerana "kertas-kertas" yg tidak  dimilikinya
Dan berapa banyak orang begitu bahagia dengan "kertas-kertas" yang dimilikinya

Betapa gembiranya hati kerana ditangannya ada kertas 
Betapa ramainya manusia lebih meyakin kepada kertas
Berapa ramai juga manusia lupakan Tuhannya disebabkan kertas 
Boleh dikatakan kita manusia pernah melihat semua kertas disebut diatas 
Meskipun tak pernah memiliki semua kertas 

Tetapi...



Ada satu lembar kertas yang tidak mungkin dilihat oleh manusia itu sendiri  
Iaitu,  "SIJIL KEMATIAN" dirinya 

" KEHIDUPAN MANUSIA DIDUNIA INI  TAK UBAH UMPAMA KERTAS "

Cepat terkoyak 
Senang terbakar 

Sebab itu kehidupan manusia semua ada batasnya yang tidak mungkin dia mampu menjangkau waktu.

Ada dua hal yang tidak akan selamanya ada dalam diri seseorang manusia  
Masa mudanya, 
Dan kekuatannya.

Dan dua hal yang berguna untuk setiap manusia  
Hati yg mulia, dan
Hati yg pemaaf,

Juga dua hal pula yang akan mengangkat darjat seseorang  
Sikap rendah hati,
Dan....
‌Berbagi kasih.


Belajarlah punya prinsip hidup 
Ada tiga fasa kehidupan yg ada dari kita semua 

1. Masa muda kita punya
    waktu dan kekuatan
    tetapi tidak punya
    "WANG".

2. Masa bekerja kita
    punya wang dan
    kekuatan, tetapi tidak
    punya "WAKTU".

3. Masa tua kita punya
    Wang dan punya waktu,
    tetapi tidak punya
    "KEKUATAN" lagi.

Gunakan kesempatan hidup sebaik-baiknya selagi masih bisa bernafas.

Kita selalu yakin bahwa kehidupan orang lain lebih baik dari kehidupan kita.
Dan orang lain pun meyakini, bahawa kehidupan kita jauh lebih baik dari dirinya.

Hal itu terjadi kerana kita melupakan (satu) hal terpenting dalam hidup, yaitu :
Bersikap "MENSYUKURI APA YANG SUDAH KITA MILIKI".

Oleh sebab itu...

Nikmatilah hidup, 
Sebelum hidup tidak boleh di nikmati.

Dan selalu bersyukur atas segala nikmat & kurnia hidup.

Tidak penat pun perlu beristirehat.
Tidak kaya pun perlu bersyukur.

Sedarlah hidup itu pendek.
Pasti ada saatnya tamat.

Jangan tertipu dengan usia muda.
Kerana syarat mati tidak harus tua.

Jangan terpedaya dengan tubuh & badan sihat.
Kerana syarat mati tidak mesti sakit.

Teruslah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat baik.
Teruslah berbagi dalam kebaikan meskipun tidak ramai orang yang boleh memahamimu.

Kebaikan akan membawa kebahagiaan.
Kebahagiaan akan membawa berkah.

Keburukan akan membawa malapetaka.
Malapetaka akan membawa penderitaan. Yang panjang 

Cobalah kita renung  dan tinggalkan segala hal yang menyakiti orang lain.
Mungkin saja satu saat terhimbas di diri kita.

Salam kemaafan dariku...

Isnin, 24 Jun 2019

6:58 PTG

Kelebihan Mengamalkan Ayat Al-Kursi. 70,000 Malaikat Turut datang Untuk...

Kelebihan Mengamalkan Ayat Al-Kursi. 70,000 Malaikat Turut datang Untuk...





Maksud Terjemahan Ayat Kursi

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). 

Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. 

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). 

Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. 

Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)





1.    Orang yang selalu membaca ayat Kursi akan selalu dicintai dan dipelihara Allah Taala sebagaimana Allah memelihara Nabi Muhammad s.a.w

2.    Sesiapa yang berwuduk lalu membaca ayat Kursi, Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hingga hari Kiamat.

3.    Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumah, Allah akan mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya dan semua Malaikat akan memohon keampuan dan mendoakan si pembaca.

4.    Sesiapa yang sentiasa membaca ayat Kursi, Allah akan mengurniakan segala kebaikan yang tidak terhitung banyaknya.

5.    Membaca ayat Kursi dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi daripada segala bencana dan gangguan syaitan.

6.    Sesiapa yang membaca ketika dalam kesempitan, Allah akan memberi pertolongan kepadanya.

7.    Sesiapa yang pulang ke rumah, kemudian membaca ayat Kursi, Allah akan menghilangkan segala kefakiran di depan matanya.

8.    Sesiapa dalam kalangan umat yang membaca ayat Kursi sebanyak 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah akan memelihara daripada kejahatan syaitan.

9.    Sesiapa yang membacanya nescaya Allah akan mengutuskan Malaikat untuk menulis kebaikan dan menghapuskan keburukannya dari saat itu hingga keesokan harinya.

10.    Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh membakar jin dan syaitan.

11.    Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardu, mereka akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain serta terpelihara daripada tipu daya dan gangguan syaitan.

12.    Sekiranya anda membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidur, Allah akan membuka pintu rahmat serta memelihara baginya hingga Subuh.

13.    Mereka yang mengamalkan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
6:42 PTG

Kelebihan Memberi Salam Kepada Kanak-Kanak

Kelebihan Memberi Salam Kepada Kanak-Kanak
Pernah tak anda beri salam kepada kanak-kanak? Kadang-kadang nak beri salam, tapi rasa janggal dan tak kena pula, hanya sebab dia kanak-kanak. Yeke?

Tapi, anda kata kita tahu apa kelebihan bagi salam pada kanak-kanak ni, mesti kita nak bagi salam pada kanak-kanak selalu!




HADITH FADHILAT AMAL


Kelebihan Memberi Salam Kepada Kanak-Kanak


Daripada Anas RA, satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata : “Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).”

 (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


 Huraian Hadith:

1.Sunat memberi salam kepada kanak-kanak untuk mengajar mereka kelebihan salam, mendidik mereka dan membaikkan hati mereka.

2.Kanak-kanak merupakan sebahagian anggota masyarakat yang perlu kepada didikan yang secukupnya untuk membantu mereka menjadi orang yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.

3.Islam tidak membataskan umatnya membuat kebaikan sekalipun kepada kanak-kanak seperti memberi salam kepada mereka yang mana amalan ini merupakan sunnah Rasulullah SAW yang patut diikuti oleh umat Islam.

(Sumber : Jakim -  Kitab Riyadhus Salihin)

Ahad, 23 Jun 2019

9:40 PTG

Lelaki Penuh Motivasi Ini Berkongsi Kehidupan Peribadinya OKU Sejak Kecil - Inspirasi Semua

Lelaki Penuh Motivasi Ini Berkongsi Kehidupan Peribadinya OKU Sejak Kecil - Inspirasi Semua
Terbaca sebuah status dari seorang kawan di Facebook. Rasanya ini sudah beberapa kali terserempak status-statusnya di Facebook.  Kadang kala si dia berceloteh gembira, kadang kala si dia suka mengarang, seolah-olah tiada masalah dalam hidup. Namun, siapa tahu dalam dirinya.

Rina tertarik satu post yang ditulis oleh dia berkaitan 'Kenapa OKU Cepat Meninggal?' dan beberapa post advice atau nasihat yang dituju khas kepada rakan-rakan OKU yang lain.  Rajinnya dia bagi motivasi dan semangat untuk mereka yang perlukan. 

Usai membaca postingnya, sajalah Rina throwback semula macam mana boleh kenal dengan dia. Yang pasti, kami telah berkawan lama di media sosial sejak sekolah menengah lagi, cuma zaman dulu tak ada facebook. Zaman sekarang dah ada facebook. Zaman dulu guna fon nokia puluh sen tu. Hehe. Maklumlah generasi 90-an.

Berbalik kepada kisah kawan di facebook ini, dia lebih dikenali dengan nickname 'Michael Norzaidi' atau nama sebenarnya Shakirin Norzaidi. Dari dulu sampai sekarang, Rina panggil dia Shakirin sahaja sebab dah terbiasa. 

Rina masih ingat waktu chat zaman sekolah dahulu, dia dah cerita kepada Rina tentang dirinya. Hanya berkerusi roda keluar rumah, di rumah ada cara lain untuk dia bergerak. 

Sehinggalah apabila kami yang sebaya ni sudah dewasa, Rina ada bertanya khabar dia.  Alhamdulillah sihat dan masih sama seperti dahulu. Maklumlah lama tak contact beberapa tahun dan bila dikira-kira balik, sudah hampir 11 tahun kami bersahabat.

Rina salute dan sanjung sangat sebab dia sangat positif, penuh inspirasi dan motivasi. Kenapa? Tak ramai orang OKU atau kurang upaya yang boleh positif dan kuat sebegitu. 
Nak tahu kisah Michael Norzaidi? Ini sedikit perkongsian kehidupan peribadi dari Beliau.





Saya dilahirkan pramatang seberat 0.95 kg dan merupakan "top 50 dalam dunia - bayi terkecil di dunia setakat ini yang lahir pramatang" (mengikut sumber Guiness World Record) yang survive hidup sampai sekarang. 

Sekiranya didaftarkan dengan Malaysia Book Of Record, mungkin Beliau dikategorikan sebagai bayi pramatang terkecil di Malaysia yang masih survive hidup sehingga hari ini.



saya mula2 lahir mmg struggle pada awal kelahiran untuk hidup
Zushazrinamcm mana
Michael Norzaidi

doktor jangkakan hidup dalam masa 3 hari

tapi alhamdulillah dgn kuasa Allah sampai sekarang boleh bertahan












Beliau dilahirkan dirumah ketika itu namun dibawa ke hospital dan ditahan di wad bayi pramatang. Ramai jururawat tidak percaya dengan berat beliau 0.95kg ketika itu. Ia terlalu kecil dan ringan. Kurangnya bernafas sewaktu itu menyebabkan beliau terpaksa dibawa berulang alik ke Hospital Kota Bharu.



Kata Shakirin, Sejak lahir lagi, Doktor telah mengesahkan bahawa dia mempunyai implikasi saraf di bahagian otak.  Masalah saraf otak dimana ia tidak dapat memberi arahan sepenuhnya kepada tubuh badan iaitu kaki. Beliau telah menjalani rawatan terapi tetapi tidak menjalani rawatan scanner kepala kerana kepercayaan atok dan nenek yang risau kesannya terencat akal (Ia adalah kerana kepercayaan mereka terhadap teknologi moden banyak memudarat daripada menyembuhkan). Namun begitu, rawatan terapi diteruskan seawal umur 2 tahun sehingga 7 tahun.

Cuba anda bayangkan, anda mempunyai deria rasa untuk bergerak tetapi kemampuan bergerak adalah terbatas, seolah-olah kaki tidak kuat untuk bergerak. Itulah yang dialami oleh Michael Norzaidi.  Ketika beliau berumur 7 tahun, doktor menyarankan untuk menjalani pembedahan pada bahagian saraf kaki. Namun sekali lagi tidak dibenarkan oleh atok dan neneknya kerana terdapat kesan operate yang memudaratkan terhadap kaki beliau. Dan sememangnya betul, risikonya ada.


Tahukah anda, atok dan nenek Michael juga telah banyak menghabiskan wang ringgit dengan membawanya untuk menerima rawatan tradisional. Cakap sahaja semua negeri, Penang, Terengganu, Perak, semuanya pernah mereka pergi. Dalam sebuah negeri Kelantan tu, tak ada satu pun yang tak pergi. Tetapi Allah lebih mengetahui, hasilnya tetap sama.



Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2010, Michael terpaksa melakukan operation atas sebab penyakit dalam perut. Sehingga sekarang, Beliau meneruskan kehidupannya dengan berkerusi roda di luar rumah, manakala di dalam rumah bergerak secara duduk atau merangkak.

Beliau sangat kuat semangat dan berfikiran positif sejak dahulu lagi kerana mempunyai pembakar semangat yang tidak jemu menyokong. Siapa lagi kalau bukan kedua ibu bapanya.  Kedua ibu bapa menjaga dan mendidiknya siang malam, kadang-kadang sampai tak tidur malam sebab menjaganya. Betapa Shakirin sangat hargai pengorbanan kedua ibu bapanya. πŸ’•



Biarpun mempunyai kekurangan diri, Michael sangat kaya dengan jiwanya yang rendah diri, baik hati, berdikari dan paling penting, sangat rajin berusaha serta mempunyai keazaman yang amat kuat dalam membuat sesuatu perkara. 

Selepas tamat persekolahan dan SPM, Michael gigih menuntut ilmu berkaitan Multimedia dan IT secara online sehingga beliau berjaya menjana pendapatan sendiri dengan bekerja sendiri di rumah. Untuk pengetahuan semua, beliau juga adalah seorang designer dan ghostwriter iaitu penulis upahan freelance.

Minat mendalam dalam bidang Multimedia membuatkan Michael menyimpan harapan untuk membuka sebuah studio rakaman atau set penggambarannya sendiri untuk memberikan khidmat edit video kepada sesiapa yang perlukan iklan video.

Apabila ditanya berkaitan Harapan beliau untuk pada masa yang akan datang, jawapannya penuh motivasi dan adakalanya membuatkan kita tersenyum melihatnya yang lebih kuat daripada kita. Jika mereka sendiri ada harapan dan usaha, malunya kita pada diri kita yang sempurna tetapi tidak menghargai dan berusaha.



Harapan saya untuk sembuh supaya dapat membantu umi dan abah saya

Umi dan abah tak pernah malu untuk membawanya ke mana sahaja malah berbangga mempunyai anak sepertinya walaupun pernah diejek dan dihina oleh masyarakat akibat kurang upaya, ujarnya lagi. Beliau sangat berterima kasih dan bersyukur dikurnia umi dan abah yang sangat prihatin dan menyayanginya.

Dia turut berkongsi akan mentaliti masyarakat dan kisah benar yang pernah terjadi dimana hanya 30% sahaja ibu bapa yang tidak menyembunyikan anak mereka berstatus OKU. Malah masih ada ramai ibu bapa yang malu dengan keadaan anak yang kurang upaya. Masih ada lagi mentaliti ibu bapa dan masyarakat sebegini, ia harus diberi perhatian dan kesedaran.

Saya juga ingin membantu dan memahami oku yang lain mengharungi segala cabaran hidup mereka sebab saya tahu, jadi O.K.U ni mngkin satu hal yang kecil dimata orang normal, tapi mmg amat sukar.

Michael banyak memberi motivasi dan pandangan terhadap masalah kawan-kawan oku yang lain dan membuatkan beliau disenangi ramai.  Sebenarnya, kita semua sama. Tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang. 

Semua manusia di muka bumi ini diciptakan sempurna di mata Allah SWT. Terima kasih Shakirin Norzaidi yang sudi berkongsi kisah kehidupan peribadi OKU sejak kecil lagi. Rina doakan semoga urusan Shakirin dipermudahkan dan memperoleh kejayaan dunia akhirat. 


Sedikit Titipan Atau Perkongsian Dari Shakirin (Michael Norzaidi)







ada satu post di kwn fb aku topik bertajuk "kenapa o.k.u cepat meninggal?".. aku taknak komen di ruangan fb dia sbab aku rasa hal ni perlu di share kan kpd golongan insan2 yg normal.. 70% kwn fb aku alhamdulillah (praise to god) sebab normal anggotanya..

1- Faktor Kesihatan (dari segi saraf) - ada satu kawan o.k.u pertama aku msa aku kecil.. nama ariff mninggal pada usia 12 tahun or 13 tahun akibat serangan kejang (nyetok).
apa yg aku nak ulas sikit kat sini, tubuh para o.k.u ni tidaklah sekuat org normal. Jika anda ada saudara mara or adik beradik yg slalu kejang (nyetok) please... bagi diorang rest cukup2.. jangan ganggu rehat mereka,. Aku sendiri pun pernah buat satu test nk tgk tahap tubuh aku ni blh ke tak setanding badan org normal.. mmg rasa perlu 100x tenaga bru setanding dgn org normal.. mmg bg diorang, thats just small matter, but kpd org mcm aku... berat.. btw aku sendiri pun sering kejang (nyetok)..


2 - Faktor Pergerakkan (kurang / tidak mampu bersenam)

yg ni pula, salah satu faktor yg boleh mendatangkan penyakit.. tak kira la penyakit apa sekali pun,. Mmg org o.k.u kurang dari 40% mmpu utk bersenam.. selebihnya mngalami masalah kesihatan.. ada yg kencing manis, darah tinggi dan sebagainya..



3 - Stress (tekanan / pressure)

tekanan / pressure juga merupakan salah satu ancaman bagi para o.k.u.. cer anda tanya o.k.u yg anda kenal "adakah mereka stress?" Mungkin ramai yg tak mengaku.. jawapannya mmg stress.. stress para o.k.u dia tak sama dgn stress org normal.. btul aku ckp ni.. aku penah ada kwn o.k.u dan dia pernah cerita, bila dia stress dia akan cederakan diri dia.. jadi mesti nyawa terancam jugak klau tak dibendung kan? Bagi mereka yg ada saudara mara o.k.u, klau blh jgn sesekali membuatkan mereka stress dgn keadaan mereka / keadaan sekeliling,, cari cara untuk bantu mereka hilangkan stress mereka.. mana tak stress kan, nak bergerak atau buat sesuatu pun sukar... btw... aku pun klau blh nk join rehab tu sbab aku stress ugak weyy sbab tak blh bntu fmily aku,,, hahaha... pstu nk buat aktiviti pun terhad.. (nak naik kerusi sendiri pun tak boleh)



4 - Faktor Kelahiran

yg ni memang slalu kita tgk kt akhbar, majalah, televisyen... jadi tak perlulah aku hurai byk2... ada yg pramatang dan sbgainya.. aku juga salah sorg bayi pramatang tersebut dan struggle byk bnda utk rasa mcm skrg.. tp credit kpd my mom, my dad yg slalu jaga siang mlm.. smpai x tidur mlm pn ada..
Tu antara 4 faktor utama "kenapa o.k.u cepat meninggal" .. tu cuma faktor2 je... tp semua tu sudah tertulis di luth mahfuz sejak azali lagi.. allah yg tentukan semua tu.. kpd kwn fb aku yg post topik ni tadi, jgn putus semangat,, keep strong,..  




Itulah sedikit perkongsian daripada Shakirin, anda boleh ke Facebook beliau di sini.